yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, July 3, 2011

Bukan Semua Orang Suka Jururawat Seksi, Banyak Yang Menyampah.

Pesakit mengeluh jururawat terlampau seksi.....




TRIBUNNEWS.COM - Jururawat yang memperlihatkan belahan payudara dan mengenakan skrit pendek akan dikenakan denda demikian peraturan yang dikeluarkan lembaga kesihatan Inggeris, NHS, dan dikutip Daily Mail,

Peraturan ini dikeluarkan oleh lembaga East and North Hertfordshire NHS Trust setelah mendapatkan keluhan dari para pesakit.

Peraturan berjumlah enam halaman ini akan berlaku ke 5.000 klinik dan staf tanpa seragam kerja di empat RS antara lain Lister Hospital di Stevenage dan Queen Elizabeth II Hospital di Welwyn Garden City. Hal ini dilakukan agar para perawat kembali ke tugas utama mereka sebagai kaum profesional dan konsisten mengenai imej yang mereka sopan.

"Para staf ini tak akan mengenakan seragam yang mengeliminasi semangat dari kebijakkan dan cara berpakaian yang memperlihatkan perut, dada, dan juga belahan payudara yang sangat lebar," demikian bunyi isi kebijakkan tersebut.

"Seluar pendek, jins, legging, dan juga skrit pendek tak diperkenankan (digunakan perawat)," demikian kelanjutan isi peraturan tersebut.


Sumber


N'N:Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.......

Gambar Peserta Demonstrasi Di Pulau Pinang Yang Telah Menghina Islam!!!




Ini adalah gambar peserta demonstrasi itu, yang memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Sumber

N'N:Aku berani jamin perhimpunan Bersih 2.0 takkan ada kejadian macam ni....

Ingatlah Allah S.W.T Wahai Mahaguru Omar Din....

Bersih 2.0: Mahaguru Gayong nasihat Omardin ingat Allah

Kenyataan pendiri Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakannya

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa(gambar) berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura. PD

Sumber


N'N:Sebelum kamu mengancam orang tolonglah ingat Allah, ingat mati & ingatlah akhirat Mahaguru...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)