yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, July 17, 2011

Hukum Pelakon Yang Sudah Meninggal Dunia Tapi Aksi Lakonannya Masih Disiarkan Dikaca TV, Adakah Berdosa?

Inilah Sebabnya Mengapa Einstein Menjelirkan Lidahnya....



Kita tentu biasa melihat gambar di atas kan. Gambar Albert Einstein sedang menjelirkan lidah. Untuk pengetahuan anda Einstein menjelirkan lidah ditemui di cover majalah, poster dan kaos. Foto tersebut diambil oleh fotografer (Arthur Sasse) pada 14 Mar 1951 di Princeton pada acara ulang tahun ke 72. Sebenarnya, foto yang betul (aslinya) adalah Einstein sedang duduk di kerusi belakang kereta bersama dengan Dr Fank Aydelotte dan isterinya.

Kenapa Einstein menjelirkan lidah?

Sebenarnya pada ketika itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang dari acara penghargaan Einstein. Meskipun Einstein sudah duduk di kerusi kereta, tetapi jurugambar masih lagi mengejar dia. Para wartawan berusaha menahan Einstein, dan Einstein berteriak :

"Ini cukup. Ini cukup!".

Namun dasar wartawan, tetap juga mengajukan pertanyaan dan para jurugambar terus mengambil gambarnya. Ketika wartawan meminta kesediaan Einstein untuk mengabadikan foto ulang tahunnya, akhirnya dia pun menjadi letih dan malas, lalu dia menjelirkan lidahnya, dengan nada mengejek. Pada saat itu, Arthur Sasse sempat mengabadikan foto Einstein tersebut.






Meskipun demikian, Einstein sangat menyukai foto itu. Dia memotong foto tersebut, sehingga hanya nampak dia sendiri (tanpa memunculkan Aydelotte dan isterinya). Einstein pun mula mengirimkan foto tersebut kepada rakan-rakannya - malaysiasensas.net


N'N:la sebab hang runsing ker..kah3.....

Rancangan Realiti TV Paling Bodoh Sudah Muncul, Semua Peserta Dikehendaki Berbogel Dan Tinggal Sebumbung Selama Sebulan.


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.

Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.

Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

Sumber

N'N:Orang dah pergi ke bulan tapi korang masih nak berbogel macam Orang Hutan.......

TERKINI!! Berita Ahli Parlimen Titiwangsa Meninggal Dunia PALSU!!


Sebentar tadi, berita yang mengatakan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebenarnya adalah PALSU!!

Ini disahkan sendiri oleh peguam Latheefa Koya yang menghubungi anaknya sendiri, Fawaz dan pembantu ahli parlimen (PA) Asri.

Sehubungan itu, mana-mana blog yang telah pun memaparkan berita tentang "kematiannya" supaya MEMOHON MAAF DAN MENARIK BALIK ARTIKEL MASING-MASING SEBELUM DISAHKAN OLEH sumber yang sahih.

Lantas kita jangan melangkaui kuasa ALLAH SWT di sebalik keghairahan kita melaporkan berita terkini dan seumpamanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dr Lo' Lo segera sembuh daripada penyakit kanser yang dialaminya.

Untuk makluman, beliau masih dirawat di Hospital Selayang, Selangor dan keadaannya dilaporkan STABIL namun agak kritikal.

JALAN PULANG

Penangan Pusat Hiburan: Abang Rogol Adik Kandung.

http://4.bp.blogspot.com/_b7JZJFRwJ3I/TMbQkhpZa5I/AAAAAAAAA_Q/a3g1YIYsc1Q/s1600/clubdv8.jpg


Gadis dirogol abang sendiri selepas kunjungi pusat hiburan


KENINGAU: Harapkan pagar, pagar makan padi-seorang gadis tempatan berumur 16 tahun, dirogol oleh abangnnya sendiri selepas mengunjungi pusat hiburan di Pekan Keningau. Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohamed memberitahu kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi pada 23 Mac lepas.

Katannnya, mangsa dirogol dalam kereta di Jalan Keningau-Nabawan. Mangsa membuat laporan polis pada pagi hari yang sama, dan seorang suspek berumur 26 tahun iaitu abangnnya sendiri berjaya ditangkap di salah satu terminal letak kereta di Pekan Keningau.

Suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun, sebat atau kedua-duannya sekali.

Zahari menasihatkan ibubapa di daerah ini agar memperkasakan institusi keluarga masing-masing, dengan tidak membenarkan anak-anak remaja mereka keluar malam dengan tidak diketahui tujuan, disamping memberi pemantauan setiap pergerakan mereka pada setiap masa.

Beliau berkata, pusat hiburan terlalu bahaya kepada anak-anak remaja. “Ibubapa perlu melakukan sesuatu kepada anak-anak, agar tidak sekali-kali memijakkan kaki di tempat-tempat bahaya seperti itu,” katannya. Ketua polis itu memberitahu, pendidikan agama perlu ditekankan kepada anak-anak, bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat. Zahari di temu ramah selepas melancarkan Hari Polis ke-202 yang diraikan serentak di seluruh negara. -New Sabah Times


N'N:Jangan kata Haramkan pada bulan Puasa tapi kalau Haramkan terus pun aku sokong sebab ia sangat memudaratkan bukan hanya untuk ummat Islam tapi untuk semua ummat manusia. Kita di Malaysia ini orang Timur bukan orang Barat bukan aku nak cakap yang semua dari Barat itu tidak elok tapi bukan semuanya elok untuk orang Timur dan yang pentingnya ada yang langsung tak sesuai dengan orang Islam......

Perilaku-perilaku Buruk Dalam Bas Awam Yang Tak Patut Korang Buat..







N'N:Sakit mata aku......

sumber:borakkosong.

Bila Berdoa Tak Perlulah Panjang Berjela-jela......



N'N:Pendek,Ringkas dan meliputi semuanya itu As-Sunnah. Tak perlulah panjang berjela-jela dan anda sendiri pun tak faham apa yang anda baca.....

Nenek 70 Tahun Ini Beri Kucing Susu Badannya...

Di Mataram, seorang nenek mengejutkan ramai orang. Siti Aminah 70 Tahun warga Turen Malang yang tinggal di Panti Jompo Tresna Werdha Mataram, sejak enam bulan lalu memberikan susu badan kepada si manis yang tidak lain adalah seekor kucing.

Luarbiasa, tapi itulah tindakan seorang nenek dengan memberikan susunya kepada seekor kucing. Walupun pada awalnya hanya suka-suka tapi itu terus dilakukannya selama enam bulan.

Nenek itu mengaku kasihan melihat kucing yang ditinggal ibunya. "Saya kasihan, dan ketika saya susui ternyata kucingnya mahu dan berterusan sampai sekarang," kata Siti saat ditemui wartawan di Mataram .

Rasa kasihan Siti terhadap kucing juga kerana latar belakang oleh kisah sedih hidupnya.Selama itu Siti hidup serba kekurangan. Sepeninggal suaminya Siti terpaksa ikut dengan seorang dermawan asal Cakranegara Mataram. Orang itulah yang membawa Siti ke Rumah orang tua Tresna Werdha di Jalan Majapahit Mataram.

Rutin menyusui anak kucing itu pun dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Meskipun air susunya tidak keluar, namun kucing betina berbulu hitam putih itu nampak asyik menyusu seperti dia menyusu pada ibunya. Siti juga dilihat asyik memangku si "manis" sambil membelai kucing kesayangannya itu. Bahkan dia juga menyisihkan makanannya untuk anak kucing kesayangannya.

Tingkahlaku aneh nenek itu menarik perhatian petugas di Panti Jompo. Petugas juga pernah mengambil anak kucing kesayangan si Nenek dengan alasan menjaga kebersihan kawasan rumah itu. Namun Siti memprotes keras dengan menangis hingga dia jatuh sakit. "Saya kasihan Kucing masih kecil malah dibuang, saya senang dengan kucing itu," ujar Siti.

Hingga kini tindakan aneh iturus berlanjut. Kini dia memiliki empat ekor kucing peliharan. Keempat ekor kucing itu hidup bersama didalam BILIK tempat tinggalnya. Petugas rumah orang tua masih berusaha memujuk Siti untuk menghentikan tingkah anehnya itu.Tapi sampai ketika ini usaha petugas itu tidak berhasil.


sumber


N'N:Tak pasti apa Hukumnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)