yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, August 7, 2011

ISU GEREJA DISERBU: Birokrasi Dalam Pemberian Zakat Perlu Dihapuskan, Ust Wan Ji.

Tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja yang mengadakan majlis makan malam. Didakwa awalnya, penganjuran majlis berbuka puasa. Dikhabarkan tindakan JAIS itu untuk siasatan. Dikhabarkan juga, JAIS tidak mempunyai waran. Berbagai-bagai lagi khabar yang kedengaran.

Tindakan JAIS itu dinilai tidak professional oleh sebilangan pihak. Maka lahir beberapa kenyataan yang menegur tindakan JAIS itu. Tiba-tiba, Hasan Ali keluar kenyataan menyatakan sokongan terhadap tindakan JAIS.

Tidak lama kemudian, kedengaran berita pula bahawa tindakan gereja itu adalah salah satu usaha hendak memurtadkan umat Islam. Keluar pula article bahawa ada seseorang yang pernah mendapat bantuan dari gereja, dan mahu dimurtadkan.

Kemudiannya lagi, keluar berita bahawa majlis makan malam itu bertujuan untuk mengutip dana kewangan bagi membantu mangsa HIV yang selama ini dibiayai oleh pihak gereja terbabit. Tanpa kita nafikan, memang antara pesakit HIV itu adalah orang yang beragama Islam.

KENAPA IA TERJADI?

Ia dikupas dari beberapa sudut.

Sudut pertama:

Aku ada beberapa pengalaman tentang orang yang berkaitan dengan bantuan dari gereja. Pertamanya, seorang bapa kepada tiga orang anak yang terlibat dengan ah long. Setiap hari, Ah Long datang ke rumah untuk mendapatkan wang. Ah Long itu bukan sekadar mengganggu hidup sang bapa, malahan anak dan isterinya juga diganggu.

Keadaan itu menyebabkan sang bapa hidup tertekan, sehingga terpaksa “menagih simpati” dari jabatan agama Islam. Namun, dia tidak dapat yang dihajatinya. Seterusnya, dia menagih simpati dari teman-teman yang beragama Islam. Teman-temannya hanya boleh menolong sedikit sahaja, tidak dapat menyelesaikan masalahnya itu juga.

Dipendekkan cerita, dia telah bertemu dengan seorang teman beragama kristian dan menceritakan masalah peribadinya itu. Teman itu menawarkan bantuan, dengan mempertemukannya dengan pihak gereja untuk mendapatkan bantuan kewangan tersebut.

Dalam kes ini, apakah pihak jabatan agama Islam perlu dipersalahkan, atau pihak gereja yang perlu dipersalahkan?

Kedua, seorang ibu yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab tanpa menyediakan kepada mereka nafkah. Keluarganya miskin. Dua orang dari lapan orang anaknya tidak bersekolah lagi disebabkan kesempitan hidup. Sudah puas dia meminta bantuan dari pihak Islam; sama ada individu muslim, ataupun dari pihak jabatan agama Islam. Memandangkan birokrasi yang amat menyukarkan, keluarga itu tidak semakin senang, malahan hidup mereka semakin susah.

Jirannya yang beragama kristian telah mengkhabarkan perkara ini kepada pihak gereja, menyebabkan pihak gereja telah menghantarkan wakil mereka untuk “follow up” perkara ini. Semenjak itu, segala makan minum keluarga mereka dibiayai oleh pihak gereja, sehinggakan di bulan Ramadhan, boleh dikatakan setiap minggu wakil gereja datang untuk berbuka puasa bersama dengan mereka.

Dalam kes sebegini, apakah perlu dipersalahkan kepada pihak gereja, atau pihak jabatan agama Islam?

