yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 TERKINI : TUAN GURU DATUK SERI ABDUL HADI AWANG DIBEBASKAN & SEORANG PESERTA BERSIH DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS DIKASARI FRU.


NONE
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEBercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.

SUMBER : MALAYSIAKINI

Dalam masa yang sama seorang peserta Bersih disahkan Meninggal selepas terkena semburan water canon dan gas pemedih mata oleh FRU.

Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini masih berada di HKL.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

SUMBER:Harakahdaily

Terkini Bersih 2.0 Setakat 8:32 AM Hingga 3:19 PM.

3:19 PM: Peserta Bersih mengajak orang ramai untuk menyertai mereka berarak dari Jalan Pudu ke Jalan Sultan. Hujan telah berhenti dan keadaan cuaca semakin cerah.

3:18 PM: Sivarasa memberitahu polis, "Kami akan berjalan secara aman ke arah Jalan Sultan." Polis arahkan untuk menggunakan satu lorong sahaja.

3:10 PM: Setakat ini sudah 672 ditahan Polis, termasuk 48 orang wanita.

3:09 PM: Kira-kira 5,000 Peserta Bersih yang terperangkap di hospital bersalin Cina di Jalan Pudu.

3:07 PM: Nurul Izzah terbaru ditahan.

3:06 PM: Sasterawan Negara A. Samad Said mengetuai perarakan kecil ke Stadium Negara.

3:05 PM: Sivarasa Rasiah bergerak bersama-sama Peserta Bersih yang membanjiri Jalan Pudu ke arah Stadium Merdeka.

3:02 PM: Presiden PAS Hadi Awang dan Dr Dzulkefly Ahmad terbaru yang ditahan.

2:56 PM: Pemimpin Bersih sedang menyuruh Peserta Bersih di Stadium Merdeka untuk duduk.

2:54 PM: Sivarasa Rasiah cuba untuk berunding dengan FRU di Hentian Puduraya.

2:51 PM: FRU arahkan Peserta Bersih bersurai dari Stadium Merdeka.

2:50 PM: Peserta Bersih di Stadium Merdeka melaungkan "Hidup Islam, Hidup Rakyat, Hidup Pakatan, Hidup Bersih".

2:45 PM: FRU melepaskan gas pemedih mata berhampiran KL Sentral, memerangkap orang-orang yang berada di dalam hub pengangkutan itu.

2:42 PM: Ketua Perhimpunan Bersih Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan Polis semasa berarak di Brickfields.

2:38 PM: Polis melepaskan gas pemedih mata di Jalan Bukit Bintang.

2:38 PM: Kira-kira 600 orang menjerit dan melaungkan "Reformasi" terhadap benteng polis di Stadium Merdeka.

2:35 PM: Peserta Bersih bergerak berhampiran Stadium Merdeka menghadapi benteng polis.

2:33 PM: Sekumpulan 300 peserta Patriot berarak di hujung Jalan Bukit Bintang.

2:31 PM: Tian Chua Pemimpin PR yang terbaru ditahan.

2:27 PM: 300 lagi Peserta Bersih sampai diluar Stadium Merdeka

2:23 PM: Peserta Bersih berlindung di Hentian Puduraya, bagi menghadapi FRU

2:22 PM: Peserta Bersih di KLCC pula ditembak gas pemedih mata.

2:15 PM: Walaupun hujan lebat FRU tetap melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada peserta Bersih di Jalan Pudu

2:13 PM : Hujan semakin lebat di Jalan Pudu, peserta Bersih berpegangan tangan bersama-sama menghadapi FRU.

2:09 PM: Helikopter terbang agak rendah di Jalan Pudu, sementara itu Polis mengejar peserta Bersih sekitar ibu pejabat Maybank.

2:05 PM: Hujan renyai-renyai di Stadium Merdeka sementara pihak polis bersiap sedia untuk peserta Bersih yang hanya beberapa kilometer lagi untuk sampai di Stadium Merdeka.

2:00 PM: FRU bersedia untuk menembak gas pemedih mata kepada peserta Bersih di Jalan Pudu.

1:40 PM: Polis menembak water cannon berhampiran Ibu Pejabat Maybank ketika berpuluh-puluh ribu peserta Bersih berarak ke Stadium Merdeka.

