yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, July 7, 2011

Aku Nak Tahu Adakah PM Kita Ablutophobia???

http://media1-cdn.malaysiakini.com/266/2f9e469a491533ae7b61ee2b28f63a9a.gifhttp://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/S9LpUI9AtsI/AAAAAAAAPPA/hPrDNKgOlNY/s200/najib1+(1).jpg


Ablutophobia: takut benda-benda yang bersih.


N'N:Kalau tak takut kenaper ditangkapnyer orang yang pakai baju Bersih??? Kalau nak tau pegiler tanya PM sendiri sbb aku pun tak pasti.....

Ini pula mungkin nasihat Dr M kepada PM:

"Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gambar Sadis Perempuan Cemburu Bakar Teman Lelakinya...




Kerana marah dan cemburu seorang wanita sanggup membakar teman lelakinya.Teman lelaki yang dibakar mengalami keceraaan teruk dan disahkan meningal dunia selepas 4 hari menerima rawatan.Wanita itu kemudiannya telah didapati bersalah dan telah di penjarakan. Dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan itu.

sumber

N'N:Teman lelaki meninggal, empunya diri masuk penjara....Berbaloikah??? Inilah hikmahnya pengharaman Arak. Manusia tidak mampu berfikir secara waras dalam keadaan mabuk.....

Bersih Hanyalah Sebuah Kempen Sama Seperti Kempen 1 Malaysia, Mengapa Ia Di Haramkan? Mari Lihat "Kempen 1 Malaysia VS Kempen Bersih 2.0"

http://www.aizuddindanian.com/voi/images/1malaysia_logo.jpg VS http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/4/42/Bersih_2.0_logo.png


Tuntutan Kempen 1 Malaysia:


1.Rakyat Di dahulukan

2.Pencapaian Di Utamakan

Tuntutan Kempen Bersih:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Tapi setakat yang kita boleh nampak sekarang bahawa Kerajaan BN sudah melanggar pelembagaan Negara dengan menangkap penyokong2 Bersih yang semuanya ialah Rakyat Malaysia yang mempunyai hak mengikut Perlembagaan Malaysia . Sila baca Perlembagaan Malaysia dibawah:

Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Kempen Bersih setakat ini hanya mengikut Perlembagaan Negara yakni kebebasan bersuara. Dan apakah hak BN untuk menangkap penyokong2 Bersih 2.0 yang memakai baju kuning samada tertera tulisan Bersh 2.0 atau tiada tertera tulisan Bersih 2.0? Dimana hilangnya slogan Rakyat Didahulukan? Bukankah Bersih 2.0 itu suara Rakyat!!!!

Seperti 1 Malaysia, Bersih 2.0 adalah suatu kempen. Mengapa pula kempen bersih 2.0 diharamkan KDN sedangkan ianya bukanlah sebuah pertubuhan sama seperti kempen 1 Malaysia?


N'N:Inilah pendapat aku yang hina ini, samalah seperti kempen cintai sungai kita & cintai bahasa kita cuma bezanya ialah slogannya yakni "Cintailah Pilihanraya yang Bersih & Adil"

Tidak!!! Aku Tertipu Dengan Kejelitaan Awek Ini....









dengan teknik make up kita mudah tertipu.....

sumber

N'N:Apa!!! bukan awek tapi jantan..............

Aksi Ngeri Pemusnah Bom Yang Gagal Memusnahkan Bom.

Didalam bulatan merah itu ialah seorang pemusnah bom yang tugasnya ialah untuk mematikan bom yang dikatakan berada didalam kereta itu. Perhatikan saat-saat bom itu meletup tanpa dijangka oleh pemusnah bom terbabit.






Apa yang ajaibnya pemusnah bom itu selamat.

Aksi Bangang Seorang Suami Yang Membelasah Isteri Di Hadapan Khalayak Ramai.







tak patut...

N'N:

Rasulullah S.A.W Bersabda:
"La tadhribu imaallah!" yang bermaksud "Jangan kalian pukul kaum perempuan!"

Baginda Bersabda lagi menjelaskan bahwa sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik pada isterinya.

Dan memang, di dalam Al-Qur’an ada sebuah ayat yang membolehkan seorang suami memukul isterinya.

Tapi harus diperhatikan dengan baik untuk isteri macam apa?

Dalam situasi seperti apa?

Tujuannya untuk apa?

Dan cara memukulnya bagaimana?

Ayat itu ada dalam surat An-Nisa, pada ayat 34:

“Sebab itu, maka Wanita yang saleh ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi lagi Mahabesar.”


Tapi yang sering tidak difahami oleh kebanyakan kita ialah cara memukul yang dikehendaki Al-Qur’an. Tidak boleh sembarangan. Suami hanya boleh memukul selepas:

Menasihati isteri dengan cara yang baik, dengan kata-kata yang bijaksana, kata-kata yang menyentuh hatinya sehingga dia boleh segera kembali ke jalan yang lurus. Sama sekali tidak boleh mencela isteri dengan kata-kata kasar. Baginda Rasulullah S.A.W melarang hal itu. Kata-kata kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.

Jika dengan nasihat tidak juga berkesan, Al-Qur’an memberikan jalan kedua, yakni berpisahlah tempat tidur dengan isteri.

Namun, apabila telah menggunakan dua cara itu dan tidak juga berkesan maka pukullah, tapi ingat tidak diperbolehkan terus memukul, salah sikit jer pukul hal Ini sangat jauh dari Islam, jauh dari tuntunan Al-Qur’an. Dan Islam tidak bertanggung jawab atas tindakan kezaliman seperti itu.

Jangan memukul muka. Sebab muka seseorang adalah segalanya bagi manusia. Rasulullah melarang memukul muka.


Kembalikah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)