Ketiganya pula adalah berkait dengan seorang kawan yang berhampiran dengan rumahku. Anaknya sejak dilahirkan lagi dihidap sakit jantung berlubang. Keadaan keluarganya miskin. Kawanku itu bekerja sebagia driver lori sahaja, yang mempunyai gaji tidak seberapa. Keluarga mereka hidup dalam keadaan berhutang semata-mata hendak menyelesaikan bayaran wang di IJN untuk anaknya.

Setelah kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, aku bersama Eddie Putra telah berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Negeri Selangor. Semua dokumen yang berkaitan aku hantarkan menerusi Pejabat Exco agama Kerajaan negeri Selangor.

Sehingga hari ini, sebarang khabar berita tentang dokumen itu tidak diketahui statusnya. Walaubagaimana pun, pihak pejabat exco agama dan lembaga Zakat Selangor tidak perlu bimbang, kerana anak kawanku itu telah meninggal dunia disebabbkan penyakitnya itu.

Semasa hayat anak kawanku itu, dia pernah berkata, “sesiapa sahaja yang tawarkan kewangan kat aku, aku akan terima, tidak kira dari apa agama sekalipun”.

Cuba bayangkan kalau berita ini sampai kepada pihak gereja, lalu mereka hantar wakil untuk menawarkan biaya kewangan perubatan kepada anak kawanku itu. Apakah ia perlu disalahkan kepada pihak gereja, ataupun dari pihak pejabat exco agama negeri Selangor atau lembaga zakat?

Sudut kedua pula;

Padaku, semua agama itu ada agenda masing-masing. Amat bohong jika kita kata bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk menyebar luaskan agama mereka.

Kebajikan yang mereka tawarkan sudah pasti mempunyai motif. Aku kira, ia bukan sekadar wujud dalam diri orang yang beragama kristian, tetapi wujud juga dalam diri orang yang beragama Islam. Malahan, setiap parti politik atau individu politikus pun, apabila menyampaikan sesuatu bantuan kewangan atau kebajikan, mesti mempunyai motif sebegitu. Jika mereka mengatakan tidak, ketahuilah itu satu penipuan.

Isunya sekarang, kenapa gereja boleh tawarkan kebajikan sebegitu, tetapi tidak mampu dilakukan oleh pihak jabatan agama Islam. Gereja tidak mendapat biaya dari pihak kerajaaan, malahan perlembagaan Malaysia sendiri menyatakan larangan tersebut. Lebih menarik lagi, dalam perlembagaan Malaysia sendiri mengakui bahawa kewangan Negara boleh disalurkan kepada badan-badan agama islam di Malaysia. Walaupun begitu manja sekali peruntukan perlembagaan Malaysia kepada pihak badan-badan agama Islam di Malaysia, tetapi mereka masih lagi tidak dapat menjadikan Islam sebagai agama yang menawarkan kebajikan, tetapi yang berjaya melakukan ini adalah pihak gereja.

BAGAIMANA?

Pihak jabatan agama Islam perlu diadakan transformasi dari sudut pengurusan zakat. Mereka tidak boleh tertumpu kepada usaha pengumpulan duit zakat, tetapi perlu juga melakukan pemerkasaan penyebaran zakat kepada mereka yang perlu.

Birokrasi dalam pemberian zakat perlu dihapuskan. Mudahkan urusan pemberian zakat. Jangan tunggu pihak yang susah sahaja yang menagih dari pihak pungutan zakat, tetapi pihak pengurusan zakat perlu menagih pahala dengan mencari orang-orang yang susah untuk diberikan zakat.

Adapun dari pihak hasan ali yang menyatakan bahawa beliau sedia dipecat dalam isu ini. Secara peribadi, aku tidak bersetuju beliau dipecat, tetapi yang paling tepat adalah beliau sendiri perlu meletakkan jawatan kerana beliau telah terbukti gagal ketika menjadi exco agama dalam kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan perkara ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Ust Wan Ji @ Al-Bakistani

Gambar Ulama Arab Cium Tangan TG Nik Aziz. Tingginya Martabat Pewaris Nabi

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/281543_239275019438706_206268379406037_775210_4635967_n.jpg

orang berilmu agama sungguh bernilai dan tinggi darjat.

perjuangan menegakkan agama allah

sesungguhnya tinggi nilai di sisi Allah.

