yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, May 25, 2011

Mari Lihat Kereta Terbang Buatan Jepun.

http://image.tempointeraktif.com/?id=75651&width=274

Yusuke Sugahara, peneliti dari Tuhoku University, Jepang membuat prototype kereta terbang pertama di dunia. Ia merancang sebuah lokomotif serupa pesawat yang mampu terbang dengan kecepatan super sonic.

Yusuke Sugahara, peneliti dari Tuhoku University, Jepun membuat prototype kereta terbang pertama di dunia. Dia merancang sebuah lokomotif serupa pesawat yang mampu terbang dengan kecepatan super sonic.

Teknologi ini dikatakan selangkah lebih maju dibanding kereta cepat Maglev, yang mengambang akibat memanfaatkan gaya magnet.

http://image.tempointeraktif.com/?id=75651&width=274

Penampilan prototype kereta terbang buatan Yusuke tak ubahnya seperti pesawat. Lokomotif itu dilengkapi baling-baling dan dua sayap. Teknologi serupa pesawat itulah yang mampu mengangkat badan lokomotif sedikit di atas tanah dengan kecepatan super.

Memang konsep kereta terbang bukan yang pertama kali di perkenalkan di dunia. Sebelumnya ada kerete Maglev (Jerman) yang memanfaatkan elektromagnet kuat. Kini Maglev mampu bergerak dengan kecepatan 360 kilometer sejam.

Urusan kereta cepat kini Jepun memiliki kereta berkecepatan seperti peluru, Hayabusa. Kereta ini mampu melakukan perjalanan kilat secepat kecepatan peluru. Perjalanan sejauh 675 kilometer bisa ditempuh dalam tempo 3 jam 10 minit.

Nah, prototype kereta terbang buatan Yusuke ini yang digadang-gadang sebagai teknologi masa depan. Meski perlu perbaikan di sana-sini, para ilmuwan Jepun bertekad membuat teknologi baru pengganti kereta peluru yang jauh lebih efisien dan cepat.

Sumber : tempointeraktif.com


Ini Dia Juara Tidur Siang Di Sepanyol

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2010/10/25/1223245p.jpg

MADRID, KOMPAS.com — Seorang lelaki Ekuador telah memenangi pertandingan tidur siang yang julung kalinya di Sepanyol. Pertandingan selama sembilan hari yang diselenggarakan National Association of Friends of the Siesta itu merupakan sebahagian dari kempen mereka untuk menghidupkan kembali dan mempromosikan tradisi Sepanyol. Pertandingan itu berlangsung di sebuah pusat membeli belah yang sibuk di Madrid.

Pedro Soria Lopez, lelaki itu, menduduki tempat pertama pada hari Sabtu dan berhak ke atas hadiah yang bernilai 1.000 euro setelah dia tidur siang di sebuah sofa biru selama 17 minit. Dengkurannya yang tercatat mencapai 70 desibel atau sama dengan suara seseorang yang sedang berbicara keras membuatnya mendapat point tambahan. Lelaki 62 tahun itu mengatakan, makan siang yang banyak sebelumnya telah memungkinkannya untuk tidur siang.

Masing-masing dari 360 peserta diberi waktu 20 minit untuk berbaring, sementara seorang doktor memerhati mereka dengan perangkat pulsa-ukur untuk menentukan berapa lama mereka tertidur. Para juri memberi point untuk posisi tidur yang benar, kenyaringan dengkuran, dan pakaian yang paling eye-catching.

"Misi dari kejuaraan ini adalah untuk menyebarkan gagasan bahawa tidur merupakan sesuatu dari kita yang harus dipertahankan dan dipraktikkan kerana itu sihat dan baik untuk semua orang," kata Andres Lemes, juru cakap National Association of Friends of the Siesta sebagaimana dikutip Telegraph, Minggu (24/10/2010). "Pola kehidupn moden membuat kita sulit untuk mengambil tidur siang lagi," tambahnya. "Namun, kajian menunjukkan, itu adalah cara sihat yang dapat mengisi kembali bateri Anda."

sumber :http://internasional.kompas.com

Merana 30 Tahun Dalam Penjara Kerana Di Paksa Polis Untuk Mengaku Salah, Kini Setelah 30 Tahun Baru Di dapati Tidak Bersalah.


TOKYO: Mahkamah Jepun, semalam memerintahkan dua lelaki yang dipenjarakan hampir tiga dekad dibebaskan selepas mendapati mereka sebenarnya tidak bersalah dalam kejadian rompak dan bunuh pada 1967.

