yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, May 12, 2011

Editor Utusan Malaysia Patut Di ambil Tindakan, Hishammuddin Tun Hussein Sila Jalankan Tanggungjawab Anda Sebagai Menteri Yang Dibayar Gaji

SHAH ALAM 12 MEI : Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan satu tindakan tegas dikenakan ke atas pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa supaya didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini kerana, berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara.

Oleh yang demikian, Hata yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berpendapat, adalah wajar individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita berunsur provokasi ini dikenakan hukuman setimpal.

"Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Laporan yang dipetik Utusan daripada dua laman blog pro Umno itu kemudiannya mengundang komentar dari menteri termasuk Perdana Menteri yang seolah-olah memperakui laporan Utusan Malaysia tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada sebarang bentuk tindakan dikenakan atau diambil ke atas Utusan, mahu pun blogger terbabit.

Senario ini bagaimanapun berbeza apabila lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dibekukan permit setelah menyiarkan berita berkaitan salah satu agensi kerajaan.

"Saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan atas laporan yang tidak bertanggungjawab dan mengenepikan prinsip-prinsip kewartawanan itu sendiri," tambahnya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang meminta KDN mengambil tindakan tegas ke atas Utusan.

Malah menurut Hata bukan sahaja kerajaan Pulau Pinang yang meminta KDN mengambil tindakan terhadap Utusan, tetapi banyak lagi pihak lain termasuk NUJ akan berbuat demikian kerana tindakan melampau Utusan yang kerap bermain dengan isu agama dan perkauman.

Jelasnya lagi, Utusan kini semakin jelas tersasar daripada landasan yang sepatutnya dalam memberi informasi yang berguna kepada rakyat, sebaliknya pula meniup api kemarahan rakyat dengan memainkan isu-isu sensetif sebegini.

"Kita mempersoalkan bagaimana sebuah akhbar bertindak sebagai tidak bertanggungjawab dan mengenepikan kepentingannya kepada orang ramai?

"Sekiranya KDN terus diam membisu tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Utusan maknanya mereka sebenarnya menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh editor-editor Utusan ini," katanya lagi.

Jelas Hata, tindak tanduk Utusan melalui laporannya yang hanya mahu memastikan orang Melayu terus menyokong Umno-BN dengan mencetuskan kemarahan rakyat hanya mendatangkan implikasi buruk kepada negara.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.



Berikut pula ialah surat yang ditulis KM P.Pinang Lim Guan Eng, yang turut meminta tindakan diambil keatas laporan palsu akhbar itu:

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 11 Mei 2011
Yang Berhormat Datuk Seri,

Tindakan Keras Ke atas Laporan Palsu Utusan Malaysia Tentang Konspirasi Di Antara DAP Dan Paderi-paderi Kristian Di Pulau Pinang Untuk Menubuhkan Sebuah Negara Kristian Dan Melantik Perdana Menteri Beragama Kristian.

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas lapuran palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7hb Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.

Ini diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) yang bermesyuarat pada pagi ini berikutan pengakuan dua ADUN UMNO daripada Pulau Pinang Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 10 hb Mei 2011 bahawa kedua-dua mereka tidak percaya konspirasi Kristian ini oleh Utusan Malaysia.

Memandangkan ada dua ADUN UMNO di Pulau Pinang yang kini tidak percayai laporan konspirasi Kristian oleh suratkhabar milikan UMNO, adalah jelas Utusan Malaysia telah laporkan suatu pembohongan dan fitnah yang amat bahaya sekali. Betapa bahaya pembohongan ini boleh dilihat dengan begitu banyak laporan polis yang dibuat oleh ramai pemimpin UMNO lain terhadap konspirasi Kristian ini.

Contohnya, demonstrasi yang mendapat ilham dari Pemuda UMNO Pulau Pinang pada 8hb Mei 2011 telahpun mengutuk YAB Ketua Menteri atas konspirasi Kristian dan membuka jalan alternatif percuma. Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan demonstrasi terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang semasa upacara membuka jalan alternatif baru yang percuma di Jalan Bagan 29-Jalan Siram pada 8hb Mei.
Pemuda UMNO Pulau Pinang boleh mengambil pendiirian mahukan jalan bertol. Memang kerajaan negeri berpendirian berbeza bahawa suatu jalan alternatif percuma mesti disediakan sebelum mengenakan tol, yang juga mesti munasabah. Ini adalah semangat demokrasi mempunyai pandangan berbeza.

