Thursday, June 30, 2011

Ini Dia Gambar Ahli Parlimen 'TERBERSIH' Di Malaysia.

http://2.bp.blogspot.com/-QNGUW6aTyI4/Tgv-eFP4heI/AAAAAAAAAPA/YH3daJRwsDs/s1600/nizar.jpg

YB Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin Terbaik!!! Bior melopong UMNGOK tengok baju BERSIH mike!!!

Kenapa Nak Buka Aib Orang??? Blogger UMNGOK Memang Hampeh!!!

wardina.jpg (231×300)


Nampaknya ada beberapa laman blog pencacai UMporNO mempertahankan tindakan mereka menghina dan memaparkan gambar silam Wardina didalam laman blog pencacai tersebut... nak buat camne ... puak-puak jahil ini semua memang sialan jaiyidan....

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujar Wardina pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber

N'N:
Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain didunia ini kecuali ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat.
(HR Muslim )

Gaya Profesional Repair Kereta Yang Anda Tidak Pernah Lihat Sebelum Ini .

http://3.bp.blogspot.com/_RvbqGJpoqHo/TMOMPnDlNpI/AAAAAAAAHew/GOtCwmqaojQ/s1600/professionalcarmechanics.jpg

N'N:LOL........

Di Taipei Gadis Yang Terlampau Seksi Akan Kena 'Smackdown'




Cerita penuh disini

Inilah Bezanya Awek Dan Kambing Bila Jadi Pembonceng Motosikal.


Kalau macam ini yang untung ialah si boyfriend....




dan kalau macam ini pulak yang paling untung ialah abang kambing kita..
itu bezanya bila awek dan kambing membonceng kenderaan...


sumber

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 Catat Rekod Dunia Agaknya,2000 Laporan Polis Telah Dibuat Dari Seluruh Ceruk Pelosok Negara.


Setakat ini sudah hampir mencecah 2000 laporan polis telah dibuat oleh pihak yang mahu menafikan suara Rakyat yang inginkan Pilihanraya yang Adil & Telus. Dan kita tahu siapa disebalik laporan2 yang telah dibuat ini, yang tak lain tak buat ialah UMPORNO a.k.a UMNGOK.

Laporan awal

#2 Wordless Wednesday: Mat Rempit & Minah Rempit Terlampau.

http://images3.wikia.nocookie.net/__cb20071206084320/uncyclopedia/images/1/1a/1rs0ib(2).jpg

N'N:Nauzubillahiminzalik....

Lelaki Ini Sanggup Gadai Nyawa Semata-mata Untuk Curi Seluar Dalam Dan Kemudian Menghidunya. Kelakuan Apakah Ini???

Tiada kata yang dapat aku gambarkan.Macam-macam cara digunakan untuk melepaskan hawa nafsu seperti budak lelaki ini yang sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mencuri seluar dalam yang boleh melepaskan 'giannya'.......






sumber


N'N:Inilah yang terjadi bila bisikan syaitan menguasai nafsu kita,"Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda-kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan". Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan. Namun nafsu tidak terdidik dengan betul anda lihatlah apa yang boleh terjadi....Nauzubillahiminzalik......

Inikah Gambar Lucah Yang Heboh Dikatakan Ditampal Dalam Surah Yassin di Sebuah Masjid Di Pulau Pinang???

http://3.bp.blogspot.com/-9UjffHYzf38/TgWRhn8t42I/AAAAAAAALwM/HY8q9Cvcd0M/s1600/..a.jpg

N'N:Mungkin orang ni dapat idea daripada orang yang edarkan video lucah dimasjid.........

#WW:Apa Dosa Kanak-kanak Ini Sehingga Diperlaku Begini, Diikat seperti Binatang Dan Disuruh Mengemis.....

image

image

image

image

Melihat gambar diatas betapa kejamnya manusia yang memperlakukan kanak-kanak sebegini rupa...


sumber

Tuesday, June 28, 2011

Mana Hilangnya 'Tamadun' Semua Manusia Ini???


N'N:Lumrah akhir zaman........

Kisah Seorang Bapa Yang Layak Digelar 'Bapa Jahanam'.

Setelah memperkosa anaknya, si ayah memaksa anaknya melacur diri dengan 200 lelaki


KERALA :Seorang ayah kandung tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri yang baru berusia 17 tahun lalu kemudian dipaksa melacur diri kepada lebih dari 200 lelaki. Hal ini disampaikannya di depan media setelah laporan polis dibuat.

