yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, May 30, 2011

Ucapan Hebat UMNO Untuk Menang PRU13: Rakyat Harus Sedia Tampung Sebahagian Kos Subsidi .

Rakyat harus sedia tampung sebahagian kos subsidi:



N'N: Kenapa orang Melayu senang betul diperbodohkan??? Berjuta-juta duit untuk kroni tapi subsidi harus ditanggung rakyat.Rakyat perlu berjimat cermat tetapi mereka boros menghabiskan wang rakyat.Ketirisan akibat rasuah,mark-up duit projek tapi xperlu risau Melayu masih undi mereka...Melayu masih boleh diperbodohkan....Sudah 50 tahun lebih diperbodohkan dan masih diperbodohkan. Menteri-menteri hidup senang-lenang dengan minyak percuma,kereta2 besar,rumah2 besar tetapi subsidi harus ditanggung rakyat...Gaji mereka dan elaun mereka langsung tidak dipertikaikan. Mereka boleh mengumpul kekayaan tetapi rakyat harus tanggung subsidi...Beri contoh rakyat di negara-negara luar tetapi tahukah di negara luar tukang sapu sampahnya shj gajinya beribu2 dollar??? Tetapi tetap dibandingkan dengan Malaysia yang ada rakyatnya terpaksa mengikat perut kerana kemiskinan...Tetapi Melayu tetap akan sokong mereka...Beri mereka 100 tahun lagi untuk memerintah...

Tiga Negara Yang Hanya Dipisahkan Dengan Sungai.





Sumber:borakkosong

N'N:Boleh melawat 3 Negara dalam masa 1 hari he3.....

Gila Seks:259 Wanita Mengaku Dirogol Tentera Ghaddafi

BENGHAZI: Pada awalnya, maklum balas terhadap soalan trauma perang di Libya seperti yang dijangkakan, jika teruk, 10,000 orang menderita pasca traumatik stres (PTSD), 4,000 kanak-kanak dengan masalah psikologi.

Kemudian hasil yang tidak dijangkakan timbul, 259 wanita mendakwa dirogol tentera yang setia dengan Muamar Gaddafi.

Dr Seham Sergewa yang menguruskan kanak-kanak trauma akibat perang Libya didatangi wanita bermasalah yang menceritakan rahsia gelap mereka kepadanya.

Mangsa pertama tampil dua bulan lalu diikuti dua lagi. Kesemua adalah ibu kepada kanak-kanak yang dirawat pakar kanak-kanak yang mendapat latihan di London itu. Mereka membuka rahsia bagaimana mereka dirogol tentera Gaddafi.

Sergewa memutuskan untuk menambah soalan mengenai rogol dalam kertas soal selidik yang diagihkan kepada rakyat Libya yang tinggal di kem pelarian selepas dihalau dari rumah. Tujuan utama adalah untuk menentukan bagaimana kanak-kanak bergelut dengan perang dan beliau menjangkakan ramai yang menderita akibat PTSD.

Lebih mengejutkan, 259 wanita tampil mengakui pernah dirogol oleh tentera Gaddafi. - AP

sumber

Sekolah di China Melarang Pelajar Laki2 & Perempuannya Berdekatan Tidak Kurang 20 inci Untuk Elak Pergaulan Bebas.

Baru-baru ini, sebuah sekolah di Kota Chengdu melarang pelajar lelaki dan wanita untuk saling berdekatan. Para pelajar berbeza jenis kelamin diharuskan menjaga jarak minima 20 inci atau setengah meter.

Pihak sekolah Yandao Jie Middle School menyatakan pembatasan tersebut agar pelajar tak terlalu intim satu sama lain di lingkungan sekolah. Aturan ini dikeluarkan demi mengajarkan para remaja sopan santun.

Bila kedapatan pelajar saling berdekatan, mereka akan mendapat peringatan. Hukuman terberat yang diterima remaja pelajar yang tak patuh adalah dikeluarkan dari sekolah.

Seperti dikutip Telegraph, pihak sekolah memberikan catatan bagi setiap murid yang akan melanjutkan pendidikan ke sekolah terbaik atau sekolah di luar negeri, angkatan bersenjata atau ke parti komunis China.

Menurut media tempatan China, aturan baru mengenai pergaulan remaja di sekolah untuk memberikan pelajaran kesopanan pada pelajar. Di negeri China setiap pelajar diajarkan segala sesuatu, dari cara makan, berbaris, hingga berbicara.

Sekolah Jie Yandao, sekolah mewajibkan tiap pelajarnya berpakaian kemas dan sesuai ketentuan, serta jarak ideal lelaki dan perempuan iaitu 70 cm - 1 meter.

N'N:Kenapa Negara Islam tak boleh buat mcm ni?

Kes Syariah Tertunggak, Mahkamah Syariah Mungkin kena Buat Overtime Shif Malam.

Kes tertunggak: Mahkamah Syariah mungkin beroperasi malam

KOTA BHARU 29 Mei — Mahkamah Syariah berkemungkinan akan beroperasi pada waktu malam serta pada cuti umum untuk menyelesaikan kes tertunggak serta mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan isu rumah tangga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, langkah itu akan mampu menyelesaikan banyak perkara walaupun mahkamah pada masa ini mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Halal Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. — Bernama

Pemimpin UMNO Memang Taik JUDI, Mari Lihat Siapa Mereka.

Senarai pemimpin UMNO yang terlibat dengan perniagaan judi
Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.


A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -


1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd,
Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah.

Sumber

N'N:Adakah pemimpin seperti ini mahu melihat Syariat Islam tertegak dimuka bumi???

Seram Tengah Malam:Sosok Hantu Hutan Tengah Malam, Mirip Spiderman

Belum lama ini seorang pemburu rusa berhasil merakam sosok mahluk aneh saat dirinya memburu di tengah hutan. Lokasi TKP terdapat di Berwick dekat kota Morgan , Louisiana Amerika Serikat. Bila memperhatikan gaya dan cara mahluk aneh yang di abadikan saat tengah malam di hutan tersebut mengingatkan kita pada sosok Spiderman, mahluk tersebut berjalan agak merangkak dengan cepat.

Beginilah sosok hantu hutan yang dihebohkan mirip Spiderman tersebut

Beginilah sosok hantu hutan yang dihebohkan mirip Spiderman tersebut

Foto tersebut heboh setelah di upload di laman web WildGame Innovation laman web untuk para pemburu, Daily Mail menceritakan tanggapan sama orang melihat foto hantu hutan tersebut, banyak yang meragukan kebenarannya dan menilainya sebagai rekayasa kamera. Namun pemilik asli foto tidak terima, dia berkeras bahawa sosok itu asli kerana dirinya mengalaminya sendiri.

Sumber:ruanghati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)