Nuffnang

Innity

Innity

Saturday, April 30, 2011

Najib Kata Semua Orang Ada Hak Untuk Sumpah Laknat, Mana Perginya Ulama' Yang Sepatutnya Menasihatkan Dia? Bisu Umpama Syaitan Bisu!!!

http://3.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/S_-HrjvnokI/AAAAAAAABv0/XRiNqfY1YwQ/s1600/Jamir+Khir+hang+duduk+sebelah+Najib+tu+dalam+majlis+hal+ehwal+agama+islam+malaysia+ke51.jpg


Bagaimana Najib dapat membuat kenyataan seperti ini, padahal ramai Ulama' mencela perbuatan Eskay yang mencemar nama baik Agama Islam. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10.

Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan.


Dimana perginya Ulama' yang sepatutnya menjadi penasihat kepada Najib???


Najib:Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat.

KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.

Katanya, tidak kisah sama ada Shazryl atau Anwar mahu melakukan sumpah laknat kerana akhirnya publik akan menilai kejujuran individu terbabit.

“Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka,” katanya lagi.

“Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini hari ini.

Najib juga mengkritik penyokong PKR yang cuba untuk mensabotaj langkah ahli perniagaan mahu melakukan sumpah laknat dan tidak menghormati kesucian tempat ibadat.

“Kita mesti menghormati kesucian masjid,” katanya yang turut mempertahankan akhbar-akhbar menyiarkan sedutan klip video seks itu.

“Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno,” katanya.

Petang tadi, Shazryl melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.

Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:

“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”

“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.Sumber

DEWAN MUSLIMAT PAS Perlu Ambil Perhatian Tentang Ini.........

Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.Istilah padi tunduk semasa berisi, sebenarnya membawa maksud pokok padi tidak mampu menanggung beban berat padi yang semakin membunting. Itulah sebabnya ia semakin menunduk. Jika disapu dengan badai, ia akan musnah kerana menanggung beban yang berlebihan (tambah satu lagi beban). Kita mengetahui sebelum ini, angin merupakan medium penghantar setiap bunga-bunga lalang (benih lalang). Ya benar lah, inilah kerjasama yang sempurna antara lalang dan juga angin.


Perlu dimuhassabah, siapakah padi? Siapakah lalang? Dan siapakah angin?


Inilah yang berlaku dalam suasana PAS hari ini.Tatkala waktu pemilihan macam-macam cerita yang disampaikan angin.Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.Bermakna, ada tangan ghaib yang menggoyangkan pokok ini.


Fokus kepada Dewan Muslimat, ada negeri-negeri yanga sangat agresif bab pemilihan. Ada yang sudah meletakkan calon pilihan.MELOBI.Kenapa harus terjadi begini.Disaat-saat akhir ada yang ketua "terpaksa" tarik jawatan seseorang.Kenapa harus terjadi begini?Bukankah PAS ini Parti Islam.Kenapa tidak rujuk terlebih dahulu ke Majlis Syura Negeri?


Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita pada 2001 dahulu. Ustazah Jamilah Ibrahim menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.


Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem siasah syariah telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha Dewan Muslimat untuk memperbaikinya.


Kenapa Dewan Muslimat tidak memberi peluang kepada pemimpin muda ? Sedangkan muslimat PAS ramai pemimpin muda yang berwibawa dan dari golongan profesional samada bidang agama dan akademik.Dewan Muslimat perlu melihat dari tingkap yang berbeza, jangan hanya melihat dari satu sudut tingkap yang mana tingkap kebiasaannya.


Adakah muslimat hari ini sudah mula mencorakkan pemilihan berdasarkan agenda peribadi? Tok Guru Nik Aziz pernah berkata "Jangan diberi pangkat dan jawatan kepada sesiapa yang meminta pangkat dan jawatan, kerana,individu yang meminta pangkat dan jawatan ada kepentingan diri".


Dewan Muslimat jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan pemilihan maka elok pimpinan hari ini tarik diri, dan jangan bersedia untuk bertanding lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.


Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Jangan jadikan jawatan itu hak mutlak kita dalam berjemaah.


Perlu diingat juga, apabila Dewan Muslimat Pusat lemah, apatah lagi Dewan Muslimat Negeri. Bagaimana pulak Dewan Muslimat Kawasan yang akan tidur terus.Bangun hanya waktu pilihanraya.Bila bangun waktu pilihanraya,maknanya banya benda yang ketinggalan.Adakah Dewan Muslimat berjuang untuk pilihanraya sahaja? Bagaimana tarbiyah ahli? Bagaimana Usrah ahli?


Dalam kontek ini siapa yang hendak disalahkan? Dewan Muslimat tak mahu buat perubahan?

Sumber

Friday, April 29, 2011

Maka Terangkatlah 'Sumpah Laknat' Yang Langsung Tidak Menggambarkan Islam(Gambar)


Sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

“Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” : Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz

Berikut adalah keadaan yang berlaku didalam Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.:

Sumpah Laknat - Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar

SENTUL 29 APRIL : Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Proses sumpah laknat itu terhenti seketika apabila dia dinasihati seorang pendakwah Ustaz Firdaus Supri yang menasihati Eskay mengenai nas-nas Islam seperti berikut:

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu ingin menyempurnakan sumpah laknat itu.

Namun Eskay tetap tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus bersumpah laknat walaupun selepas nasihati oleh pendakwah itu mengenai nas-nas Islam.

Berikut ialah lafaznya:

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku”

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu dilihat memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir. Keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Selanjutnya......

Rakyat Malaysia Sila Pilih, Anda Mahu Cara Eskay Atau Cara Yang Berlandaskan Al-Quran.........

http://mynewshub.my/bm/files/2011/04/lala-565x366.jpg


Firman ALLAH S.W.T:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah An-Nur Ayat-4)

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul

“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,

“Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegasnya. Sumber

Thursday, April 28, 2011

SAMAN EKOR: Kita Semua Tertipu!!!

http://1.bp.blogspot.com/-oHtUsTLpCgk/TbfSNWTuG9I/AAAAAAAAKUA/07Qsw18ycA4/s1600/198489_172511029462797_127035220677045_349601_476388_n.jpg

SURAT: RAKYAT DIDAHULUKAN? KEBENARAN TERSERLAH

Oleh ZULHAZMI SHARIFF,
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
27/04/2011

Saya ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia khasnya pemilik kenderaan dan pengguna jalanraya kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun bertarikh 27/4/2011 di mukasurat 03.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan tentang keputusan Kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah. Antaranya beliau menyebut seperti berikut :

“It’s not (being lax). It’s only fair; innocent until proven guilty – that is the
basic principle of law. Only when they are found to be guilty of their offences in
court, will they be blacklisted”

Menyorot kembali polisi kerajaan sebelum ini di mana kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan kaedah senarai hitam pemilik-pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu iaitu dengan menghalang segala transaksi melibatkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) dan lesen memandu jika didapati pemilik kenderaan dan pemegang lesen mempunyai “perkara yang belum selesai” di dalam rekod JPJ dan PDRM.

