yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, May 11, 2011

[Mesti lihat] Rasa-rasanya Tak Ada Pakwe Di Malaysia Yang Sayang Awek Tahap Ini....



berat macamana pun tetap di riba....

Sumber:http://www.borakkosong.com

N'N:Sayang awek berpada-pada, sayang ALLAH dan Rasulullah paling utama...

PM Jepun Enggan Terima Gaji Sebagai PM Selagi Rakyatnya Menderita Krisis Nuklear, PM Malaysia Pula Bagaimana Bila Krisis Harga Minyak &Gula Naik???



Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengatakan ia tidak mau digaji sampai krisis nuklear di negaranya berakhir. Seperti disiar CNN, Kan juga menyatakan akan mengkaji ulang kebijakan energi Jepun, dan mempertimbangkan sumber energi lain seperti tenaga angin dan tenaga suria.

Gaji Kan sebagai Perdana Menteri Jepun sebulannya mencapai 1.636.000 yen (US$20.200). Sampai krisis nuklear Jepun selesai, Kan menolak mengambil hak gajinya itu. Ia hanya akan menerima gaji sebagai pembuat undang-undang di parlimen.

Krisis nuklear Jepun bermula ketika sistem pendingin di fasiliti nuklear di Fukushima Daiichi – sekitar 240 km di utara Tokyo – dihentam gelombang tsunami dahsyat pada 11 March 2011 lalu. Akibatnya, inti reaktor nuklear nombor 1-3 di Fukushima menjadi terlalu panas, dan menyebarkan sejumlah besar partikel radioaktif ke area sekitarnya.

Partikel radioaktif itu tak pelak lagi mencemari udara di Fukushima. Bencana nuklear Fukushima ini adalah kecelakaan nuklear terburuk setelah insiden Chernobyl. Sekitar 78 ribu orang yang tinggal sekitar 20 km dari reaktor nuklear Fukushima dievakuasi. Sementara 60 ribu warga yang berada 10 km dari garis batas itu diperintahkan berlindung di rumah masing-masing.

Kini, dari total penduduk setempat yang dievakuasi, 100 di antaranya telah diperbolehkan kembali ke rumah. Sebelum pulang, 100 penduduk Desa Kawauchi itu telah dibekali pakaian pelindung radiasi oleh pejabat setempat. Mereka pun diizinkan pulang dalam waktu singkat, sekadar mengambil barang-barang yang mereka anggap penting.

Sumber: VIVAnews

N'N:Disaat rakyat Malaysia terpaksa menghadapi kenaikan harga barang yang melambung akibat kenaikan harga minyak petrol,mereka suruh kita ubah gaya hidup...Tapi kenapa mereka pula xboleh ubah gaya hidup mereka???

ALLAH S.W.T Takdirkan Bapa Penyanyi Terkenal Francissca Peter Meninggal Dunia Dalam Islam

Rasanya ramai yang mengenali penyanyi terkenal Francissca Peter, tapi ramai yang tidak tahu bahawa bapanya telah memeluk Islam. Cerita selanjutnya dibawah:

http://2.bp.blogspot.com/-A2mehF0Yyn0/TaZyV6XCZRI/AAAAAAAAAYQ/9PpquP5OcWo/s1600/bapa-francissca-peter.jpg

Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar , Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu. Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan. Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Sumber

200,000 Melayu Muslim Murtad!!! Ini Masalah Siapa???

Aksi pemurtadan di Malaysia terus digencarkan dan sekarang berada pada titik yang semakin membimbangkan, hal ini terungkap dalam sebuah diskusi yang berlangsung di Malaysia beberapa waktu yang lalu yang disiarkan oleh Malaysia today.

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, sekitar 200,000 Melayu Islam telah murtad dan ini adalah jumlah melayu yang murtad tiga tahun yang lalu,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Beliau menyampaikan hal tersebut dalam sebuah forum yang bertajuk “Islam tergugat: Apa tindakan kita?” yang diselenggarakan oleh organisasi Pembela Islam Malaysia yang dihadiri sekitar 200 peserta dari 35 NGO Islam.

Ann Wan Seng menegaskan bahawa Universiti Malaya pernah menjadi pusat penyebaran agama Kristian ketika beliau masih bekerja di sana pada tahun 1980-an. Petaling Jaya merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu termasuk juga penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai bagaian dari program Kristianisasi.