Akan tetapi, adalah salah dan bahaya untuk Pemuda UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengutuk dengan bahasa kesat YAB Ketua Menteri terlibat dalam konspirasi Kristian ini yang merupakan fitnah. Berdemonstrasi atas satu fitnah besar ini bukanlah demokrasi tetapi satu tindakan rakus yang mudaratkan keselamatan negara.

Paderi-paderi Kristian dan Christian Federation Malaysia, yang mewakili 90% penganut Kristian di Malaysia, menafikan konspirasi Kristian ini. Utusan Malaysia tidak menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, sebaliknya terus memainkan isu ini. Kini, laporan palsu ini disebarkan luas dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang mengancam keharmonian kaum dan agama.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memang mendokong kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai suatu hak asasi manusia dan demokrasi. Akan tetapi kebebasan ini tidak bermakna memberikan kebebasan untuk membohong dan membuat fitnah. Laporan palsu ini berniat jahat, tidak lain tidak bukan serupa bermain dengan api yang boleh membakar satu Malaysia dengan sentiman perkauman dan ekstremis berdasarkan suatu pembohongan dan fitnah.

Jika ada dua ADUN Pulau Pinang UMNO yang kini tidak percayai laporan palsu ini oleh suratkhabar milikan parti mereka, Yang Berhormat Dato Seri mesti bertindak tegas dan segera ke atas tindakan tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini. Selain daripada mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, tindakan tegas juga mesti diambil keatas Utusan Malaysia dan pegawainya yang terbabit.
Sekian terima kasih.


Yang benar,


LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI

H/daily

Sorry Bos, Aku Nak Resign................

image


Sumber:http://www.borakkosong.com

Karina Ingin Kembali Jadi Lelaki Setelah 11 Tahun Menjadi Wanita

Malang – Kehidupan Karim Prakoso (32) penuh lika-liku. Ia melawan kudrat, dengan melakukan operasi kelamin. Gelar wanita pun disandangnya. Namun impian menjadi wanita itu pun pupus. Gara-gara susahnya proses pendaftaran menjadi wanita, ia berkeinginan menjadi ke lelaki semula.

Warga Mangundarmo RT34/RW03, Dusun Tulusayu Desa Tulus Besar, Kecamatan Tumpang, Kabupaten Malang, memang sempat merubah namanya. Dari Karim Prakoso, menjadi Karina. Hampir 11 tahun ini menyandang title sebagai wanita.

Niatnya kembali menjadi lelaki, itu menurut dia dilandasi keinginannya untuk bertemu sang kekasihnya yang berada di luar negeri.”Saya mahu ketemu lagi,” terang Karina ditemui di rumahnya, Khamis (7/4/2011).

Sayang niat Karina terbantut kerana proses administrasi ketika mengurus pasport di pejabat imigraesen. Petugas menolak kerana persyaratan yang harus dipenuhi.

“Alasannya, saya lelaki atau wanita tak jelas,” tuturnya.

Penolakan pihak imigresen ternyata membawa pencerahan bagi anak ketiga dari enam bersaudara pasangan Rohmatun (58) dan Tawan (66), ini. “Makanya saya putuskan kembali menjadi laki-laki agar boleh dapat pasport,” katanya.

Kembali menjadi lelaki bukan sekadar omong kosong, Karina membuktikan dengan mengurus identiti baru di Kantor Desa Tulus Besar. Selain itu, segala persiapan lain telah dilalui. Seperti membuang perilaku serta penampilan lamanya.

“Ini tengah melakukan fitnes, agar nampak macho,” katanya.

Karina juga mengaku sedar, apa yang telah diberikan kepadanya oleh Tuhan, harus disyukuri. Dalam waktu dirinya juga merancangka akan melaksanakan ibadah haji bersama kedua orang tuanya. Ia berharap, proses kepengurusan identiti baru tak memakan waktu lama. Sehingga dirinya boleh segera mengurus pasport.

“Bulan depan, saya gunakan pasport itu."katanya

Rakan dan jiran di tempat tinggalnya menyambut gembiran niat Karina. Sirajuddin (45),perangkat desa setempat menyatakan, dirinya mendukung rencana pergantian status kelamin dari Karina.

