yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, June 6, 2011

Najib Memang Pandai Buat Lawak...

Throw yourself and the people will be happy

Najib was on a helicopter with 3 persons. He said "I want to make a Malaysian happy, I'm going to throw RM 5 down, what do you think?"

The first Malaysian said, "Your honour! Why don't you throw two RM 2 and one RM 1,you can make 3 people happy!"

Then the second one said, "Why don't you throw five RM1's, and make 5 people happy!"

The third said, "Your honour! Why don't you throw yourself and make the whole country happy??"

N'N:Najib, Why don't u make the whole country happy....

Kredit:reformisjalanan.

Muslimat Makin Manthop:Muslimat Mahu Pasukan IT Antifitnah & Cadangkan Semua Muslimat Kawasan Menghasilkan Laman Web Sendiri.

Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mewujudkan pusat informasi parti bertujuan mewujudkan ruang menjelaskan dasar parti dan menepis fitnah yang dilemparkan kepada parti itu.

Wakil Shah Alam Azlin Hezri ketika mencadang usul itu berkata, pusat berkenaan perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Apa yang kita harapkan, kita perlu task force. PAS wujudkan satu medan dan ruang menyampaikan maklumat terutamanya berkaitan pilihan raya.

“Betul kita ada banyak laman web dan blog, tapi perlu ada satu (portal) untuk PAS sahaja,” katanya lagi ketika mencadangkan usul berkenaan di muktamar sayap pergerakan itu di Shah Alam hari ini.

Azlin turut menyeru perwakilan supaya mencontohi aktivis internet Wa'el Ghomi – eksekutif muda Google yang mencetuskan revolusi di Mesir melalui media maya.

Azlin juga mencuit hati perwakilan wanita apabila mengajuk dialog daripada filem popular Kung Fu Panda ketika menasihatkan perwakilan bersabar menghadapi apa yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Kita perlu kepimpinan keluarkan idea... kita mesti pakai kekuatan dalaman.

“Kamu akan dapat kekuatan daripada ketenangan dalaman,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada kira-kira 600 orang perwakilan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Media sedia ada terhad

Usul itu menerima sokongan daripada ketua penerangan dewan berkenaan, Salbiah Abdul Wahab yang melihat keadaan itu sebagai cabaran kepada muslimat PAS memperluaskan kebolehan mereka.

“Saya juga ingin menyatakan di dalam dewan ini ramai dari ahli yang ada (akaun) blog, Facebook dan Twitter. Saya (rasa) kita patut perkasakan kebolehan anda sekalian,” katanya.

Sementara itu, wakil Muslimat Dungun, Khairah Mokti turut serta berbahas dengan mencadangkan semua Muslimat kawasan menghasilkan laman web sendiri.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) pun ada dah ada Facebook sendiri,” katanya.

Seorang lagi perwakilan, Erna Aznira Anuar pula berkata, usaha bagi mewujudkan pusat pasukan bertindak informasi itu perlu memandangkan PAS kini masih kurang menggunakan media baru.

“Kita ada, contohnya TV Kelantan tetapi terhad,” katanya lagi yang berpandangan bahwa PAS patut mempunyai mekanisme khusus bagi usaha berkenaan. Mkini

Petua Untuk Berjimat Zaman-zaman Gawat Nie..........



Alasan:Minyak naik,gula naik, kos hidup naik, BN=Barang Naik................

Fatwa-Fatwa Tun Dr.Mahathir Yang Diguna Pakai UMNO Sehingga Kini Dan Mungkin Untuk Selama-lamanya........

Fatwa tentang 'Aurat':

““Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”. – Rujukan; Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) – “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.


http://2.bp.blogspot.com/_7UpcI95XCeI/TIaG-NYpfaI/AAAAAAAAHBU/XlnHEQA8pmc/s1600/RosmahBaca+Quran.jpg




Fatwa tentang penyertaan gadis Melayu dalam 'Pertandingan Ratu Cantik':

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 – Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun dikatakan mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 - “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Allahyarham Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”




Fatwa tentang hukum 'HUDUD':

Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor - “Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.”

