yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, May 23, 2011

Kejam,Pembantu Rumah Di Layan Seperti Binatang Disuruh Tidur Di Dalam Kandang Anjing dan Kaki Di Ikat.



Agaknya pekerjaan sebagai pembantu rumah tangga oleh sebahagian orang benar-benar tidak dihargai bahkan ada yang diseksa.

Nasib Marlina (Ena) usia 17 tahun merubah peruntungannya dari desa kecil di Kabupaten Tuban hijrah ke Surabaya untuk mencari nafkah, malah menerima siksaan dari majikan yang tidak berperikemanusian. Setiap kali membuat kesalahan, Marlina menerima perlakuan kasar dari seluruh majikan dan gajinya dipotong. Bahkan, Ena disuruh bekerja dengan keadaan kakinya dirantai hingga disuruh tidur bersama anjing di kandang anjing berukuran 2 x 3 meter.

“Korban sering dihukum, tidak diberi makan selama berhari-hari dan sering dipaksa makan makanan membusuk dan dipaksa minum air bekas cucian,” kata Kasat Reskrim Polrestabes Surabaya AKBP Anom Wibowo kepada wartawan di mapolrestabes, Jalan Sikatan, Ahad (22/5/2011).

Selama 3 tahun, Ena bekerja di rumah majikannya, Tan Fang May (47), Eddie Budianto (50), Ezra Tantoro Suryaputra (27), Rony Agustian Hutri (32) di Jalan Darmo Permai Selatan. Selama bekerja, hak mangsa mendapatkan gaji tidak dibayar penuh.

Perilaku keluarga satu ini keterlaluan dan tidak berperikemanusian. Empat tersangka mulai dari menantu, anak dan mertua yang berprofesion sebagai pengusaha, doktor dan baru lulus S1 ini menganiayanya

Mereka dianiaya dengan cara dikurung, dirantai, dipukuli dengan penyapu lidi hingga disiram air panas.

“ Kalau mangsa melakukan kesalahan seperti mencuci pakaiannya dan luntur, gajinya langsung dipotong. Peti sejuk rosak dan diservice, tapi biaya service diclaim ke mangsa kerana tersangka menuduh peti sejuk itu dirosakkan mangsa. Pokoknya setiap membuat kesalahan, langsung dipotong dan akibat kesalahannya itu korban dihitung masih mempunyai hutang Rp 9 juta,” tuturnya.

“Mangsa sering disiksa, dipukuli dengan penyapu, alat penggorengan yang masih panas, dipijak, disiram air panas, dicubit, ditendang dan dirantai yang dilakukan tersangka pada waktu berurutan dan disiksa secara perorangan kadang kala bersama-sama diantara tersangka,” katanya.

Perilaku keluarga majikan mangsa ini sangat sadis dan menganggap mangsa sama dengan anjing. Bukan ruang dan tempat tidur yang layak, mangsa yang pernah dikurung dan tidak diberikan makan dan minum selama seminggu itu, disuruh tidur bersama anjing dengan keadaan kaki di ikat. Kandang anjing itu juga kotor dan busuk. Mangsa hanya tidur beralaskan bekas daun pintu.

“Dengan keadaan kaki dirantai, mangsa disuruh mengemop lantai mulai pagi sampai malam hari. Kalau salah, langsung ditendang dan diinjak-injak,” tuturnya. Meskipun ada menantu majikannya yang menjadi doktor, bukan memberikan perawatan, malah doktor tersebut turut membantu mertua dan isterinya menganiaya Mangsa. Luka lebam dan lecet bahkan, kaki mangsa mengalami luka cukup parah yakni pembekuan darah. Jika tidak dioperasi, kaki mangsa harus diamputasi.

“Mangsa sudah kita bawa ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan. Pada 20 Mei, mangsa telah menjalani operasi pada kakinya,” jelasnya. (sumber)

N'N:Doktor,Pengusaha dan Bijak pandai tapi perangai macam syaitan bertopengkan manusia lebih hina daripada binatang.....

PAP(Singapura) Kaji Semula Gaji Menteri, BN (Malaysia) Potong Subsidi(Minyak,Gula dll)....

