yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, June 3, 2011

Syarat Untuk Dapat Lesen Memandu Di China Ialah Derma Organ.

Di China, masyarakat yang akan membuat lesen memandu harus mengisi borang yang menyatakan siap atau tidak menjadi penderma organ jika terjadi kemalangan maut.

Hal tersebut disampaikan Wakil Menteri Kementerian Kesihatan China, Huang Jiefu seperti dikutip dari Global Times, Jumat (29/4/2011).

"Pemohon diharapkan bersedia untuk menjadi penderma ketika mengisi surat permohonan," kata Huang Jiefu.

Peraturan tersebut terus fikaji. Adapun paling cepat peraturan itu bakal diterapkan pada September 2011 atau paling lambat akhir 2011.

Pemerintah China akan memiliki lembaga yang menampung organ-organ tersebut. Di mana lembaga tersebut akan mengurusi segala urusan penderma termasuk tempat mendaftar, jaringan distribusi, pelayanan klinik transplantasi organ dan transplantasi organ.

Peraturan tersebut tidak sembarangan mengambil organ manusia. Pemerintah hanya mengambil organ pemandu yang mengalami kecelakaan teruk yang membawa kematian.

Pemerintah juga akan memberikan kompensasi termasuk kos hospital dan kos pemakaman.

Di sisi lain, peraturan mengambil organ tubuh manusia ini sudah diberlakukan di negara barat seperti Australia dan Britain.

Huang menyatakan bahawa sekitar 80 peratus dari pemandu di Australia bersedia menyumbangkan organ, sementara jumlah di Britain sebesar 45 peratus

Langkah tersebut dinilai untuk mengantisipasi kelangkaan organ manusia di China. Data statistik terakhir yang dikeluarkan pemerintah China, hanya 10.000 pesakit dari 1,5 juta pesakit yang mendapatkan transplantasi organ.

Sumber:borakkosong

Presiden PAS:UMNO lebih Suka Kalau Generasi Ini Dalam Kedaan Leka, Jahil, Miskin dan Menganggur, Supaya Mudah Menjadi Penyokong Mereka.

Dewan Pemuda perlu memainkan peranan mereka mendekati golongan ini.

http://3.bp.blogspot.com/_7kVv655k2Fw/TU-D04rFSdI/AAAAAAAADbo/BUX7_FFpUTg/s1600/umno.jpg


GOMBAK, 3 Jun - Perubahan secara demokrasi terkini boleh berlaku dengan perubahan undi penentu, sebahagian pengundi baru adalah daripada kalangan muda.

Golongan ini juga mempunyai jumlah besar dan menjadi undi penentu dalam pilihanraya akan datang.

Justeru itu, Presiden PAS menyeru Dewan Pemuda memainkan peranan mereka mendekati golongan ini.

"Peranan pemuda hendaklah dengan cara menjinakkan bukan meliarkan, dengan bahasa menarik dan mudah difaham, cara yang menghidup dan meriah, sesuai dengan sifat golongan muda yang cergas, sihat dan bersemangat,

"Supaya sifat itu dimanfaatkan untuk menyelamatkan masa depan mereka dengan menyelamatkan negara melalui perubahan islah," katanya dalam ucapan dasar perasmian muktamar pagi tadi.

Tambahnya, penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda yang sudah melangkaui enam tahun itu juga perlu diperluaskan peranannya.

"Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh.

"UMNO lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai," jelasnya lagi.

Gadis Ini Menipu Ada Kanser Untuk Tagih Simpati dan Dapatkan Perhatian..




Kanser ialah penyakit yang menakutkan. Kalau anda berjaya mengesan sel kenser pada tahap awal dan membuanya sekalipun, masih ada keberangkalian kenser tersebut muncul semula di organ lain di tubuh anda.

Tetapi bagi Ashley Kirilow (23) seorang pelajar dari Toronto, Kanada - kanser ialah penyakit yang boleh digunakan bagi menipu orang ramai. Ashley berlakon mengidap kanser. Bagi menipu orang ramai beliau sanggup;

1.mencukur rambut sehingga botak
2.memcabut bulu kening
3.mencabut bulu mata!