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan - “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 – “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 – “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”

http://1.bp.blogspot.com/_CYjOFYx7d9s/SQ-4jQ5mh5I/AAAAAAAAAIQ/u7La0Zymk8w/s320/Image096.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_F0neKqcpqk8/SjTVEmrqLVI/AAAAAAAAACo/by0MFeIGTgM/s320/9perogol.jpg



Fatwa tentang Al-Quran:
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 – “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

N'N:Ramai remaja yang menyanjungi Tun M, tanpa tahu Tun M banyak menghina Islam.....

Apa Perasaan Anda Jika Air Yang Anda Minum Ada Bangkai Cicak Di dalamnya?



sumber : stomp.com.sg

Pasti anda termuntah..macammana boleh jadi macam ini....?????

N'N:Tidak!!!

Perhatian Gadis Malaysia, Hati-hatilah Dengan Pemuda Lombok!!!

"Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina

KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.

Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.
"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.

Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.
Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.

Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).

“Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.

Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Sumber

Wanita Ini Dipecat Kerana Cuba Bandingkan Gajinya Dengan Bos di Facebook

TEMPO Interaktif, London – Seorang pekerja bank di Inggris dipecat lantaran membandingkan gaji dirinya dengan sang bos. Stephanie Bon, 37 tahun, membuat perbandingan gaji itu ke laman Facebook miliknya.

Stephanie yang bekerja di bahagian sumber daya manusia Llyods Banking Group (LBG) menulis, “direktur utama LBG baru memperoleh 4.000 pund sterling sejam, saya cuma 7 pound. Adakah tu adil.”

Si bos, Antonio Horta-Osorio, langsung memecat wanita asal Kota Essex ini setelah mengetahui komentar bawahannya itu. Horta sendiri saban tahun memperoleh 13,5 juta pound sterling dari gaji, bonus, dan pelbagai tunjangan. Lelaki berdarah Portugis ini sebelumnya memimpin sebuah bank di Kota Santander, Sepanyol.

Kejadiannya bermula ketika Stephanie menulis soal perbandingan antara gajinya dan gaji bosnya. Informasi itu ia peroleh beberapa jam sebelumnya saat berbincang dengan temannya di kantin pejabat.

Stephanie mengaku tidak percaya dengan pemecatan dirinya itu. “Saya tidak percaya diperlakukan begitu menakutkan atas gaji (bos saya) yang saya bicarakan dengan teman di luar jam kerja,” katanya geram. Ia beralasan apa yang ditulis bukan sesuatu bersifat rahsia.

Seorang juru bicara LBG yang tidak ditulis identitinya mengatakan keluarnya pemberhentianStephanie tidak ada kaitannya dengan status Facebooknya. “Stephanie dipekerjakan melalui sebuah agen dengan kontrak jangka pendek." katanya.

Sumber

Ini Parlimen Ker Gelanggang WWE???

Gambar Orang Politik Di Seluruh Dunia Bergaduh

Politik? haa...perkataan yang kadang2 dibenci oleh sesetangah orang...mana tidaknya politik ni banyak merapu meraban...korang tak percaya mai tengok apa jadi politik kat negara di bawah ni...macam2 aksi..

TURKEY
"(lantak kau la nak gaduh, aku nak tidur, puasa la oii...)"


MEXICO

("woi, lubang hidung jangan main aaa...batal puasa aku")


SOUTH KOREA

"rebut ooiii...sapa dapat boleh balik awal"


MALAYSIA

"Biadap ni main kepala, kalau nak songkok aku ambil sajalah."


UKRAINE

"ambik kau, ni style hulk hogan ni..."


RUSSIA

("aku menang gaduh...yeah...")


ITALY
"bang, tadi saya nampak dia makan bang", "tutup mulut kau, mana ada aku makan"..


TAIWAN
"rileks, rileks...tadi dia telan air tu tak sengaja, tak payah kecoh..tenang, tenang.."


INDIA

"meh saya tolong akak hayun selipar tu dengan lebih kuat lagi, bagi lebih sengal"


JAPAN

Amoi : "wachaaaaa" (kuk! - bunyi kepala kena sekeh)
apek kat bawah tu : "aduuuuuhhh..."







SEE WHAT HAPPENED DURING POLITICAL MEETING IN CHINA,

PEACEFUL, HARMONIOUS AND NO DISTURBANCE..


lelaki sebelah kanan : "ah, balik ni nak makan sate, bubur pulut hitam, ayam golek..bla, bla"





SPECIAL EDITON!