“Kami siap untuk memproses identitai baru Karim,” jelasnya .

Selama ini, kata dia, Karim alias Karina mempunyai perilaku yang baik dan ramah terhadap semua warga. Perilaku itu juga membuatnya mudah untuk diterima warga desa dengan identiti laki-laki mahupun perempuan.

“Sejak awal warga boleh menerima,” katanya. Usai mengurus identiti baru di pejabat
desa setempat, Karina juga memotong rambut panjangnya.

Sumber :http://www.detik.com/

Tak Tahu Ini Kategori Hebat Atau Lawak,Banduan Lari Dari Penjara Menyamar Jadi Biri-biri..

Ada istilah baru yang dibuat oleh dua banduanyang berasal dari Argentina. Dahulu ada istilah serigala berbulu biri-biri, tapi kini mereka mempunyai istilah baru, iaitu banduan berbulu biri-biri.

Dua orang banduan Argentina Maximiliano Pereyra dan Ariel Diaz, cuba menipu para pencari mereka dengan dengan menggunakan kostum seperti biri-biriasli. Pereyra usia 25 dan Diaz usia 28, dipenjarakan kerana melakukan rompakan. Mereka melarikan diri daripada penjara yang dikatakan mempunyai kawalan yang sangat ketat.

Mereka mencuri kostum biri-biri tersebut dari peternakan setempat dan menggunakannya untuk menipu para petugas selama lebih kurang seminggu. Padahal 300 petugas ketika itu mencarinya.

Akhirnya para petugas mendapat tahu setelah adanya laporan dari penduduk setempat yang melaporkan bahawa ada sepasang orang yang berlari di lapangan pada malam hari.

"Mereka menggunakan pakaian warna kelabu, tapi penuh dengan bulu biri-biri," ujar peternak di La Almeda.

Sumber dari polia mengatakan, mencari mereka di antara ribuan domba yang ada di lapangan adalah suatu hal yang mustahil.

"Mereka bioleh saja menyamar menjadi biri-biri tepat di depan mata kita selama mereka mahu," ujar salah seorang polis.

Sumber:http://www.borakkosong.com/

Benarkah Ada 'Kontraktor Besar' Yang Menguasai Majlis Bandaraya Ipoh???



Isu kontraktor menjual kontrak merupakan isu lama yang berpanjangan tanpa penghujungnya. Sudah lali kepada umum.

Apabila kontrak yang diperolehi mula berkurangan, maka terdengar suara meminta diagihkan 30% kepada kontraktor bumiputera. Tekanan mula dirasakan akibat kontrak-kontrak terlepas kepada golongan kontraktor yang besar.

Persoalannya disini, siapakah kontraktor-kontraktor besar ini. Siapakah yang menjaga kepentingan mereka? Apakah hubungan mereka dengan projek-projek kerajaan negeri?

Yang jelasnya, kontraktor-kontraktor bumiputera menjadi mangsa kepada kontraktor besar ini dalam memenangi kontrak-kontrak kerajaan termasuklah di Majlis Bandaraya Ipoh.

Kontraktor Melayu tidak pernah berjaya memenangi tender Majlis Bandaraya Ipoh?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak mendakwa terdapat 'kontraktor besar' yang menguasai urusan pemberian tender oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Yang Di Pertua PKMM Perak Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa menyerahkan lesen kepada kontraktor besar terbabit bagi mendapatkan kerja Pihak Berkuasa Tempatan itu.

"Maklumat yang diperoleh dari ahli persatuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi tender dan sebut harga di MBI sehinggalah mereka menyerahkan lesen itu kepada kontraktor besar berkenaan.

"Syarikat mereka akan mendapat kontrak MBI selepas menyerahkan lesen dan akan dibayar saguhati di atas projek yang diperoleh itu," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa mengulas amaran Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim semalam bahawa MBI akan menyenaraihitam kontraktor yang menjual kontrak yang diberi kepada mereka oleh MBI.

Jamaluddin berkata MBI patut melupakan soal hendak menyenarai hitam kontraktor sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah 'kontraktor besar' yang kini menguasai MBI sehinggakan kontraktor bumiputera gagal mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata MBI boleh membuat semakan terhadap senarai kontraktor yang telah mendapat kerja bagi mengesahkan dakwaan itu.-BERNAMA

Sumber:http://ajijoi.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)