yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, June 9, 2011

Guru Lelaki Bermasalah: Tertangkap Curi Seluar Dalam Wanita Kemudian Dipakainya Seluar Dalam Itu....

TRIBUNNEWS.COM, KARIMUN - Sepatutnya guru jadi teladan dan contoh namun tindakan seorang guru di Tanjungbalai Karimun, Kepulauan Riau (Kepri) yang satu ini bukan hanya tak patut dicontohi, tapi harus dihindari.

Seorang guru, bernama IH tertangkap kerana mencuri pakaian dalam (seluar dalam wanita) di sebuah pusat membeli belah ternama di Karimun.

Aksi IH berawal ketika dia masuk ke dalam ruang ganti (fitting room) pakaian dengan membawa tiga set dalam kotak pakaian dalam wanita.

Di dalam ruang ganti itulah IH beraksi dengan cara memakai dua helai celana dalam wanita dan mengembalikan lebihannya ke dalam kotak lain dan menyimpan kotaknya kembali ke dalam rak.

Aksi IH yang masuk ke dalam ruang ganti pakain sebenarnya sudah diketahui seorang SPG (sales promotion girl). SPG itu merasa hairan kerana seorang lelaki membawa dua kotak seluar dalam wanita ke ruang ganti pakaian.

Tak berani menegurnya, maka SPG melaporkannya ke sekuriti di departement store tersebut.

“Ketika kotaknya kita periksa, memang seluar dalamnya sudah hilang dua. Langsung kita periksa IH dan memang benar Pak Guru itu memakai dua seluar dalam itu,” ujar Khoiruddin, sekuriti yang memeriksa IH, kelmarin.

Khoiruddin tak habis fikir kalau IH itu boleh melakukan perbuatan menjijikan tersebut. “Kalau lihat wajahnya, kita tak menyangka dia boleh berbuat seperti itu. Orangnya nampak baik. Setelah kita tahu kalau dia guru, saya tambah hairan,” ungkap Khoiruddin.

Setelah ditangap IH bersedia mengganti dan membeli seluar dalam yang sudah dikenakannya tersebut. “Setelah tertangkap dia kata dia akan bayar. Mungkin saja sudah beberapa kali dia berbuat itu tapi baru ketahuan sekarang,” ujarnya.

Khoiruddin akhirnya melaporkan ke atasannya terkait kes tersebut. Atas kebijakan perusahaan, akhirnya ditempuh jalan kekeluargaan. IH akhirnya diminta mengganti seluar dalam yang dikenakannya, disertai membuat surat pernyataan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

Khabar inipun beredar luas di masyarakat. Malah sehari setelah kes itu tersebar, IH yang mengajar bahasa asing di sebuah sekolah swasta ternama di Karimun tersebut, dikhabarkan sudah tidak mengajar lagi.

Khabar tak sedap inipun sampai ke telinga pihak yayasan. Setelah dinyatakan kebenaran khabar tersebut, seorang guru memberikan keterangan kalau IH sudah tidak lagi mengajar di sekolah tersebut.

Seorang guru dan beberapa siswa sekolah bersangkutan memilih tidak banyak memberikan komentarnya terkait aksi nekad IH tersebut.

“Kami dengar memang, tapi tak tahu kejadian sebenarnya, yang pasti kelmarin dia memang tidak masuk mengajar,sehingga kami disuruh balik awal,” ujar seorang siswa di sekolah tersebut.

sumber

Gempar!!!Benarlah Omongan UMNO Bahawa Pas Sudah "U-Turn" Dari Pentadbiran Negara Islam Kepada Pentadbiran "Negara Berkebajikan"!!!

Konsep Negara Kebajikan Umar Abdul Aziz

Sudah berabad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali.

Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutamakan Kroni menjadi ciri-ciri baru kerajaan pada masa kini. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Para Pemimpin-pemimpin sudah pandai bermewah-mewah dengan Rasuah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Wang Rakyat dijadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat terutamanya bangsa Melayu Islam pula semakin lalai dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan sehingga tidak nampak keadilan system pemerintahan Islam. Oleh itu marilah sama-sama kita merungkai Pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menggunakan konsep Negara Berkebajikan.

SIAPA UMAR ABDUL AZIZ??
Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan warak. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderungan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu.

PEMIMPIN ISLAM SEJATI
Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gabenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat di rumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut mengganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekalian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

TIDAK MENYALAHGUNAKAN HARTA NEGARA
Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

KEBAJIKAN RAKYAT MATLAMAT UTAMA
Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tetapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum Muslimin.

MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA
Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

MENINGKATKAN PERBINCANGAN TENTANG AGAMA
Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mengubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

PEMIMPIN AGUNG YANG ADIL
Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t.http://www.blogger.com/img/blank.gif dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil menghadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Semoga apa yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden untuk menumpukan Negara Berkebajikan akan menjadi kenyataan, Insha Allah pemerintahan ala Umar Abdul Aziz akan kembali menyinari Bumi Malaysia.sumber

N'N:Mana yang tidak Islamik tentang negara berkebajikan? Bangang punya UMNO!!!

