yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, June 27, 2011

Gambar AJK Masjid Halang Seorang Hamba Allah Yang Hendak Beribadat Dalam Masjid, Semata-mata Kerana Hamba Allah Itu Pakai Baju 'Bersih'.


Selain daripada melemparkan kata-kata kesat,baju hamba Allah ini turut direntap oleh AJK Masjid tersebut, kemudian datang seorang ahli kariah masjid (baju melayu hitam) memarahi tindakan bangang AJK Masjid tersebut.

N'N:Kau ingat Rumah Allah tu rumah kau ker wahai AJK Masjid, hamba Allah itu datang nak beribadat apa hak kau nak sekat dia. Sebab UMNO fobia dengan baju tu kau pun nak tunjuk besar kepala kau sebagai AJK Masjid.....Aku benci orang JUMUD......

Gambar Kerbau Yang 'Emo'....

Inilah rambut 'Emo'



Ini pula kerbau yang berambut 'Emo'


http://informasitips.com/wp-content/uploads/2010/08/Fashion-Rambut-Kuda-Terbaru-300x225.jpg

Amacam sama x?

N'N:LOL.....

Petua Elak Sakit Jantung,Senang,Murah & Mudah.

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus.. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat..

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Badan Lelaki Ini Ada 150 Butir Peluru Penabur Dan Masih Hidup.

CONSETT, Britain - Seorang lelaki, Joe Clarke, (gambar kecil) 33, mempunyai lebih 150 butir peluru penabur di dalam tubuhnya sejak 2007, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor-doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir pun peluru tersebut kerana terdapat sebahagian daripada peluru itu menembusi organ-organ pentingnya.

Clarke ditembak oleh dua lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas dia membuka pintu rumahnya di sini pada Disember 2007.

Peluru penabur itu menembusi bahagian tubuh belakangnya, kepala dan leher.

Semasa kejadian, Clarke berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang jirannya yang menyembunyikan dia dalam rumahnya.

Lapan bulan selepas serangan itu yang berlaku akibat perbalahan dengan seorang bekas kekasihnya, lima lelaki didakwa berkonspirasi untuk membunuhnya.

Dia kini menghadapi kesan sampingan akibat tembakan tersebut iaitu rasa sakit pada setiap hari.

"Para kakitangan hospital menyatakan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini," kata Clarke.

Ketika menggambarkan detik-detik dia ditembak, Clarke menggambarkan dirinya seperti badannya dibakar. - Agensi

DJ Hot FM Sokong Bersih???

ki1b.jpg (350×263)

N'N:Soalan tu korang kena tanya diaorg sendiri, sbb aku pun tak tau......

Tak Tau Nak Letak Kategori Apa Dekat Benda Nie......




N'N:Mainan? Jijik? Ntah?.........

Video Aksi Mencemaskan Bagaimana Hendak Mengelak Keretapi Laju.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)