yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, June 1, 2011

Nyawa Dibalas Nyawa:China Akan Jatuhkan Hukuman Mati Bagi Penjual Makanan Yang Beracun.

Sebuah hukuman tegas akan dilakukan di negaraChina ini. Setelah menyediakan keranda untuk perasuah, kali ini sesiapa saja yang mencuba memproduksi makanan yang tidak sesuai dengan undang-undang standard keamanan makanan di China, harus menyiapkan sebuah keranda untuk dirinya.



Pemerintah China nampaknya dengan cepat meredakan kekhuatiran rakyatnya yang meningkat akhir-akhir ini akibat keraguan akan keselamatan produk-produk makanan yang beredar di lingkungan mereka. Pemerintah mengumumkan bahawa suatu ketika ada seseorang meninggal akibat memakan makanan yang tidak sesuai regulasi keluaran pemerintah, penyedia makanan tersebut akan dikenai hukuman mati. Apabila korban tidak terkena impak mematikan, penyedia makanan dijatuhi hukuman penjara lebih lama dan denda lebih besar.

Juga disebutkan bahawa ada hukuman yang lebih keras bagi pegawai pemerintah yang melindungi penyedia makanan bermasalah atau menerima rasuah dari mereka.

Dari susu ber-melamin, babi yang diberi ubat-ubatan hingga yang baru saja terjadi tembikai yang meledak akibat tambahan bahan kimia. Kes-kes ini membuat panik rakyat di China.

Dari September 2010 hingga April tahun ini, sudah ada 106 orang dituduh melanggar regulasi keamanan makanan. Dua diantaranya yang terlibat dalam kes susu bermelamin sudah menginap di penjara.

Menurut Amnesti Internasional, China adalah negara dengan jumlah orang yang dikenai hukuman mati terbanyak di dunia. Diperkirakan sebanyak 1000 eksekusi terjadi pada setahun terakhir, meskipun pemerintah tidak pernah memberikan informasi rasmi mengenai hal ini.

Sumber:borakkosong

Graduan Ini Cari Kerja di Tepi Jalan Kerena Kecewa Tak Dapat Kerja & Gaji Yang Sesuai.


Kecewa kerana tidak mendapatkan pekerjaan dengan bayaran sepatutnya dan sesuai bidang ilmu yang di pelajari, Dianez Smith melakukan aksi di jalan. Wanita berusia 26 tahun ini berdiri di pingir jalan Washington, DC, AS, ketika jalan sibuk. Di depan dadanya, terpampang sebuah kad besar bertuliskan, “Saya baru lulus kuliah dan sedang mencari kerja. Resume tersedia.”

Ketiks aksinya, Smtih mengenakan pakaian rapi berupa kod bergaris biru dan kasut tinggi hitam. Dia telah menyerahkan 17 lamaran pekerjaan kepada siapa pun yang bersedia memberikannya kesempatan.

“Saya benar-benar memerlukkan pekerjaan. Saya perlu agar hidup layak,” kata Smith seperti dikutip dari Huffingtonpost, Selasa (31/5/2011).

Smith, yang lulus pada Mei 2010 dari Universiti Arcadia dengan gelar sarjana seni studio (studio art), sebenarnya sudah memiliki pekerjaan. Ketika ini, dia bekerja sebagai penjual basikal di Performance Bike, Rockville. Tapi bekerja penuh waktu dengan bayaran USD8 se jam, dinilai sangat tidak cukup.

Smith harus membayar pinjaman biaya kuliah USD75 ribu dan hutang kad kredit USD3 ribu.

Smith bukan satu-satunya lulusan perguruan tinggi yang tidak mendapatkan pekerjaan selayaknya. Minggu lalu, profesor di Universiti Rutgers, Carl Van Horn merilis kajian berjudul “Unfulfilled Expectations: Recent College Graduates Struggle in a Troubled Economy.” Kajian yang dilakukan atas orang muda yang lulus dari perguruan tinggi pada 2006 dan 2010 menyatakan, kekhuatiran akan hutang merebak.

Dari 571 lulusan, hampir 60 peratus telah meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Penelitian juga menemukan bahawa separuh dari orang muda yang lulus pada 2009, menganggur atau bekerja di bidang pekerjaan yang tidak memerlukan gelar sarjana.

