yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, July 24, 2011

WAJIB BACA:Dakwat Kekal Penyelesaian Bagi Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13.

http://4.bp.blogspot.com/--8xwEsdUNkk/TisLGMZa_UI/AAAAAAAAF1g/ZAmzWjETCfI/s400/236.jpg

Pendahuluan

Semua sedia maklum, PRU13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Berbeza dengan negara lain, tarikh PRU di Msia selalu menjadi salah satu bahan teka teki dan dirahsiakan kepada umum. Di negara-negara maju, tarikh pilihanraya umum biasanya diistiharkan dan sangat jarang menjadi rahsia. Tetapi tidak dinegara kita.

Namun, apa yang paling menarik pada PRU13 kali ini adalah PENTING dan menentukan mandat baru kepada kerajaan baru Najib dan Rosmah.

Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?

Setelah kejatuhan kerajaan BN di negeri-negeri strategik spt Pulau Pinang dan Selangor, kedudukan Kerajaan Najib dan Rosmah agak sedikit goyah (selepas pemindahan kuasa dari Pak Lah), maka menjadi satu matlamat besar agenda BN untuk kali ini merampas kembali salah satu negeri ini, dan Selangor akan menjadi target utama disebabkan undi Melayu mempunyai majoriti yang tinggi berbanding di Pulau Pinang. Maka, ‘serangan’ habis-habisan terhadap Pakatan Selangor mula dilancarkan sejak dari dahulu hinggalah yang terkini oleh PM Najib sendiri agar menggesa semua penyokong BN menggunakan apa jua ‘senjata’ untuk menumbangkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Setiap mandat baru, mestilah disertai dengan satu negeri ‘kaya’ ditumbangkan. Ini terbukti sewaktu PRU11, dimana Pak Lah telah menjadikan Kerajaan Pas Terengganu sebagai matlamat.

Mengimbau kembali kekalahan Pas Terengganu di PRU11, pengundian di seluruh Msia telah menjadi kelam-kabut dan jumlah pengundian juga menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Jika kita selongkar kembali keputusan pilihanraya negeri di Terengganu pada tahun 2004;

(1) Pas tumbang dengan mengekalkan hanya 4 kerusi, dari sebuah kerajaan sebelum itu.

(2) Kemenangan majoriti BN hanya berkisar dalam ratusan dan hanya puluhan sahaja.

(3) Jumlah yang keluar mengundi paling kurang 85% dan puratanya antara 88% hingga 98%!!!

Tanpa menyelongkar selebihnya, secara kasar kita sudah tahu ada yang tidak kena dengan status pengundian di Terengganu sewaktu PRU11. Dan yang pentingnya, keputusan akhir adalah Pas tumbang di Terengganu!

Mengapa ini boleh berlaku?
Semua sudah maklum, dari dahulu lagi, dalam mana-mana PRU di Msia, semua agensi kerajaan (baca: hak rakyat) akan turut sama memainkan peranan dalam memenangkan parti pemerintah. Lebih dahsyat lagi, bukan sahaja media, malah SPR, JPN, PDRM, ATM dan pelbagai lagi agensi rakyat telah dipergunakan oleh BN secara terbuka!

Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, ia amat memerlukan kerjasama dari semua ketua atau pengarah jabatan yang terbabit. Ketua Polis, Ketua Hakim, Ketua SPR dan pelbagai lagi ketua agensi kerajaan mestilah memberikan kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan yang memerintah sekarang supaya setiap apa yang dirancang berlaku seperti mana yang dikehendaki.

Pak Lah sewaktu PRU11, mendapat kerjasama yang cukup baik dikalangan agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang dinyatakan tadi. Lalu beliau mendapat kemenangan mudah di PRU11, bukan sahaja berjaya menumbangkan kerajaan Pas Terengganu, tetapi mendapat mandat baru dengan penuh bergaya, dan ‘tersenyum lebar’.

Namun, ia tidak berpanjangan, setelah beberapa tahun memerintah, Pak Lah dikritik hebat, bukan sahaja dari pembangkang, malah dari pihak Umno sendiri. Ia telah menjadi kritikal bila Dr. Mahathir pun secara terbuka menghentam Pak Lah tanpa ‘belas kasihan’. Umno mula menghadapi krisis kenyakinan yang teruk, sehinggakan Dr Mahathir (yang memegang kad keahlian Umno [baru] no.1) turut keluar dari Umno pada masa itu.