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula skim gaji menteri-menteri Kabinet yang menerima pendapatan antara S$1.57 juta (RM3.8 juta) hingga S$3.04 juta (RM7.4 juta) pada 2009.


Gerard Ee yang dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa itu berkata, langkah itu akan mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinet jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

“Formula yang digunakan sekarang untuk mengira gaji menteri-menteri Kabinet akan dimansuhkan,” katanya selepas Kabinet baru republik ini mengangkat sumpah, semalam.

Hsien Loong dan 15 menteri Kabinet barunya mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R.Nathan di Istana Presiden, semalam.

Kabinet baru dengan hanya 15 menteri berbanding 21 sebelum ini menyaksikan beberapa muka baru selepas sembilan menteri termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong bersara.

Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

N'N:

Syurga Dunia:Kerenah Jutawan Arab,Sanggup Bazirkan Duit Beli Baju Dalam Berharga 30 Ribu Dollar.




Suatu ketika, salah seorang Arab kaya pernah membeli sehelai pakaian dalam yang pernah di pakai Pemain Tenis Russia Anna Kuornikova yang berharga 30 Ribu Dollar Amerika. Padahal, di pusat membeli belah termahal sekali pun, harga baru jenis baju dalam tersebut tak sampai 15 Dollar Amerika.

Cerita di atas hanyalah satu dari sekian ribu cerita bagaimana orang-orang kaya Arab, kebanyakan dari kawasan Arab Teluk (Saudi Arabia, Kuwait, Oman, Bahrain, Emirat, dan Qatar), membelanjakan wang mereka di pusat membeli belah hingga mencapai angka jutaan Dollar Amerika dalam sehari.

Laman web berita Timur Tengah terkemuka, Alarabiya, baru-baru ini menurunkan laporan khusus berkaitan fenomena bagaimana orang-orang kaya Arab tersebut membelanjakan jutaan ringgit di pusat-pusat perbelanjaan di London dalam waktu yang sangat singkat.

Abd El-Aziz El-Dousry, penulis laporan tersebut, menyatakan jika London adalah salah satu tempat kesukaan untuk berbelanja jutawan-jutawan Arab tersebut, khususnya bagi kalangan perempuan Arab. Dalam satu tahun, para perempuan Arab tersebut biasa menghabiskan ratusan juta Dollar Amerika hanya untuk berbelanja. Gila!

Harrods Store, Harvey Nichols, dan Old Bond Street adalah tempat-tempat belanja kesukaan bagi Arab-Arab kaya itu. Biasanya, mereka datang ke London pada cuti musim panas.

Para pemandu Limosin di London dipercaya sebagai sumber cerita tentang kehidupan glamour para juragan Arab tersebut. Para pemandu Limosin sentiasa mengantar para majikannya ke mana saja yang mereka kehendaki.

Ali Jamal, pemandu Limosin asal dari Lebanon yang bekerja di salah satu perusahaan perkhidmatan Limosin di London mengatakan, selama hampir dua belas tahun ia bekerja sebagai pemandu Limosin yang mengantarkan orang-orang berduit dari berbagai dunia keliling dan berbelanja di London.

Namun, kata Jamal, dia sangat hairan dengan tingkah laku orang-orang berduit dari Arab. Diceritakannya, pada suatu hari ia pernah menemani sekeluarga dari Arab. Pada pagi hari dia mengantarkan keluarga tersebut ke Harrods Store. Mereka keluar dari pusat belanja paling mewahi di London itu saat tengah hari untuk makan siang. Petang harinya, mereka kembali masuk ke Harrods lagi dan baru keluar sekitar jam 9 malam.

"Dan hal ini berlangsung hampir terus menerus selama sebulan," cerita Jamal.

Ditambahkan Jamal, hobi gila belanja orang-orang Arab itu justeru menjadikan mereka lebih banyak mengunjungi mall-mall dan pusat-pusat belanja di London. Mereka malah tidak mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan simbol-simbol peradaban lainnya di kota itu.