Kejadian ini berlaku di Kerala, India. Gadis ini memberitahu polis yang ayahnya mengancam akan membunuh seluruh keluarganya kecuali jika ibunya mendiamkan perbuatan laknatnya. Si ayah kemudian ditangkap polis bersama 29 lelaki lainnya pada dua minggu lepas.

Gadis malang ini memberitahu ia diperkosa oleh ayahnya kemudian dibiarkan kelaparan lalu dipaksa berasmara dengan lelaki lain . Polis berjanji akan memberkas lelaki yang membayar harga seks dengan gadis itu yang identitinya dirahsiakan .

Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk memberkas 70 lelaki-lelaki yang disebut gadis itu.

"Ayah memperkosa saya ketika ibu tidak ada di rumah. Ia kemudian membawa saya ke lokasi berbeza dan menambahkan kalau ada kesempatan saya akan berlakun filem.” Kata gadis itu dalam satu wawancara dengan stesyen televisyen tempatan.

Ketua Kementerian Kerala Oommen Chandy mengatakan penjahat-penjahat tersebut akan menerima hukuman berat.

"Polis sedang menyiasat kes tersebut. Pemerintah tak akan membiarkan penjenayah terlepas hukuman," katanya.

Sumber:Indah.com

Gambar Bukti FRU Yang Merugikan Pendapatan Para Peniaga Setiap Kali Demonstrasi Perhimpunan Aman Berlaku.



Peniaga ini mengalami kerugian akibat tindakan ganas Polis(bekas air tersebut pecah akibat terkena peluru gas pemedih mata)

Aksi Yang Sungguh Menggelikan Hati, Pesalah Korupsi Ini Sanggup Menyamar Jadi "Awek" Cantik Demi Untuk Kelabui Mata Media.

Pesalah kes korupsi yang ingin lari daripada wartawan mungkin boleh meniru apa yang dilakukan Martyn Crute berikut ini. Pengarah perusahaan minyak ini muncul di pengadilan Britain dengan berpakaian seperti perempuan demi cuba untuk menghindari perhatian media yang menunggunya.

Tak hanya pakaian, Crute juga mengenakan aksesoris perempuan. Lihat saja, dia memakai pullover bergaris tanpa lengan, rok panjang selutut warna hitam dan kasut tinggi ketika meninggalkan Lincoln Crown Court, Inggeris, sebagaimana dilapor The Telegraph, awal minggu ini, agar boleh menipu juru kamera.

Penyamarannya yang mengejutkan itu langsung diketahui oleh para jurugambar yang menunggu dan siap untuk memotret ketika dia keluar. Kerana para jurugambar itu mengejar, dia lalu mengibaskan rambutnya ke wajahnya untuk menyembunyikan rahang dan bekas cukuran di pipinya.

Aksinya itu untuk memastikan supaya identitinya sebagai Crute tidak diketahui wartawan. Crute, yang berasal Retford, Notts, Inggris itu, adalah seorang pengarah UK Oil and Gas Ltd. Dia muncul di pengadilan atas tuduhan bahawa perusahaanya selama 15 bulan beroperasi tanpa terdaftar di badan keselamatan gas, Corgi. Hal itu telah menempatkan para pekerja dalam risiko kerana standard kerja yang buruk yang dilakukan selama jangka tersebut.

Jaksa penuntut untuk Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan Inggeris, mengatakan perusahaan itu terus menggunakan logo Corgi dalam dokumennya dan memberi kesan kepada pelanggan bahawa perusahaan tersebut beroperasi secara legal.

Crute mengakui tuduhan telah melanggar ketentuan Kesihatan dan Keselamatan dalam Undang-Undang Kerja Inggris. Dia didenda sebanyak2.000 poundsterling dan diperintahkan untuk membayar 41.000 pound kos guaman dan dilarang menjadi pengarah perusahaan selama tujuh tahun.

sumber

N'N:Idea bagi pesalah korupsi yang rata2nya orang UMNO..LOL...

Anda Lihat Gambar Ini Dan Beritahu Saya Siapa Yang Ganas Sebenarnya Dalam Perhimpunan Aman Bersih Terdahulu?



