yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, May 24, 2011

Tak Habis-habis Orang Kafir Nak Ramal Hari Kiamat, Jangan Terus Buat Kerja Bodoh Sebab Hanya ALLAH S.W.T Yang Maha Mengetahui Bila Kiamat Akan Berlaku

Harold Camping ramal pulak kiamat akan berlaku pada 21 Oktober.

OAKLAND - Ada-ada saja pernyataan peramal yang satu ini. Setelah ramalannya gagal mengenai kiamat yang akan terjadi pada Sabtu, 21 Mei 2011 kelmarin, Harold Camping bekata pula bahawa sebenarnya kiamat itu datang pada 21 Oktober nanti.

Camping yang meramalkan 200 juta pemeluk Kristian akan pergi ke syurga pada saat kehancuran pada Sabtu kemarin. Kerana tidak jadi kiamat, dia merasa hancur pada saat ramalannya meleset. Akhirnya dia pun melarikan diri ke sebuah hotel bersama isterinya.

Seperti dilansir Associated Press, Selasa (24/5/2011), kelompok independen miliknya dari stesen Family Radio International, telah menghabiskan dana jutaan dolar untuk membuat lebih dari lima ribu billboard dan 20 bas yang bertuliskan pesan hari Kiamat.

Tapi kini Camping berkata bahawa sebenarnya hari kiamat tersebut akan datang lima bulan kemudian dari sekarang, iaitu 21 Oktober, itu terjadi ketika dunia ini akan ditelan oleh sebuah bola api raksasa.

Ini bukan pertama kalinya penyiar radio tersebut meramalkan hari kiamat yang salah, pada tahun 1994 Camping meramalkan bahawa kiamat akan terjadi, tapi kemudian dia mengatakan telah terjadi kesalahan penghitungan matematik.

N'N:Kerja bodoh dan sia2....Kiamat itu makin dekat dan tak mungkin semakin jauh..cepat2lah bertaubat selagi masih bernyawa....

Ikhwanul Muslimin Tunggu 60 Tahun untuk Dapatkan Pejabat. Baca Juga Sejarah Ikhwanul Muslimin dengan Penjara Mesir.

http://ismashahalam.net/v2/wp-content/uploads/2010/11/ikhwanul-muslimin.jpg

Ikhwanul Muslimin Mesir Sabtu lalu telah membuka markas baru mereka di Kaherah setelah 60 tahun diharamkan, dalam upacara yang dihadiri oleh para pegawai dari parti Islam Turki.

Wakil pemimpin Felicity Party, atau SP, Hasan Bitmez dan anggota dewan Oğuzhan Asiltürk berada di antara tokoh politik dari Mesir, Jordan, Malaysia, Nigeria, Somalia dan Turki yang menghadiri upacara pembukaan di daerah Moqattam bersama dengan para intelektual, calon capres dan tokoh penting Mesir lainnya.

"Selama 60 tahun kami dianggap sebagai kelompok haram, kami digerebek dan ditangkap oleh polis sepanjang waktu, namun sekarang kami memiliki pejabat pusat yang legal secara undang-undang dan bahkan kami boleh menempatkan logo Ikhwanul Muslimin di depan pejabat kami," kata salah satu pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr. Ashraf Abdulgaffar, mengatakan kepada Hurriyet Daily News pada hari Ahad lalu (22/5).

sumber

Sejarah Ikhwanul Muslimin dengan Penjara MESIR:

Sampai hari ini tidak pernah berhenti pemerintah Mesir dari memenjarakan kader dan tokoh-tokoh Ikhwan. Mereka mengalami penyeksaan yang tiada bandingannya. Penyeksaan yang sangat kejam, dan terus berlangsung, tanpa pernah berhenti. Rejim yang berkuasa di Mesir terus mengirimkan kader dan tokoh-tokoh Ikhwan ke penjara-penjara militer. Tujuannya yang berkuasa di Mesir, menginginkan agar Ikhwan berhenti menjalankan misi dakwahnya.

Berhentikah misi dakwah Ikhwan? Tidak pernah. Mereka terus mengajarkan dan mendidik masyarakat untuk memahami, menerima, menyakini, dan mengamalkan Islam. Hampir seluruh pemimpin Ikhwan, mereka paling sedikit pernah dipenjara selama 20 tahun. Tapi kehidupan itu dijalani dengan penuh kesabaran dan tawakal. Mereka tetap kokoh dengan cita-citanya. Tidak lantas mau menggadaikan keyakinan dan menukar dengan hanya setitik kenikmatan dunia, berupa kekuasaan.

Hasan Al-Banna, meninggal ditembak di jalan, dan ketika dibawa ke rumah sakit, tak ada doktor yang menolongnya. Saat dibawa ke kuburan tak diizinkan pengikutnya mengantarkan jenazahnya, kecuali keluarganya, anak dan isterinya. Selebihnya, penggantinya seperti Hasan Hudaibi, Umar Tilminasi, Hamid Abu Nashr, Mustafa Masyhur, Ma’mun Hudaibi, Mahdi Akif, dan sekarang Muhammad Badie, mereka yang terpilih sebagai Mursyid ‘Aam Ikhwan itu, pernah menjalani kehidupan di penjara dalam kurun waktu yang panjang.

