yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Wednesday, May 4, 2011

Sanggup Betul DAP Perdajal Orang Melayu Islam P.Pinang.......

Sanggup betul DAP buat macam ini pada orang Melayu Islam P.Pinang:

Elaun Bilal(Muazim), Siak Di P. Pinang Naik 80 Peratus

GEORGE TOWN: Kira-kira 800 bilal(Muazim) dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000. -BERNAMA

N'N:Betullah kata UMNO selama ini yang DAP ni memang selalu menindas orang Melayu di P.Pinang.....

[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)