N'N:Bagi saya orang2 yang membuat provokasi sebegini bukan peserta demo,malahan bagi saya peserta demolah yang menjadi mangsa keganasan dan provokasi pihak2 berkuasa....


Monday, June 27, 2011

Gambar AJK Masjid Halang Seorang Hamba Allah Yang Hendak Beribadat Dalam Masjid, Semata-mata Kerana Hamba Allah Itu Pakai Baju 'Bersih'.


Selain daripada melemparkan kata-kata kesat,baju hamba Allah ini turut direntap oleh AJK Masjid tersebut, kemudian datang seorang ahli kariah masjid (baju melayu hitam) memarahi tindakan bangang AJK Masjid tersebut.

N'N:Kau ingat Rumah Allah tu rumah kau ker wahai AJK Masjid, hamba Allah itu datang nak beribadat apa hak kau nak sekat dia. Sebab UMNO fobia dengan baju tu kau pun nak tunjuk besar kepala kau sebagai AJK Masjid.....Aku benci orang JUMUD......

Gambar Kerbau Yang 'Emo'....

Inilah rambut 'Emo'



Ini pula kerbau yang berambut 'Emo'


http://informasitips.com/wp-content/uploads/2010/08/Fashion-Rambut-Kuda-Terbaru-300x225.jpg

Amacam sama x?

N'N:LOL.....

Petua Elak Sakit Jantung,Senang,Murah & Mudah.

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus.. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat..

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Badan Lelaki Ini Ada 150 Butir Peluru Penabur Dan Masih Hidup.

CONSETT, Britain - Seorang lelaki, Joe Clarke, (gambar kecil) 33, mempunyai lebih 150 butir peluru penabur di dalam tubuhnya sejak 2007, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor-doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir pun peluru tersebut kerana terdapat sebahagian daripada peluru itu menembusi organ-organ pentingnya.

Clarke ditembak oleh dua lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas dia membuka pintu rumahnya di sini pada Disember 2007.

Peluru penabur itu menembusi bahagian tubuh belakangnya, kepala dan leher.

Semasa kejadian, Clarke berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang jirannya yang menyembunyikan dia dalam rumahnya.

Lapan bulan selepas serangan itu yang berlaku akibat perbalahan dengan seorang bekas kekasihnya, lima lelaki didakwa berkonspirasi untuk membunuhnya.

Dia kini menghadapi kesan sampingan akibat tembakan tersebut iaitu rasa sakit pada setiap hari.

"Para kakitangan hospital menyatakan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini," kata Clarke.

Ketika menggambarkan detik-detik dia ditembak, Clarke menggambarkan dirinya seperti badannya dibakar. - Agensi

DJ Hot FM Sokong Bersih???

ki1b.jpg (350×263)

N'N:Soalan tu korang kena tanya diaorg sendiri, sbb aku pun tak tau......

Tak Tau Nak Letak Kategori Apa Dekat Benda Nie......




N'N:Mainan? Jijik? Ntah?.........

Video Aksi Mencemaskan Bagaimana Hendak Mengelak Keretapi Laju.



Sunday, June 26, 2011

Mereka Ni Berblog Tak Menggunakan Otak....

Siapa?




18video.jpg (525×320)

Dan mereka:




N'N:Tak perlu guna akal untuk menjaja video lucah dalam blog, cuma perlu guna kepala lutut...

Gambar Bila Superhero Dah Pencen.

http://www.allfunnypictures.com/images3/retiredsuperheroes.jpg

N'N:Sedih tgk Hulk uzur betul......

BERSIH 2.0:Bila Demokrasi Disempitkan, Demontrasi Jalanan Akan Mengisi Ruang.

http://seapa.files.wordpress.com/2007/11/bersih.jpg

Kebebasan berhujah, kebebasan berdebat, kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan memberi pendapat, kebebasan berhimpun adalah merupakan pakaian kepada demokrasi.

Manakala kekerasan, pertumpahan darah, keganasan, pemberontakan, peperangan, rampasan kuasa adalah nilai-nilai yang amat bertentangan dengan amalan demokrasi.

Jika rakyat tidak dibukakan ruang untuk mereka mengamalkan demokrasi, maka yang akan mengisi ruang ialah keganasan dan kekerasan.

Tidak ada empangan yang mampu menahan air dari mengalir ke laut, lambat laun empangan akan pecah juga.