Krisis dalaman Umno memberi kebaikan kepada pihak pembangkang apabila bukan sahaja sokongan rakyat mudah menyondong kepada Pakatan, tetapi kerjasama dan integriti yang berlaku di agensi kerajaan mula disabotaj. Kesepaduan dalam gerak kerja ‘menipu’ pilihanraya tidak lagi semantap PRU11.

Maka, Pak Lah telah kehilangan 5 negeri di PRU12! Bukan itu sahaja, menteri-menteri lama juga turut tumbang di dalam ‘Tsunami politik 2008’ tersebut.

Walaupun penulis bersetuju dengan analisis yang mengatakan sokongan terhadap Pakatan meningkat di PRU12, tetapi penulis lebih yakin yang kekalahan BN di negeri-negeri tertentu adalah disebabkan adanya sabotaj dikalangan agensi-agensi kerajaan yang tidak memihak kepada Pak Lah.

Era PRU13

Umno tidak sangat mengalami masalah pada kali ini. Walaupun, Najib dilihat agak memihak terhadap isteri Rosmah, tetapi pada hakikatnya beliau disenangi oleh kroni sendiri. Najib adalah seorang yang cukup terkenal dari menjadi MB Pahang lagi, iaitu seorang yang akan buat apa sahaja untuk menjaga kepentingan kroni. Beliau boleh ‘mencipta’ mana-mana jawatan baru/khas (jika perlu) bagi memenuhi kehendak kroni beliau.

‘Orang kuat’ Mahathir ini tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan oleh Penasihat Umno tersebut untuk meneruskan agenda BN. Maka, untuk kali ini, Najib dan Rosmah tidak mengalami masalah sukar untuk mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan tadi, terutama SPR dan JPN.

Penipuan sedang dan sudah bermula?

Antara perkara penting untuk menjatuhkan pihak lawan adalah melalui kehadiran pengundi yang tinggi. Walaupun kemenangan majoriti yang kurang dari 100 pun, yang penting BN mampu mengalahkan pihak lawan.

Kerajaan Najib-Rosmah mula melonggarkan kemasukan pekerja asing ke Msia sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, kemasukkan pekerja-pekerja asing mempunyai kelebihan yang ketara dalam menjayakan aktiviti ‘penipuan’ undi di mana-mana negeri yang berkaitan. Hampir mustahil untuk mendapatkan peratus kehadiran penggundi yang lebih dari 90%, tanpa bantuan ‘pihak luar’. Dan ‘pihak dalaman’ hanya menyediakan ‘kad pengenalan’ dan ‘nama pengundi’ sudah cukup untuk melaksanakan agenda ‘penipuan’ tersebut.

Pengalihan pengundi-pengundi juga giat dilakukan di Selangor sekarang. YB Iskandar telah membongkarkan semuanya di Harakah baru-baru ini.

Dimana BERSIH????

Pada pandangan penulis, BERSIH masih gagal mencapai matlamat! Kalaulah hanya ingin mengumpulkan penyokong Pakatan yang berbaju kuning, bukan sahaja 100 ribu, malah 300 ribu pun boleh! Tetapi yang penting, apakah matlamat sebenar BERSIH sudah tercapai?

Sebagai recap, empat (4) tuntutan BERSIH yang masih lagi di’pandang sepi’ oleh SPR:

1. Pengunaan Dakwat Kekal

2. Pembersihan Daftar Pemilih

3. Pemansuhan Undi Pos

4. Akses kepada Media

Dalam keempat-empat tuntutan tersebut, mana satukah SPR/kerajaan laksanakan? Jawapannya, TIADA! Yang ada, hanyalah undang-undang ‘kosmetik’ seperti peti undi transparen dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal. Tuntutan BERSIH hanya tinggal tuntutan!

Penggunaan dakwat kekal hampir menjadi kenyataan sebelum PRU12, namun ia disekat oleh Polis dan Peguam negara yang kununnya ia memberi implikasi negatif dan menyalahi undang-undang.

Terbaru, YB Nurul Izzah telah membankitkannya lagi di Parlimen sewaktu perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, dengan mencabar BN supaya menggunakan dakwat kekal di PRU nanti. Tapi, mereka diam dgn seribu bahasa!

Gesaan!