Selama berdiri di sudut jalan, Smith akhirnya mendapatkan hal yang sudah lama dia cari iaitu pengakuan. “Setiap kali seseorang mengatakan 'nasib baik', semangat saya terangkat,” kenang Smith.

Setelah bertemu seorang wanita di pinggir jalan, Smith sudah menjalani wawancara awal di sebuah firma hukum lokal. Smith diminta untuk kembali menjalani wawancara kedua.

“Saya tidak punya masalah untuk pekerjaan entry-level. Saya tidak ingin memulai pekerjaan pada level menengah. Yang saya inginkan hanya agar hidup senang,” kata Smith.

Sumber;borakkosong

Ngeri, Datuk Paku Kepala Sendiri Kerana Kecewa Isterinya Seorang Kaki Judi

Seorang lelaki di China memaku paku 20 cm ke kepalanya sendiri setelah dikecewakan isterinya. Lin 66 tahun bertindak demikian kerana isterinya kaki judi...


N'N:Xpayahlah cederakan diri ceraikan jer habis cerita.......

Gambar Orang Mengemis Sambil Update Blog@Facebook

Internet ada dimana-mana.Sesiapa pun boleh melayari internet termasuk pengemis ini.Sambil mengemis boleh update blog@facebook he3...




Siap pakai earphone...

Sumber:borakkosong

Dalam Banyak2 Ketagihan Remaja Ini Ketagih Makan Sabun, 5 buku Sabun Setiap Minggu

Tempestt Henderson (19) kelihatan seperti remaja biasa yang anda lihat setiap hari. Tetapi sebenarnya gadis dari Florida ini menyembunyikan rahsia tabiat pemakanan yang aneh. Tempestt mempunyai tabiat memakan sabun yang kronik. Bermula April tahun lalu Tempest mula memakan sabun. Pada awalnya beliau hanya makan serbun sabun mesin pencuci. Lama kelamaan menu sabun beliau berkembang kepada syampu dan kemudian sabun buku mandian.

"Saya ingat kali pertama saya makan sabun. Saya makan sabun mesin basuh dan rasanya manis serta masin. Ianya rasa yang sungguh sedap"

Menurut doktor Tempestt mengalami masalah yang dipanggil PICA. Mereka yang mengidap PICA mempunyai obsesi untuk makan benda yang tiada nilai nutrisi. Sebagai contoh ada pengidap PICA yang makan kaca, plastic, berus gigi, bateri , kapur dan arang. Penyakit ini juga boleh dilihat pada wanita mengandung. Sebab itulah bila wanita mengandung ada yang mengidam benda-benda aneh.




Dalam kes Tempestt doktor merasakan ianya disebabkan oleh tekanan dalam hidup beliau. Sebelum mula memakan sabun Tempestt memutuskan hubungan dengan teman lelaki beliau dan mula belajar di kolej. Kombinasi tekanan didump oleh balak dan berjauhan dari keluarga menyebabkan Tempestt mula memakan sabun

Tempestt akhirnya mendapatkan rawatan selepas 6 bulan makan sabun. Sebenarkan memakan sabun ini boleh membahayakan kesihatan tubuh badan kerana ianya alkali. Kesimbangan PH darah didalam tubuh akan terganggu dan boleh membawa kepada maut





Sejak oktober tahun lalu Tempestt mendakwa beliau tidak lagi memakan sabun. Tempest sempat berseloroh;

"Ibu saya merasa lega saya hanya ketagihan sabun. Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari ketagihan dadah atau benda merbahaya yang lain"

Sumber:blogserius

Anda Sebagai Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kepada Siapa Anda Patut Berterima Kasih :Minyak Naik, Tarif Elektrik Naik, Barang Naik & Kos Sara Hidup Naik

http://4.bp.blogspot.com/-CluoLgtwg1Q/TeUFL1JVLBI/AAAAAAAACBQ/o1fno1wa24k/s1600/kabinetnajib.jpeg

Rakyat Malaysia ingin mengucapkan Terima Kasih pada PRU 13 nanti..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)