yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, May 22, 2011

Berdasarkan statistik WHO, Orang Malaysia Termasuk Orang Melayu Islam, Habiskan RM1.5 bilion Untuk Beli ARAK Dengan Penggunaan 7 liter Per Kapita.




Malaysia telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) antara 10 negara paling banyak menggunakan alkohol di dunia. Dengan kata lain, Malaysia diiktiraf sebagai antara 10 negara paling banyak minum air kencing syaitan. Yang menghairankan, statistik itu bertentangan dengan saiz dan populasi rakyat negara ini. Berdasarkan statistik WHO, orang Malaysia, termasuk orang Melayu Islam, menghabiskan RM1.5 bilion untuk membeli alkohol dengan penggunaan 7 liter per kapita.Sumber

Mungkin ini antara penyumbangnya:

Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.

Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.

Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan langsung sumber pendapatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak langsung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.

Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menisytiharkan bahawa negara memungut cukai sebanyak RM77 juta.

Lim Guan Eng Sumbang RM25 Ribu Untuk Mangsa Tragedi Tanah Runtuh..

Lim Guan Eng sumbang RM25 ribu pada mangsa Islam

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.

Katanya, sungguh pun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.

"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapat dielakkan. Sumber

Dasar Kapitalis, Kerusi Awam Yang BERBAYAR, Jika Tidak Bayar Punggung Akan Cedera...

Pernah tengok tak atau terdengar kerusi awam yang kalau kita nak duduk kita kena bayar? Macam tak masuk akal je kan? Hakikatnya memang ada tau.Kerusi ini direka dengan simple dan ia berfungsi bila anda membayarnya barulah boleh duduk dengan selamat dengan sebanyak 0.50 euro (RM 2.04) dan diberi masa. Kerusi ini dicipta oleh Fabian Brunsing.







N'N:Memang dasar Kapitalis betul....Bila duit dah habis besi2 tajam itu akan menusuk punggung.....

Projek Jual Kedaulatan Negara Sudah Lama Wujud Semenjak Zaman Mahathir Lagi, Tapi Saya Tidak Pernah Di Rujuk Walaupun Saya TPM: DSAI.

Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingAnwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.

Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

mahathir and anwar hardtalk showMahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

NONEBagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.http://www.blogger.com/img/blank.gif

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri.MK

Nama Nabi Muhammad di Stesyen Angkasa Lepas

DOHA- Kumpulan Ilmuwan Islam sedang merancang projek besar di luar angkasa. Mereka hendak meluncurkan stesyen angkasa bernama Muhammad I pada tahun 2013. Nama ini diambil bersempena nama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

“Ini adalah jawapan sains untuk dunia agar lebih mengenali Nabi Muhammad,” ujar Radhouane Fakir yang merupakan seorang ilmuwan Kanada kelahiran Maghribi yang terbabit dalam projek tersebut, seperti yang dipaparkan oleh akhbar Gulf Daily News. Menurutnya lagi, projek ini tidak hanya dlancarkan sekali tetapi ia akan berterusan ke projek seterusnya.

Selepas berjaya melancarkan stesyen Muhammad I, kumpulan ilmuwan Muslim ingin melancarkan stesyen angkasa Muhammad II. “Muhammad II akan kami lancarkan tahun 2015,” ujar Fakir. Menurutnya lagi, projek ini juga bertujuan menunjukkan bahawa dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, umat Islam akan lebih maju pencapaiannya.

Ia juga ingin ditujukan kepada dunia untuk mengingatkan betapa pentingnya peranan Nabi Muhammad dalam mengembangkan peradaban manusia. Pelancaran stesen Muhammad I bakal menelas perbelanjaan sebesar 100 juta dolar AS manakala perbelanjaan bagi pelancaran stesen Muhammad II dianggarkan sebanyak 1 bilion dolar AS.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)