yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, June 17, 2011

Gambar Perempuan Selamba Panggang Anjing Hidup-hidup!!!






sumber : stomp.com.sg

While dog meat may be a common dish in some parts of the world, these pictures showing women in China roasting a puppy alive are nonetheless repulsive.

STOMPer MeatLover, who sent in these photos he found online, said:

"It's quite disturbing to see that they don't even bother to slaughter the animal first, or at least do it at home, instead of right in the middle of the street, with kids watching.

"Look at the poor little puppy. This is just sick!"

sumber


N'N:Tak sanggup betul aku tengok kekejaman manusia yang macam ni, kalau yer pun nak makan tak perlulah seksa binatang tu mcm tu sekali....

Kisah Benar: Manusia Ini Didesak Anak Toyo Supaya Menipu...

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/december/06/sam-dec6.jpg

Mohamad Khir Bin Toyo desak saya beri keterangan palsu

Bekas MB janji saya tak akan dakwa: Shamsuddin

SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 kerana menerima desakan daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Shamsuddin, 55, berkata selepas dipanggil SPRM, beliau menerima banyak desakan daripada Dr Mohamad Khir untuk tidak bercakap perkara yang membabitkan wakil rakyat itu dalam pendakwaan.
“Datuk Seri (Dr Mohamad Khir) kerap kali berjanji dia akan mengawal kes itu dan tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan dia. Jadi saya rasa yakin ketika beri keterangan kepada SPRM kerana saya beri keterangan sebagai saksi saja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada satu hari SPRM datang menemuinya dengan membawa surat pendakwaan terhadapnya.

“Ketika itu, Datuk Seri (Dr Mohamad Khir) masih cakap pada saya: ‘Don’t worry Shamsuddin we can solve it (Jangan risau Shamsuddin kita boleh selesaikan’). Sebagai orang biasa dan saksi, saya tak dapat menerimanya.

“Bukan saya nak mengaibkan sesiapa di sini, saya tak faham mengapa saya dituduh di mahkamah, ketika itu saya ada berbincang dengan keluarga dan berjumpa peguam serta memaklumkan apa sebenarnya berlaku,” katanya.
Peguam Dr Mohamad Khir, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin membantah keterangan Shamsuddin itu kerana ia tidak berkaitan dengan soalan dikemukakan ketika pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki menolak bantahan itu kerana keterangan itu adalah relevan dengan kes berkenaan.

Kelmarin, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Shamsuddin mengakui memberi keterangan semula pada 7 Jun lalu, iaitu sehari selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, itu.

Katanya, dalam kenyataannya kepada SPRM pada 2009, beliau disuruh menyatakan jual hartanah itu bertujuan mengurangkan kerugiannya.

Dr Mohamad Khir, 46, didakwa memperoleh dua lot tanah dan rumah di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L bagi diri dan isterinya, Zahrah, 46. Ia diperoleh daripada Shamsuddin, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Hartanah itu dibeli Dr Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. BH

Ada Tak Pekerja TNB Yang Berani Repair Lampu Jalan Macam Ni?

image

Mungkin ada yang berani…tapi cara macam ni betul-betul merbahaya.
Walaupun demi tugas keselamatan perlu dijaga….


sumber:borakkosong

Gambar Aksi Yang Menyakitkan Mata Orang Yang Memandang..

image


N'N:Mungkin orang yang buat ni tak sakit,tapi aku yang tengok ni rasa sakit.........


Sumber:borakkosong

Obama Pun Boleh DiFitnah Menggunakan Video, Mengapa Tidak DSAI.




N'N:Orang2 kampung misti percaya yang Obama tendang pintu tu(Perangai macam orang kurang siuman). Samalah macam orang yang percaya bulat-bulat Video Seks Fitnah.

Manusia Kejam, Kenapa Macam Ni Sekali Nak Seksa Seekor Tikus???

Lihat cara tikus ini diseksa:







N'N:Mak aku pernah pesan, jangan seksa binatang&haiwan!!!!

Inilah Cara Yang Paling Genius Untuk Simpan Barang2 Berharga.

Cara ini memang cerdik...
tapi sayang kat mana nak cari gadjet ni...
Ada jual kat Malaysia tak?










sumber

Jom Baca Kandungan Surat Cinta SKMM Kepada Blogger PR.

Saudara Pengarang,

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum. Maklumbalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain.


Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) “sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain”.

Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Bagi Pihak Pengerusi,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan
Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri
Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Malaysia

Tel: +603 8688 8000
Fax: +603 8688 1003
Emel: crd@cmc.gov.my

Sumber

N'N:Tak adakah surat cinta untuk blogger UMNO/BN yang upload video lucah,yang memfitnah,yang mencetuskan isu perkauman & mencetuskan sentimen agama???

Wabak Penyakit Tibi Sedang Menular di Malaysia, Kementerian Kesihatan Perlu Bertindak Segera!!!

http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan/06.jpg

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Pihak kementerian juga digesa mengadakan gerak kerja pengesanan penyakit itu di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini.

Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu. Katanya, oleh itu, satu kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit yang merbahaya itu.

"Pihak kementerian juga mesti mengadakan gerak kerja pengesanan di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing seperti di Kampung Pandan, Pandan Mewah dan Lembah Jaya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Adun Chempaka menjelaskan, menurut beberapa pihak, penyakit Tibi itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh pendatang-pendatang asing.

Katanya, penyakit Tibi telah hampir pupus di negara kita, tetapi kini telah muncul kembali apabila berlaku kebanjiran pendatang asing. "Kementerian Kesihatan mestilah memandang serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga lebih ramai penduduk Ampang Jaya dijangkiti penyakit tersebut," katanya.

Sumber: Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)