Penulis sungguh-sungguh berharap agar pihak Pakatan memainkan peranan untuk menuntut supaya perlaksanaan dakwat kekal diadakan sewaktu PRU nanti. Gesaan ini boleh dimulakan dengan mengajak semua Pemuda-Pemuda dari parti Pakatan (PAS, PKR, DAP) termasuklah NGO-NGO seperti Solidariti Anak Muda (SAMM), Persatuan-Persatuan Mahasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

Mengapa PEMUDA? Ia adalah simbolik kepada tuntutan ‘pemimpin’ dan generasi akan datang. Mereka juga adalah satu ‘kawanan’ yang tahan lasak dan mampu memberika impak yang cukup positif dalam tuntutan tersebut. YB Nurul Izzah juga anak muda!

Apakah perlu memboikot pilihanraya? Tidak! Jangan memboikot pilihanraya kali ini. Tetapi apa yang perlu adalah lancarkan gesaan ini terhadap Najib dan Rosmah.

Sepatutnya, pihak Pakatan lancarkannya sewaktu berbelas-belas PRK lalu. Jika tidak tertunai, maka masa itu boleh diboikot, terutama di tempat yang BN ada kekuatan spt Kerdau, Merlimau dan Tenang. Namun, kita masih tidak terlambat. Lancarkan gesaan itu sekarang!

Pihak Pemuda PAS, PKR dan DAP jangan hilang fokus! Sekarang, banyak isu-isu ciptaan Umno/BN untuk menimbulkan polemik tidak kesudahan. Semua isu-isu ciptaan Najib-Rosmah tersebut hanyalah untuk mengganggu tumpuan sebenar agar PEMBERSIHAN SPRdilupakan dan Rakyak marhaen terus mendapat tekanan demi tekanan kehidupan.

Ingatlah, gesaan ini adalh untuk membela masa depan negara dan juga rakyak marhaen!

KESIMPULAN

1. PRU13 nanti Kerajaan Najib-Rosmah akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang bakal di’perkuda’kan untuk mendapat mandat baru.

2. Pihak PEMUDA Pakatan wajib melancarkan gesaan agar menuntut DAKWAT KEKAL di PRU13 nanti agar mengurangkan kejadian undi lebih dari sekali.

3. Pihak ahli Parlimen Pakatan mesti mengusulkan agar DAKWAT KEKAL digunakan dalam sidang Parlimen kali ini. Kalulah isu perundanagn emnjadi masalah.

4. Perhimpunan demi perhimpunan tidak membawa makna jika tiada suatu tindakan yang ‘mengertak’ pihak kerajaan Najib-Rosmah dilalukan, antara yang kritikal sekarang adalah tumpuan terhadap proses pengundian.

5. Jangan mudah tertipu dengan hanya kehadiran pengunjung ceramah dan perhimpunan, kerana tanpa tindakan tuntas terhadap SPR dan Kerajaan Najib-Rosmah, mereka tetap tersenyum lebar dan selesa untuk menyambung tugas di Putrajaya!

Ayuh bertindak sekarang wahai pemimpin Pakatan dan penyokong Pakatan. Kerana kalau hanya bertindak sewaktu pilihanraya, spt ‘tahan bas’, sekat pengundi asing, maka ia sudah terlambat! Jangan perjudikan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara kita oleh Warga Asing yang mengundi BN di PRU13 nanti!

Selamat berjuang!

Sumber:http://matdaus.blogspot.com

Baby Tak takut Mati, Kerana Abang Baby Sanggup Tukar Alat Kelamin.


KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.


“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.


“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.


Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.


“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.



“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.


Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.


“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.


“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.


“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.


“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.


“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.


“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.


“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.


“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

sumber : myMetro


N'N:Baby tak takut neraka & balasan Akhirat???

Percayalah Gambar Ini Akan Buat Najib & Rosmah Tak Boleh Tidur Malam.



N'N:Boleh dikatakan semua yang dipakai abg kita ni berwarna kuning lambang hak bersuara dan lambang hak mendapat Pilihanraya yang Bersih & Adil..

Jangan Pernah Perlekeh Cerita Dongeng Aladin, Kerana Ia Berjaya Memupuk Keyakinan Monica Granath Terhadap Islam.