BUSH
"Rugi! Aku hampir mengena sasaran lubang najis..."

Sumber

N'N:Perak pun masuk port he3..Tapi itu semua kerje UMNGOK...

Dunia Makin Celaru:Nepal negara pertama didunia iktiraf pondan sebagai kelamin jenis ketiga.

VIVAnews - Jenis kelamin atau gender selama ini mungkin dikenal hanya ada dua, lelaki dan perempuan. Namun, pemerintah Nepal sejak tahun ini telah menetapkan jenis kelamin baru atau jenis kelamin ke tiga, iaitu gay atau homoseks.

Pengakuan jenis kelamin baru yang pertama kalinya di dunia ini dianggap sebagai kemenangan atas persamaan hak bagi kaum yang suka sesama jenis di negara berpenduduk 29 juta orang ini. Sebelumnya, pengakuan homoseksual dan penghapusan diskriminasi gender telah dilakukan di negara ini tiga tahun lalu pada 2007.

Pengakuan jenis kelamin baru tertulis dalam undang-undang Nepal dan tertulis dalam sijil kependudukan, termasuk di dalamnya kad pengenalan penduduk. Dengan ini, para gay dan transgender Nepal memiliki hak yang sama dalam pekerjaan, penghidupan yang layak dan berbagai hal lainnya yang dapat dilakukan oleh warga heteroseksual.

Juru Bicara Biro Statistik Nepal, Bikash Bista, mengatakan bahawa pengkategorian jenis kelamin baru adalah upaya mengubah citra Nepal dari negara tradisional yang konservatif menjadi negara moderat yang memiliki sudut pandang baru.

Namun, pengesahan pengakuan jenis kelamin ini bukan perkara mudah. Aktivis gay, Sunil Babu Pant, mengatakan bahawa mereka harus menekan pemerintah untuk pengakuan orientasi seksual mereka.

"Barulah ketika kami akan membawa masalah ini ke pengadilan, pemerintah menyetujui pengkategorian jenis kelamin baru," ujar Babu.

Jika saja diajukan ke pengadilan, Babu dan kaumnya kemungkinan besar akan menang. Hal ini berkat disahkannya peraturan penghentian diskriminasi gender dan orientasi seksual oleh Mahkamah Agung Nepal pada 2007. Undang-undang ini juga mengatur kebebasan seseorang di Nepal untuk memilih jenis kelamin mereka.

Di masa hadapan, para aktivis akan menekan pemerintah untuk melngesahkan perkahwinan sesama jenis. "Ada 50 sampai 60 pasangan homoseksual yang menunggu untuk menikah setelah pernikahan sesama jenis dilegalkan," ujar Babu.• VIVAnews

N'N:dunia makin celaru.....

Kini Bayi Dalam Perut Boleh Pilih Nama Sendiri...

Para calon ibubapa yang kesulitan untuk memilih nama bagi bayi mereka tak perlu lagi khuatir. Kerana sebuah aplikasi di iPhone yang memberikan kebebasan kepada bayi dalam perut untuk memilih nama mereka.

Dilapor techland.time.com, Khamis (2/6/2011), bayi memiliki kemampuan memilih nama mereka sendiri dengan meletakkannya di perut. Nama aplikasi ini disebut Kick to Pick.

Aplikasi ini menampilkan nama bayi secara rawak dan hal yang harus dilakukan semua orangtua adalah meletakannya ke perut dan menunggu jika bayi menendang. Aplikasi memonitor gerakan bayi dalam kandungan dan dengan tendangan yang kuat, maka generator itu akan berhenti dan nama bayi pun muncul.

"Idea untuk aplikasi Kick to Pick ini berasal dari perbincangan panjang tentang pilihan bayi dan fakta yang mengatakan bahawa mereka (bayi) tak punya kekuatan untuk memilih nama mereka yang digunakan sepanjang hayat mereka," kata Nathan Parks, pembuat aplikasi ini.

SUMBER : http://blog.indojunkers.com

N'N:Nama ibarat doa, jika baik maknanya maka kita doakan anak kita menjadi baik yakni menjadi hamba Allah yang taat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)