Tidak pernah pada bila-bila masa semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan mereka. Sebaliknya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen terus dihalang transaksi dengan JPJ melainkan mereka membayar dahulu segala kompaun bagi setiap perkara yang terdapat di dalam rekod JPJ dan PDRM.

Ekoran tindakan tersebut, balai-balai polis, kaunter-kaunter pejabat pos dan JPJ dikerumuni para pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar kompaun-kompaun kerana terdesak dan takut mereka akan disenarai hitam. Mereka terpaksa bersusah payah beratur, mengambil cuti dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk melangsaikan kompaun sedangkan semua kesalahan yang direkodkan di dalam sistem JPJ dan PDRM masih belum dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan.

Kementerian Pengangkutan dan JPJ bertegas mengatakan mereka mempunyai kuasa untuk melakukan senarai hitam tersebut melalui peruntukkan Seksyen 17(1)(d) dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Kami di Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) secara konsisten menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada tahun 2009 di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.

Kami di KASE telah menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Menteri Pengangkutan pada Ogos 2010 dan kemudiannya menyerahkan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Walaubagaimana pun jawapan yang diterima pada waktu itu tetap sama iaitu Kerajaan mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam walaupun kes Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan sebaliknya.

Desakan demi desakan dilakukan sehinggalah pada 23/3/2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju menarikbalik perlaksanaan senarai hitam atas kesalahan yang dikeluarkan Notis Pol

170A atau lebih popularnya “Saman Ekor”. Alasan yang diberikan beliau ialah Jemaah Menteri mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara bahawa keputusan perlu ditangguhkan sehingga suatu kes rayuan diputuskan di Mahkamah.

Kami di KASE menyambut baik keputusan tersebut. Walaubagaimana pun keputusan tersebut dengan jelas, nyata dan terang menunjukkan bahawa Kerajaan telah mendera, menindas, menzalimi dan memaksa rakyat khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar dan mengakui sesuatu perkara yang belum pasti dan belum diputuskan kesalahan mereka oleh Mahkamah.

Tindakan Kerajaan sebelum ini jelas membuktikan prinsip “innocent until proven guilty” (tidak bersalah melainkan dibuktikan salah) yang disebut oleh Timbalan Menteri itu tidak diendahkan. Kenapa setelah berjuta-juta duit rakyat diperas melalui tindakan senarai hitam baru sekarang hendak disebutkan prinsip “innocent until proven guilty”. Adakah semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini Kerajaan tidak pernah tahu prinsip “innocent until proven guilty”?

PDRM pula dengan bangganya mengumumkan bahawa sehingga Februari 2011 sejumlah lebih kurang RM496.7 juta telah berjaya dikutip. Kutipan ini hasil daripada perlaksanaan kaedah ugut dan paksa oleh Kerajaan selama ini. Kerajaan mengugut akan menghalang transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu jika kompaun tidak dijelaskan.

Hasil ugutan itu, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen berpusu-pusu membanjiri balai polis, pejabat pos dan JPJ untuk membayar kompaun sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan. Inikah prinsip “innocent until proven guilty” yang dipegang oleh Kerajaan? Bayar dahulu – salah atau tidak bukan isunya? Rakyat Didahulukan! Adakah PDRM tidak perlu menggunapakai prinsip “innocent until proven guilty”? Adakah duit kompaun lebih penting daripada pembuktian kesalahan?

Keputusan menarikbalik senarai hitam juga dikatakan ekoran nasihat Jabatan Peguam Negara. Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan pada tahun 2009 tetapi hanya pada Mac 2011 baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat kepada Jemaah Menteri bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam itu tidak betul. Negara amat malang mempunyai “penasihat” seperti
ini. Sudah berjuta-juta duit rakyat dikaut, sudah berapa ramai rakyat disusahkan baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat bahawa tindakan Kerajaan tidak betul?

Kami di KASE ingin mendesak kepada Kerajaan untuk menjelaskan beberapa perkara.

Pertama, atas prinsip undang-undang apa Kerajaan berpendirian bahawa Kerajaan boleh menghalang transaksi sebelum ini jika sekarang ditarik balik atas prinsip “innocent until proven guilty”?

Kedua, siapa yang memberikan nasihat kepada Kerajaan untuk melaksanakan senarai hitam walau pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan bahawa tindakan itu salah?

Ketiga, jika sekarang ditarik balik kerana prinsip “innocent until proven guilty”, bagaimana status mereka yang telah membayar kompaun sedangkan mereka tidak pernah didapati salah oleh Mahkamah? Mereka membayar kerana ugutan senarai hitam oleh Kerajaan, bukannya mengaku kesalahan.

Akhirnya KASE mendesak Kerajaan melakukan perkara-perkara berikut :

a) Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen atas tindakan senarai hitam tanpa bukti sebelum ini.

b) Memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat oleh para pemilik kenderaan dan pemegang lesen akibat perlaksanaa kaedah senarai hitam sebelum ini.

c) Mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem PDRM dan JPJ melainkan semua kesalahan tersebut dibawa dan dibicarakan di
Mahkamah.

d) Menghapuskan semua saman-saman ekor dan perkara-perkara yang tidak dibuktikan kesalahan di Mahkamah daripada rekod JPJ dan PDRM.

Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat. Di mana slogan 1Malaysia

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? Kebenaran akhirnya terserlah.Sumber

Mufti Selangor:Terbukti Dan Sah Blogger2 UMPORNO Memiliki “Moral Yang Terlalu Rendah”...





Mufti Selangor : Hentikan Fitnah,Dalang Sebar Video Lucah Rendah Moral

SHAH ALAM 7 APRIL : Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata liputan ‘video lucah’ yang memenuhi ruang media arus perdana mutakhir ini sebagai mencerminkan betapa moral orang Islam yang mendalangi laporan-laporan itu semakin rendah dan perkara ini tidak patut dibiarkan berterusan.

Menurut Tamyes, liputan sebegitu membuktikan perbuatan fitnah memfitnah dalam politik semakin menular dan menjadi lumrah dalam kehidupan negara ini dan perkara sedemikian perlu hentikan dengan segera.