Pengenalan Iman Monica Granath dengan Islam, dimulai sejak masa kanak-kanak. Tepatnya, setelah dia menyukai dongeng-dongeng Timur Tengah, termasuk kisah Aladin.”Saya selalu tertarik pada budaya yang berbeza, Saya suka belajar bahasa. Ketika saya masih kecil, saya gemar berdandan sebagai puteri Arab seperti di kisah-kisah Aladin,” katanya.


Ketika remaja, ia menyedari tak semua Arab adalah Muslim. Dia bersekolah dengan beberapa orang Arab Kristian, yang semuanya begitu bangga mengenakan kalung salib besar di lehernya. Dia tersedar, keimanan bukan soal keturunan. Keyakinan adalah soal hati.

Granath kemudian belajar bahasa Arab di Universiti Stockholm. Di kampus ini, keyakinannya akan Islam semakin terpupuk. Di usia 20 tahun, ia memutuskan menjadi mualaf.

Granath kemudian memutuskan menikah dengan seorang Muslim Palestin dari Gaza. Pasangan itu hidup di antara dua kota dan dia membuat blog tentang pengalaman mereka, baik dan buruk. Blog-nya menjadi terkenal di Timur Tengah.

“Kami punya banyak perbezaan, menikah dengan seorang lelaki lain budaya memerlukan banyak penyesuaian. Tentu saja kami berbagi beberapa idea umum tetapi apa yang ia nilai dan suka kadang-kadang sangat berbeza dari penilaian masing-masing,” katanya.

Granath memakai jilbab sekarang. Meskipun penelitian terbaru dari Uppsala University yang menyatakan bahwa 50 peratus publik Sweden ingin untuk melarang jilbab di sekolah dan tempat kerja, dia tidak merasa didiskriminasikan.

Walau kadang, katanya, orang kerap menilainya berdasarkan pilihan berpakaian. “Kadang-kadang aku merasa orang mengira aku tidak pintar hanya kerana mereka melihat cara saya berpakaian,” katanya.

Bagi sebahagaian orang, katanya, pilihan busananya merupakan bentuk kemunduran. “Tapi bagi saya itu merupakan pilihan gaya hidup sihat dan lebih spiritual, dengan kesadaran diri dan lingkungan. Saya memiliki pekerjaan sejak awal saya menjadi mualaf, tak masalah,” katanya.

Ia bersyukur, mempunyai keluarga dan teman-teman yang berfikiran terbuka. “Mereka mungkin berfikir saya sedikit aneh tapi mereka masih memperlakukan saya seperti yang mereka lakukan sebelumnya. Saya pikir itu juga kerana saya sendiri memiliki keperibadian yang liberal dan berpikiran terbuka, saya telah membuat banyak kompromi ketika mengunjungi keluarga saya,” ujarnya.

Ia mencontohkan fkelsibiliti yang dimaksudnya. Ia memang kerap menahan diri untuk tidak berjabat tangan dengan lawan jenis. “Tetapi dalam keluarga saya, saya memeluk mereka, kerana itu adalah bagaimana kita melakukannya di sini. Tapi saya tidak merayakan Krismas lagi. Itu yang membuat mereka sangat sedih.”

Ketika ditanya apakah ia pernah merasa ingin menyerah ketika menjadi seorang Muslim, ia menjawabnya dengan lawak, Saya menyerah ketika melihat orang-orang yang good looking.”

Ia menjadi satu dari sekitar 5 ribu mualaf Swedie. Bersama Helena Benauoda, pimpinan organisasi Muslim Sweden, ia pernah dijuluki sebagai “wanita yang melawan arus”; di saat semua bergegas menjadi liberal dan sekular, keduanya malah memilih Islam.

Secara keseluruhan, populasi Swedia berjumlah 9 juta, 300 ribu hingga 400 ribunya beragama Islam.

sumber


N'N: Ya Allah aku bersyukur kerana lahir dalam agama yang sempurna dan Engkau redhai yakni Islam.

Gambar Aksi kurang Ajar Pemuda Pukul Warga Emas Tanpa Sebab






Entah apa kesalahan orang tua ni terus dipukul...

Sumber


N'N:Sebijik macam perangai FRU......

Gambar Cara-cara Manusia Menyeludup Yang Tak Pernah Tercapai Akal Korang..

Cara manusia menyeludup

Berbagai cara digunakan oleh mereka yang hendak menyeludup keluar negara.Walupun cara itu amat menyakitkan tetapi demi hajat tercapai mereka sanggup mengharungi juga....















Sumber:bk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)