yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, June 24, 2011

Gambar Seluar Dalam Yang Menyokong Gagasan 1 Malaysia.

Ini Dia Gambar Penyokong-penyokong Tayangan Video Lucah SeMalaysia.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/374/7f851cfbd23b6c81aa14279340bb691f.jpg

Orang Awam Sokong Datuk T Di Mahkamah


KUALA LUMPUR: Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat, dibanjiri oleh pihak media ekoran tersebarnya berita bahawa Trio Datuk T yang dikatakan mendedahkan video seks mirip seorang pemimpin pembangkang akan didakwa pada hari ini.

Trio itu terdiri daripada ahli perniagaan, Shazryl Datuk Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Selain media, orang awam turut berada di mahkamah termasuk penyokong-penyokong yang membawa kertas manila yang ditulis dengan kata-kata sokongan.

Antara kata-kata semangat itu ialah ‘pejuang kebenaran Datuk T:-perkasa’, ‘We Love Datuk T’, ‘Perkasa Tentang Pengkhianat Bangsa’, ‘Bebaskan Datuk T’ dan ‘Datuk T Korbankan Diri Demi Keadilan’.

Kes tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Majistret 3, dan beberapa anggota polis mahkamah dilihat membawa masuk dua buah televisyen lcd 42 inci ke dalam kamar mahkamah. Galeri awam mahkamah juga dipenuhi oleh orang awam termasuk wartawan menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka yang berdiri untuk keluar.

Trio Datuk T tiba di mahkamah pada pukul 9.15 pagi – mstar

N'N:Anda semua perasan tak ada slogan yang tertulis "Kita tengok siapa yang benar!!!". Ternyata Trio Datuk T mengaku bersalah he3...

Penjenayah Bangsat, Ugut Seorang Ibu Untuk Merogol Anak Perempuannya Jika dia tidak Mahu Puaskan Nafsu Serakahnya!!!

Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.


Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.


“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.


Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.


“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.


Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.


Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.


Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan.

Sumber

N'N:Aku mahu HUDUD!!!!!

Gambar Janin Tunjuk Peace Ketika Dalam Kandungan.

LONDON – Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam. Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: “Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat.” Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: “Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik.” – Agensi




N'N:macam2........

Cara Paling Kreatif Mengawal Kelajuan Kereta Di Kanada, Tipu Pengguna Jalanraya.







Kalau OKU Ni Pun Boleh Turun Bersih 1.0, Korang Jangan Bikin Malu Tak Turun Bersih 2.0.

http://www.jeffooi.com/2007Q4/BERSIH%2BAmri.jpg


N'N:Nak seribu daya................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)