sumber
Tuesday, July 12, 2011
Kata-Kata Seorang Menantu Yang Membuatkan Bapa Mertuanya Tak Jadi Mati....
Tersebutlah kisah sebuah keluarga , yang pada satu hari sedang menantu lelaki menonton TV tiba-tiba sahaja bapa mertua di hadapannya rebah sambil memegang dada.
Apa lagi kelam kabutlah si menantu melihat situasi yang menimpa bapa mertuanya. Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertuanya sambil memegang dada bapa mertuanya.
Bapa mertuanya tidak bergerak langsung ,senyap saja......Bertambah gelisahlah mereka sekeluarga. Emak mertuanya pun menyuruh anak menantunya mengajar bapanya tadi mengucap.
Dia gabra,lalu menyuruh isterinya tapi isterinya menolak bahu suaminya menyuruh cepat lakukannya .Emak mertua pun berkata,"Man cepat ajar ayah mengucap."
Dalam keadaan gabra itu dia pun mendekatkan mulutnya ke telinga bapa mertuanya sambil berkata : " MA RABBUKA!!! (siapa Tuhan kamu!!!)...?" kuat juga dia menyebutnya sehingga mak mertua dan isterinya masing-masing terkejut bila mendengarnya.
Tiba -tiba sahaja bapa mertuanya tersedar dan terus berkata: " Man bila masa kau jadi malaikat ni ...Aku belum mati lagi la.."
sumber
N'N:Kah2 terbaik.....
Mamat Ini Cipta Robot Jalang..
Mungkin lebih tepat Roxxxy ini kombinasi antara Sex Dolls dengan robot yang boleh memberi informasi mulai dari cuaca, saham dan lainnya, ditambah perbendaharaan kata yang "nakal" menggoda .
N'N:Dah xder benda lain yang bermanfaat ker kau nak reka?
Sumber
Aksi Pak Cik Tua Menikmati Free Show Dalam Bas.
Kisah Perlakuan Isteri Luar Tabie, Bersuami Dua!!!
Suami beristeri dua, itu wajar. Tapi jika isteri bersuami dua, ini namanya kurang ajar! Dan wanita paling kurang ajar ini bernama Umi, 29. Gara-gara dia kembali bernikah dengan bekas suami pertama, terpaksa Margi, 36, suaminya yang sah kini melaporkan kes ini ke Polres Lamongan.
Islam membolehkan lelaki menikahi 4 wanita. Tapi jika wanita bersuami dua, agama manapun tak pernah ada aturannya. Kerana perilaku ini menjadikan wanita seperti haiwan.
Tapi manusia berbudaya dan beragama, sangat dilarang wanita bersuami dua. Tapi agaknya Umi, warga Desa Dati Kecamatan Pucuk, tak peduli dengan semua itu. Walaupun masih jadi isteri sah Margi, bahkan sudah punya anak satu, dipujuk untuk dinikah dengan suami pertama dulu, mahu sahaja. .
Sekitar 4 tahun lalu Umi masih isteri Darmo, 38, warga Sidatapa Surabaya. Kerana persoalan ekonomi, rumahtangga itu kemudian pecah meski sudah memiliki tiga anak. Tapi kerana tubuh dan wajah Umi memang mengasyikkan, hanya menjanda setengah tahun dia sudah dapat pasangan baru. Dia lalu menikah dengan suaminya kini, Margi, warga Dati Kecamatan Pucuk. Dari perkahwinan gelombang kedua ini, telah lahir anak berusia 2 tahun.
Sewaktu suaminya tiada di rumah, Umi diminta pulang oleh orangtuanya di Gresik. Ternyata, di sana telah menunggu Darmo bekas suaminya dulu. Kini dia sudah mempunyai kekuatan ekonomi. Dan dengan alasan untuk rujuk kembali, pihak keluarga sangat merestui walaupun Umi sekarang sudah jadi isteri orang.
Maka dalam perkahwinan kedua yang baru berlangsung 4 bulan ini, Umi sudah hamil lagi dengan suami pertamanya.
Enak bagi pasangan Darmo dan Umi, tapi sangat menyakitkan bagi Margi yang haknya diambil orang lain. Setelah sekian bulan kehilangan tanpa isteri, dia terkejut sekali menemukan fakta bahawa isteri sahnya sudah dikahwini lagi oleh bekas suami terdahulu. Ini peraturan dari mana? Masih punya suami ,masih menerima suami yang lain lagi.
Sudah barang tentu Margi tidak terima. Dia melaporkan isteri sekaligus dua mertuanya dan suami Umi yang baru. Tapi sebelum diproses secara hukum, keduanya telah menemukan titik temu. Ertinya, Umi siap kembali ke Margi dan bercerai dengan Darmo. Tapi bagaimana dengan “anak” hasil genetik suami pertama?
sumber
N'N:Kalau mereka ni orang Islam memang mereka ni jahil murakkab!!!