Tamyes menyifatkan dalang yang menyebarkan fitnah mengenai video lucah itu sebagai orang yang “moralnya terlalu rendah” dan tidak tahu membezakan fitnah ataupun fakta sebenar.

“Benda yang dikutuk oleh Allah dimain-mainkan. Sebab apa? Orang yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh boleh dihukum qazaf. Sekarang ini benda fitnah sudah jadi lumrah,” kata beliau.

Sejak kelmarin, rakaman video seks yang didalangi oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Mereka menyebarkan fitnah kononnya pelaku dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis manakala Angkatan Muda Keadilan membuat laporan qazaf terhadap tiga “Datuk T” itu.

Klip di Youtube disunting daripada rakaman asal 21 minit yang dipertontonkan kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu.

Menurut Tamyes, mereka yang membuat pertuduhan seharusnya membuktikan dakwaan mereka dan bukan sebaliknya.

“Kalau ada bukti yang jelas, lainlah. Ini hanya video,dan video tak boleh dijadikan bukti sebenarnya. Dalam hukum fiqah, bukti (yang harus dibawa) si penuduh adalah Saksi. Benda mati tak boleh jadi saksi. Kemudian orang yang dituduh boleh bersumpah . Ini orang yang menuduh bersumpah, orang yang didakwa (pula) kena cari bukti. Ini dah terbalik,” ulas Tamyes lagi.

Tamyes turut membidas media yang memainkan isu berkenaan bagi kepentingan pihak tertentu dan keuntungan sementara walaupun ia salah dari segi moral dan agama.

“Kita jangan mewar-warkan benda bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan. Perlakuan fitnah haruslah dielakkan,” tegas beliau.

Tamyes berkata media massa tidak harus berfikir untuk melariskan perniagaan semata-mata tetapi harus arif dalam hukum-hakam Islam supaya dosa fitnah tidak terpalit kepada mereka.

“Sebab kita yang mewar-warkan juga dapat ’saham’ dosa,” kata beliau.Sumber

Wednesday, April 27, 2011

Kepala Jones Bernilai 1.2 Juta Dollar


Para tokoh pelbagai agama dan ahli politik di Detroit berkumpul di Masjid Dearborn pada Jumaat (22/4) untuk melakukan aksi simbolik "berganding tangan" sebagai bentuk penolakan mereka terhadap kedatangan Pastor Terry Jones ke kota itu.

Sebelumnya, para tokoh yang mewakili agama Islam, Katolik, Protestan, dan Yahudi membuat bantahan menolak Terry Jones yang disebarluaskan melalui internet, serta mengajak warga Detroit untuk bergabung dalam aksi "berganding tangan" pada hari Jumaat ini, sebagai simbol untuk melindungi Masjid Dearborn dari aksi protes Pastor asal Florida yang pernah melontarkan idea kontroversial "Hari Bakar Al-Quran."

Sekitar 700 orang hadir dalam aksi menolak Terry Jones di Masjid Dearborn. Di antara mereka adalah Imam Hassan Al-Qazwini, ketua keuskupan Katolik, pemimpin gereja Episkopal dan beberapa senator dari Parti Demokrat.

Sementara aksi menolak Terry Jones berlangsung di halaman Masjid Deaborn, pada saat yang sama, pastor anti-Muslim itu menghadiri persidangan untuk menjawab pertanyaan para juri pengadilan yang hasilnya akan menentukan apakah Jones boleh mengadakan aksi protes antisyariah Islam di Masjid Dearborn atau tidak.

Sehari sebelumnya, Jones sudah memenuhi panggilan mahkamah dan dia menafikan yang aksi protes yang akan dilakukannya bakal menimbulkan gangguan keamanan. Pihak keamanan Dearborn menyatakan akan mengerahkan pegawainya jika hasil persidangan mengizinkan Jones berdemo.

Persidangan terhadap Jones berjalan dipadati pengunjung dari kalangan warga muslim dan wartawan. Seorang warga muslim Dearborn, Leyla Abdul Ghani berteriak kepada Jones "Anda memalukan! Kami warga yang bermartabat, kami pekerja keras."

Para pegawai kota Dearborn dan pejabat kejaksaan Wayne County sudah meminta Jones agar tidak mengadakan aksi protesnya di Islamic Center, tapi di Dewan Bandaran sahaja. Dan dalam persidangan yang dipadati oleh para wartawan dan warga tempatan, pemerintah kota dan pegawai kejaksaan merekomendasikan agar Jones tidak diizinkan mengadakan aksi protesnya di Dearborn dengan alasan keamanan.

Kepala Polis Dearborn, Ron Haddad mengatakan mengizinkan Jones melakukan aksi anti-Muslim di Islamic Center berpotensi menimbulkan persoalan serius, mengingat pastor itu sudah menerima beberapa kali ancaman pembunuhan dan kepalanya dihargai 1.2 juta dollar USD oleh kelompok militan di Pakistan.

Rencana Jones untuk mengadakanaksi anti-Islam di masjid dan Islamic Center di Dearborn menjadi perdebatan terkait kebebasan berbicara yang dilindungi undang-undang AS. Usai persidangan, pada para wartawan Jones mengatakan bahawa dia khuatir soal ekstrimisme Islam, apalagi setelah dia melihat bagaimana reaksi kaum Muslim setelah ia membakar Al-Quran.

"Jika anda membakar Injil, saya tidak akan membunuh anda," kata Jones yang langsung direspon oleh seorang muslimah bernama Samira Hider dengan pernyataan "Apakah anda (Jones) pernah membaca Quran?" (ln/DetFreePress)

sumber

Monday, April 25, 2011

Gambar AC Di Mana???

http://3.bp.blogspot.com/-J91lDo9C6Sg/TYT-095JIJI/AAAAAAAADCA/PX694tHalPk/s1600/jamban.jpg

AC Di Sini!!!!!!!!!

Najib Mahu Sayang Dan Timang Para Blogger???

http://4.bp.blogspot.com/_fjltp3_lr4c/TEcFSpjgs_I/AAAAAAAACd0/t-xQXceLe1Y/s400/najib+razak.bmp

Kerajaan tidak takut pandangan blog - Najib

KUALA LUMPUR 24 April - Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

"Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini hari ini.

Turut hadir penaung Blog House Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog House Malaysia Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata era ”kerajaan tahu semuanya” sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia. - Bernama

N'N:Sebenarnya kenyataan itu hanya untuk Blogger PRO UMNGOK...................