"Di London, mereka belanja sebanyak-banyaknya. Hampir tak masuk akal. Yang mengejutkan lagi, saling banyaknya barang bawaan mereka, mereka pun bayar pajak cukai di bandaraya London senilai 73 Ribu Poundsterling," lanjut Jamal.

Ini bererti, tambahnya, selama sebulan di London mereka hampir menghabiskan lebih dari 1 juta Pounsterling hanya untuk belanja.

"Sebagai pemandu, tentu saja saya kerap mendapat tips. Ada beberapa keluarga kaya Arab yang memberikan saya tips yang sangat banyak, yang sebanding dengan gaji saya selama enam bulan."

Omar Ahmad, pekerja asal Irak yang bermukim di London dan sering bekerja untuk keluarga kaya Arab telah terbiasa memegang wang jutaan Poundsterling yang dipasrahkan keluarga-keluarga kaya itu kepadanya untuk belanja kebutuhan harian.

"Mall dan pusat-pusat belanja di London boleh bertahan sebab kedatangan orang-orang kaya Arab itu. Bayangkan, di Harrods Store saja, wang daripada mereka mengalir ke sana lebih dari 1 juta Pounsterling," kata Ahmad.

Diceritakan Ahmad, dia pernah menemani seorang Arab kaya memasuki Harrods Store. Di sana, dia membeli banyak hadiah berharga 6 juta Ponsterling. Dia juga seakan tidak pening memikirkan masalah pembayaran cukai ketika dia akan meninggalkan bandaraya London nanti.

Pernah pula, lanjut Ahmad bercerita, seorang Arab kaya lainnya membeli sebuah jam tangan dengan harga 5 juta Poundsterling. Jam tersebut adalah satu-satunya produk yang dibuat oleh pembuatnya(Custom Made).

Tidak boleh dipastikan dari negara mana orang-orang Arab tersebut. Mereka dari negara Arab yang berbeza-beza. Kebanyakan dari Arab Teluk. Namun demikian, kata Ahmad, orang-orang kaya dari Irak, Lebanon, Jordan, dan Maroko justeru mengeluarkan wang belanja lebih banyak lagi dari orang-orang kaya dari Arab Teluk.

"Tapi media hanya fokus menyoroti orang-orang kaya Arab Teluk saja," lanjutnya.


N'N:Disaat mereka menghabiskan jutaan ringgit,pernahkah mereka terfikir untuk menderma kepada saudara2 mereka di Palestin,Iraq dan banyak lagi negara2 Islam yang tertindas?

PALESTIN - PM Hamas Cedera

Meskipun disibukkan dengan berbagai-bagai kegiatan, perdana menteri Hamas Ismail Haniyah tetap menyempatkan diri untuk bermain bola dalam menjaga tubuh agar selalu cergas. Namun dalam sesi latihan bola Khamis kelmarin (19/5), Haniyah mengalami kecederaan.

Ismail Haniyah mengalami cedera selama latihan bola sepak di Kota Gaza, media Palestin melaporkan Khamis lalu.

Menurut laporan, perdana menteri Hamas cedera di kakinya dan dipindahkan ke hospital setempat, di mana ia menerima perawatan medik.

Pemimpin Hamas tersebut diperintahkan untuk beristirehat selama paling kurang 10 hari, dan tidak akan dapat mengikuti latihan bola sepak kembali sampai anggota badannya yang cedera sepenuhnya pulih.



Sumber yang dekat dengan Haniyah mengatakan perdana menteri telah menghadiri sesi pelatihan bola sepaka setiap minggu, kerana hal itu merupakansukan rutin bagi Haniyah.

Ismail Haniyah merupakan mantan pemain bolasepak yang dulu sering mengambil bahagian dalam acara-acara olahraga, termasuk pertandingan bola sepak di stesen bola sepak Gaza sebelum hancur oleh serangan Israel selama Operasi Lead Cast pada tahun 2009.

Di masa lalu, Haniyah dikenal sebagai salah satu pemain bola sepak terbaik di kelab bola sepak yang ada di kem pelarian Al-Shati dan kelabbola sepak asosiasi Islam, di mana ia juga menjadi anggota dewan direksi selama beberapa tahun di kelab tersebut.(fq/ynet)

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)