yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, July 28, 2011

WAJIB BACA: 'BORANG 11' TAKTIK KOTOR UNTUK PENGUNDI HANTU BERMAHARAJALELA???



KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini terus mendedahkan kepincangan sistem pilihan raya di negara ini dengan mendakwa manipulasi boleh berlaku pada Borang 11.

Menurut exconya Suhaizan Kaiat, Borang 11 merupakan borang yang membolehkan pengundi hantu untuk mengundi semasa pilihan raya.

Jelasnya, Borang 11 merupakan borang akuan akuan daripada pemilih yang mungkin mempunyai sedikit perbezaan nama atau no kad pengenalan dalam daftar pemilih yang menyebabkan beliau tidak dapat mengundi.

Bagaimanapun, ketua tempat mengundi katanya mempunyai kuasa yang besar untuk meluluskan sebarang permohonan daripada pemilih tadi dan membolehkan pemilih tadi mengundi seperti biasa.

"Di sinilah ruang manipulasi yang boleh digunakan oleh pengundi hantu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Borang 11 diperakukan oleh seksyen 20(1) dan 20(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 seperti berikut :

20 (1) Ketua tempat mengundi di mana-mana tempat mengundi boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki mana-mana pengundi, sebelum dia diberikan suatu kertas undi, untuk memberikan apa-apa keterangan mengenai identitinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh ketua tempat mengundi dan untuk membuat serta menandatangani akuan yang dinyatakan dalam borang 11 dalam Jadual Pertama dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

20 (2) Jika mana-mana orang tidak memberikan keterangan itu atau enggan membuat akuan itu, ketua tempat mengundi hendaklah enggan memberikan kertas undi kepadanya.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi bagaimana manipulasi Borang 11 boleh berlaku, seperti berikut:

Pada awal pagi Sharudin Bin Hussain yang mempunyai kad pengenalan baru 660808-02-6013 mengundi di Dun Bukit Selambau, Parlimen Merbok, Kedah tanpa sebarang masalah.

Pada sebelah petang beliau mengundi di Dun Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah dengan membawa kad pengenalan yang sama namun nombor kad pengenalannya tidak sama dengan yang terdapat dalam daftar pemilih di Dun Pantai Merdeka. 4 digit nombor dihujungnya iaitu 6031 ditulis 5811 pada rekod daftar pemilih Dun Pantai Merdeka.

Maka beliau akan memberi alasan bahawa kad pengenalan lamanya sama iaitu A0509568. Oleh itu identiti Sharudin Bin Hussain dalam dafar pemilih Dun Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani adalah identitinya. Beliau mengisi borang 11 dengan menyatakan bahawa nombor 4 digit dibelakangnya adalah salah iaitu bukan 5811 sebaliknya 6013 seperti dalam kad pengenalannya yang sah.

Ketua tempat mengundi dengan kuasa yang ada padanya boleh meluluskan permohonan ini. Maka Sharudin Bin Hussain boleh mengundi dua kali dalam pilihanraya tersebut.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata ruang manipulasi borang 11 tersebut sewajibnya ditutup oleh SPR bagi mengelakkan pengundian lebih daripada sekali.

"Dewan Pemuda PAS mendesak agak borang 11, seksyen 20(1) dan 20(2) digugurkan daripada Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Walaupun ketua tempat mengundi mempunyai kuasa terhadap borang 11 tetapi kuasa ini sangat mudah dimanipulsi," tegasnya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato Wan Ahmad bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll” yang secara tidak langsung beliau telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih yang sah. HARAKAHDAILY.

GAMBAR MANUSIA YANG GILA MOTOR.

Hope my bike doesn't fall on me


N'N:Buatnyer motor tu jatuh atas kepala arwah....

JANGAN TERKEJUT KALAU NAMPAK MUAMMAR GADAFFI TENGOK PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA LWN SINGAPURA MALAM NI, SILAP-SILAP DIA DUDUK SEBELAH KORANG.

Wajah yang saling tak tumpah seperti Muammar Gadaffi ini kelihatan berada disekitar Stadium Bukit Jalil tempat yang akan berlangsungnya perlawanan bola sepak antara pasukan Negara kita dan pasukan Singapura. Sebanyak 85,000 tiket telah dijual seperti pisang goreng panas.





SUMBER&KREDIT:BLOGSERIUS.http://www.blogger.com/img/blank.gif

N'N:Memang sebijiklah kah3.....Semoga pasukan Malaysia menang malam ni....




BACA JUGA:SENARAI BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG AKAN MENENTANG SINGAPURA, PERLAWANAN KEDUA KELAYAKAN WORLD CUP 2014 MALAM INI

SENARAI BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG AKAN MENENTANG SINGAPURA, PERLAWANAN KEDUA KELAYAKAN WORLD CUP 2014 MALAM INI.