Sunday, April 24, 2011

Dasar Politik Sempit Universiti, 40 Mahasiswa Pro-M Di Singkir Dari Kolej Kediaman

http://2.bp.blogspot.com/-1nuYrXGC88k/TWOWkHhUSEI/AAAAAAAACNo/HfS3at7ymSg/s320/mahasisi.jpg

KUALA LUMPUR - Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi. Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Norhidayah Abdul Rahman 100 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum.

“Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui mendakwa pengetua kolej, Rosna Abdul Raman merupakan dalang tindakan tidak berperundangan itu.

“Rosna sejak seminggu lalu menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa dari menghuni di kolej tersebut,” katanya dalam kenyataan media.Zuhairah adalah bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Norhidayah ialah Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM.

Siti Zulaikha menyelar tindakan berat sebelah Rosna yang membenarkan pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol menetap di kolej itu walaupun hanya mendapat 52 merit.

Pro-M dlihat memiliki pandangan yang agak kritikal terhadap kerajaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi dilihat cenderung dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rosna adalah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan boleh dihubungi melalui 03-894 673 57 begin_of_the_skype_highlighting 03-894 673 57 end_of_the_skype_highlighting.

“Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan,” kata Siti Zulaikha lagi./KD

Sumber

Saturday, April 23, 2011

Nenek Berusia 65 tahun Di Cabul Ketika Sedang Solat...

http://2.bp.blogspot.com/_aOW3ztsMSBA/S5s3M981fbI/AAAAAAAAAa0/FCBGAbZL0fQ/s320/solat.jpg

Pelayan cabul nenek solat didenda

Lelaki mengaku picit punggung pesara guru di surau kena bayar RM2,000

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan hotel didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabul seorang warga tua yang sedang menunaikan solat di sebuah surau di Taman Nirwana, 19 April lalu.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Salahudin Hassan Sha, 23, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan empat bulan jika gagal membayar denda itu.
Salahudin dituduh mencabul pesara guru berusia 65 tahun dengan memicit punggung mangsa yang sedang solat Asar bersendirian di bilik sembahyang wanita di surau Taman Nirvana Ampang, jam 4.55 petang 19 April lalu.

Tertuduh dari Taman Ampang Hilir didakwa mengikut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa juga dicabul sehari sebelum itu ketika sedang solat Asar bersendirian di surau berkenaan dan kejadian sama berulang keesokannya pada waktu sama. Mangsa yang ketakutan, menjerit dan menceritakan kejadian itu kepada suaminya.

Sumber:BH ONLINE

N'N: Muda-mudi zaman sekarang begitu mudah mengikut jalan iblis.........

Friday, April 22, 2011

Rambo TURKI Tewaskan Tentera Israel


Sebuah tayangan khusus dari filem Turki anti Israel dijadualkan akan berlangsung di Kaherah di bawah dukungan Duta Besar Turki pada hari Sabtu akan datang.

Filem "Valley of the Wolves – Palestine" yang bercerita tentang serangan pasukan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menuju Gaza pada bulan Mei tahun, lalu telah mencetuskan kecaman besar-besaran di Israel.

Cerita filem ini berfokus pada sekelompok komando pasukan Turki yang diperintahkan untuk membunuh seorang pegawai militer senior Israel yang memberikan perintah untuk membunuh penumpang kapal Mavi Marmara.

Adegan terakhir filem ini menunjukkan tentera IDF dengan tubuh mayat sembilan penumpang kapal Mavi Marmara.

Distributor Mesir untuk filem ini, Adel Adib, mengatakan bahawa tayangan khusus ditetapkan menjelang hari peringatan Holocaust di Poland. Yang peringatannya akan berlangsung pada 2 Mei akan datang.

Filem Turki ala Rambo ini akan ditayangkan di 10 bioskop di Mesir setelah tayangan khusus perdananya.(fq/ynet)

Thursday, April 21, 2011

Masjid BELGIUM Dihadiah Kepala Babi.....

Sekelompok orang tak dikenal telah menghina sebuah masjid di Charleroi Belgium selatan, dengan membuang kepala babi disertai dengan tulisan "Di sini terletak Muhammad" di depan masjid, kata pemerintah daerah mengumumkan Selasa kemarin (19/4).

Insiden ini terjadi Isnin malam lalu di sebuah masjid Lodelinsart, yang berada di sebuah daerah yang terletak di utara kota terbesar Belgium Wallonia, kata pejabat berita Belga.

Walikota Charleroi, Jean-Jacques Vissour selama sidang media menyatakan bahawa aksi biadab tersebut merupakan tindakan provokatif dan siapapun yang melakukannya mesti dihukum."

Dia mengatakan hal itu setelah pertemuan dengan pengurus masjid dan perwakilan komuniti muslim kota tersebut.

Polisi dilaporkan akan segera melakukan penyelidikan untuk menangkap para pelaku dan menyeretnya ke pengadilan.

Gerakan melawan rasisme, antisemitism dan xenophobia (MRAX) dengan tegas mengutuk serangan itu serta menegaskan bahawa pencabulan terhadap masjid dan Nabi Muhammad adalah tindakan pelanggaran yang serius.

"Tindakan kekerasan simbolik yang besar terhadap penduduk Muslim, merupakan aksi rasis ," kata Presiden MRAX Kalisa Placide. (fq/lefigaro)

sumber

Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. (Al-Baqarah ayat 6)

Wednesday, April 20, 2011

Ulasan TGNA Mengenai Kenyatan Dr.Aziz Bari....

http://3.bp.blogspot.com/_TY0CXUVKSgY/TSBQ0bP7IXI/AAAAAAAACEw/fBuIDN8nj9Y/s1600/tok-guru-potrait.jpg

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.



YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.



Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H

Sumber

4 Jahanam Di Tahan Polis Kerana Jadikan Rakan Sekelas Sebagai Objek Seks...............

http://3.bp.blogspot.com/-UpmErjsr3Io/TW8CBGu1EYI/AAAAAAAAcx8/kGE0H_8WjHI/s320/8825630.jpg
Gambar Hiasan(Pesalah yang lain tapi atas kes yang sama iaitu CABUL rakan Sekelas)

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.


Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.


Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja. Sumber

Tuesday, April 19, 2011

Benarkah 4 Faktor Ini Yang Memenangkan BN Di Sarawak???

Empat faktor BN menang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 18 April — Kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lepas disebabkan empat faktor utama, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata faktor-faktor itu ialah : Kepercayaan rakyat Sarawak kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat menolak "temberang" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faktor ketiga katanya, rakyat masih yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbanding calon Parti Keadilan Rakyat, Baru Bian, yang dinamakan oleh Anwar sebagai Ketua Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Sarawak.