Ustaz Wan Ji : AKU KATAKAN BAHAWA BAHARUDDIN ADALAH SYAHID !!!
Demontrasi BERSIH telah berlaku. Tindakan polis dengan menembak gas pemedih mata meragut nyawa seorang demonstran, iaitu Saudara Baharuddin Ahmad. Ramai yang mempersoalkan status kematiannya; Apakah dikira syahid atau tidak?
Malahan tidak ketinggalan, ada juga dari kalangan orang UMNO (UMNO : Laknat Allah terhadap orang-orang zalim) yang agak biadap sehingga melebelkan kematiannya sebagai mati katak.
Secara peribadi, tanpa aku memaksa orang lain menerimanya bahawa Aku menyatakan, kematian Saudara Baharuddin Ahmad boleh dikira sebagai MATI SYAHID.
Pendapatku ini didokong Hujjah-hujjah seperti berikut;
Kandungan tuntutan BERSIH adalah perkara yang boleh disifatkan sebagai hak keadilan. Hak keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam.
Sabda Nabi SAW;
فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
“Berikanlah hak kepada setiap orang yang mempunyai hak ”
Sebagai kerajaan, tuntutan bersih itu wajib ditunaikan. Tidak menunaikan tuntutan bersih itu, bermaksud menafikan hak rakyat. Menafikan hak itu merupakan tindakan zalim. Apabila ada pihak yang terbunuh dalam usaha mendapatkan hak mereka, maka mereka dikira sebagai syahid.
Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda;
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Maksudnya;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya juga sudah dikira syahid. Makanya, terlebihlah dikira sebagai syahid bagi mereka yang terbunuh mempertahankan hak kebebasan yang merupakan unsur keadilan yang dituntut dalam Islam.
KALAU BEGITU, TIDAK PERLU DIMANDIKAN?
syahid itu ada dua jenis; syahid dunia dan syahid akhirat. Ada sebilangan ulama, menambahkanya menjadi tiga, iaitu syahid dunia dan akhirat. Dalam menafsirkan maksud syahid-syahid ini, ulama ada perbincangan panjang.
Secara umumnya, makna bagi tiga jenis syahid ini adalah seperti berikut;
Pertama: Syahid dunia
Syahid dunia adalah syahid bagi orang yang mati berperang, dalam keadaan hatinya berjihad bukan kerana Allah, seperti kerana riya’, sum’ah dan seumpamanya. Hukum bagi jenazahnya adalah tidak dikenakan mandi dan tidak disolatkan. Dengan erti kata lain, jenazahnya diurus seperti orang mati dalam berjihad.
Sabda Nabi SAW;
إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Maksudnya;
“Sesungguhnya aku tidak disuruh untuk mengorek apa yang ada dalam hati manusia, dan tidak disuruh untuk mengoyak perut-perut mereka ”
Saidina Umar bin Al-Khattab juga pernah berkata;
وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمْ الْآنَ بِمَا ظَهَرَ لَنَا مِنْ أَعْمَالِكُمْ فَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا خَيْرًا أَمِنَّاهُ وَقَرَّبْنَاهُ وَلَيْسَ إِلَيْنَا مِنْ سَرِيرَتِهِ شَيْءٌ اللَّهُ يُحَاسِبُهُ فِي سَرِيرَتِهِ وَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا سُوءًا لَمْ نَأْمَنْهُ وَلَمْ نُصَدِّقْهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu menilai kamu sekarang berdasarkan apa yang zahir bagi kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kepada kamu kebaikan, kami akan akuinya dan hampirinya. Tidaklah kami mempunyai hak terhadap perkara yang tersembunyi. Allah SWT akan menilai pada perkara yang tersembunyi itu. Barangsiapa yang menzahirkan kepada kami perkara yang jahat, kami tidak akan akuinya dan tidak membenarkannya ”
Kedua: Syahid Dunia dan Akhirat
Syahid dunia dan akhirat adalah orang yang mati dalam peperangan untuk menegakkan kalimah Allah. Hatinya ikhlas dengan mahu menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan Allah ”
Jenazahnya diuruskan sebagai orang yang mati berjihad, iaitu tidak dimandikan, tidak disembahyangkan dan seumpamanya.
Ketiga; Syahid Akhirat
Syahid akhirat adalah orang yang mati dan mendapat ganjaran pahala seperti ganjaran syahid. Namun, jenazahnya tidak diurus sebagai orang yang berperang, tetapi diurus sepertimana orang ramai, iaitu dimandikan dan disembahyangkan.