Dua lelaki itu, Shoji Sakurai dan Takao Sugiyama, kedua-duanya kini berusia 64 tahun, dibebaskan daripada tuduhan membunuh tukang kayu berusia 62 tahun di Tone, Ibaraki di timur laut negara itu. Kedua-dua lelaki itu ditahan pada 1967 dan dihukum penjara seumur hidup pada 1970 dan dibebaskan dengan parol pada 1996.


Ketika perbicaraan asal yang dilakukan di Mahkamah Tinggi Tokyo pada 1973 dan Mahkamah Agung pada 1978, dua lelaki itu mengaku tidak bersalah dan berkata, polis memaksa mereka untuk mengaku bersalah. - AFPmyMetro




N'N:Sepatutnya polis yang tak bertanggungjawab tu kena sumbat 30 Tahun Penjara dan bayar gantirugi....

Mossad(Zionis) Rancang Bunuh Prof.Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Beberapa Tokoh Utama Ikhwanul Muslimin dan Elbaradai .

Laporan media menyebutkan bahawa agensi rahsia Israel Mossad merancang untuk melaksanakan serangkaian pembunuhan politik untuk simbol-simbol Mesir di antaranya tiga calon presiden mesir, Amr Mussa, Muhammad Elbaradai dan Hamdin Sabahi serta beberapa tokoh utama Ikhwanul Muslimin termasuk Syeikh Yusuf Qardhawi.

Akhbar "Rose El Yussuf" pada hari Selasa lalu (24/5) melaporkan bahawa informasi terkait rancangan Mossad ini telah ditemukan dalam dokumen dan gambar-gambar rahsia yang berhasil didapatkan dari pembobolan Kementerian Pertahanan Israel dan Pejabat Perdana Menteri serta Radio Tentera Israel.

File dokumen rahsia ini termasuk berisi aksi yang saat ini sedang dilakukan oleh Mossad untuk melakukan pembunuhan di Mesir dan Timur Tengah, juga untuk melakukan serangkaian pembunuhan di Kaherah, di mana mereka merancang untuk memasuki Mesir dalam suasana kekacauan dan membunuh tokoh-tokoh utama Ikhwanul Muslimin dan sejumlah tokoh penting lainnya seperti Syeikh Yusuf Qardhawi dan sejumlah hakim Mesir

Para agen Mossad yang akan menjalankan misi pembunuhan ini menurut laporan melakukan pelatihan di Amerika Syarikat dan mereka dilatih untuk fasih dalam berbicara Arab Mesir dan menyamar seperti layaknya warga Mesir secara umum.(fq/imo)

sumber

Kisah Benar Tentang Bunian..


“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.

FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.

– Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

Catatan ini adalah seperti yang dicerita kan oleh Dr Jahid Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor dan bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sumber:simaas.blogspot.com

Hati2 Para Wanita, Lelaki Gila Seks Gunakan Kamera Tersembunyi Di Kasut Untuk Merakam Seluar Dalam Anda.



N'N:Hati2 dan bagi wanita Islam yang menutup Aurat anda selamat.

Peringatan:Tanda-Tanda Awal Akan Munculnya Tsunami.

http://3.bp.blogspot.com/-XCoCVXg_Qlc/TXrqk6hjQqI/AAAAAAAAANo/dukUsEv7dkw/s1600/tsunami-wave.jpg

Bencana tsunami biasanya akan mengorbankan banyak nyawa, sehingga perlu ada peringatan awal untuk masyarakat. Meskipun adanya teknologi yang sudah boleh menjangkakan beberapa bencana yang akan berlaku tapi tidak ada salahnya jika kita mengenali tanda-tanda awal sebelum bencana berlaku terutamanya tsunami, agar kita boleh berjaga-jaga.

Tsunami adalah serangkaian gelombang yang disebabkan oleh tanah longsor atau gempa bumi besar, baik yang terjadi di darat maupun di laut. Gelombang tsunami dapat terjadi diantara 5 minit hingga 1 jam setelah longsor atau gempa bumi.

Berikut beberapa tanda-tanda awal datangnya bencana tsunami, seperti diambil daripada laman Ehow dan detikcom, yaitu:

1. Bermula dengan adanya gempa bumi
Bila Anda tinggal di dekat pantai, sebaiknya berhati-hati bila terjadi gempa bumi. Tsunami biasanya terjadi karena adanya gempa bumi yang terjadi di bawah atau di dekat laut. Tidak hanya gempa yang terjadi di daerah Anda, tetapi juga di seluruh dunia. Gempa ribuan kilometer jauhnya dapat menyebabkan potensi tsunami yang mematikan di daerah Anda.