''Faktor keempat ialah rakyat di Sarawak memilih pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN berbanding janji-janji tidak pasti daripada pembangkang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Sumber

Sebenarnya faktor ini yang memenangkan BN di Sarawak:

Monday, April 18, 2011

Datuk Eskay Nafikan Pembabitan Dua Lagi Datuk Dan Sanggup Menanggung Kesalahan Menayangkan Video Lucah Seorang Diri....

Image



Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam kenyataan beliau mengatakan bahawa hanya beliau yang terbabit dalam penayangan video lucah Carcosa dan Tan Sri Rahim bersama Datuk Shuib tidak terbabit dalam isu ini. Sumber

Taib Mahmud ada masa 40 tahun lagikah?

http://1.bp.blogspot.com/-ib_2nWh43E8/Tat-jGyTXlI/AAAAAAAACls/IqE26yCpgw8/s1600/taib1.png

Tak perlu menghambat waktu seolah tiada esok bagi mu. Peristiwa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas 30 minit mengumumkan kemenangan BN di Sarawak bahkan ia dianggap apa yang berlaku semalam adalah satu rekod dunia apabila belum pun keputusan penuh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak diumumkan, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun ‘berlari-lari anak’ mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching.

Dilihat beberapa kes yang melibatkan pembangkang kekadang mengambil masa yang lama barulah dapat keizinan untuk mengangkat sumpah. Tetapi tidak di Sarawak. Taib Mahmud ingin mencatatkan 2 sejarah dalam rekod Malaysia sebagai Ketua Menteri yang paling lama berkuasa dan Ketua Menteri yang paling cepat mengangkat sumpah.

Takkan lari Ragad di kejar. Beliau sudah berada di Astana. Umur Taib Mahmud masih lagi muda. Ada 40 tahun lagi untuk mencecah usia Walter Breuning.

Lelaki tertua dunia meninggal dalam usia 114

Lelaki yang tercatat sebagai orang paling tua dunia meninggal dunia dalam usia 114 tahun di Amerika Syarikat. Walter Breuning masih ingat penglibatan abangnya dalam perang saudara Amerika pada tahun 1860an ketika beliau berusia 3 tahun. Ia mempertahankan kesihatannya dengan mengamalkan diet dengan hanya makan dua kali sehari.

Bekas pekerja pengurusan kereta api ini meninggal secara biasa di Hospital Great Falls. Ia tinggal di rumah keseorangan sejak tahun 1980. Istrinya, Agnes Twokey, meninggal dunia tahun 1957 setelah mereka menikah selama 35 tahun. Tentang kematian ia mengatakan kepada wartawan : "Kita semua akan meninggal. Setengah orang takut mati. Jangan takut dengan kematian kerana anda lahir untuk meninggal."

http://3.bp.blogspot.com/--PFHESlFLGk/Tat-ixhW2aI/AAAAAAAAClk/bxu8pfC_oDM/s1600/taib.png

Habis apalah nak dibimbangkan? Adakah beliau bimbang kalau-kalau Najib sebagai PM melantik orang lain sebagai Ketua Menteri. Beliau percaya bahawa orang sudah tidak percaya kepada janji-janji beliau. Taib pernah berjanji bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada tahun 2000. Tetapi hari ini beliau berlari mengangkat sumpah. Nampaknya Najib dah kena kencing dek Taib Mahmud. Tahniah Taib. Beliau berjaya memegang pepatah “ siapa cepat dia dapat” . Beliau cepat.. lalu dapat Ragad Waled yang berusia 28 tahun sebagai isteri. Beliau cepat… lalu beliau rembat Ketua Menteri Sarawak.

http://4.bp.blogspot.com/-IoZ-hpN1aLE/Tat-jbnBpjI/AAAAAAAACl0/_bJL57vI5Wk/s1600/taib2.png

Hasrat kepimpinan BN adalah untuk merehatkan Taib Mahmud. Tetapi tindakan tergesa-gesa beliau itu mengejutkan ramai orang. Mungkin beliau tak nak jadi seperti Presiden SUPP yang terpaksa melepaskan jawatan beliau akibat kekalahan partinya dalam pilihanraya Sarawak. Terpaksa juga SNAP yang kebanyakan calonnya hilang wang deposit.

Nampaknya kali ini Pakatan Berjaya memberi pukulan terhadap BN Sarawak. Keupayaan merain 44% undi merupakan angka yang besar bahkan Berjaya mengurangkan sokongan rakyat daripada 62.93% undi popular BN pada tahun 2006 menjadikan 55.24% sahaja pada pilihanraya kini. Kehilangan 15 kerusi merupakan angka besar bagi BN dan bakal mencorakkan signal kearah PRU-13. Apatah lagi majoriti undi cina gagal berpihak kepada BN. Hanya 2 kerusi yang dimenangi Cina BN itu pun termasuk dun Senadin yang kemenangan hanya 58 undi yang dipertikaikan. Ini menggambarkan bahawa 7 atau 8 kerusi parlimen bakal tumbang ketangan pembangkan di kawasan Bandar. Itu belum mengambil kira undi kaum lain yang mungkin rasa tertipu dengan sikap Taib Mahmud yang kini dianggap sebagai liabaliti terhadap BN kini.

“Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN,” kata penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia. “Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain,” kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan “selesa” apabila memperoleh kemenangan. Tidak dapat dinafikan pengaruh Najib yang berkampung di Sarawak berperanan. Kalau tanpa Najib kemungkinan kekalahan Taib Mahmud makin parah.

Berdasarkan perkembangan ini, adakah Najib berani mengumumkan pilihanraya umum dalam masa yang terdekat ini?

Sumber

Tindakan Bacul Facebook Sekat Laman Ikhwanul Muslimin...

http://1.bp.blogspot.com/-buTE5olhk5U/TY7hV7AZ4qI/AAAAAAAAAIs/_56gMae7GoY/s1600/ikhwanul%2Bmuslimin.jpg

Laman jejaring sosial Facebook memblok halaman group Ikhwanul Muslimin Mesir, tanpa memberikan alasan yang jelas.

Abdul Jalil Syarnoubi, editor untuk laman Ikhwan Online mengatakan: "Halaman Ikhwanul di Facebook adalah perluasan dari laman internet jemaah Ikhwan, dan halaman itu disekat menyusul setelah adanya komentar yang diungkapkan oleh anggota parlimen AS di Kongres yang menyatakan keprihatinan mereka tentang kekuatan dan massa Ikhwanul Muslimin."

