yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, August 10, 2011

PIHAK YANG MENJAGA WANG ZAKAT DI MALAYSIA WAJIB BACA INI:

Yahya Ibn Said rah meriwayatkan bahawa Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah melantiknya memungut zakat di Afrika. Apabila zakat telah dipungut, beliau mencari asnaf (orang yang berhajat kepada zakat)tetapi beliau gagal menemui satu orang pun asnaf zakat.Beliau seterusnya berkata bahawa dasar-dasar iqtisad Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah membuat semua orang cukup keperluannya, dan dengan itu beliau tidak ada pilihan kecuali membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakannya bagi pihak kaum muslimin amnya.

Seorang lagi daripada Quraisy meriwayatkan bahawa semasa pemerintahan Umar yang amat singkat, orang ramai biasa mengeluarkan jumlah zakat yang banyak kepada Bendahari Negara untuk diagihkan kepada fakir miskin, tetapi zakat tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada mereka kerana tidak ada asnaf yang ditemui yang berhak menerima zakat tersebut. Beliau berkata bahawa setiap orang telah begitu makmur pada zaman Umar sehingga tidak ada orang yang berada di dalam kesusahan sehingga memerlukan kepada bantuan zakat.

Selain daripada kemakmuran rakyat (yang sebahagian maksud kepada Kerajaan Islam)perubahan yang lebih penting yang dicapai oleh Umar ialah perubahan di dalam kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Orang-orang sezamannya meriwayatkan bahawa apabila beberapa orang kawan bertemu pada zaman Khalifah Al-Walid, mereka akan berbicara mengenai bangunan dan seni bina, kerana itulah keasyikan Al-Walid. Khalifah Sulaiman pula berminat kepada perempuan cantik dan majlis makan yang besar-besaran, maka itulah yang menjadi keasyikan rakyat jelata pada zamannya.

Sebaliknya di dalam pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz, perbualan rakyat jelata berkisar kepada soal solat, munajat, doa dan ibadat. Hasilnya setiap kali orang-orang berkumpul, mereka akan seringkali bertanyakan persoalan solat-solat sunat yang dikerjakan untuk menafaat rohaniah, juzuk-juzuk Al-Quran yang telah di baca atau yang telah di hafaz, puasa yang dikerjakan setiap bulan dan lain-lain amal taqwa.Ini dikeranakan Umar Ibn Abd.Aziz cenderung dan asyik kepada amalan taqwa.SUMBER

N'N:Yang peliknya di Malaysia ini ialah orang yang miskin tegar terlampau ramai tapi wang Zakat pula gagal diagihkan...Pelik tersangatlah pelik.....Sampai ummat Islam yang terdesak terpaksa dibantu pihak Gereja....Nak salahkan siapa dalam isu ini....Ini yang buat aku malas nak bayar zakat dengan Kerajaan Negeri tapi nak bayar zakat sendiri kepada orang yang memerlukan, apa pendapat korang?

GAMBAR MIXER ALA DESPERADO...


N'N:Memang desperado...

NI PULAK KERAJAAN YANG DESPERADO

SIAPA KATA TOK GURU BUTA IT . MAI TENGOK SINI:

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/281743_263119793698072_100000001601905_1148089_6123432_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/229779_244082188958036_100000687708823_830126_4207330_n.jpg

TG Nik Aziz sempat membaca berita-berita terkini dari gajet terbaru dan terkini. Ini menutup mulut pemimpin-pemimpin umno kelantan yang mengatakan TG ketinggalan zaman dan buta IT.

N'N: Islam tidak memusuhi teknologi.

Kredit:Kerabubersuara

Video Dan Gambar Pelajar Malaysia Dirompak Dan Dipukul di London.





SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London.

SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London.

ASYRAF...patah rahang
Asyraf Patah Rahang

KUALA LUMPUR: “Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.

Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.

Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.

“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.

“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.

“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.

Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra/myMetro)

Kredit:SharpShooter.

N'N:Kita kena minta pelindungan Allah S.W.T banyakkan Doa pelindung.

ADA JUGA BAPAK YANG NAMAKAN ANAKNYA 'KAMPUNG BARU'. LIHAT DISINI:

SPR cipta sejarah, "Kg Baru" sebagai pengundi

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:



Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:



Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.

Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:

Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.



Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang.-Harakahdaily

N'N:Inilah jawapannya kenapa diadakan "Perhimpunan Bersih"

Kanak-Kanak "Meninggal Dunia" Setelah Makan Makanan Yang Di Beli Di Bazar Ramadan!


KLANG 10 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya semalam.

Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.

Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih. Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal.

Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi. Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas.

Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang kelmarin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu manakala pihak hospital tidak dapat dihubungi.SUMBER

NOR ARLENE TAN YANG KONONNYA DIDAKWA PENGHINA ISLAM(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) OLEH GAYSEC, MENDAKWA BAHAWA GAYSEC TELAH MEMFITNAHNYA.

Laporan Polis Nor Arlene Tan terhadap Gaysec

HEBOH kebelakangan ini berita tentang sebuah blog yang menghina agama Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dalam pada itu sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec, mendakwa telah berjaya mendedahkan identiti blogger tersebut.

Di dalam beberapa siri pembongkaran oleh Gaysec, mereka mendakwa blog Hajjah Sitt Al-Wuzara dimiliki oleh seorang individu yang bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid. Akibat dari pembongkaran itu, Arlene Tan menerima pelbagai kecaman dan mesej berbaur ugutan melalui akaun facebook dan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun Arlene menafikan penglibatan beliau dengan blog anti Islam tersebut. Arlene mendakwa Gaysec telah membongkarkan maklumat yang salah dan mengakibatkan beliau menerima bahana kesilapan Gaysec itu.

Susulan dari pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh yang diterima olehnya, Arlene telah membuat satu laporan Polis terhadap sekumpulan hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Gaysec itu. Berikut salinan laporan Polis yang dibuat olehnya. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas.



SUMBER

N'N:Wallahua'lam kita tunggu apa hasil siasatan.

SEORANG MURID BERTANYA KEPADA USTAZNYA, SAYA INGIN BERMIMPI BERJUMPA RASULULLAH S.A.W TAPI BAGAIMANA YA USTAZ? LALU JAWAB USTAZNYA:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)