MALAYSIA
Mahalli Jasuli,
Mohd Asraruddin Putra,
Mohamad Fadhli Mohd Shas,
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak,
Ismail Faruqi Ashari,
Safee Sali (Captain),
Amar Rohidan,
Abdul Hadi Yahaya,
S. Kunalan,
Amirulhadi Zainal,
Khairul Fahmi Che Mat (GK)

Perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia Tiada Pilihan Lain Selain Menang - Rajagobal




Jurulatih pasukan Malaysia, K. Rajagobal (kiri), Jurulatih pasukan Singapura Radojko Avramovic (kanan) dan pemain Singapura, Fakrul Nawaz (tengah) ketika majlis Sidang Media di Wisma FAM pada 27 Julai 2011.

PETALING JAYA, (D5) - Jurulatih Malaysia, K. Rajagobal menegaskan Harimau Malaya perlu mengukir kemenangan pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia menentang Singapura pada hari ini.

Malaysia ditewaskan 5-3 dalam perlawanan pertama, dan perlu kembali bangkit mengatasi dua gol untuk mengekalkan harapan mereka dalam saingan.

"Kami tidak ada pilihan lain selain menang. Jika kita mahu kekal dalam saingan ini, kita mesti bangkit menewaskan mereka.

"Singapura adalah pasukan yang baik, dan seimbang. Tetapi saya positif skuad Harimau Malaya boleh mengatasi mereka," kata Rajagobal.

Walaupun Rajagobal tidak mendedahkan barisannya, beliau akan mempertimbangkan untuk memberi lilitan kapten samaada kepada penyerang, Safee Sali atau pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Radzak.

Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berkata pasukannya bersedia untuk menghadapi tekanan bermain dalam lautan peminat Malaysia yang dijangka seramai 85,000.

"Ia akan menjadi sukar, tetapi pemain saya pernah menghadapi keadaan seperti ini, saya yakin mereka mampu beraksi baik.

"Kami berharap dapat mara ke pusingan seterusnya," tambah beliau. sumber

TAHUKAH ANDA PENGANUT BUDHA BHUTAN DIHARAMKAN HISAP ROKOK.

Tahukah anda di negara Bhutan pejualan rokok dan menghisapnya secara terbuka adalah salah disisi undang-udang? Undang-undang anti tembakau ini diluluskan pada tahun 2005 kerana mengikut kepercayaan penganut Buddha Bhutan, menghisap rokok boleh merosakkan karma seseorang Individu. Rokok dengan itu diharamkan atas alasan agama.

Walaubagaimanapun perokok tegar hisap rokok juga dengan meyeludup rokok dari negara hiran mereka India. Bagi menangani masalah rokok seludup yang berleluasa,sempena tahun baru kerajaan Bhutan memberi sedikit kelonggaran kepada perokok negara mereka. Menghisap rokok dan penjualan terbuka masih lagi haram tetapi para penghisap batang kanser diberi kuota 200 batang rokok atau 150 gram produk tembakau sebulan. Ianya harus dibeli dengan secara sah dan resit duti import harus dintunjukkan sebagai bukti. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka yang kantol dipenjara 5 tahun hanya kerana memiliki rokok "haram".






Selain itu bagi kelihatan lebih serius, kerajaan Bhutan membenarkan pihak polis menyerbu mana-mana rumah yang mereka syaki menyimpan rokok seludup atau yang melebihi had yang dibenarkan setiap bulan. Beberapa ekor anjing pula sudah dilatih bagi menghidu kehadiran tembakau didalam rumah yang diserbu. Perdana Menteri Bhutan Jigmi Y. Thinley dipetik berkata:

"Rokok ialah barah, yakni secara fizikal dan metaforikal. Barah kepada masyarakat and kepada individu. Ianya tiada beza dengan dadah yang mengkhayalkan dimana kesalahan memilkinya di sesetengan negara adalah hukuman maut!"

Hanya di Bhutan menghisap rokok dipandang sebagai kesalahan serius.

Sumber&Kredit:Blogserius.


N'N:Ummat Islam lain sikit, fatwa sudah keluar tapi masih buat dek jer.....

MUHYIDDIN JANJI SEMUA MP BN DAPAT RM100,000 MENJELANG AIDILFITRI, HABIS TU MP PR MACAM MANA??? MEREKA PUN WAKIL RAKYATLAH!!!

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.

Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.

“Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil,” kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN ke The Malaysian Insider.


N'N:Lihatlah bagaimana UMNO/BN hanya memberi peruntukan kepada MP BN sahaja. Bagaimana pula dengan MP PR mereka juga perlukan peruntukan untuk agihan kepada Rakyat yang memerlukan....

CHELSEA F.C TERASA DENGAN SIKAP ANTI YAHUDI PENYOKONG MALAYSIA.

Chelsea complain over anti-Semitism during Malaysia game

Benayoun was given a torrid time by Malaysian fans. — Reuters pic


KUALA LUMPUR, July 28 — English Premier League football team Chelsea have filed an official complaint with Malaysian football authorities over what they say were anti-Semitic taunts targeted at the club’s Israeli midfielder, Yossi Benayoun, during their friendly match here last week.