Syarnoubi dalam sebuah pernyataan kepada akhbar Asyuruq Alawsath menyatakan bahawa keputusan untuk menyekat halaman Facebook Ikhwan, membuktikan Amerika tidak menghargai kebebasan seperti yang mereka dengungkan, menambahkan bahawa Amerika dan Barat ingin selalu membatasi Islam dalam gambaran seperti yang mereka inginkan.

"Ada konspirasi terhadap pendirian masyarakat dunia terhadap Ikhwan khususnya, dan Islam dan umat Islam pada umumnya, sedangkan halaman Facebook Ikhwan, justru mewakili Islam moderat dan terbuka untuk dunia, jika dibandingkan dengan propaganda Al-Qaidah di internet," tegas Syarnoubi.

Syarnoubi menganggap bahawa usaha menyekat halaman Facebook Ikhwan adalah langkah yang salah, sebagaimana Amerika telah mengulangi kesalahan mendukung para pemimpin Arab otoriter.

Halaman Facebook Ikhwan telah ditutup sehari sebelumnya kemarin, dan menerima surat misterius yang memberitahukan bahawa Facebook memblok semua halaman grup Ikhwan. (fq/islamtoday)

SUMBER

Sunday, April 17, 2011

Adakah Ini Alasan Mereka Mengapa Laman Web Pro PR Di godam???

http://static2.businessinsider.com/image/cb7a6c792775934867af2b00/hacker.jpg

'Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan'

Kenyataan Najib:

kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Saturday, April 16, 2011

Perbandingan Keputusan PRU DUN SARAWAK 2006 & 2011. PR Bertambah Sokongan, Namun Sarawak Akan Terus Dirompak BN............

http://3.bp.blogspot.com/-dSvX-J35iO8/TamGs7cA6AI/AAAAAAAAAsk/hEd4UXs4rXQ/s1600/SnapShot.jpg


Keputusan PRU DUN SARAWAK 2011:

Ternyata keputusannya lebih baik dan BN pula terpaksa membelanjakan banyak duit menyogok pengundi untuk terus berkuasa......Apa pun yang terpaksa menanggung penderitaan ialah Rakyat Sarawak kerana Pemimpin Korup masih mendapat mandat MENJAHANAM SARAWAK.....

N'N:Keputusan masih belum RASMI.....

Gambar Ini Bukti Pembanggunan Yang BN Bawa Di Sarawak...........

http://longsemadoh.files.wordpress.com/2011/04/206537_177769438940301_100001217391084_474335_397118_n.jpg

TERKINI SARAWAK : PR BOLEH MENANG TIDAK LEBIH DARI 28 KERUSI?

Malaysiakini meramalkan PR akan hanya menang tidak lebih dari 28 kerusi di mana 19 kerusi dijangkakan akan menangi dengan agak mudah dan 9 kerusi lagi 50:50. Di bawah ini dimuatkan secara detailnya: (Klik imej untuk rajah yang lebih besar). Antara Dun yang dijangka menjadi tumpuan ialah Dun Piasau, Padungan, Ba'kelalan, Bukit Assek, Beting Maro dan lain-lain. Sementara Zentrum Studies pimpinan Dr Abu Hassan menjangkakan sebaliknya di mana PR dijangka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Mereka juga menjangkan Taib Mahmud dan George Chan akan juga tersungkur kali ini.Sumber

http://2.bp.blogspot.com/-Ulf0zB7ak5U/TakPlda9P0I/AAAAAAAAES0/7ne8hPqGdZc/s1600/zzzzzzzzzzzzzzsawak.gif

Friday, April 15, 2011

30 Sebab Mengapa Rakyat Sarawak Perlu Pangkah PR Esok...............

http://1.bp.blogspot.com/_9vJx6qSRJlQ/TLfHZsRhcII/AAAAAAAABQc/nuwRpFEJ9v8/s1600/no-more-plunder.jpg

30 DALIL MENGAPA TAIB MAHMUD HARUS BERUNDUR:

1.Dia telah menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun, sudah terlalu lama.

2.Dia tak mahu mendengar pendapat seorang pun kecuali dirinya sendiri.

3.Dia memberi gambaran mengenai dirinya adalah seorang yang berbahaya, amat disanjung dan tidak boleh dikalahkan.

4.Dia tidak teragak-agak untuk menunjukkan kuasanya untuk memberitahu semua bahawa dia berkuasa, sangat berkuasa dan kebal dari sebarang tindakan -menyerlahkan gambaran seorang diktator.

5.Dia berada di luar kawalan. Tidak siapa yang mampu mengawalnya, bahkan Perdana Menteri. Seseorang yang berada di luar kawalan sangatlah berbahaya.

6.Dia tidak berada dalam kesihatan yang terbaik untuk mengurus negara. Dia sendiri beritahu dia menderita kanser usus besar.

7.Dia menghabiskan lebih banyak masa di luar Sarawak dari di dalam. Selama enam bulan terakhir, dia susah untuk berada di dalam Sarawak walaupun untuk selama satu bulan . Ini bererti dia tidak mempunyai masa untuk mentadbir Sarawak.

8.Dia dibayar gaji sebagai Ketua menteri . Tapi dia tidak bekerja sama sekali, dia lebih memilih untuk menghabiskan waktunya di luar negeri mencari peluang bisnes untuk meluaskan empayar bisnesnya, atau meneruskan bulan madunya dan Politiknya tentang pembangunan adalah salah satu 'Penipuan Besarnya'.

9.Dia membohongi Abang Johari, Adenan Satem dan Effendi Norwawi, dengan berkata kepada mereka bahawa mereka harus bersedia untuk mengambil alih jawatan KM. Namun setelah 30 tahun, mereka masih belum difikir bersedia dan mampu mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak.

10.Dia tidak mahu sesiapa pun untuk menggantikannya. Seorang pemimpin tanpa pengganti bermakna tidak ada pemimpin sama sekali.

11.Dia tidak mampu bertoleransi kepada perbezaan pendapat. Dia tidak akan ragu-ragu untuk memecat anggota Kabinetnya, bahkan hanya pada provokasi yang sedikit.

12.Dia adalah orang yang sangat panas baran. Pada satu kesempatan, dia telah mencipta satu adegan awam dengan menendang pot bunga dan telah melemparkan buku-buku dan fail-fail kepada orang dalam keadaan marah.

13.Dia adalah seorang pendendam. Dia akan memastikan bahawa mereka yang menentangnya akan menderita seumur hidup mereka.