1:36 PM: Mat Sabu antara Pemimpin PR yang termasuk dalam senarai yang ditahan Polis.

1:25 PM: Setakat ini Pemimpin PR yang ditahan Polis ialah Mahfuz Omar,Salahuddin Ayub,Azmin Ali,Khalid Jaafar & Fauziah Salleh.

1:22 PM: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditahan Polis.

1:14 PM: Ambiga Sreenevasan berkata 10 ahli Bersih 2.0 akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

1:12 PM: Azmin Ali & Khalid Jaafar antara yang ditahan Polis.

1:10 PM: Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul di sidang akhbar di Hotel Hilton KL.

1:08 PM: Laungan 'Reformasi' bergema serentak dengan perarakan Bersih menuju ke Kota Raya.

1:06 PM: Pihak Polis mengepung Hotel Hilton dimana Pemimpin PR sedang mengadakan sidang akhbar.

1:00 PM: Polis mengesahkan bahawa 441 orang sudah ditangkap termasuk 20 orang wanita.

12:50 PM: Dianggarkan 200 Peserta Bersih berarak berhampiran Mydin di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

12:30 PM: DSAI kini di Hotel Hilton. 2 Pemimpin Pas Ditangkap Mahfuz dan Salahuddin.

12:21 PM: Menurut laporan, sekitar 1000 orang sudah mula berarak berhampiran Pasar Seni dan melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih SPR!"

12:05 PM: Azmin Ali dalam twitternya berkata "Saya cuba membolosi satu lagi halangan untuk tiba di Brickfields. Tolong doa untuk keselamatan rakyat Malaysia."

12:00 PM: Azmin Ali dikhabarkan akan mengetuai sekumpulan peserta Bersih sebentar lagi.

11:58 AM: Situasi di Gogo mulai tegang apabila polis cuba menahan sesiapa tanpa sebab. Orang awam yang tak bersalah ditahan sesuka hati.

11:54 AM: Tangkapan semakin banyak dilakukan di stesen KTM lama.

11:50 AM: Pihak Polis mula menghalau keluar orang ramai di KTM lama.

11:46 AM: Terdapat kehadiran peserta Bersih yang baru di Sunway, dianggarkan sekitar 200 orang.

11:42 AM: Timbalan Presiden KEADILAN,AzminAli dilaporkan telah berjaya memasuki Kuala Lumpur

11:34 AM: Setakat ini dikatakan bahawa 236 orang sudah ditahan oleh Pihak Polis.

11:25 AM: Pihak Polis arahkan orang ramai yang tiada tiket keretapi supaya beredar dari Stesen Keretapi Lama jika tidak mahu ditangkap.

11:19 AM: Peserta Bersih dinasihatkan menggunakan LRT dari BANDAR TASIK SELATAN Ke PLAZA RAKYAT (PUDURAYA) untuk Ke MASJID JAMEK. Kerana STESEN LRT MAHARAJALELA, HANG TUAH dan PUDU Sudah ditutup.

11:17 AM: Menurut TV3 Suku, Bukit Aman mengatakan bahawa Pihaknya sudah menangkap lebih 100 peserta Bersih.

11:00 AM: Ada pihak mengatakan bahawa tembakan Gas Pemedih Mata hanyalah khabar angin(belum ada kepastian)

10:46 AM: Gas pemedih mata sudah mula ditembak di KLCC.

10:43 AM: Helikopter dilaporkan mengelilingi kawasan sekitar Kampung Baru dan Chow Kit.

10:25 AM: Pihak Polis mula menunjukkan kekerasan menghalau orang awam supaya beredar di sekitar Jalan TAR. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

10:24 AM: Polis telah menahan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan di kawasan Sogo, kesemua mereka akan ditahan di Pulapol Jalan Semarak.

10:23 AM: Stesen TV Al-Jazeera kelihatan sedang membuat liputan mengenai Bersih 2.0.

10:21 AM: Stesen LRT Hang Tuah telah ditutup.

10:20 AM: Setakat ini disahkan lebih 21 orang sudah ditahan oleh pihak Polis.

10:14 AM: Peserta Bersih membanjiri Masjid Negara, dianggarkan lebih daripada 1000 peserta.