Tak sedikit para tokoh Ikhwan itu, yang mengakhiri kehidupannya dengan keyakinan yang teguh, dan menerima dengan penuh keikhlasan, kerana itu menjadi cita-cita tertinggi mereka, iaitu ‘al mautu fi sabilillah asma amanina’ (mati syahid adalah cita-cita tertinggi kami). Mereka telah membuktikan dengan tulus. Sayyid Qutb, di saat berada ditiang gantungan, sebelum hukuman itu, dilaksanakannya, dibisiki oleh pejabat Mesir, agar Qutb mahu bersama-sama dengan Gamal Abdul Nasr, tapi orang kedua sesudah Hasan al-Banna, di bidang pemikiran itu, memilih digantung. “Aku tak akan pernah menukar keyakinanku dengan apapun”, ucapnya sebelum digantung.

Banyak tokoh Ikhwan, seperti al-Qardhawi, Sayyid Qutb, Yusuf Hawasy, Abdul Fatah Ismail, Muhammad Firgali, Yusuf Thala’at, Handawi Duwair, Ibrahim Thayib, Muhammad Abdul Latif, Ali Audah, dan lainnya, mereka bisa hidup dimanapun dengan penuh lapang. Tak ada yang syak atas janji Allah Azza Wa Jalla. Maka, mereka dapat menerima keadaan apapun yang mereka hadapi, termasuk pahitnya penjara militer Liman Turoh, yang penuh dengan kekejaman itu. Mereka dicambuki, dihenyak dengan anjing yang besar, digantung dengan hanya satu kaki, berbagai penyiksaan lainnya, tak membuat mereka bergeming dengan ‘ghoyah’ (tujuan) yang hendak mereka wujudkan, yaitu kehidupan akhirat yang penuh kemuliaan, dan mendapatkan redha dari Allah Azza Wa Jalla.

Mengapa para kader dan tokoh-tokoh Ikhwan mampu tetap bertahan dalam kehidupan yang amat sulit itu? Tak lain, kerana mereka telah menjadikan Al-Qur’an sebagai belahan hati, pelita cahaya dalam kesedihan mereka. Mereka tak pernah lepas dengan al-Qur’an. Hampir setiap kader dan tokoh Ikhwan telah menjadikan Al-Qur’an wirid harian mereka. Mereka selalu membaca al-Qur’an. Mereka menghafal al-Qur’an, mempelajari isinya, dan terus berusaha memahami ertinya. Luar biasa. Tak ada sel yang sepi dari bacaan ayat-ayat al-Qur’an yang dilakukan para ikhwan di dalam sel. Mereka umumnya menguasai pembacaan al-Qur’an dengan baik, dan mengetahui hukum tajwid.

N'N: Semangat Ikhwanul Muslimin selalu bersama para Mujahid seluruh dunia.

University of London Union Boikot Israel Tapi University Of UMNO/BN Malaysia Sokong APCO.

University of London Union (ULU) telah memilih 10-1 untuk lembaga mereka dalam melakukan kempen Boikot, Divestasi dan Sanksi (BDS) melawan rejim Israel dan mendukung Palestin.

Langkah itu diputuskan pada Rabu 18 Mei lalu dengan menyerukan penelitian menyeluruh investasi dan kontrak ULU dengan perusahaan-perusahaan yang bersalah yang telah melanggar hak asasi manusia di Palestin sebagaimana ditetapkan oleh Komite Nasional Palestin untuk Boikot (BNC).

"Kami telah melakukan kempen boikot mellaui ULU, terutama dengan rejim Afrika Selatan dan kempen boikot atas bank Barclays yang mendukung rejim Apartheid. Kami sekarang menanggapi panggilan Palestin untuk melakukan tindakan awam dalam mendukung perjuangan mereka melawan tindakan rasisme," kata Ashok Kumar, anggota Senat untuk LSE, ketika berbicara dalam mendukung gerakan boikot Israel.

Langkah ini juga meminta mahasiswa lainnya untuk bergabung dalam kempen hak asasi manusia Palestin.

ULU adalah persatuan mahasiswa terbesar di Eropah dengan lebih dari 120,000 anggota dari perguruan tinggi di seluruh London. Senat ULU terdiri dari kumpulan presiden dari 20 persatuan mahasiswa yang mewakili setiap Universiti di London.

"Kami senang bahawa gerakan ini telah berjalan sesuai dengan tujuannya. Kami telah melihat sepanjang sejarah bahawa boikot adalah taktik tanpa kekerasan penting dalam mencapai kebebasan, dan sasarannya adalah institusi bukan individu ", kata James Haywood, Presiden terpilih di persatuan mahasiswa Goldsmiths. (fq/prtv)

sumber

N'N:Universiti Of UMNO tetap menyokong APCO....

INDONESIA: Aceh Sebat 14 Main Nombor Ekor, MALAYSIA Untung Besar Cukai Nombor Ekor.

ACEH 21 Mei - Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.

"Walaupun keempat-empat pegawai itu telah didapati bersalah, tetapi pelaksanaan hukuman mereka ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan," kata Irvon kepada Jakarta Globe.

Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan konflik pejuang pemisah.

Ia bagaimanapun mendapat kritikan kerana dikatakan menyasarkan golongan wanita dan kumpulan minoriti. - AGENSI

N'N:Alangkah indahnya hidup bersyariat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)