Antara jenis syahid ini, disebut oleh Nabi SAW dalam hadis;
الْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ
Maksudnya;
“Orang yang sakit perut (sehingga cirit beret yang mati) dikira sebagai syahid; orang yang tertimpa penyakit Taun (yang mati) dikira sebagai syahid ”
Dalam hadis yang lain, banyak lagi perkara yang mati dikira sebagai syahid. Seperti mati lemah dikira syahid, mati kebakaran dikira syahid, perempuan mati melahirkan anak dikira syahid dan seumpamanya.
Jadi, dalam isu kematian Baharuddin bin Ahmad ekoran mempertahankan hak keadilan rakyat yang telah dinodai kerajaan memerintah pada hari ini, tidak salah dikira sebagai syahid pada jenis yang ketiga ini. Iaitu jenazahnya dimandikan dan disolatkan, tetapi ia tetap dikira sebagai syahid.
BERSIH DIKETUAI ORANG BUKAN ISLAM?
Namun begitu, ada pihak yang menafikan syahid atas kematian Saudara Baharuddin dengan alasan himpunan Bersih ini diketuai oleh Ambiga yang tidak beragama Islam. Bagi menjawab alasan ini, dikemukakan hujjah seperti berikut;
Pertama;
Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”
Malahan, Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.
Firman Allah;
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”
(Hud : 117)
Jadi, tidak menjadi salah dikira sebagai syahid kepada orang Islam yang mati bersama dengan orang bukan Islam dalam perjuangan mempertahankan keadilan dan usaha menuntut hak. Ini kerana, Allah SWT tidak menolak keadilan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, malahan mengakuinya.
Kedua:
Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا
Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”
Juga sabda Nabi SAW;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”
Dalam hadis ini, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri berbelah pihak kepada non Muslim yang dizalimi berbanding Muslim yang menzalimi. Jadi, jika tidak ada salahnya jika Saudara Baharuddin dikira sebagai syahid ekoran kematiannya dalam usaha menuntut hak keadilan rakyat agar ditunaikan oleh pihak kerajaan.
PENUTUP
Sesuatu kematian itu dikira syahid atau tidak, perkara utama yang perlu dipastikan bahawa si mati itu adalah seorang yang beragama Islam. Orang yang tidak beragama Islam yang mati, tidak dikira sebagai syahid, waima dia bersungguh-sungguh untuk memenangkan Islam sekalipun. Jadi, jika dia mahu dikira syahid juga, hendaklah dia mengucap syahadah dan mati dalam keadaan islam.
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya;
“Wahai orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati kecuali kamu dalam keadaan beragama Islam”
(Al-Imran : 102)
Dan lagi, kelebihan orang yang mati syahid ini, dinyatakan oleh nabi SAW bahawa mereka mendapat ganjaran yang cukup besar. Antaranya disabdakan oleh nabi SAW;
لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَيَأْمَنُ مِنْ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ الْيَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنْ الْحُورِ الْعِينِ وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ
Maksudnya;
“bagi syahid itu disisi Allah enam kelebihan; diampunkan baginya pada pancutan darah yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dirinya dari azab kubur, diamankan dari kesusahan mati yang besar, dipakaikan di kepalanya tengkolok wiqar dari yaqut yang ia lebih baik dari dunia dan kandungannya, dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga dan dia diberikan peluang untuk memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya ”
Dalam menafsirkan makna kaum kerabat ini, ulama berbeda-beda pendapat. Ada memaksudkannya sebagai anak beranak, sepupu sepapat dan seumpamanya. Tetapi di sana, terdapat tafsiran bahawa maksud bagi kaum kerabat itu adalah saudara seislam.
Aku berharap agar aku termasuk dari 70 kalangan orang yang mendapat syafaat yang bakal disyafaatkan oleh Saudara Baharuddin bin Ahmad di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al-‘Alamin. Kalau orang UMNO (laknat Allah terhadap orang-orang Zalim) tak nak, itu dorang punya pasal.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Ust Wan Ji(Al-Bakistani)
Adakah Gambar Ini Dicipta Untuk Menghalalkan Kematian Arwah Baharuddin???
Berita Harian Palsukan Gambar

PULAU PINANG - Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam sekeras-kerasnya imej yang dipaparkan akhbar Berita Minggu Ahad lalu bertajuk ‘KL Tegang’ dengan memaparkan imej seorang lelaki merusuh dengan bersenjatakan pisau. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, AMKPP mendapati lelaki itu hanya memegang bendera dan bukan pisau, selepas meneliti dan membandingkannya dengan foto asal.
AMKPP berpendapat, pihak Berita Harian samada sengaja mengedit gambar tersebut untuk menampakkan imej ganas peserta Bersih 2.0 atau hanya menyiarkan olahan grafik yang dihantar kepada mereka.
