yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, July 18, 2011

Apa Perasaan Anda Sebagai Seorang Muslim, Apabila Al-Quran Dijadikan Bungkusan Nasi.

Hanya manusia yang kurang ajar dan tak beradab yang sanggup berbuat begini....

N'N: Saya kurang pasti siapa sebenarnya yang buat kerja yang tak bertamadun ini. Kalau ini dilakukan oleh seorang Muslim maka orang itu sangat berdosa besar dan wajib bertaubat. Ketahuilah bahawa Al-Quran itu nilainya sangat tinggi bagi orang Islam. Ingatlah para muslimin & muslimat Islam tidak pernah mengajar kita untuk menghina mana-mana agama selain Islam tapi ketahuilah Islam juga tidak pernah mengajar untuk kita tunduk kepada Kafir Harbi!!! Mereka wajib diperangi hingga ketitisan darah terakhir!!!


Sumber

Kerjaya Sebagai Pelacur Akan Diiktiraf Di Taiwan, 76.5 % Rakyatnya Menyokong....

Taiwan pada hari Khamis mengungkapkan rancangan mereka untuk menciptakan wilayah pelacuran yang sah, sehingga mereka dapat melindungi hak para pekerja seks dan mengawasi perdagangan seks dengan lebih mudah.

Melaluinya, para pekerja seks akan dibolehkan untuk mengajukan lesenuntuk menjalankan operasi di wilayah yang disahkan pemerintah dan akan dihukum bila mereka menjalankan pelacuran di tempat lain, bersama dengan pelanggannya.

Para pekerja seks komersil kini menghadapi masa tahanan tiga hari di penjara atau denda yang mencapai 30.000 dolar Taiwan bila mereka tertangkap menjaja seks sementara klien mereka dapat bebas begitu saja.

"Pemerintah berkeinginan untuk membuka ruang bagi industri seks hingga ke tingkat yang lebih modern untuk kebiasaan yang lebih baik sesuai untuk orang awam" kata seorang pejabat Kementerian Dalam Negeri, Liu Wen-shih, yang akan mengajukan proposal itu kepada kabinet bulan depan.

Sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh kementerian pada akhir tahun lalu menunjukkan 76,5 persatus warga Taiwan setuju untuk menghalal pelacuran dengan syarat sementara 14,5 peratus keberatan dengan hal itu. Sebanyak 7,6 peratus warga juga mendukung rencana pemerintah tanpa syarat apapun.

"Pihak kementerian membatalkan rencana awal untuk membolehkan pelacuran berskala kecil tanpa penetapan wilayah khusus terhadap mereka kerana akan sulit untuk diawasi," kata Liu.

Sementara itu tidak ada angka rasmi tentang skala industri seks di Taiwan, para pemerhati mengatakan bisnes berahi tersebut melibatkan ribuan orang dan akan menghasilkan jutaan dolar setahun.

sumber


N'N:Eloklah tu undang Tsunami......

10 Pasword Ini Sudah Dijangka Seorang Hacker Jadi Jangan Gunakannya Lagi....

Inilah Password yang sudah dijangkakan oleh Hacker:


1. Tanggal lahir
2. Tanggal pernikahan
3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou
7. Nama123
8. Kata "password"
9. Nombor Telefon rumah/handphone
10. a1b2c3d4....

N'N:Senang2jer akaun korang kena hack kalau guna password diatas, cepat2lah tukar yer..

Sumber

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH. YANG TV PENCACAI TIDAK AKAN BERITAHU ANDA. JADI SILA BACA DISINI..

UMNO yang tunduk kepada MCA dan Gerakan

Oleh: Muhammad Sanusi Md Noor
Ketua Penerangan PAS Kedah

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membatalkan Enakmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enakmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enakmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enakmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enakmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat) kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan Daerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bersetuju mengecualikan pertunjukan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan, dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.

Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat Cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong Itt Chew atau Chor Chee Heung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enakmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enakmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat Cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enakmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimat kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hampir tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggung jawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijaksanaan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu.

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membatalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita sedang melaksanakannya... BN yang gagal laksanakan Enakmen ini... walaupun diluluskan bersama UMNO, MCA Gerakan dan MIC pada 1997...BN tak berani laksanakan sepenuhnya..kenapa? Ini barulah dikatakan tunduk kepada MCA, Gerakan, MIC. - KL

Sumber:Demo lanie

Tak Payahlah Tunjuk Perangai Buruk Korang Ni Depan Orang Ramai....


sumber : stomp.com.sg


N'N:Meluat ok........

Ada komen kata saya tak perlu tunjuk gambar seperti ini kerana ianya berlaku di Singapura, adakah jika kemungkaran yang berlaku kita hanya perlu fokus pada kemungkaran di negara kita sahaja. Tidakkah jika kita memaparkan sikap buruk ini sekurang2nya anak muda yang Muslim dan juga non-muslim kita tahu bahawa orang sekeliling yang nampak benda itu sebenarnya meluat dengan perbuatan yang mungkar seperti itu.

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

Di Malaysia juga ada LRT, dan tidak mustahil jika perkara ini boleh berlaku di negara kita. Dengan sikap pemimpin yang sekular ini semua ini tidak mustahil sama sekali....

Perkhabaran Sedih Buat Semua, Kita Kehilangan Seorang Pejuang Islam: Dr Lo'lo telah kembali ke Rahmatullah



KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

N'N:Al-Fatihah sama-samalah kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)