Kita mungkin boleh mengenakan permit untuk menghalang rakyat dari berhimpun atau berdemontrasi, tetapi kalau sudah sampai sejuta rakyat turun untuk berdemontrasi, ada permit atau tidak ada permit, tidak mempunyai apa-apa guna lagi.

Oleh itu bukalah ruang demokrasi seluas-luasnya supaya keganasan tidak dapat mengambil tempat.

Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir di masa sekarang ini adalah akibat pemimpin-pemimpinnya yang telah menyempitkan ruang demokrasi, maka tidak hairanlah kalau keganasan, pemberontakan, kekerasan akan digunakan untuk mengembalikan demokrasi itu, kerana itu saja jalan yang ada.

Kawalan kepada media, penggunaan jentera kerajaan, penguasaan kepada badan penguatkuasa seperti polis, badan pencegah rasuah dan penguasaan keatas badan perundangan dan kehakiman mebolehkan pemimpin-pemimpin membelakangkan demokrasi bagi pengekalan kuasa politik mereka. Tetapi lambat laun rakyat akan sedar juga yang mereka telah diperbodohkan.

Peti undi bukanlah demokrasi, peti undi hanyalah salah satu komponen dari demokrasi itu. Demokrasi tidak mempunyai apa-apa makna atau tidak sempurna kalau tidak didokong oleh kebebasan setiap rakyat untuk memberi pendapat, kebebasan media, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Demokrasi dapat menjamin pemimpin yang terbaik akan terpilih menjadi pemimpin tanpa melalui pertumpahan darah dan kekerasan.

Sumber:aliasmohdyusof.blogspot.com

Pondan Ditugas Untuk Kutip Hutang di Pakistan


KARACHI – Terlambat untuk membayar hutang mungkin anda akan mendapat surat peringatan. Namun di Karachi, kota terbesar di Pakistan, anda akan bertemu dengan penagih hutang transgender(Pondan).

Sebagai langkah Pemerintah Pakistan untuk mengatasi meningkatnya penghindaran hutang, petugas hutang di Karachi memanfaatkan Riffee, seorang transgender, dan rakan-rakannya sebagai penagih hutang. Riffee dan rakannya akan mendatangi rumah atau tempat usaha penunggak hutang, tujuannya untuk mempermalukan para penunggak hutang hingga akhirnya mahu membayar.

Riffee dan dua rakannya, Sana dan Kohan, secara fizik adalah lelaki sejati, namun mereka lebih suka dipanggil dan berpakaian seperti wanita. Tugas mereka cukup sederhana, setiap pagi mereka ke tempat kerja dan mengambil daftar penunggak hutang. Satu per satu mereka mendatangi rumah atau pejabat penunggak hutang. Lalu menggoda dan membuat keributan agar orang yang mereka datangi mahu membayar pajak.

Namun demikian, belum jelas apakah taktik tersebut cukup efektif, tapi para petugas pajak bersikap keras kalau tidak efektif mereka tidak akan mungkin melakukannya.

“Kehadiran mereka boleh membuat malu penunggak hutang,” ujar inspector hutang Hussein Bhatti seperti dikutip CNN, Jumaat (15/4/2011).

Di negara dimana banyak yang mengatakan pengadilan lemah dan polis boleh disuap, Riffee dan teman-temannya boleh menjadi upaya terakhir,walaupun tidak biasa.

Sumber :http://www.okezone.com/

Agak2nya Inilah Tugas Yang Sesuai Untuk Super2hero Buat Bila Dah Bersara..

Inilah tugas-tugas yang amat sesuai untuk mereka apabila mereka
bersara.Amat sesuai dengan kepandaian dan kemampuan kuasa mereka..











Sumber

Hot Dog Ini Haram.....

http://www.allfunnypictures.se/cats-dogs/djur-hotdog.jpg

N'N:Seharam video fitnah yang dijaja di Mahkamah......

Saturday, June 25, 2011

Mimik Muka Yang Paling Realistik Menggambarkan Ketakutan Yang Amat Sangat.

http://www.funnyimages.biz/content/games/scared-on-the-slide-.jpg


N'N:Mungkin beginilah takut UBN dengan BERSIH 2.0....

Mungkinkah Suatu Hari Nanti Najib Pula Akan Kata Begini?