“Namun, apa pun alasan yang diberikan, pihak editorial Berita Harian telah melakukan kesalahan yang besar dengan memfitnah perhimpunan aman tanpa senjata rakyat Malaysia semasa Bersih 2.0 dan dalam masa yang sama menghasut & menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan suasana keganasan,” kata kenyataan itu.
Justeru, AMKPP mendesak tiga tuntutan berhubung penyiaran gambar berkenaan:
1. Menarik balik gambar & imej yang mengelirukan rakyat Malaysia tersebut
2. Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia secara lisan & bertulis dalam laporan mereka
3. Menghentikan segera siaran sebarang foto, imej & artikel yang menimbulkan suasana tegang dan ganas di negara ini.
AMKPP juga menggesa pihak editorial Berita Harian supaya profesional melaksanakan ketiga-tiga tuntutan ini, demi menepati garis etika kewartawanan yang tulen.
“Berita Harian perlu menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, dan bukannya menjadi agen putar belit dan terus-menerus menakut-nakutkan rakyat,” katanya.KD
Sumber
N'N:Gambar itu dicipta seakan-akan untuk alasan menghalalkan kematian seorang peserta Bersih (Arwah Baharuddin) dan ketegangan yang dicipta FRU yakni anjing-anjing UBN.
Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)
-
Saiful Bukhari gentar kali pertama “disoal siasat”17 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
LIVE: BLACKOUT 505 AMCORP MALL2 hours ago
-
SULIT...SULIT...2 hours ago
-
Kerajaan BN Perak bertahan cuma enam bulan?3 hours ago
-
GAMBAR BERBICARA TENTANG BLACKOUT3 hours ago
-
-
AMK jangan biadap dengan Presiden PAS3 hours ago
-
-
-
Adegan Paling PELIK Hanya Di Malaysia..4 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
KETUA AMK SELAR TG HADI AWANG15 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
MAHATHIR MULA BUAT HAL2 weeks ago
-
-
-
TEMA PRU KE 13 : INI KALILAH3 weeks ago
-
Guide To Making A Coffee Shop Menu3 weeks ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kandis : Special Jubah.6 months ago
-
-
-
RUKUN HAJI7 months ago
-
-
Antara madet dan setan8 months ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU28 months ago
-
-
-
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah1 year ago
-
Air jampi1 year ago
-
Suara Rakyat Tertindas !!!2 years ago
Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)
-
-
BLACKOUT 505: AYUH RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!38 minutes ago
-
-
Apa sebab saya nak undur?: DSAI3 hours ago
-
-
SAIFUL BUKHARI Kini Sah Bergelar SUAMI6 hours ago
-
Peluru habis, palembang tak alah jua7 hours ago
-
Kasihnya Mereka Kepada TT11 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
Cara Bermotor Terparah di Dunia2 days ago
-
-
-
-
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA1 week ago
-
Selamat Tinggal Astana Kandis.1 week ago
-
Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin2 weeks ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!5 weeks ago
-
-
-
8 March2 months ago
-
-
berbekam amalan sunnah!3 months ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!3 months ago
-
-
The One and only4 months ago
-
-
-
Hudud and Karpal9 months ago
-
Altantuya Di Paris10 months ago
-
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-
-
PANAS!!!1 year ago
-
-
-
Asal Bukan UMNO
-
Dondang Sayang... hahahaha...!!!!49 minutes ago
-
-
-
-
-
-
Tukar Tiub Dijumpai?10 hours ago
-
Amaran Terakhir Kepada Peserta Perhimpunan.13 hours ago
-
Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok16 hours ago
-
-
-
Tahukah anda?4 days ago
-
Pilih Jalan Hutang1 month ago
-
-
13 Mei top on the list?5 months ago
-
selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!6 months ago
-
-
Video: Hampir Beranak & Solat - Ustaz Azhar Idrus10 months ago
Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)
-
Jahil Agama Tetap 'Bodo' Walau Dia Prof Ada PhD!38 minutes ago
-
Rahsia solat subuh 2 rakaat1 hour ago
-
-
Trip ke Kashmir.22 hours ago
-
OH MY UMMAH !1 day ago
-
-
-
-
Makna "Aku Terima Nikahnya..."2 days ago
-
-
-
-
Erdogan dan Obama Desak Assad Berundur1 week ago
-
-
Time1 week ago
-
-
-
Mengapa Dajjal disebut al-Masih?1 week ago
-
Kehebatan Air Zamzam2 weeks ago
-
-
Kerapuhan.5 weeks ago
-
-
Assalamualaikum sekalian alam5 months ago
-
Kosonggggg~9 months ago
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-