Ini adalah untuk memberikan ilusi yang beliau sedang menjalani kemoterapi. Melalui badan amal "Change for the Cure" ciptaan beliau, CND 20 000 telah berjaya disonglap dan dienjoice oleh Ashley. Ashley mendapat idea untuk menggunakan kanser sebagai cara menipu setelah menjalani pembedahan membuang tumor pada buah dada beliau pada tahun 2008. Tumor ini hanya bonjolan biasa dan bukannya tumor kanser. Selepas pembedahan Ashley mengaku "kansernya" sudah merebak ke otak keseluruhan buah dadanya.



Penipuan Ashley terbongkar apabila bapanya mememberitahu orang ramai yang anaknya hanya berlakon untuk mendapatkan simpati. Ibu bapa Ashley bercerai ketika Ashley masih kecil, menurut bapa beliau Ashley memang pandai menipu semata-mata untuk mendapatkan perhatian!

Ashley kini sudah ditahan polis Toronto atas kesalahan menipu. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 2 tahun maksimum.

Sumber:blogserius

Gila Kemajuan Di Sabah Memang Tidak Dapat Di Sangkal Lagi, Terima Kasih BN, 100 Tahun Lagi Undi ku Untuk Mu.....



Jalan berbatu kelikir sejauh lima kilometer menuju ke kampung Pinangkau, Paitan menyebabkan Jeffrey sepakat enggan memberi undi kepada pemimpin BN. selanjutnya

Busuk Jadi Alasan Budak Ini Di Gantung Sekolah....

Kerap kali kita dengar pelajar digantung kerana kesalahan disiplin yang melampau.Tapi berbeza dengan kisah seorang pekajar bernama Liu Fuyang (15) dari Shapingba Shangqiao yang digantung persekolahan kerana bau badannya yang busuk. Cikgu sekolahnya mengambil langkah drastik dan jarang kita dengar ini kerana tidak tahan dengan bau badannya yang "busuk". Bapa Liu cuba beberapa kali untuk menyekolahkan Liu semula tetapi selepas digantung Liu Fuyang enggan kembali kerana terlalu malu. Untuk bercakap tentang kes peggantungannya juga dia tak mahu. Kerana terlampau malu dia hanya menjawab soalan dengan nota bertulis:

"Saya banyak bersalah kepada semua orang dan sekiranya saya kembali ke sekolah saya akan sambung membuat salah"








N'N:Sedih juga kalau diperlakukan sebegini, kenapa tidak dinasihatkan supaya lebih menjaga kebersihan atau dihadiahkan sahaja minyak wangi @ pewangi ketiak habis cerita. Tak pasal2 mamat nie malu nak bersekolah.....

Cerita asal:blogserius

Macam Tak Percaya Utusan Dah Bertukar Jadi Harakah???

http://2.bp.blogspot.com/-lkhhNaaYtBc/TefLEWBX2SI/AAAAAAAAFYE/ZcLDIkdVuHc/s1600/%2524%2540%2540%252B%2B%2B%2B%252B%25C2%25A3%25C2%25AE%2540kh%25C2%25A1%25C2%25AE%2B%2521.jpg


N'N:Secara peribadi gandingan paling manthop yang pernah ada ialah gandingan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dan TG Abdul Hadi Awang.

Pelik Tapi Benar,Pasangan Kulit Hitam Melahirkan Zuriat Seorang Bayi Berkulit Putih.

Ini benar-benar satu keajaiban. Pasangan kulit hitam memiliki seorang bayi berkulit putih. Kesibukan ruang operasi persalinan tiba-tiba terhenti sunyi. Doktor dan jururawat saling berpandangan bagai tak percaya. Francis Tshibangu berdiri di samping isterinya, Arlette, yang baru saja melahirkan seorang bayi laki-laki. Francis memandangi anak lelakinya yang akhirnya diberi nama Daniel itu penuh dengan ketidak-percayaan.

Francis Tshibangu dan Anlette dan kedua anaknya yang berbeda warna kulit

Francis Tshibangu dan Anlette dan kedua anaknya yang berbeza warna kulit

”Saya menggenggam tangan Arlete ketika mereka mengambil Daniel dari pelukan Arlete,” kata Francis. ”Tubuh Daniel masih berlumuran darah… Tetapi, saya kemudian melihat kulitnya putih dan rambutnya perang. Rahangku tiba-tiba saja terbuka.”
Francis dan Arlette, yang tidak memiliki keturunan kulit putih, tapi melahirkan seorang bayi berkulit putih. Daniel bukan bayi albino yang memiliki kelainan pigmen kulit. Seth, kakak yang sudah berusia 2 tahun, lahir sebagai kulit hitam.

