yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, May 31, 2011

Berus Bulu Babi Mungkin Anda Pernah Menggunakannya Atau Sedang Menggunakannya...

Bila saya berjalan di kedai-kedai atau dekat pasar malam, saya selalu terpandang banyak kedai menjual alat kosmetik yang murah-murah, tapi brand entah apa-apa la kan. Saya pun terfikir, selamat ke alat makeup ni semua?? Then halal ke produk kosmetik yang dijual tu? Untuk info, kebanyakkan kosmetik yang murah dijual di pasar malam atau kedai yang dijual di pasaran adalah diimport dari negara China. Kebanyakkan tidak selamat digunakan dan tidak mendapat sijil pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan dan JAKIM. Tapi naik hairan saya dengan orang Malaysia ni, ramai yang tak kisah. Beli saja asalkan menarik dan murah. Halal haram letak tepi asalkan boleh bercantik-cantik.




Bukan saja produk kosmetik murahan saja, yang branded pun belum tentu status halalnya. Bayangkan kita pakai produk yang dibuat daripada babi dan dibawa semasa kita bersolat, adakah sola kita diterima? Sebab itu lah, muslimah pada hari ini perlu ambil tahu tentang hal ini. Kita mungkin susah nak mengesan produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya, tapi ada satu benda kita dapat tahu sama ada dibuat dari bulu babi atau tak iaitu berus makeup (make up brush) yang selalu orang buat sapu blussher dan juga dust powder.



Banyak berus kegunaan domestik adalah dibuat daripada bulu babi. Ramai yang lebih gemar menggunakan berus bulu kerana kerana lebih lembut, bedak lebih melekat dan hasil makeupnya cantik berbanding menggunakan berus sintetik. Macam mana nak tahu berus makeup dibuat daripada bulu atau sintetik?? Caranya adalah dengan membakar bulu berus tersebut. Jika tak ada bau, maka berus tersebut dibuat daripada sentetik. Tapi kalau bau yang dihasilkan seperti rambut atau daging terbakar, maka perlulah berhati-hati kerana kemungkinan bulu itu adalah bulu babi.


Walaupun tak semua berus makeup diperbuat daripada bulu babi kerana ada juga dibuat daripada bulu binatang lain seperti kambing dan kuda, namun jika difikir logik berus yang murah yang dijual lambak di pasaran adakah dibuat daripada bulu kuda yang mahal? Semestinya pengilang menggunakan bulu babi yang murah, lebih menguntungkan dan mudah didapati.


Bukan berus makeup sahaja, banyak berus lagi kebanyakkannya diperbuat daripada bulu binatang haram ni. Saya dapat info di bawah ni di satu laman web.




Berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan adalah haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek.
Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.





Namun masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal, tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam. Apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual. Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang digunakan.



Berus lukisan pun ada yang dibuat daripada bulu babi..
Berus gigi pun....
Berus sabut tak ada kes lagi setakat ni....dah nama pun sabut...

Jadi, umat Islam hari ni perlu hati-hati dalam hal kepenggunaan....Sumber

Tuan Kedai Ini Di Hukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedainya.



Dihukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedai

Kes yang menjadi buah mulut di Amerika kini

Di USA setiap rakyat mempunyai hak untuk mempunyai senjata. Malangnya ada manusia yang menyalah gunakan hak asasi mereka untuk merompak sesuka hati dengan menggunakan senjata milik mereka. Di Oklahoma City Texas berlaku sebuah kes yang unik dan membawa kepada perubahan didalam undang-undang negeri. Pada tahun 2009 dua orang remaja bawah umur merompak sebuah kedai milik Jerome Ersland (59) tahun. Antwun Parker (16) bersama temannya yang pada ketika itu berumur 14 tahun menggunakan pistol untuk merompak farmasi milik Jerome. Jerome tidak kaget bila pistol diacukan kearahnya kerana beliau sendiri mempunyai sepucuk pistol. Dengan sepantas kilat Jerome menembak Antwun dan temannya. Antwun yang tidak bersenjata ditembak di kepala oleh Jerome. Rakan beliau yang memegang pistol panik dan melarikan diri. Jerome Ersland yang mengamuk dirompak mengejar rakan Antwun tetapi beliau berjaya melarikan diri.

Kerana emosi yang melampau Jerome masuk kembali kedalam kedai untuk mendapatkan sepucuk lagi pistol miliknya sebelum menembak Antwun Parker sebanyak 5 kali bagi di bahagian perut memastikan si perompak mati katak disitu juga. Pihak tertuduh mendakwa Jerome mempunyai hak menembak Antwun keran wujudnya CASTLE LAW. Di Amerika Syarikat 20 negerinya mengamalkan Castle Law yang membenarkan tuan punya hartanah menggunakan leathel force bile mempertahankan diri didalam hartanah milik mereka. Jika si penceroboh mati tuan punya tanah tidak akan dihadapkan ke mahkamah.


