yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, June 5, 2011

Perhatian Untuk Ibu dan Bapa, Bahaya Demam Malam..

Selalu orang beranggapan bahawa perubatan Islam adalah suatu ikhtiar untuk merawat penyakit tertentu sahaja seperti gangguan jin, santau, sihir, penyakit-penyakit misteri dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya rawatan Islam adalah menyeluruh tidak kira penyakit yang berkaitan rohani atau fizikal.

Walau bagaimanapun bagi memudahkan pemahaman kita terutamanya demam biasa atau disebabkan gangguan lain, disini saya sertakan dahulu info apakah yang menyebabkan demam itu dari perspektif klinikal terutama kepada kanak-kanak. Selamat membaca!


INFO:

Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.


Mengapa demam?

1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

Catatan oleh Hafizah Iszahanid

Sumber:simaas.blogspot.com

Manusia Ini Lebih Hina Daripada Binatang!!!

Cucu 'iblis' suka panggil neneknya 'babi' dan belasah datuknya yang lumpuh

IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.
Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.

Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

“Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

“Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

“Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

“Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

“Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya.

“Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

“Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.myMetro

Nak Tahu Kenapa UMNO/BN Takut Sangat PR Memerintah Malaysia....

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/june/04/boutros-ghali.jpg

KAHERAH 5 Jun - Bekas Menteri Kewangan Mesir, Yussef Boustros Ghali dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atas kesalahan rasuah, walaupun menteri tersebut tidak menghadiri perbicaraan, kata wartawan AFP hari ini.

Hakim mahkamah jenayah di Kaherah, Magdi Ghoneim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Ghali atas kesalahan membazir duit rakyat dengan menggunakan kereta yang diubahsuai. Manakala 15 tahun lagi atas kesalahan menyalahguna kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk kepentingan peribadi.

Ghali, yang melarikan diri dari Mesir, merupakan seorang daripada menteri di bawah pimpinan rejim bekas Presiden Hosni yang dibawa ke muka pengadilan sebagai usaha kerajaan tentera yang baru untuk membawa mereka yang melakukan penipuan untuk dibicarakan. - AFP

Sumber

N'N:Kalau PR memerintah maka ramailah pemimpin UMNO/BN senasib menteri itu..

Dilarang Naik Motor, Remaja Nekad Buat Sendiri Motor Chopper

Apa yang biasanya anak remaja lakukan jika dilarang menggunakan motor kerana masih di bawah umur? Daripada merajuk, remaja asal India ini membangun sendiri motor untuk nya.

Hasilnya , perjalanan dari rumah-sekolah-rumah tidak perlu naik bas sekolah atau bas awam.

Dia adalah Yash Gehi. Remaja berasal Rajkot, Gujarat India, berusia 17 tahun ini memberanikan diri membangun motor Chopper untuk keperluan seharinya. Biar aman menggunakan motor namun tanpa memiliki lesen, Yash sengaja menggunakan mesin kecil yakni 49 cc. Di India untuk menggunakan yang rmesin sekecil itu tak perlu ada lesen.

Untuk membangun motor Chopper impiannya, Yash saban hari mebuka internet untuk mendapatkan inspirasi.

Seperti dilapor automotto, Yash memanfaatkan komponen motor terbuang mula dari rangka, lampu, mesin, j tangki minyak hingga spare part lainnya demi satu tujuan. Cukup cerdik kerana dia tidak mendapat sokongan kewangan.

Untuk bahagian lampu dan mesin Yash mendapatkannya dari Luna, salah satu kedai di tempat ia tinggal. Selain itu ia juga membeli roda depan dari motor lain dan roda belakang milik Bajaj M80.

Sedangkan untuk tangki minyak, Yash mengaplikasikan tangki minyak miliki Yamaha RX100 yang tersemat dalam rangka model rigid (tidak menggunaka suspensi). Rangka rigid sengaja ia buat untuk memperkental aura Chopper.

