yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, July 29, 2011

GEMPAR!!!MCA MARAH LIM GUAN ENG KERANA TIDAK MENGAMALKAN ASOBIYAH.

MCA marah Guan Eng tolong Kontraktor Bumiputera..

Kalau diikutkan kata Pencacai -pencacai UMNO selain dari mengatakan Melayu semakin terpinggir setelah DAP/PR mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang mereka juga mendakwa kontraktor Bumiputera dipinggirkan.

Sebenarnya yang dipinggirkan itu kebanyakkannya kontraktor UMNO yang dulunya hanya perlu ada kabel untuk mendapatkan projek, apabila sistem e-tender digunapakai oleh kerajaan PR Pulau Pinang mereka terkial-kial kerana dulu mereka tak pernah bersaing dalam sebut harga, sekarang bila mereka terpaksa bersaing terpinggirlah mereka kerana harga mereka macam dulu juga.. mahal gila..


Jadi untuk melampiaskan rasa marah mereka itu, mereka mula mereka cerita kononnya Kontraktor Bumiputera dipinggir oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Sekarang Ketua Wanita MCA ini membuktikan Kerajaan PR Pulau Pinang tidak meminggirkan Kontraktor Bumiputera..

MCA marah DAP utamakan Melayu

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blog parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.


Free Malaysia Today

Sumber:AnakSungaiDerhaka.

Walaupun Mengalami Kemerosotan Ekonomi, Amerika Tidak Kurangkan Langsung Subsidi Kepada Negara Haram Israel. 30 Juta USD Terus Diberi Selama 10 tahun.

http://static.arrahmah.net/images/stories/2011/07/obama-isr.jpeg


Walaupun Mengalami Kemerosotan Ekonomi, Amerika Tidak Kurangkan Langsung Subsidi Kepada Negara Haram Israel. 30 Juta USD Terus Diberi Selama 10 tahun Bermula Tahun 2007.

Presiden Obama dan Kongres AS telah menbuat kesepakatan yang terdahulu dibuat oleh mantan presidennya, Bush dan mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk mengirimkan 30 Juta USD kepada Israel selama 10 tahun, mulai tahun 2007. Walaupun krisis kewangan yang sangat parah dan kekhuatiran menambahkan hutang negara, bantuan untuk Isrel tidak pernah terlewatkan dan terus mengalir, bahkan hanya sedikit sahaja perdebatan yang terjadi terkait dengan hal itu.

Bahagian lain dari dukungan AS untuk kebijakan Israel melawan Palestin adalah komitmen diplomatik. Aplikasi sejarah Palestin untuk status keanggotaan di PBB, dijadualkan akan dipungut suara pada September, akan ditentang keras oleh AS, meskipun lebih dari 120 negara lain mendukungnya.

Dengan kedua dukungan, kewangan dan diplomatik, Israel mungkin terus dapat menghancurkan rumah-rumah Palestina dan mungkin bahkan membuat kebiasaan meminta biaya penggantian untuk hal tersebut. (haninmazaya/arrahmah.com)

N'N:Terima Kasih Amerika kerana membantu Negara Haram Israel membunuh ummat Islam Palestin yang tidak berdosa. Dan warga Amerika yang bodoh akan terus membayar cukai untuk menampung kerja bodoh Amerika itu. Hebat Yahudi Zionis L.A memperbodohkan warga Amerika.

Isu Cincin RM24j: Rosmah Kata Fitnah, Tiada Masa Mahu Layan. Kalau Fitnah Sepatutnya Perlu Diperjelaskan Bukan Buat Tak Tahu Jer!!!!

http://berita.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/SPRM-digesa-siasat-cincin-RM73-juta-Rosmah-200x150.gif

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.TMI


N'N:kalau fitnah saman jerlah,kita tengok siapa yang betul.

Mee Segera Perisa Babi 50% Halal? Indonesia Makin Celaru?

meeyabi2

Orang Indonesia nie memang dah makin celaru kot. Halal pun leh main peratus-peratus lagi. Perasa ayam babi tue. Kreatif sampai buat sesuka hati. Pastue model letak minah porno Japan (Maria Ozawa). Memang compem ramai yang akan teruja untuk makan.

Nak kata terkejut tak jugak sebab kat Indonesia nie memang banyak benda-benda gila macam nie. Poning dah kepala memikirkan diorang. Nasib baik Malaysia belum sampai tahap macam nie lagi. Bayangkan kalau kat Malaysia ada perisa kari babi. Memang bungkus terus syarikat tue kena boikot.

Sumber:Amazingnara.com


N'N:Terkedu sebentar, tapi aku was-was benda ni betul atau sekadar gurauan(Sebab nampak macam tak logik). Ada sesiapa yang tahu boleh terangkan dekat aku yang tengah keliru ni, sebab tak mungkin ada benda yang tak selogik ini dan kita tak boleh terus menghukumkan.

SEKOLAH TERLAMPAU, GURU BESAR DAN GURU HISAP SYABU DISEKOLAH.

http://farm4.static.flickr.com/3212/3059420135_a1f8fbe469.jpg


CHARLESTON – Sebuah sekolah kejuruan di West Virginia, Amerika Syarikat, ditutup hingga waktu yang tidak ditentukan. Penutupan dilakukan kerana ditemukan syabu-syabu di gedung sekolah. Ini merupakan dari penyelidikan atas guru besar dan guru yang diketahui menghisap syabu.

Ketua polis Negara Bagian West Virginia Andy Perdue menyatakan, ubat-ubatan terlarang ini ditemukan di saluran air, pejabat guru besar, lorong-lorong, dan bilik mandi di beberapa bahagian sekolah.

Perdue menambahkan, seorang guru mengaku menghisap syabu bersama gurubesar dipejabatnya. Akibatnya, guru bernama Jack Turley tersebut menghadapi tuntutan pembuatan pabrik sabu dan pengadaan Sudafed (ubat yang mengandung pseudoephedrine, bahan kimia untuk membuat sabu).

Sementara guru besar Keith Phipps menghadapi tuntutan pembelian Sudafed. Demikian seperti dikutip dari AP, Rabu (27/7/2011).


Walaupun melakukan aksi terlarang itu didalam lingkungan sekolah,pihak polis tidak menemukan sebarang bukti bahawa sekolah itu digunakan sebagai makmal syabu. Namun, hingga kini, peguam kedua tertuduh tidak mahu memberikan sebarang komen.

kredit:borakkosong.com


N'N:Jahanamlah anak murid yang dapat guru besar & guru macam ni. Takut diorang ajar cara-cara memproses syabu

Gambar Aksi Terlampau Seorang Penjaga Gawang.


N'N: Tu dia........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)