Chelsea’s 1-0 friendly win over the Malaysian Olympic squad last week was overshadowed by boos directed at Benayoun, the first Israeli footballer to have played in Malaysia in recent memory.

The jeering of the captain of the Israeli national team throughout the first half was given wide coverage in the international media, including British tabloid the Daily Mirror and wire services, embarrassing Malaysia, which has tried to project an image of being a moderate Muslim nation.

According to a report in UK daily The Guardian today, Chelsea had initially doubted that the chants were related to Benayoun’s nationality but later probes revealed that anti-Semitism was involved in the crowd abuse.

“Notwithstanding most fans behaving appropriately on the night, we believe Yossi was subjected to anti-Semitic abuse by a number of supporters at the game,” a club spokesman was quoted in The Guardian’s article.

“Such behaviour is offensive, totally unacceptable and has no place in football.”

Benayoun was booed by Malaysian fans whenever he went near the ball during the friendly game at Bukit Jalil last week, and was relentlessly taunted throughout his entire stint during the first half.

Muslim-majority Malaysia is an ardent supporter of Palestine and has no diplomatic ties with Israel.

Muslim politicians have long vied for support from Malays by denouncing what they say is inhumane aggression from Israel towards its neighbour.

The formal complaint by the club now increases the likelihood of sanctions against Malaysia by football’s governing body, Fifa, which has taken a hard stance against racism in the game.

Chelsea won the friendly 1 – 0, with a goal by Didier Drogba.

If Malaysia is sanctioned by Fifa, it would be a major embarassment for a country eager to show it is a model for moderate behaviour.

Datuk Seri Najib Razak has crossed the globe to project such an image since taking office two years ago, most recently to London and the Vatican City — only the second prime minister of Malaysia to visit the leadership of the Catholic Church.

The Umno president has also harped on the need for members and leaders of the world’s major faiths to censure and reject their own extremists and jointly support a “global movement of moderates”.

Former Malaysian FA official Peter Velappan, who was once a general secretary of the Asian Football Confederation, was quoted last week admitting the abuse was regrettable, if hard to prevent. "It is of course unsporting," he said. "This is quite rampant in many of the European countries ... [but] especially in [multiracial] Malaysia we are supposed to set an example." TMI


N'N:Kalau dia bukan Yahudi yang menyokong Zionis Israel rasanya kita tak payah jadi Asobiyah. Namun jika mereka menyokong tertubuhnya Negara Haram Israel kita booooooo sama dia yang bersubahat membunuh saudara kita Di Palestin. Tiada kompromi kepada Yahudi Israel Zionis Laknatullah, aku haramkan penyokong-penyokong Zionis Israel menjejak kaki Di Malaysia.

GAMBAR INI AKAN MEMBERITAHU KITA, KENAPA CHINA SANGAT BENCIKAN JEPUN

DINASIHATKAN GAMBAR-GAMBAR INI MUNGKIN AGAK MENGGANGGU BAGI SESETENGAH PEMBACA BLOG JADI SAYA LABELKAN IA SEBAGAI 18SG.....

000_a676c623975e2cb684ad2c6c5f1874b51

001_9b5b04b9824fc61f4226a25fe74b728c1

002_b92d156ecc04c0a5ace9aa846f13f2981

003_f1b9f6e84efc73daf70c1ed4e9c008a21

004_d6f8aea78da9312713058dd39cdb1e1f1

005_b84ab2c1d85dbc3d2dc5539a4f8391461

006_ca77782262b421eb1a8e2d781ed6ed931

007_1ec3462152856e3f510824b8688e61251

008_24632996004843518b3321f3e141cef21

009_d271c68ddb85f30ecd354e7070b624d01

010_d95a392b3deff5064fd7b3ddc8d2b11b1

011_9d032a6943533eeb2722205c0517afbc1

012_2825540901469539ac318a7c365533221

013_ca26dd2c3f8044c4fe5dff555eab743f1

014_6eaa5620ed02a6378a801a534c4610821

015_b3e62d7d10c9926c13829e850f32fcff1

016_96fe140514f205ec45324377f2620e422

017_b1b946a1c6bd55e79bee0fa4c3eac96c1

018_18086005ad0148879a32ddb1407437171

019_313db27aa2e2b9959d69fbeaba7d29f71

020_a3d6e4397e6174d456eb1beb32d727c81

021_f550e9132ea991789dd6ea50817d2fcf1

022_573284f65a32454ea5119e1adb0e50661

023_626cc7da06d1ab927ec0a4947da66f711

025_d3459b69bdaef6a42cec0972102796861

026_67f427e2989655945409fbcdf5c3a9741

027_7d214a10fc6db5436501630f6b4694fd1

028_55eab33094dd382918fdd2dbe16613f91



SUMBER

Bila Masalah Meniru Dalam Ujian Sangat kritikal Inilah Langkah Yang Paling Berkesan Buat Guru.

http://amazingnara.com/wp-content/uploads/2011/05/funny-picture-99795244781.jpg

N'N:Ambik kau....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)