Tidak sampai di situ cita-citanya. Hasrat memiliki roda dua membawanya kepada idea liar lainnya. Bagaimana tidak, motor Chopper milikinya menggunakan kick starter dan dan pedal starter.

Modelnya cukup unik. Namun Chopper yang ia bangun dinilai cukup canggihi. Setelah diuji coba, Chopper 49 cc boleh berjalan hingga kelajuan 60 km/jam. Hasil yang baik untuk permulaan.

Sumber:borakkosong

Tips Memilih Komputer : Antara Netbook, Notebook dan Desktop PC

http://andretobb.files.wordpress.com/2011/01/bluekeyboard.jpg

Teknologi komputer berkembang sangat pesat dalam beberapa dekad ini. Komputer kini dapat ditemui dalam berbagai bentuk, baik sebagai alat bantu kerja biasa mahupun chip yang ditanamkan dalam perangkat tertentu. Saat ini bukan hal yang aneh melihat orang kehulu-hilir membawa komputer, sesuatu yang tak terbayangkan saat komputer pertama kali diciptakan. Dan kita tahu sejarah perkembangan komputer maka kita akan mengenal komputer komersil yang pertama digunakan yang dinamakan UNIVAC, komputer ini berukuran beberapa puluh ton dan besarnya mencapai ukuran 1 rumah. Daya listrik yang digunakan bisa menghidupkan 1 blok rumah dan harus secara periodik dimatikan agar perangkatnya tidak leleh kerana suhu panas yang dihasilkan. Jika kita kembali ke tahun 50-an dan berkata bahawa komputer nantinya mudah dijinjing dan dapat dibawa pergi kemana-mana mungkin kita boleh dianggap gila ketika itu.

Kini berbagai pilihan bentuk dan jenis komputer tersedia, mulai dari harga yang mampu milik sehingga ke harga yang mahal. Banyaknya variasi ini pada suatu sisi menguntungkan kerana memberikan banyak pilihan namun disisi lain boleh membuat para pengguna akhir (end user) kebingungan menentukan jenis komputer yang paling tepat yang mahu digunakan.

Secara umum ada 3 jenis komputer untuk bekerja yang umum digunakan, iaitu Desktop PC, Notebook dan Netbook.

Desktop PC:

Sesuai namanya adalah perangkat komputer yang terdiri dari CPU (Central Processing Unit), monitor dan pheriperal lainnya. Desktop PC mudah dijumpai diberbagai pejabat, kampus, warnet maupun rumah. Meskipun monitornya berbentuk monitor CRT maupun LCD, desktop PC mudah dikenali karena CPU dan monitornya terpisah. Desktop PC biasa disebut sebagai PC biasa.



Notebook/Laptop:

Lebih dikenal sebagai laptop. Faedah utama dari Notebook adalah sifatnya yang mobile dan mudah dibawa. Sebagian Notebook juga memiliki kemampuan komputasi yang tinggi sehingga menjadi pengganti desktop PC yang boleh diandalkan. Sayangnya, harga Notebook relatif tinggi dan memiliki keterbatasan jumlah maksimal perangkat yang bisa ditambahkan. Sebagai contoh, desktop PC dapat memuat hingga 3 keping memori (RAM, Random Access Memory) namun sebagian besar laptop hanya menyediakan 1 atau paling banyak 2 buah slot untuk memori.


Netbook:

Merupakan generasi terbaru dari Notebook namun berukuran lebih kecil dan umumnya memiliki daya komputasi lebih rendah daripada Notebook. Jika layar LCD pada Notebook rata-rata berukuran antara 12″-14″, layar Netbook umumnya berukuran 8″-10″. Netbook lebih ringan dan dan mudah dibawa karena bentuknya kecil dan tipis. Harga Netbook lebih murah dari Notebook karena spesifikasi Netbook lebih rendah. Selain spesifikasi yang lebih rendah, harga Netbook lebih rendah karena tidak menyertakan beberapa pheriperal yang umumnya disertakan pada Notebook, misalnya optical drive (CD/DVD ROM/RW).