”fikiran pertamaku,’Wow, apakah ini benar-benar anakku?’,” kata Francis. ”Saya tidak mampu berkata apa-apa. Para doktor saling berpandangan dan berfikir bayi itu bukan milikku.”

Tudingan Curang

Seisi ruangan operasi tidak percaya ketika Arlette melahirkan seorang bayi berkulit putih. ”Reaksi pertama dari para perawat adalah Arlette pasti menjalin hubungan sulit dengan pria berkulit putih. Wajah mereka terlihat memikirkan hal tersebut,” kata Francis. ”Tetapi, saya yakin anak itu adalah anakku. Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya tahu dia anakku.”

Francis telah menjalin rumah tangga bersama Arlette selama tiga tahun. Kerana itu, dia tidak pernah meragukan kesetiaan Arlette. Tetapi memiliki bayi kulit putih, itu benar-benar mengejutkan mereka. Francis semakin percaya ketika memandangi wajah Daniel. ”Saat aku mencium wajahnya, aku mendapatkan gambaran jelas bayiku. Dia benar-benar seperti diriku dan Arlette. Dia memiliki hidungku dan bibir Arlette,” katanya.

Arlette pun sempat khuatir jika suaminya akan menuduh dirinya curang kerana melahirkan seorang bayi berkulit putih. ”Ada sedikit kekhuatiran. Tapi, saya mencintai suamiku dan saya tahu dia mencintai dan mempercayaiku,” katanya. ”Jadi, aku tidak perlu khawatir. Saya tidak pernah mengkhianati Francis dan tidak akan pernah.” (Sumber)

Biar Betul, Pelajar Sekolah Buat Laman Web Mirip Twitter



Citizen6, Makassar: Berbagai laman web sosial seperti Facebook dan Twitter sangat popular di kalangan anak sekolah, namun tidak sepenuhnya layak diakses oleh anak-anak. Hal inilah yang membuat Akbar, seorang pelajar sebuah SMP di Makassar, untuk membuat sebuah web sejenis dengan twitter.

Sejak kecil pelajar tersebut sangat menyukai berbagai hal tentang komputer, sehingga Akbar berhasil membuat sebuah web Jagoanmuda.net. Web sosial pertemanan ini mempunyai persamaan iaitu untuk membentuk komuniti, dokumen, berbagi status, gambar, link, video, juga tweet dan retweet status. Namun berbeza dengan twitter yang membatasi usia pendaftar, Jagoanmuda.net ini tidak membatasi umur para pemakainya. Laman Jagoanmuda.net mempunyai berbagai kelebihan seperti, memiliki fitur Al-Quran, games, muzik dan ada banyak fitur lain. Jagoanmuda.net yang dilancarkan pada 5 March 2011 ini memang masih dalam tahap pengembangan (development), namun sudah diakses lebih dari 46 negara, seperti Amerika Syarikat, Belanda, Norway dan Malaysia.


Saat ini Jagoanmuda.net sudah memiliki dua ribu member, dan juga web ini memilki server tersendiri sehingga boleh mengakses dengan cepat. Para pengguna Jagoanmuda.net tidak perlu khuatir dengan konten yang tidak sesuai dengan nilai-nilai bangsa akan boleh dihilangkan dengan mudah.


N'N:Hebat remaja muslim ini.

Bapa Ini Sanggup Jadikan Anak Tebusan, Sambil Pisau Di Acu kepada Anaknya...





Nama bapa yang kejam ini ialah Zhang Gang dan beliau menjadikan anak kandung serta isterinya sebagai tebusan bila polis cuba menahannya di Yongren, Provinsi Yunan di China. Sebab beliau tak mahu ditahan bermula apabila Zhang Gang (34) sedang memandu kereta apabila beliau terlibat dalam sebuah kemalangan. Namun Zhang enggan berhenti dan terus melarikan diri. Pemilik kereta yang dilanggar menelefon polis dan meminta Zhang ditahan kerana kejadian langgar lari. Kereta beliau berjaya ditahan tetapi beliau mengamuk dan terus menjadikan isteri dan anaknya sebagai tebusan. Selepas melakukan negosiasi selama beberapa jam Zhang akhirnya bersetuju menyerah diri.

Cerita asal:blogserius

N'N:Sendiri yang salah anak pula jadi mangsa apa punya manusialah.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)