yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, August 9, 2011

BACA CERITA INI DAN BERITAHU MASIH ADAKAH MANUSIA YANG SEPERTI INI?

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.

Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.

Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.

Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan.

Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali.

Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah. SUMBER

N'N:Abu Zar mempertaruhkan nyawa beliau semata-mata demi keluhuran Islam dan memberi sepenuh kepercayaan kepada orang yang langsung tidak dikenalinya. Semuanya semata-mata demi keluhuran Islam. Masih adakah insan seperti beliau?

LUKISAN TERAKHIRNYA YANG AMAT TRAGIS...


N'N:Dia pergi tak kembali yang tinggal hanya lukisannya....Pengajarannya disini ialah carilah port yang selamat untuk melukis(nasib baik bukan betul2)....

MELAKA NEGERI YANG KONONNYA MAJU TAPI MASIH ADA MASYARAKATNYA YANG SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS!!!



SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS


Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.

Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.

“Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun,” katanya.

Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.

“Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna,” katanya. SUMBER:bharian.com.my

N'N:Perkara asas dalam Islam pun tak dapat disediakan? Apa Ali Rustam nak jawab? Melaka kononnya negeri yang maju. Kemana pergi duit zakat???

TIPS MUDAH DAN MURAH UNTUK ELAKKAN CPU JADI OVERHEATING




N'N:Amacam ok?

BAGAIMANA JIKA IMAM TERLUPA TAHIYAT AWAL. APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? RAMAI YANG FAIL KAT SURAU AKU SEMALAM.

Benda ini terjadi kepada Imam Surau aku , sedihnya kebanyakkan daripada makmum masih jahil tentang ini dan mereka duduk kembali menyambung tahiyat awal.

Sebenarnya tak perlu duduk kembali untuk membuat tahiyat awal jika kita sudah berdiri sempurna kerana tahiyat awal itu Sunat Ab'ad.

Ketahuilah jika keadaan berdiri kita sudah sempurna kemudian kita duduk kembali untuk tahiyat awal maka solat kita batal melainkan kita masih belum berdiri sempurna dan masih dibatas rukuk maka boleh kita duduk kembali untuk tahiyat awal.

Mujurlah aku dan beberapa makmum sudah tahu mengenai hal ini dan terus berdiri dan meneruskan solat dan kemudian membuat sujud sahwi pada akhir rakaat yakni selepas tahiyat akhir. Walau bagaimanapun jika tertinggal "sujud sahwi" tidaklah menjejaskan solat kerana ianya sunat sahaja. Untuk pemahaman tentang "sujud sahwi" sila dengar pernerangan dalam video dibawah ini:





Ini satu lagi ilmu aku nak kongsikan buat panduan kita bersama:

Bagaimana sikap makmum bila mengetahui imam batal solatnya tetapi si imam sendiri tidak menyedarinya? Apakah makmum pun harus membatalkan solat atau terus mengikuti imam hingga solatnya selesai?


Jawapan:
Apabila makmum mengetahui bahwa imam batal solatnya, maka makmum tidak boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, teruskan saja solat dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufarakah).

Sayid Abdurrahman Ba'alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74 telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut:

Kesimpulannya, bahwa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat lima hukum. Ada kalanya wajib, seperti bila makmum melihat imam melakukan hal-hal yang membatalkan solatnya."


Syekh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu'in mengatakan:
"Niat Mufarawah itu terkadang wajib, seperti makmum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan salat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Al-Majmu."

Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman 256 mengatakan:

"Jika makmum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau buang air seni dan lainnya, sedangkan makmum mengetahui bahwa imamnya berhadas, maka ia berdosa kerana perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijma'. Jika ia tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari salat Jumat, maka sah salatnya. Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah salat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan salatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat salatnya. Seandainya ia terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat mufaraqah, maka salatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama." (Al-Majmu' Syarah Al-Muhadzdzab, Juz IV, halaman 256)


Masalah ini terdapat pula pembahasannya dalam kitab-kitab Fiqih dibawah ini:


I'anatut Thalibin, Juz II halaman 10, karya Sayid Bakri Syatha Ad-Dimyathi Al-Makki.
Tarsyihul Mustafidin, halaman 104, karya Sayid 'Alawi Ahmad As-Saqaf.
Al-Muhadzdzab, hamisy kitab Al-Majmu', Juz IV halaman 256, karya Imam Abu Ishaq Asy-Syairazi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)