Berikut adalah beberapa pertimbangan memilih jenis komputer yang paling tepat untuk keperluan anda :

Mobiliti:

Jika anda lebih banyak menggunakan komputer secara mobile, pilih Notebook atau Netbook. Desktop PC bisa dipilih jika komputer lebih banyak digunakan dimeja kerja yang tidak/jarang berpindah-pindah

Harga:

Jika anda concern pada harga, pilih Desktop PC atau Netbook. Untuk harga yang sama, spesifikasi desktop PC jauh lebih tinggi dibandingkan Notebook atau Netbook. Desktop PC juga memiliki keunggulan dalam hal penambahan komponen baru atau penggantian komponen tertentu

Fungsi yang pelbagai:

Jika anda menggunakan komputer hanya untuk browsing, chatting, menulis dan bekerja dengan aplikasi pjabat (pengolah kata, spreadsheet dan presentation), pilihlah Netbook. Netbook juga boleh dipilih jika anda berniat membekali anak anda dengan komputer yang ringan baik dari sisi berat, harga maupun aplikasi yang digunakan. Netbook sesuai digunakan untuk mengerjakan tugas-tugas sekolah yang memerlukan komputer. Namun jika anda pengguna aplikasi kelas berat semacam edit gambar, multimedia atau programming, gunakan Desktop PC atau Notebook. Jangan memilih Netbook karena spesifikasi Netbook diperuntukkan untuk aplikasi ringan seperti pengolah kata, browser dan messenger

Dalam bahasa marketing, Notebook dan Desktop PC diperuntukkan bagi content maker (pencipta aplikasi) sedangkan Netbook diperuntukkan bagi content user (pengguna aplikasi), meski demikian hal ini tidak sepenuhnya tepat karena para pengguna games tentu lebih memilih Notebook atau Desktop PC dibandingkan Netbook

Penempatan:

Netbook atau Notebook cocok digunakan untuk tempat yang ringkas dan digunakan hanya pada waktu tertentu sedangkan Desktop PC lebih tepat digunakan untuk workstation yang sifatnya menetap. Karena ukurannya yang compact, Notebook dan Netbook membuat meja kerja tampak lebih rapi

Upgrading & Kelengkapan:

Desktop PC relatif lebih mudah diupgrade dan ditingkatkan kemampuannya dibandingkan Netbook maupun Notebook. Karena ukurannya yang kecil dan compact, penggantian komponen tertentu pada Notebook maupun Netbook memerlukan pheriperal khusus dan terbatas pada beberapa komponen tambahan saja

Lantas, apa sebenarnya yang perlu diperhatikan jika memilih komputer? Agar tidak bingung, berikut adalah checklist yang boleh menjadi rujukan kita semua jika hendak memilih komputer :

Processor:

Processor ibarat otak komputer. Processor menjadi komponen utama yang menentukan kecepatan komputer. Desktop PC dan Notebook umumnya memiliki jenis processor Intel Pentium sedangkan Netbook menggunakan processor Atom. Processor Atom menggunakan sedikit daya listrik namun daya komputasinya lebih rendah daripada processor Pentium. Selain Intel Pentium tersedia juga processor Intel Celeron, AMD Athlon, AMD Sempron dan AMD Duron. Intel Celeron adalah generasi processor Intel dengan harga dan kecepatan lebih rendah daripada Pentium. Processor Athlon merupakan processor buatan AMD yang sepadan dengan Pentium sedangkan Sempron dan Duron sepadan dengan Celeron. Kecepatan processor diukur dalam Ghz, semakin tinggi semakin cepat.

RAM (Random Access Memory)/Memori:

RAM merupakan komponen penunjang kecepatan komputer. Processor tinggi namun RAM rendah akan tetap menghasilkan komputer yang lambat. RAM diukur dalam satuan MB (Mega Byte) atau GB (Giga Byte). Untuk komputer generasi saat ini, RAM minimal 1 GB merupakan satu keharusan karena beberapa sistem operasi modern mempersyaratkan demikian.