14.Dia berkecimpung dengan 'bomoh' dan ilmu hitam. Pakciknya, Tun Abdul Rahman Yaakub, orang pertama yang menuduh dia percaya kepada 'Occult dan Dark Side', sudah tentu pakciknya lebih mengenalinya.

15.Dia mengamalkan sikap pilih kasih dalam Perkhidmatan Awam di Sarawak. Pegawai-pegawainya begitu senang untuk menjadi ketua jabatan, sedangkan ada kakitangan yang lebih senior dan lebih layak. Kepegawaian Di sarawak telah menjadi institusi yang sangat demoralisasi sebagai hasilnya.

16.Dia adalah Ketua Besar dalam 'divide-and-rule game'. Sebagai CM, dia seharus bettanggungjawab dalam usaha penyatuan di antara kaum-kaum di Sarawak. Sebaliknya, dia menggunakan kuasanya untuk memisahkan mereka.

17.Dia juga menjaga portfolio Ketua Menteri untuk dirinya sendiri, dia tidak mahu menunjuk kuasa dan bidang kuasa kepada rakan-rakannya di Kabinet. Dengan portfolio rekaan dirinya sendiri, dia mengendalikan hampir semua sumber di Sarawak.

18.Dia tidak mengamalkan transparansi dan akuntabilitas dalam pengendalian dana pembangunan kerajaan dan projek.

19.Dia tidak mengamalkan 'Tender Terbuka'. Kontrak-kontrak awam menjadi perniagaan peribadinya, meraih projek-projek untuk dirinya sendiri. Yang dia tahu adalah "Ini aku, milikku dan diriku sendiri".

20.Dia dianggap sebagai pengganggu dari urutan tertinggi di antara pihak komponen dalam BN Sarawak.

21.Dia tidak mampu meningkatkan taraf hidup Rakyat Sarawak, terutama masyarakat Dayak. Sebaliknya, ia menyalahgunakan kekuasaannya untuk membuat mereka tunduk kepada arahannya.

22.Dia tidak memberi perhatian kepada penderitaan kumpulan pribumi di Sarawak, walhal dia telah merompak mereka dari tanah NCR mereka melalui syarikat ladang yang dimiliki oleh keluarga dan kroni. Dia tidak pernah mengatakan apa-apa selepas mengetahui gadis Penan diperkosa oleh pembalak.

23.Dia meneruskan 'pelacuran' terhadap sumber Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak pernah berjuang untuk kepentingan Sarawak di Semenanjung Malaysia. kegagalannya untuk mendapatkan hak Rakyat Sarawak terhadap Perjanjian Minyak adalah contohnya.

24.Dia telah gagal atau tidak cukup untuk membangunkan Sarawak berada setara dengan Semenanjung Malaysia, sehingga Sarawak secara konsistennya berada 20 tahun lebih mundur dibandingkan dengan semenanjung dibawah pentadbirannya.

25.Dia yang bertanggungjawab membenarkan UMNO untuk menang dan mendominasi Sarawak dengan jumlah yang banyak pada masa yang sama mengabaikan hak-hak dan kepentingan masyarakat minoriti Sarawak. Parti UMNO adalah salah satu Parti Politik yang Rakyat Sarawak tidak mahu lihat di Sarawak.

26.Dia melayan Parti Pembangkang secara tidak adil di dalam dan di luar sidang DUN. Dia mengendalikan seluruh Gedung dan memastikan bahawa tuduhan tentang urusan yang meragukan itu tidak dicatat dalam 'Hansard' majlis itu.

27.'He favours skewed delineation of electoral boundaries' untuk memastikan mempunyai jumlah yang cukup untuk mengekalkan penguasannya.Gerrymandering bermaharajalela dalam setiap 'new delineation exercise in Sarawak'.

28.Dia terkenal kerana meninggalkan Rakyat Sarawak dalam kesukaran pada saat bencana alam seperti kejadian kabut dan banjir besar. Dia meninggalkan negara setiap kali diselimuti oleh kabut sedangkan dia yang bertanggung jawab atas kerosakkan hutan di Sarawak.

29.Kekayaannya sukar diterima akal. kekayaan besarnya diyakini dikumpulkan melalui cara haram dan tidak jujur.

30.Dia langsung tidak memberikan respon untuk semua tuduhan demi tuduhan terhadapnya sebagai dinyatakan di dalam Sarawak Report website, Bruno Manser Fund dan sumber-sumber yang lain walaupun terdapat bukti-bukti. MoCS telah mengumumkan bahawa dia bersalah atas semua tuduhan yang dilabel padanya pada tarikh 13 Mac tahun ini.
MoCS juga meminta Taib Mahmud untuk merenungkan kesemua 30 alasan ini mengapa dia harus mengundurkan diri pada Ulangtahun ke-30 dia menerajui Sarawak.

Sumber


Aram Meh Kitai Berubah!!!

Bolehkah SPR Dipercayai???

http://election.sarawakreport.org/sites/default/files/SPR_0.JPG

Jika benar pengundi ini masih hidup umurnya sekarang ialah 122 Tahun..............Sumber

Rakyat Sarawak Sila Ketahui Hak Anda Sebelum Membuang UNDI!!!

Lagi Gambar Berpusu-pusu Orang Tak Datang Tengok Ceramah BN Di Sarawak .....

http://3.bp.blogspot.com/-uRSEjZbMbUs/TacdNJaDvzI/AAAAAAAAJXE/VxX8mVXPRvI/s1600/CERAMAH77.jpg

Kali ini kehadiran kerusi mengatasi kehadiran orang untuk mendengar ceramah BN
Sumber

Thursday, April 14, 2011

SMS Terdesak BN Untuk Raih Undi Rakyat Sarawak....

http://deen10february.files.wordpress.com/2007/09/sms.jpg

Berikut adalah pesanan SMS yang dihantar secara pukal ke telefon2 bimbit:

Send using Bulk SMS system 63365. The msg goes like this:

DAP, PKR & PAS semua parti semananjung. Paloi sangatkah kita untuk pilih parti semenanjung perintah Swak sedangkan kita ada PBB, SUPP, PRS & SPDP. Baik pilih parti kita dari parti luar? sebarkan

Dan ini pula adalah jawapan Rakyat Sarawak kepada mereka:

Saya nak jawap sikit. Saya tidak "paloi" cuma jemu, sakit hati dan bosan dgn politik State BN Sarawak yangg menindas, menipu, merampas dan merogol hak rakyat Sarawak. Kedua, penghantar SMS yang "paloi" dan PEMBOHONG!!!. PBB, SUPP, PRS & SPDP ni sangat bencikan orang semenanjung dan parti nya sekali TETAPI dapat benarkan PM, DPM dan menteri- menteri dari semenanjung mengetuai kempen PRN SARAWAK.