“Kes melayu yang murtad lebih serius terjadi di wilayah Johor kerana terdapat MCA di Singapura.” MCA adalah Persatuan Kristian Melayu. (rasularasy/arrahmah.com)

sumber

N'N:Majoriti Pemimpin Islam UMNO didalam Parlimen langsung tak ambil kisah pasal isu Murtas ker??? Langsung tiada undang2 yang digubal untuk mencegah ia berlaku......Jadi ini salah siapa sekarang???

Lelaki ada 86 Isteri dan 170 Anak, Seperempat Isterinya masih gadis! Yang Peliknya Dia Seorang Muslim???

Cuba Anda bayangkan bagaimana rasanya jika memiliki isteri 86 orang dan punya 170 anak? Itulah yang dialami Mohammed Belo Abubakar yang menikahi 86 perempuan dan memiliki 170 anak.



Kendati demikian, Belo menyarankan agar lelaki lain tidak mengikuti jejaknya. “Hanya kerana bantuan Tuhan saya boleh mengatasi persoalan keluarga,” kata Belo.

Dia mengaku para perempuan itulah yang mendatangi dirinya dan minta dikahwini. Menurut Belo, mereka minta dikahwini lantaran kemampuan dirinya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Saya hanya berfikir bahawa Allah telah menakdirkan saya menjadi begini,” ujar Belo.

Sebahagian besar isteri-isteri Belo adalah seperempat usianya. Dan bahkan beberapa di antaranya lebih muda dari anaknya sendiri alias gadis yang masih perawan.

Surat kabar Nigeria ramai membicarakan Belo. Sementara Belo sendiri dikhabarkan setuju untuk memulangkan 82 isterinya kepada keluarga mereka, kerana dalam agama Islam, seorang lelaki hanya boleh menikahi empat perempuan asalkan dalam keadaan mendesak dan boleh berlaku adil.


Tetapi, berita tersebut justru dibantah oleh Mohammed Tahir, juru bicara Belo Abubakar. “Belo tidak akan menceraikan isteri-isterinya, dan bahkan Belo akan menikah lagi,” ujar Tahir.

Suratkhabar Nigeria pun mewawancarai Belo Abubakar beberapa waktu lalu, saat dia menyatakan bahawa tidak ada ada ketentuan di dalam Al-Quran yang berisi larangan memiliki istri lebih dari empat orang. Dalam wawancara dengan BBC, Belo Abubakar mengemukakan bahawa Allah telah memberinya kekuasaan untuk mengontrol 86 istrinya.

Meski demikian, pihak otoritas Islam Nigeria, Dewan Agung Nigeria Urusan Islam (NSCIA), mengeluarkan kecaman kepada Belo yang dianggap melakukan perbuatan syirik kerana menyatakan diri dapat berbicara dengan Allah.

“Sultan mendesak kaum Muslimin agar jangan menghiraukan kelakuan Bello Abubakar yang melanggar syariah Islam, yang hanya memperbolehkan seorang lelaki beristeri empat saja,” kata salah seorang anggota NSCIA.

Sumber

Benarkah Ini Wasiat Osama Bin Laden???



Osama bin Laden telah menyiapkan wasiat untuk keluarganya. Salah satunya, memerintahkan isteri-isterinya untuk tidak menikah lagi. Ironinya, kepada anak dan cucunya, teraju al-Qaeda itu justeru meminta mereka untuk tidak bergabung dengan al-Qaeda.

“Kepadamu anak-anakku, aku meminta maaf karena hanya memiliki sedikit waktu untuk kalian, dan menghabiskan waktu untuk berjihad,” demikian cuplikan wasiat Osama. Seperti dilansir The Telegraph, wasiat Osama terdiri dari empat lembar dokumen.

Surat wasiat itu dipublikasikan di sebuah surat khabar Kuwait. Wasiat itu sama sekali tak menyinggung tentang harta kepemilikan, meskipun Osama diyakini mewarisi kekayaan £18 juta dari ayahnya yang merupakan pengusaha konstruksi besar di Arab Saudi.

Wasiat Osama kepada ke-24 anaknya untuk tidak mengikuti jejaknya berjihad, memuat kutipan dari sebuah hadits Islam yang mengatakan bahwa Umar bin Khattab, penerus pemimpin umat Islam Nabi Muhammad, juga meninggalkan wasiat tertulis kepada putranya, Abdullah, untuk tidak melancarkan perang suci.

Sementara itu, keempat-empat isteri Osama diperintahkan untuk tidak mencari suami baru dan menikah lagi. Mereka berempat diminta untuk fokus membesarkan anak-anak mereka. “Jangan berpikir tentang menikah lagi, dan baktikan diri kalian untuk anak-anak kalian, untuk mengawal mereka ke arah yang benar,” kata Osama dalam surat wasiatnya.