Kes Jerome Ersland menembak Antwun Parket ini unik kerana rakaman CCTV menunjukkan Eastland menembak Antwun walaupun beliau sudahpun cedera tidak sedarkan diri ditembak. Ini dilihat oleh pihak pendakwa raya sebagai bukan "mempertahankan diri" tetapi "membunuh". Pihak juri mendapati Jerome bersalah atas kesalahan membunuh darjah pertama dan beliau akan dipenjarakan seumur hidup. Kes ini menyebabkan hubungan kaum antara orang kulit putih dan hitam di Oklahoma City tegang. Ada yang mengatakan Jerome Ersland bersalah kerana membunuh dan beliau sebenarnya seorang rasis anti orang kulit hitam. Penyokong Jerome pula berkata beliau tidak seharusnya dihukum kerana beliau yang menjadi mangsa pada awalnya. Tindakan membunuh Jerome sepatutnya adalah terdetik dari perasaan marah melampau dan bukannya rasis.


Hasil dari kes ini beberapa orang senator cuba mewujudkan Akta Jerome Ersland bagi memakstikan jika berlaku lagi kes membunuh perompak oleh tuan punya hartanah, si tuan punya tidak boleh dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu Cleta Jennings, ibu kepada Antwun Parker akan menyaman Jerome Ersland kerana membunuh anaknya. Beliau mahu menyaman Jerome atas kesalahan wrongful death. Di samping itu Cleta juga mengatakan anaknya seorang hero.Ahli keluarga perompak boleh menyaman si mangsa kerana membunuh ketika dirompak!

N'N:Kalau dah berani merompak maka beranilah mati, tapi berbeza di Amerika hanya di Amerika sahaja ahli keluarga perompak boleh menyaman orang yang dirompak, pelik......

Sumber

Selama 50 Tahun Lebih Berkuasa UMNO Gagal Bendung Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Melayu,Kenapa Melayu Terus Jadi Hamba Dadah?

http://sawitsan.files.wordpress.com/2010/02/addiction.jpg

KES penyalahgunaan dadah di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Sehinggakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini, melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam. Hakim Datuk Abd Rahim Uda menegaskan orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

“Masalahnya kita orang Islam, tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya,” katanya ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang.

Apa yang diluahkan Hakim Abd Rahim seharusnya mendapat perhatian serius seluruh masyarakat Melayu. Malah, kita patut berasa bimbang kerana berdasarkan perangkaan, remaja dan belia Melayu adalah golongan paling ramai terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Mengikut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK), etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009

Menurut statistik Bukit Aman pula, 222 rakyat Malaysia berketurunan Melayu kini ditahan di penjara luar negara kerana kesalahan dadah sama ada dijadikan keldai dadah atau secara sedar. Dari sini, timbul persoalan mengapa orang Melayu mudah terpengaruh dan terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah? Dalam perbualan dengan Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Fathi, beliau mengemukakan beberapa faktor, termasuk berkait dengan soal budaya, perilaku, latar belakang keluarga dan tempat tinggal, pendidikan serta pengaruh luar.

“Taraf pendidikan orang Melayu pula secara umumnya masih rendah dan yang terbabit dalam dadah kebanyakannya daripada keluarga miskin. Selain itu, sistem kekeluargaan yang dulunya kuat, kini semakin rapuh menyebabkan anak terbiar dan tidak diberi perhatian,” katanya yang pernah menjadi penagih sebelum mengasaskan Pengasih – badan yang dianggotai bekas penagih dadah.

Sememangnya mengikut statistik ADK, majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu menunjukkan 8,492 orang (78.40 peratus) adalah mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap pendidikan tamat Tingkatan Tiga, iaitu mempunyai sijil LCE/SRP/PMR. Bilangan penagih tertinggi juga dikesan pada mereka yang mempunyai sijil pada peringkat LCE/SRP/PMR, iaitu seramai 4,069 orang (37.56 peratus).

Persoalannya, kenapa kes penyalahgunaan dadah terus meningkat sedangkan banyak program dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang gejala ini? Malah, pelbagai undang-undang digubal dan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan dadah, termasuk hukuman mati mandatori. Penguatkuasaan juga diperhebatkan dan mengikut statistik, rampasan beberapa jenis dadah, seperti heroin, ecstasy, candu dan kokain menunjukkan peningkatan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu. Namun, di sebalik kejayaan ini, isu dadah terus menghantui kita. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.

“Kita semua berisiko dan yang tidak mempunyai kekuatan diri lebih berisiko tinggi untuk mudah terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Sebab itu, kempen kena bermula dari rumah dengan menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak mengenai bahaya dadah. Kita juga kena banyakkan aktiviti bagi meningkatkan jati diri serta pembangunan intelektual dan rohaniah anak. Malah, mengikut satu kajian, anak yang selalu bersukan bersama ibu bapa didapati jarang terbabit dalam dadah. Peranan pertubuhan komuniti seperti PIBG, JKK kampung, jawatankuasa kariah surau atau masjid juga penting bagi membantu memerangi gejala dadah,” katanya.