Harddisk:
Harddisk digunakan untuk penyimpanan data. Diukur dalam satuan GB (Giga Byte), beberapa tipe harddisk mencapai ukuran 1 TB (1 Tera Byte = 1024 GB). Selain ukuran besar, perhatikan ukuran kecepatan harddisk, yang diukur dalam satuan RPM. Semakin tinggi RPM semakin cepat harddisk yang digunakan. Harddisk terdiri dari beberapa tipe, antara lain IDE, SATA dan SCSI. Harddisk SCSI lebih cepat dan umum digunakan untuk server, namun harganya lebih tinggi daripada harddisk SATA maupun IDE. Jika memilih Notebook atau Netbook, pilih tipe yang memiliki harddisk besar karena harddisk untuk Netbook atau Notebook berukuran istimewa (kecil dan tipis) dan tidak mudah diganti seperti halnya Desktop PC.

Pheriperal:

Pilihlah jenis komputer yang memiliki pheriperal tambahan yang banyak. Wireless LAN/WLAN merupakan komponen wajib selain konektor RJ-45 untuk network via kabel. Tambahan optical drive seperti CD/DVD ROM dan CD/DVD RW juga boleh menjadi pilihan menarik. Pilih juga jenis komputer dengan komponen tambahan seperti slot untuk USB, Memory Card Reader, Bluetooth dan lain-lain.

Daya Bateri:
Hal ini harus diperhatikan jika memilih Notebook/Netbook. Akan sangat menjengkelkan jika kita sedang bekerja secara mobile namun terhenti karena batterainya cepat habis.

Teknologi:
Teknologi komputer cepat usang. Lebih baik memilih spesifikasi yang lebih tinggi dari keperluan dibandingkan berjimat beberapa ringgit namun kemampuannya tertinggal hanya dalam hitungan beberapa bulan saja

Sistem:

Ada beberapa jenis komputer yang dioptimasi hanya untuk sistem operasi tertentu. Sebahagian besar komputer yang dijual malah tidak menyertakan sistem. Tanyakan pada penjual sistem operasi apa saja yang didukung dan kemungkinan menggunakan sistem dengan jenis dan versi yang berlainan.

Sumber:http://jealilik.wordpress.com/tips-tips/tips-memilih-komputer-antara-netbook-notebook-dan-desktop-pc/

N'N:Selesa menggunakan laptop.

Ini Cara Negara India Perli Penghisap ROKOK.

Perokok tegar akan membakar duit mereka tanpa mendapat apa-apa manfaat. Tapi lihatlah apa yang mereka mampu beli dengan duit itu......

Dalam peringatan Hari Tanpa Tembakau, dalam kempenye di Mumbai, India, telah menciptakan model kereta yang sangat mengesankan dari 200.000 batang rokok. Kereta buatan dari rokok ini ditempatkan dipamerkan di pusat perbelanjaan Mumbai, di mana dapat menarik perhatian setiap orang yang melalui.

India ketika ini pengeluar kedua dan pengguna tembakau, setelah China. Setidaknya satu dari lima penduduk India (sekitar 241 juta orang) menggunakan tembakau dalam bentuk tertentu.





Sumber:borakkosong

N'N:Anda mampu membeli sebuah kereta dengan duit yang dibakar untuk membeli rokok...

Gambar Yang Jarang Kita Tengok ,SUPERHERO solat berjemaah

Memang pelik...Tak tahu nak kata apa setelah melihat gambar ni buat pertama kali. Kalau fikir dari sudut negatif, ia seolah-olah hina Islam kerana superhero (rekaan barat) ni mempersendakan Islam. Kalau fikir dari sudut positif, boleh jadi gambar ni menunjukkan kuasa barat jatuh tangan Islam dan mereka memeluk Islam dan solat bersama.Sumber:pe-ta-nge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)