yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, July 20, 2011

Mungkinkah Ini Sebabnya Jepun Dilanda Tsunami, Ada Hotel Khas Untuk Berzina.

Hotel khas untuk berzina Di Jepun.

Sampai begitu sekali budaya Jepun ini. Sampai sanggup dia adakan tempat khas untuk pasangan melepaskan nafsu masing-masing.Segala kemudahan disediakan seperti menggalakkan perlakuan zina ini.Buat pasangan muda-mudi yang perlu bersendirian atau istilahnya privasi boleh mencuba hotel Cinta yang cuma ada di Jepun. Hotel ini di reka sedemikian rupa dengan teknologi sehingga semua keperluan sudah siap disediakan sehinggakan tidak diperlukan pekerja membantu.....









sampai begini sekali diberikan tempat khas untuk memudahkan orang melakukan maksiat..
Kesian kepada manusia yang nafsu telah menguasai mereka...

sumber


N'N:Manusia tak pernah ambil pengajaran daripada Al-Quran bagaimana kaum2 terdahulu dibinasakan......

HANYA UMNO/BN YANG MENGHALALKAN JUDI DAN INI BUKTINYA...

http://2.bp.blogspot.com/-sfO9hK6A3HM/Th5Hz0-4cxI/AAAAAAAAAkg/K9EEfqFCPKc/s1600/tak-nak-judi.jpg

Tiga saman kerajaan Kelantan haramkan judi

KUALA LUMPUR, 20 Julai ─ Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuat kuasa Februari lalu.

Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lepas.

Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.

Sumber

N'N:Hanya UMNO yang masih menghalalkan JUDI dengan LESEN mereka........

Cara Baru Mempromosikan BN...


N'N:Sakit mataku memandangnya.....

Mungkin Inilah Dilema Seorang Blogger.



N'N:Bukan senang nak jadi blogger, lebih-lebih lagi jadi blogger PR. Kalau jadi blogger UMNO/BN senang sbb kerja mereka tak perlu fikir soal integriti tugas mereka ialah menabur fitnah, video lucah dan persepsi buruk terhadap PR. Dan yang lebih hebat lagi mereka dibayar untuk membuat fitnah.

HEBAT PERDANA MENTERI PALESTIN Haneya Minta Jasa Baik PERDANA MENTERI.

Gaza-PIP: PM Palestin, Ismail Haneya menyeru PM Turki, Recep Tayep Erdogan untuk berperanan dalam pembangunan Gaza, menghapus sekatan Israel terhadap Gaza dan mengangkat isu Al-Quds di sejumlah forum antarabangsa.

Dalam surat yang ditujukan kepada Erdogan yang dibawa delegasi Palestin yang sedang berkunjung ke Turki, Isnin (18/7) Haneya memuji langkah pemerintah Turki membantu rakyat Palestin dan usahanya secara berkelanjutan menghapus sekatan Gaza.

sumber

N'N:Pasti ada yang berharap ia PM kitakan, maaf PM kita tidak sehebat Recep Tayep Edrogan dimata dunia...

Ini Baru Betul Namanya Penampor Hinggap Dibadan.


N'N:Kuasa apa yang si penampor ni pakai sampai timbul kesan penampor tu he3......

Akibat Salah Asuhan, Beginilah Jadinya...






N'N:Anak lelaki perlu dilayan seperti lelaki. Kalau dah mcm ni memang ibu bapa yang wajib dipersalahkan....


Sumber:borakkosong

Gambar Pelajar Di China Menyeksa Babi Sebelum Membunuhnya Dengan Kejam.








Sumber:borakkosong

N'N:Ini yang terjadi bila manusia berperangai lebih teruk daripada binatang atau mungkin sahaja mereka ni nak makan daging babi tu tapi tak tahu cara yang lebih sesuai. Apa pun babi itu haram untuk ummat Islam.

Apa Ni JAKIM? Logo Halal JAKIM Ada Pada Sosej Babi!



KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya. -hmetro

sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)