yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, July 5, 2011

Mengerikan...Aksi Berbalas Tembakan Antara Perompak Dan Polis Di KL Sentral ..

Rompakan bersenjata kat KL sentral baru-baru nie, siap ada kejadian tembak-menembak lagi 4 perompak & 2 Polis Bantuan terbunuh dalam kejadian nie. Mari tengok gambar2 kat bawah ni. Dinasihatkan untuk orang2 yang kuat semangat sahaja melihat gambar2 ini:








Tapi jangan salah sangka yer, sebenarnya kejadian ni bukanlah benar2 berlaku tapi ianya sebenarnya adalah sebahagian daripada sesi latihan kecemasan yang dirancang oleh pihak Building Management KL Sentral iaitu Semasa Sentral Sdn Bhd. yang merupakan latihan tahunan yang sering kali dibuat oleh pihak KL Sentral , supaya sekiranya berlaku kecemasan macam nie diaorang akan lebih cepat bertindak dan peka. sumber




N'N:Minta maafnyer aku pun terkena he3.....

Nampaknya Ada Pihak Yang Nak Sabotaj Perhimpunan Aman Bersih 2.0 Menjadi Perhimpunan Ganas.

Bahan Letupan, Senjata Dan Baju T BERSIH 2.0 ditemui Polis dipercayai bakal digunakan dalam Himpunan Aman Bersih... Siapakah Dalangnya???


PETALING JAYA: Polis semalam berjaya membongkar sejumlah senjata yang disembunyikan, termasuk parang dan bom petrol, yang dipercayai akan digunakan pada perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai oleh Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa.

Sumber berkata persembunyian rahsia ini ditemui di kawasan hutan di belakang sebuah kuil di Batu 12 Jalan Gombak Lama, Gombak, oleh seorang lelaki asli sebelum memaklumkan kepada polis.


"Kami menemui lima buah beg dan dua beg sampah. Terdapat 44 kemeja-T dengan logo 'Bersih' di dalam dua beg, 20 bilah parang, 36 Molotov koktel, 16 pemetik api, dan beratus-ratus bebola logam yang dipercayai digunakan sebagai peluru lastik," kata sumber polis berkata.

"Kami percaya pihak-pihak tertentu telah merancang untuk menggunakannya untuk mewujudkan kekacauan pada hari Sabtu ini," kata sumber itu.

Sumber itu berkata polis telah melancarkan siasatan untuk mengetahui pemilik barang-barang ini, namun tiada tangkapan dibuat. Kes ini diklasifikasikan di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa empat Molotov koktail dan baju T-shirt Bersih telah ditemui berhampiran pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 4:30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh dipetik sebagai berkata bahawa seorang awam melihat tiga lelaki telah membuang beg plastik yang mengandungi barangan itu berhampiran pasu bunga dan telah memaklumkan kepada polis.

Kredit : China Press&sedaka sejahtera

Jiran Berhati Busuk Kantoi, Aksinya Mencalarkan Kereta Di Rakam.















sumber : stomp.com.sg

N'N:Akibatnya dia disaman $1000, ish2 malunyer.........

Inilah Bapa Jahanam Yang Merogol Anak Lelakinya Yang Berusia 6 Bln Sekaligus Menjangkitinya Dengan Virus HIV.



Inilah rupa bapa jahanam yang telah ditangkap kerana merogol anak lelakinya yang berusia enam bulan sekaligus menjangkiti anaknya dengan HIV.

Polis mengatakan bahawa Lenny Cinta, 29, dari Silverton, Ohio, tahu bahawa dia telah dijangkiti virus tersebut apabila merogol anak lelakinya pada bulan Mac.

Beliau telah ditahan pada Jumaat dan menghadapi dua tuduhan rogol, satu tuduhan serangan kejam dan satu tuduhan memiliki ganja.

Polis berkata dia mengakui serangan itu kepada mereka.

Dia ditahan di Pusat Keadilan Hamilton County sementara menunggu perbicaraan.

Sumber


N'N:Selayaknya digelar bapa jahanam....

Ini Cadangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai Bersih 2.0

‎Melihat keadaan yang ada, suasana politik yang dikotorkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, maka saya ingin cadangkan beberapa perkara kepada pihak BERSIH;


1. Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.



2. BERSIH mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya -tidak semestinya ditulis BERSIH-. Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan ‘pilihanraya yang adil’. Juga mungkin mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah. Jika BERSIH buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu ‘defeat the purpose’. Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9hb Julai ini.

Dr.Maza


N'N:" suasana politik yang dikotorkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab" siapa yng Dr Asri maksudkan, aku tahu siapa dan korang pun tahu siapakan he3...siapa lagi kalau bukan UMNGOK. Bagaimana kami mahu meluahkan perasan Dr, sedangkan dgn hanya berpakaian kuning kami ditangkap dan dihumban ke lokap?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)