Disaat Najib sudah tua kutuk dan tidak disukai ramai mungkinkah pada masa itu Najib juga akan mengikut jejak langkah mentornya Tun Mahathir :




Tanpa Sedar Mungkin Aku Pun Blogger Yang 'Ujub'.....

Merendah diri dalam berblog

Dunia blog banyak cabarannya. Seorang penulis blog yang ingin bukan hanya seorang yang boleh menulis atau update blog tiap-tiap hari, tapi juga perlu memastikan tulisan mereka bermanfaat atau diminati ramai. Bila dah lama berblog tu, mestilah semakin bertambah bilangan pengikut atau follower. Bagi yang buat duit dengan blog juga, pendapatan jugak mungkin bertambah. Entah-entah dah kena bayar cukai sebab pendapatan dari blog je dah lebih RM2500? Hehe.


Cabaran Seorang Blogger

1. Follower atau Pengikut yang ramai

Pengikut atau follower ni ada banyak jenis, ada yang menjadi fans anda di facebook page, ada yang follow melalui Google Friend Connect seperti di sidebar blog ini, dan mungkin juga ada yang melanggan RSS blog anda melalui email atau Google Reader. Jadi, secara tidak langsung bila follower dah ramai, mungkin ada akan merasa bangga dengan blog dan diri sendiri. Ingatlah, bila dah berjaya, jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda.

2. Trafik tinggi

Memang tak dinafikan, blog yang popular memang trafik akan tinggi. Bila trafik dah tinggi tu bersyukur lah. Tak perlulah kot sampai tiap-tiap minggu buat review trafik, nak buat apa? Nak pujian dari orang ke? Kalau nak sangat simpan buat kenangan, screenshot pastu simpan dalam folder dah lah kan. Satu lagi, bila dah trafik tinggi tu, jangan ingat ia akan kekal.

3. Blog dan penulis blog semakin popular

Ada orang memang kejar populariti dalam berblog. Lantaklah. Tapi jangan lupa, populariti juga adalah salah satu punca ujub atau bangga terhadap diri sendiri. Nanti dah popular, jangan pandang rendah pada orang lain. Populariti tak kemana.

4. Komen yang memuji

Ahaha. Ni pun saya tak suka, sebab tu lah saya kurang gemar komen yang berbentuk berikut, kerana nanti taktau nak reply apa. hehe :D

* “Nice one bro”
* “Mantap lah blog ko ni”
* “Terbaiklah lah entry ni”

Kepada tukang memberi komen bukan sekadar memuji, tapi juga mengkritik dan memberi pendapat.

Keperluan Merendah diri dalam berblog

Dalam apa-apa yang kita buat pun, termasuk berblog jangan lupa merendah diri. Ujub atau bangga terhadap diri sendiri termasuklah seperti berikut:

“Wah trafik aku lagi mantap lagi trafik die”

“Wah follower blog aku lagi banyak dari blog die”

“Wah PR blog aku lagi bagus dari blog die”

Cuba elakkan menulis entry yang boleh membanggakan diri sendiri. Income tu tak perlulah nak tunjuk tiap-tiap minggu, orang lain pun ada juga. Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke? Hehe.

Ya ALLAH, kekalkan kami dalam keadaan rendah diri semasa berblog.

Sumber

N'N:Ada kebenaran juga kata blogger ni, semua blogger kena bermuhasabah sebab kadang-kadang ujub itu wujud dalam diri kita tanpa kita sedar samada melalui tulisan mahupun dalam hati kita. Kita sendiri kenal siapa diri kita......

Khairul Anuar Zainuddin, Orang Pertama Ditangkap Kerana Memakai Baju Bersih.




Lihatlah betapa bangganya seorang anak muda yang tahu dirinya ditangkap kerana beliau menyokong perhimpunan aman Bersih 2.0. Semangat ini yang kita mahu pada setiap anak muda. selanjutnya disini


Catatan:Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Sumber:milosuam

N'N:u know ur right, so fight for ur right....

Aksi Paling Kurang Ajar Seorang Penumpang Bas Awam..

image

Rasa-rasa kalau kau orang jumpa penumpang jenis macam ini kau orang lempang tak?
Kalau aku mungkin orang tua ini dah kena maki...Tak hirau langsung perasaan orang lain...Dia ingat stokin dia bau wangi ker... Tengok kakak tu siap tutup hidung lagi...Memang jenis manusia yang tak reti adab……

sumber


N'N:Memang menguji tahap kesabaran....