Cara-cara Bagaimana Nak Pindah Rumah Dengan Kos Yang Paling Minimum(Gerenti).

Ini Akibatnya Kalau Langsung Tak Boleh Bersabar...




N'N:Bestker macam nie???Buat2lah bersabar....

Aku Tak Lalu Makan, Makanan SENGERI Ini....

Kalau kali pertama kita lihat ini bukan nya makanan tetapi tangan
putus dihampiri tikus-tikus..tetapi ini sebenarnya inilah kek yang direka
sebegini rupa..cuba lihat cara pembuatannya....

















Sumber

Jangan Anda Terlibat Sama Dengan Aksi Seperti Ini....

http://fid.ohmacamitu.com/wp-content/uploads/2011/01/aurat-lelaki-500x375.jpg

N'N:Kadang2 kita pun xperasan benda ini terjadi kepada kita.....

Petua Elak Kasut Dicuri Masa Solat Jumaat(Berkesan).

Jom Kita Ikut Cara Rasulullah Berdiet

Terdapat berbagai cara untuk menjaga kesihatan badan,samada dari segi sains atau yang di ajar Al-Quran.Dari segi sains antara caranya ialah bersenam atau beriadah serta makan pil vitamin dan mengawal makanan yang di ambil hari-hari.

Dengan mengamalkan minum secawan teh 'o' setiap pagi ia boleh mengawal berat badan jika terus mengamalkannya,berat badan seseorang akan berkurangan.Perkara ini telah dibuktikan keberkesanannya. seseorang InsyaAllah

Di dalam Al Quran terdapat juga ajaran tentang menjaga kesihatan dengan melaksanakan amalan-amalan berikut :

Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang -kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk dipagi hari akan meresap kedalam badan dan ianya boleh mengurangkan lemak yang terkumpul didalam badan.Secara kasarnya dapat dilihat,setiap individu yang mengamalkan mandi pagi hari mempunyai badan yang stabil.

Agar sentiasa jauh daripada penyakit,Rasulullah telah mengamalkan minum air sejuk dipagi hari.InsyaAllah segala penyakit susah untuk menyerang tubuh individu tersebut.

Ketika sembahyang Subuh disunatkan bertafakur iaitu melakukan sujud sekurang -kurangnya seminit untuk membaca doa.Keadaan ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada pening dan migrain.

Ini telah terbukti oleh pakar sains yang membuat kajian kenapa dalam sehari seseorang perlu sujud.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.Dengan melakukan sujud darah akn mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga melarang seseorang memakan makanan darat bercampur makanan laut.RasulullahSAW pernah menegah umatnya makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri mudah mendapat penyakit.

Ini telah terbukti apabila saintis mendapat kandungan di dalam badan ayam mengandungi ion positif,manakala ikan mengandungi ion negatif.maka terjadilah tindak balas kimia.Tindak balas ini merbahaya kerana boleh merosakkan usus.

Rasulullah SAW juga mengajar seseorang untuk makan dengan tangan dan apabila sudah selesai hendaklah menjilat jari.Daripada hasil kajian mereka saintis mendapati bahawa enzim yang terkandung di celah jari ialah 10 kali ganda daripada enzim didalam air liur.Enzim merupakan sejenis alat pencernaan tanpanya makanan tidak mudah di hadamkan.

Jika amalan -amalan kesihatan yang di ajarkan Rasulullah SAW di amalkan InsyaAllah ,badan akan menjadi semakin sihat dan terhindar daripada segala penyakit.

sumber

TGNA:Orang Itu Mahathir Bukan Karpal Singh.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan Negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh. Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya".
-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-Menteri Besar Kelantan

N'N:Melayu mudah lupa a.k.a Mamak pun mudah lupa....

Pakaian Untuk Orang Yang Nak Berjalan Jauh...



Bila anda rasa penat boleh berehat sebentar...

N'N:Memang praktikal tapi siapa yang sanggup pakai macam tu depan orang ramai he3...

Pengemis Jumpa Anaknya Kembali Melalui Twitter.

INILAH.COM.-Seorang pengemis yang hidup di New York berhasil bertemu dengan anak perempuannya yang tidak pernah ditemui selama 11 tahun. Ini berkat Twitter.

Daniel Morales diberikan telefon tangan prabayar untuk membuat akaun Twitter, sebagai bahagian dari projek Underhead untuk peningkatan kualiti hidup pengemis di New York. Tiga minggu setelah projek tersebut,lelaki berusia 58 tahun ini memutuskan memanfaatkan jejaring sosial itu untuk menemukan anak perempuannya, Sarah Rivera, 27 tahun.

Daniel Morales dan Sarah Rivera tidak pernah bertemu sejak 11 tahun lalu. New York Daily News melaporkan Morales menaruh nomor telefon, nama dan foto dari anak perempuannya ketika berusia 16 tahun. Selanjutnya, Sarah Rivera mengubungi ayahnya.

Morales mengaku sangat bahagia. Anaknya yang tinggal di Brooklyn juga menganggap keberadaan jejaring sosial sangat menakjubkan.

sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)