Surat wasiat itu ditandatangani oleh “Saudara kalian, Abu Abdullah Osama Muhammad Bin Laden.” Wasiat itu dikatakan bertanggal 14 Desember 2001, beberapa bulan setelah tragedi 11 September. Saat itu, intelijen AS berhasil menemukan transmisi radio Osama di Tora Bora – kawasan perbukitan dengan gua-gua di perbatasan Afganistan-Pakistan yang pernah menjadi tempat persembunyian Osama dari kejaran militer AS.

The Washington Post sempat melaporkan pada tahun 2002, wasiat Osama itu telah beredar di kalangan orang-orang Arab. Namun ketika itu al-Qaeda menyatakan bahwa dokumen itu palsu. Meski demikian, pihak intelijen Barat menanggapi dokumen wasiat itu dengan serius.

Surat kabar Spanyol La Vanguardia melaporkan, Osama meyakini bahwa suatu saat nanti ia akan dikhianati oleh orang-orang di lingkaran dalamnya, dan ia akan masuk syurga sebagai syuhada'.

Sumber:VIVAnews

N'N:Wallahua'lam samada wasiat ini direka atau sebaliknya...

Tak Habis-habis Lagiker DAP Nak Perdajal Orang P.Pinang.......

http://1.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/TEXjFoB7opI/AAAAAAAAJ4I/vOFMd1E82Nc/s320/lim-guan-eng.jpg

‎'Jalan rakyat' tak payah bayar tol...

BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin.

Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik.

Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan.

Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas.

"Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya.

Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan.

Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati.

"Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya.

sumber:harakahdaily

N'N:Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol.

Lelaki Miliki Ekor Sepanjang 33 Cm Ini Dianggap Dewa.....

Tak ada yang aneh dari susuk Chandre Oram. Lelaki berasal Alipurduar, Bengal Barat, India, ini memiliki daging tumbuh bertulang lembut sepanjang 33 sentimeter yang menyembul dari tulang ekornya.

Di tengah tradisi Hindu yang masih kental, masyarakat setempat meyakini Oram sebagai reinkarnasi Hanoman atau titisan Dewa Monyet. “Banyak orang sembuh dari penyakit parah ketika mereka menyentuh ekor saya,” ujarnya seperti dikutip dari Daily Time.

Sejak tahun lalu, Oram sudah menarik perhatian masyarakat India . Ia menjadi pusat perhatian setelah ribuan orang sanggup berbaris demi mendapat keberuntungan setelah menyentuh ekornya.

Populariti itu tak sepenuhnya membuat Oram merasa beruntung. Gara-gara ekornya, ia pernah ditolak oleh 20 wanita pujaannya. “Banyak yang membatalkan menikah dan pergi setelah melihat ekor saya,” ujarnya. “Saya harus menemukan wanita yang boleh menerima saya dan ekor saya.”

Terlepas dari kepercayaan masyarakat setempat, ahli bedah terkemuka di India, Dr B Ramana, mendiagnosis Oram mengalami cacat bawaan yang membuat tulang ekornya menonjol. Meski keadaanya aneh, doktor sepenuhnya yakin Oram bukan dewa atau tuhan.

Dunia medik menyebut kelainan bawaan itu sebagai spina bifida. Ditutupi banyak rambut, tulang yang menjulur itu diperkirakan terjadi akibat mutasi gen yang memicu berpanjangan tulang ekor.

Sejumlah doktor telah menawarinya operasi untuk menghilangkan ekor itu. Tapi, Oram dan keluarganya menolak. “Dia tak akan boleh hidup tanpa ekornya. Ekor itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya, identiti dirinya,” ujar Rekha, kakaknya.

Kes serupa terjadi di Kota Lixing, China, tahun lalu. Seorang bayi perempuan bernama Hong Hong juga lahir dengan ekor. Berdasarkan pengamatan sinar X, ekor itu ternyatata menyambung dengan tumor jaringan lemak tulang belakang. Namun, atas persetujuan keluarga, dokter telah mengangkat ekor itu.

Jika Oram dan Hong Hong memiliki ekor, Huang Yuanfan, 84, dan Zhang Ruifang, 101, memiliki tanduk di kepala. Tanduk Yuanfan tumbuh hingga tujuh sentimeter di kepala bagian belakang. Sementara tanduk Ruifang tumbuh sepanjang enam sentimeter di dahinya.

Mengenai tanduk yang tumbuh di kepala dua insan itu, doktor memperkirakan itu berasal dari keratin, substansi yang sama seperti kuku.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)