N'N:Kalau diberi peluang aku nak peluk dan cium tangan Tuan Guru.


Isu Gereja Diserbu, Dr.Asri Tanya:Ke mana perginya wang zakat kita???

‘Serangan Jais’ ke atas gereja, tanya diri kita dulu — Dr Mohd Asri Zainul Abidin


7 OGOS — Saya belum ingin mengulas tentang “serangan” atau serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan “serangan” itu.

Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa “jatuh hati” dan “terhutang budi”.

Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan:

Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta “sedekah” kepada orang lain?

Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu — sedangkan kita mampu-kita menyalahkan orang lain yang membantu.

Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu http://www.blogger.com/img/blank.giffitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! MI

ROH YANG GILA SEKS ATAU MANUSIA YANG GILA SEKS? ANDA NILAI SENDIRI.

http://3.bp.blogspot.com/-Ij_vdlVLsIg/Tj2-2YV5YuI/AAAAAAAAMm8/nT2QEBZBENA/s1600/1g.jpg

Pesta sentuh payudara di China.

Penduduk bandar Eija di wilayah Yunnan di China percaya bahawa roh-roh hantu yang resah di bandar mereka yang meninggal dunia ketika perang saudara mahukan 10 gadis sunti dan belum pernah disentuh semasa perayaan 'Bulan Hantu Lapar'. Untuk mengelakkan mereka masuk ke neraka, para gadis ini akan membiarkan lelaki menyentuh payudara mereka.

Kepercayaan yang tahyul ini mendorong manusia untuk melakukan pelbagai perkara. Tetapi amalan ini merupakan salah satu amalan yang paling luar biasa. Dari 14 hb hingga 16 hb 'Bulan Hantu Lapar' ini, para lelaki di bandar ini dibenarkan menyentuh payudara gadis. Papan Tanda sambutan Pesta Menyentuh Payudara di Bandar Eija. Ini adalah untuk menghormati Jie Monai (Pesta Menyentuh Payudara).

Festival ini bermula menurut legenda tempatan semasa era Dinasti Sui (581 SM - 619 SM) apabila kebanyakan remaja lelaki di bandar itu terpaksa menyertai tentera dan telah meninggal dunia di dalam peperangan. Menurut kepercayaan mereka, roh lelaki yang mati ini tidak tenang kerana mereka belumn menyentuh seorang perempuan sebelum ini. Oleh itu, mereka mahukan 10 gadis sunti yang belum disentuh untuk menemani mereka di akhirat.

Bagi mengelakkan gadis-gadis ini daripada dipilih oleh roh-roh tersebut, gadis sunti yang berusia 15 tahun dan ke atas - akan meminta lelaki menyentuh payudara mereka, dan adat ini telah diteruskan turun temurun ke generasi mereka. Bagi pendapat http://www.blogger.com/img/blank.gifanda - sama ada disentuh oleh roh-roh jahat atau oleh seorang lelaki sebenar secara langsung - Yang mana satu pilihan anda?

N'N:Matlamat menghalalkan cara? Yang menjadi mangsanya gadis sunti dan yang dapat nama buruk roh. Yang tak bersalah meraba silelaki jadi siapa yang untung sekarang ni?

SUMBER

Baca juga:

UMNO MAHU MENGEKALKAN KUASA DENGAN CARA YANG JIJIK.

BENDA MACAM INI BOLEH MENIMBULKAN FITNAH.

Gadis kelihatan seperti wanita 'hamil' setiap kali selepas makan.

http://3.bp.blogspot.com/-9HK61LCMayQ/TjscW7qaPoI/AAAAAAAANM0/w476Gk5xukw/s1600/1.jpg

CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)