Isu berkaitan fahaman Wahabi muncul semula hari ini dengan Putrajaya mengadakan mesyuarat khas meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.
Difahamkan mesyuarat pagi ini merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.
“Mesyuarat hari ini hanya memfokus pada isu amalan fahaman Wahabi dan kaitan dengan terorisme... di mana akhirnya mesyuarat memutuskan mereka yang ada kaitan dengan fahaman ini boleh menjurus kepada terorisme,” kata.
Mesyuarat hari ini adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan a,alan Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.
“Berdasarkan maklumat diterima, kesemua mufti negeri diminta memantau perkembangan amalan Wahabi di negeri masing-masing dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu,” kata sumber itu lagi.
Beberapa mufti yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut melainkan mengakui ada mesyuarat itu.
“Lebih baik tanya kepada Majlis Keselamatan Negara,” kata sumber itu lagi.
The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat hari ini ada menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.
Antara nama itu ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kiri), yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi.
Asri ketika dihubungi berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah “reda.”
Bagaimanapun beliau tidak menolak ia kemungkinan ada kaitan dengan perkembangan politik negara dan usaha mengalih pandangan selepas perhimpunan aman 9 Julai.
SUMBER
N'N:Tak pasal2 Ust Maza jadi mangsa....
Monday, July 25, 2011
ISU WAHABI SEMACAM ISU YANG SENGAJA DIBUAT UNTUK TUTUP KES KEKEJAMAN POLIS 9 JULAI.
Gadis Ini Curi Wang Lalu Dimasukkan Kedalam 'anu'nya.
sumber
N'N:Jadikan ikhtibar ok, ini baru kamera yang tangkap tapi ingatlah bahawa Allah Maha Melihat dan Mendengar.
SPR Nak Main Sandiwara Dengan Siapa Ni? Akui Ada Pengundi Hantu, Tapi Apa Tindakannya???
Akhirnya SPR akui pengundi hantu
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.
Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.
Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.
Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.
"Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.
"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.
Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.
Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.
Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.
Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.
Ianya boleh disemak melalui pautan SPR
Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.
"Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.
"Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah," jelasnya lagi.
Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.
Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," tegasnya.Harakahdaily
Gambar Helah Terbaru Untuk Duduk Di "Reserved Seat" LRT.
Taktik ini untuk mengelak memberikan kerusi itu kepada golongan yang lebih memerlukan.
Alasannya nanti 'Eh minta maaf saya tak nampak'(Kejinyer).......
Sumber:Borakkosong
Wahai Rakyat Malaysia Ketahuilah Bahawa Sistem Biometrik Boleh Digunakan Untuk Menipu Pilihanraya!

“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.
Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas.
SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu. Sumber
Lihat Video ini untuk kefahaman yang lebih tentang Manipulasi Biometrik:
ISU BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL:Bolehkah Aku Kata Kerajaan Malaysia Sekarang Bodoh Dan Kuat Membazir???
Kenapa Membazir Kalau Boleh Pakai Dakwat Kekal
SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.
" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.
" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.
Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.
"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.
Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.
"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.
Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.
" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.
" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.
Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.
Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.
Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. -TVSelangor
N'N:Bolehkah???Sebab bagi aku tindakan BN memang nampak bodoh & sangat membazir. Duit siapa? Duit aku dan korang semualah!!!
Cara Percepatkan Connection Modem Guna Tin Ubat Nyamuk.

Isyarat Lampu Lalu Lintas Seakan-akan Isyarat Lucah "Menyinggung Perasaan" Pengguna Jalan di Texas.
Apa yang ada difikiranmu ketika seseorang tiba-tiba mengacukan jari tengah di depan mata sendiri? Marah? Tersinggung?sumber:Borakkosong

Ustaz Kau Memang Hero Aku Sekarang.

Ustaz kau memang tidak hipokrit.
Ustaz kau yakin rezeki datangnya daripada Allah S.W.T.
Ustaz dalam banyak-banyak Ustaz yang keluar dikaca TV kaulah yang paling aku hormati kerana kau tidak seperti sesetengah Ustaz yang sanggup gadaikan prinsip demi dunia dan ternyata kau berbeza daripada mereka.
Ya Ustaz selayaknya kau digelar Hero.
Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)
-
Wanita Dihukum Gantung Bunuh Anak Tiri14 minutes ago
-
18 lagi ditangkap kerana Adam Adli14 minutes ago
-
-
-
-
RON97 turun 20 sen mulai malam tadi21 minutes ago
-
-
-
Doa Wan Azizah semalam [Saksikan...]45 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tabik spring untuk Adam Adli !10 hours ago
-
-
-
-
FOMCA : GST Perlu Lindungi Pengguna21 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Air mata di wad ICU4 days ago
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN4 days ago
-
-
-
-
-
-
NGO Melayu Suruh Boikot Bisnes Cina?1 week ago
-
-
-
-
MAHATHIR MULA BUAT HAL2 weeks ago
-
-
-
TEMA PRU KE 13 : INI KALILAH2 weeks ago
-
Guide To Making A Coffee Shop Menu2 weeks ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kandis : Special Jubah.5 months ago
-
-
-
RUKUN HAJI7 months ago
-
-
Antara madet dan setan8 months ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU28 months ago
-
-
-
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah11 months ago
-
Air jampi1 year ago
-
Suara Rakyat Tertindas !!!2 years ago
Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)
-
Beruk Subsidi24 minutes ago
-
-
Ustaz Azhar Idrus - Brader!! Sape Tuhan Kamu?44 minutes ago
-
-
-
-
-
Adakah kita bakal dikencing lembu13 hours ago
-
9 REKAAN menarik zaman dulu-dulu (9 gambar)18 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA1 week ago
-
Selamat Tinggal Astana Kandis.1 week ago
-
Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin2 weeks ago
-
-
-
Ustaz Azhar Idrus - Presint 19 Putrajaya3 weeks ago
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!5 weeks ago
-
-
-
8 March2 months ago
-
-
berbekam amalan sunnah!3 months ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!3 months ago
-
-
The One and only4 months ago
-
-
-
Hudud and Karpal9 months ago
-
Altantuya Di Paris10 months ago
-
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-
-
PANAS!!!1 year ago
-
-
-
Asal Bukan UMNO
-
-
-
-
-
edisi tibai - JANGAN MARAH NUAR BERAHIM10 hours ago
-
Ooooo... Macam Itu Kisahnya10 hours ago
-
-
Penyokong UMNO Bakal Mengamok Marah Najib.17 hours ago
-
Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar18 hours ago
-
-
Tahukah anda?1 day ago
-
-
Pilih Jalan Hutang1 month ago
-
-
13 Mei top on the list?5 months ago
-
selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!6 months ago
-
-
Video: Hampir Beranak & Solat - Ustaz Azhar Idrus10 months ago
Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)
-
Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak14 minutes ago
-
Kafir tanpa disedari2 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
JANGAN SALAHKAN KERAJAAN3 days ago
-
Erdogan dan Obama Desak Assad Berundur5 days ago
-
-
Time1 week ago
-
-
-
Mengapa Dajjal disebut al-Masih?1 week ago
-
Kehebatan Air Zamzam1 week ago
-
-
Kerapuhan.4 weeks ago
-
-
Assalamualaikum sekalian alam5 months ago
-
Kosonggggg~9 months ago
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-