2. Dengarkan suara-suara gemuruh
Banyak mangsa tsunami telah mengatakan bahwa datangnya gelombang tsunami akan bermula dengan suara gemuruh yang keras mirip dengan kereta api .

3. Perhatikan penurunan air laut
Jika ada penurunan air laut yang cepat dan bukan merupakan waktu air laut surut, maka segeralah mencari tempat perlindungan yang tinggi. Sebelum terjadi gelombang tsunami, air laut akan terlebih dahulu surut dengan cepat dan kemudian kembali dengan kekuatan yang sangat besar.

4. Selalu waspada pada gelombang pertama
Gelombang tsunami pertama tidak selalu yang paling berbahaya, sehingga tetap mendekatkan diri dari garis pantai sampai keadaaan benar-benar aman. Jangan menyangka bahwa kerana tsunami kecil di satu tempat maka akan kecil juga pada daerah yang lain. Ukuran gelombang tsunami bervariasi dan tidak sama di semua lokasi. Gelombang tsunami juga boleh melakukan perjalanan melalui sungai-sungai yang terhubung ke laut.

Selain tanda-tanda tersebut, keadaan sekeliling juga boleh memberi tanda sebelum terjadinya bencana, seperti gerakan angin yang tidak biasa, tekanan udara atau cuaca yang ekstrem dan perilaku haiwan yang berubah.

Para ilmuwan berteori bahawa haiwan mampu menangkap getaran-getaran atau perubahan tekanan udara di sekitar mereka yang tidak dapat dilakukan manusia.

“Saya tidak berfikir bahawa ini adalah indera keenam, setidaknya tidak ada yang dapat kita ukur pada saat ini,” kata Diana Reiss, Ph.D., direktor penelitian mamalia laut di Wildlife Conservation Society, berbasis di Bronx Zoo di New York City, seperti dilansir Foxnews.

Beberapa kelawar, yang aktif di malam hari dan biasanya tidur di siang hari, menjadi sangat aktif setengah jam sebelum gelombang tsunami datang.

Di Sri Lanka dan Thailand ada sebuah cerita tentang gajah-gajah berlari ke bukit satu jam sebelum tsunami tahun 2004 yang menghancurkan desa dan membunuh hingga 150.000 orang di kedua negara itu.


Tahukah Anda Siapa Pencipta Website Pertama di Dunia Yang Juga Orang Yang Sama Mencipta WWW Yang Kita Sedang Gunakan Sekarang.

Sir Timothy John ”Tim” Berners-Lee, KBE (TimBL atau TBL) (lahir di London, Inggeris, 8 Jun 1955) adalah pencipta World Wide Web dan ketua World Wide Web Consortium, yang mengatur perkembangannya.

Screen Shot Laman Website Pertama di Dunia

Pada 1980, ketika masih menjadi seorang kontraktor bebas di CERN, Berners-Lee mengajukan sebuah projek yang berbasiskan konsep hiperteks (hypertext) untuk memfasilitasi pembahagian dan pembaharuan informasi di antara para peneliti. Dengan bantuan dari Robert Cailliau dia menciptakan sistem prototipe bernama Enquire.

Setelah meninggalkan CERN untuk bekerja di John Poole’s Image Computer Systems Ltd, dia kembali pada 1984 sebagai seorang rekan peneliti. Dia menggunakan idea yang mirip yang telah dia gunakan pada Enquire untuk menciptakan World Wide Web, di mana dia mereka dan membangun browser yang pertama (bernama WorldWideWeb dan dikembangkan dalam NeXTSTEP) dan server web pertama yang bernama httpd.

Laman web pertama yang dibuat Berners-Lee (dan oleh kerana itu ia juga merupakan laman web pertama) beralamat di http://info.cern.ch/ (telah diarsip) dan dimasukkan online untuk pertama kalinya pada 6 Agustus 1991.

Pada 1994, Berners-Lee mendirikan World Wide Web Consortium (W3C) di Massachusetts Institute of Technology.

Hingga kini, Berners-Lee masih tetap rendah hati dan tidak berkeinginan untuk mendapatkan status popular. Banyak yang masih tidak mengetahui kekuatan karya lelaki ini, World Wide Web.

Salah satu sumbangan terbesarnya dalam memajukan World Wide Web adalah dengan tidak mempatenkannya sehingga masih dapat digunakan secara bebas.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)