Mesej ini sepatutnya membuka mata seluruh masyarakat agar bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kes penyalahgunaan dadah. Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan dadah ini serius, tetapi ramai yang cuma mengeluh, tetapi tidak membantu. Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan saja apa yang berlaku di sekeliling kita.

Mungkin ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan masalah mereka atau tidak membabitkan anak atau ahli keluarga mereka. Barangkali ramai juga tahu anak jiran kita mengambil dadah, tetapi kita buat tak tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang lain. Ini bukan soal hendak jaga tepi kain orang, tetapi membabitkan masa depan generasi kita. Bersamalah membanteras dadah

Sumber

Perogol Akan Fikir 10 Kali sebelum Mahu Merogol Wanita Yang Potong Kemaluan Lelaki yang Cuba Merogolnya..

AFP menyiarkan berita seorang wanita berusia 40 tahun di Dhaka bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti, kata polis dalam satu kenyataan.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Minyak Naik , Tarif Elektrik Naik, Ini Cara Jimat Untuk Luruskan Rambut Tanpa Pergi Ke Salon..


Lelaki Ini Beruntung!! Menikah Dengan Gadis Cantik Kembar Sekaligus

The Lucky Man, Poligami Dengan 2 Gadis Kembar Yang Cantik Dan Ikhlas Menyayangi Sang Pria

Mr Wichai (Tao), 24 tahun, dari propinsi Samut Songkram, kehidupan nya menjual barang-barang terpakai, telah menikah dengan dua kembar gadis cantik, Ms Sirintara dan Ms Thipawan (22), dia menjamin bahawa kedua nya ’suka sama’! Mr Wichai, telah menikah dalam suatu upacara untuk pernikahan kembar secara serentak.


Dalam wawancara di Thailand oleh wartawan Rath, Mr Wichai mengatakan bahawa dia tidak melihat banyak memiliki masalah dalam melakukan tugas-tugas perkawinan nya dengan dua isteri. Keterlibatan dalam upacara sebelum pernikahan, Mr Wichai berhasil ditawarkan sebuah maskawin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap untuk kekasihnya.


Kedua keluarga merayakan perkawinan dengan rasa gembira dan berkata kepada orang mereka senang untuk pernikahan tiga orang. Mr Wichai kepada pers bahwa ia telah berteman baik dengan gadis kembar tersebut sejak mereka masih anak-anak. ‘Ketika saya dewasa, saya berjalan lewat rumah setiap pagi dan mencoba memutuskan untuk diri saya, mana yang paling saya sukai, tetapi itu hal yang mustahil , saya suka mereka berdua dan saya tidak boleh menentukan salah satu dari mereka untuk hidup bersama.

Sampai pada satu hari ketika saya tidak mampu menahan lagi dan sedikit frust hingga akhirnya saya mengatakan kepada mereka,’ Saya cinta kalian berdua dan ingin menikahi kalian berdua” Ternyata Mr Wichai yang beruntung, ketika kedua gadis mengakui untuk bersumpah bersama dan ingin menikah dengan lelaki yang sama!

‘Awalnya tidaklah mudah, dengan gossip tetangga, tapi keluarga kembar memahami, dan mendukung sepenuhnya, Mereka hanya mencintai untuk satu orang pria. Mr Wichai hidup bersama dengan dua gadis kembar di rumah keluarganya setelah pernikahan, dan ibunya dengan bangga telah mempersiapkan dua buah kamar untuk yang mereka baru menikah. Ketika ditanya tentang aturan tidurnya, Mr Wichai menjawab dengan sederhana dan sambil tersenyum.

‘Tentu saja tidak ada masalah! Selama tiga malam dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam lagi dengan Sirintara. Dan setiap hari Sabtu, kita akan tidur bersama-sama, Mengasyikan? Ada yang ingin meniru jejak Winchai?

N'N:Jangan gatal2 nak tiru kerja haram nie....

Janda Rindukan Bau Bekas Suami,Menyesal Minta Cerai.



KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.
“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor.
Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.
Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.
“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.myMetro

Pelik, Ini Jambatan Sungai Atau Sungai Jambatan???

Jambatan Sungai Magdeburg merupakan jambatan sungai yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 918 meter yang merentasi Sungai Elbe. Jambatan sungai yang terletak di Jerman ini telah dimanfaatkan sejak Oktober 2003 hingga kini yang menghubungkan Canal Elbe-Havel dan Canal Mitteland. Selain menjadi laluan kapal-kapal dan perahu-perahu,ada juga penduduk disana menggunakan jambatan tersebut sebagai laluan darat dengan berjalan kaki,berbasikal dan sebagainya bagi menghubung ke pekan sebelah...





Video Yang Akan Buat UMNO Demam Sampai PRU13...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)