10:12 AM: Hampir 300 anggota Rela dilaporkan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman.

10:05 AM: 4 orang lagi ditahan di Wisma Maju Junction kerana T-Shirt yang dijumpai didalam kereta. Sila hindarkan diri dari bertembung dengan pihak Polis.

10:01 AM: Hampir 100 anggota polis berkawal di hadapan Masjid Kampung Baru. Turut ditempatkan adalah 6 trak polis di beberapa jalan ke Kg Baru.

9:42 AM: Sekatan jalan dari Jalan Templer ke Jalan Klang Lama. Trafik sangat sesak.

9:37 AM: Peserta Bersih dinasihatkan jangan berada di 'hot spot' terlalu awal untuk mengelakkan tangkapan awal.

9:36 AM : Sila berhati-hati kelihatan Polis sudah mula berpakaian seperti orang awam.

9:35 AM: Kawasan sekitar Sogo masih ditutup oleh Polis.

9:20 AM: 8 orang telah ditangkap termasuk 2 orang AMK(Johor)mereka ditangkap di sekitar kawasan Masjid Jamek.

9:16 AM: Polis mula bertindak memeriksa My Kad sesiapa yang berada di KTM & LRT. Bagi peserta Bersih yang menggunakan perkhidmatan awam sila berhati-hati

9:13 AM: Dataran Merdeka telah dikunci. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk. Larangan masuk juga dikenakan kepada wartawan.

9:02 AM: Trak FRU sudah kelihatan di stadium Merdeka.

8:59 AM: Helikopter Polis kelihatan berlegar di kawasan Stadium Merdeka setiap 15 minit.

8:51 AM: Polis mula blok jalan-jalan utama ke Stadium Merdeka.

8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju ke Masjid Negara.

8:34 AM: STESEN KTMB KUALA LUMPUR LAMA SUDAH RAMAI PEJUANG RAKYAT BERHIMPUN. DIKHABARKAN RESTORAN MAMAK HAMEED PENUH SESAK UNTUK MENJAMU SELERA.

8:32 AM: KTM KOMUTER BEROPERASI SEPERTI BIASA! TURUN DI STESEN TERDEKAT DENGAN LOKASI HIMPUNAN DI STADIUM MERDEKA (KL SENTRAL ATAU KUALA LUMPUR LAMA). BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL.



Polis Mula Mengganas, Geledah Bilik-bilik Hotel Sekitar KL.

Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa.

Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih.

Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai.

Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada.

Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa.

Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, sudah pasti Malaysia akan aman damai.

Sumber:Nazri AMK(Johor)& pelbagai sumber

Bapa Ini Cekik Anaknya Kerana Terlalu Runsing Dengan Soalan Yang Bertalu-talu...


TRIBUNNEWS.COM - Seorang ayah dijatuhi hukuman lapan tahun penjara kerana membunuh anak perempuannya kerana gara-gara masalah kewangan. Demikian diberitakan The Korea Herald/ANN, Jumat (8/7/2011).

Lelaki berusia 51 tahun yang namanya dirahsiakan itu mencekik anak perempuanya ketika dia sedang tidur. Lelaki ini sebelumnya bercerai dan harus membesarkan dua anaknya seorang diri. Sayangnya, perceraian itu menganggu jiwanya dan membuatnya tak boleh bekerja lagi.

Rumah kemudian dilelong dan keluarga ini tak punya tempat tinggal. Anak perempuannya kemudian kecewa dan menanyakan keadaan ini kepada sang ayah. "Di mana kita akan tinggal, bagaimana dengan wang kuliah saya? Cari wang sekarang," demikian ujar anak perempuannya.

Dia meminta maaf kepada anak perempuannya namun sang anak tak mahu mengerti dan terus mendesak sang ayah yang membuatnya kehilangan kawalan. Pengadilan Incheon, Korea Selatan, kemudian menjatuhkan hukuman setelah melihat sejumlah fakta di persidangan.

sumber


N'N:Amanah yng disia2kan.....

Cinta Kami Dilarang Orang Tua...



N'N:Jangan pisahkan aku & dia........

Malam ni kita santai2 kumpul tenaga untuk esok yer para Mujahid....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)