Sumber

Gambar Berpusu-pusu Orang Tak Datang Tengok Ceramah BN Di Sarawak............

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/215366_1657786285575_1264668741_31408961_5642429_n.jpg

Tu dia sambutan hangit orang Sarawak kepada BN....Sumber

Wednesday, April 13, 2011

Rakaman Video Undi POS Di Jual Beli BN Di PRU DUN SARAWAK......







Menurut Petugas Parti DAP, Mary Josephine Pritam Singh kejadian berlaku sekitar antara jam 12.30 Tengahari ke 1 Tengahari. Beliau dan petugas ‘Polling Agent’ telah ke Wisma Sanyan sebagai pemerhati , kejadian telah dirakam oleh salah seorang petugas yang bersamanya.

Pengundi pos sedang bertukar kertas undi dengan wang tunai di tangga Wisma Sanyan Sibu tengah hari ini. Syabas DAP!!


Apa nak jadi ni??? Mana SPR?? Mana SPRM?? Sudah Buta atau apa? kesalahan telah dirakamkan.. jangan hanya kerana undi mereka dibeli untuk menyokong BN segala kesalahan menjadi halal.. Sumber


MalaysiaKini melaporkan DAP hari ini mendedahkan satu klip video ringkas kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. DAP mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos daripada empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat.

13 Kelemahan BN di Belaga Sarawak.....

http://2.bp.blogspot.com/_FzE5bixeGdY/SWwlCpoNanI/AAAAAAAAAEY/CC2VRt9v0Dc/s400/310+Pekan+Belaga.jpg

1. BN Gagal Membebaskan Rakyat Belaga Dari Belenggu Kemiskinan.

Pendapatan perkapita 28000 penduduk Belaga adalah sekitar RM 7200 setahun atau bersamaan RM600 sebulan.Angka ini menunjukkan semua penduduk Belaga dikategorikan penduduk miskin. Tidak hairan kenapa banyak rumah PPRT dibina di Belaga.

2. BN Gagal Memberi Kerakyatan Kepada Penduduk Belaga.

Masih ada 6000 orang penduduk Belaga yang masih tidak memiliki kad pengenalan diri. Kebanyakan mereka ini kaum Penan dan penduduk Belaga yang tinggal jauh di hulu sungai

3. Taib Mahmud Berbohong Kepada Penduduk Belaga.

Dalam banyak-banyak pembohongan yang dilakukan Taib Mahmud,bohong yang paling besar adalah janji beliau memberi saham setiap syarikat balak dan kelapa sawit sebanyak 30% kepada penduduk Belaga.

4. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Internet Di Belaga.

Kita golongan muda harus menolak BN di Belaga kerana mereka gagal untuk menyediakan kemudahan internet atau WIFI di kawasan Belaga. Kemudahan seperti ini adalah keperluasan asas dalam kehidupan moden hari ini.

5. YB BN Belaga Tidak Tinggal Di Belaga.

Kita tolak BN di Belaga kerana YBYB BN selama ini lebih selesa tinggal di bandar Kuching daripada tinggal di Belaga. Bila rakyat dalam kesusahan, sukar nak menghubungi YB. Inilah sikap YB BN yang tidak mesra rakyat.

6. YB BN Belaga tiada akaun FB, Twitter atau Blog.

YBYB BN dari dulu hingga kini langsung tidak mengupgredkan kemahiran ICT mereka. Kita sukar berhubung dan menyalurkan maklumat kepada YB. Kalau gitu janganlah guna gelaran “wakil rakyat”

7. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Hospital Dan Doktor.

Setelah 48 tahun bertapak di Belaga, BN masih gagal untuk mendirikan hospital di Belaga. Bulan januari dulu ada buka sebuah poliklinik di Belaga. Namun sehingga kini masih gagal berfungsi kerana tidak cukup bekalan tenaga elektrik dan juga tiada doktor.

8. Akaun Tabung Amanah Bakun Mungkin Disalahgunakan.

Sejak penubuhannya pada 1.9.1996 sehingga kini, TAB gagal membentangkan penyata kira-kiranya kepada rakyat Belaga. Yang kita tahu mereka menyatakan duit dalam TAB sudah habis, jadi tak mampu memberi bantuan kepada pelajar. Bila PM Najib datang TAB dapat RM5 juta lagi. Betul ke pengurusan TAB ini??

9. TAB diterajui James Jemut Masing.

Tidak adakah orang kelahiran daerah Belaga yang berkelayakan sehinggakan kita serahkan pengurusan TAB kepada James Masing. Bolehkan saya dilantik untuk menguruskan Tabung Amanag Baleh pada masa depan??

10. BN Masih Berhutang Dengan Penduduk Bakun.

BN sehingga hari ini masih gagal membayar harga 15 buah rumah panjang penduduk Bakun yang berjumlah hampir RM100juta, ada ura-ura BN nak bayar menjelang pilihanraya kali ini. Kalau ada cepat-cepatlah bayar hutang. Barang harus diingat harus dibayar dengan bunganya sekali. Faedah 8% untuk satu tahun dan kalikan dengan 12 tahun.

11. BN Gagal Membela Institusi Ketua Kaum Di Belaga.

Gaji Ketua Kaum kita yang diberi kerajaan BN adalah amat tidak cukup, sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka amat berat. Tidak cukup dengan itu kerajaan BN juga telah merampas kuasa Ketua Kaum berkaitan pengesahan Hak Milik Tanah. Dibawah rejim BN. Ketua Kaum kita di Belaga tiada kuasa mengesahkan hak berkaitan pemilikan tanah NCR.

12. Gagal Memelihara Warisan Budaya.

Kubu pertahanan di Pekan Belaga telah dimusnahkan oleh kerajaan BN, begitu juga dengan salung/keliring yang terdapat di Belaga kebanyakannya telah dirampas dan dibawa lari ke kuching. Manakala salung-salung yang sedia ada sekarang langsung tidak dijaga dan dibaik pulih.

13. BN Tiada Pusat Khidmat ADUN/MP.

YB BN Belaga begitu tidak mesra rakyat. Ini terbukti dengan tiadanya pusat Khidmat Adun di Belaga dan Asap. Kalau adapun, bangunannya sahaja, kakitangan yang sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat belaga-tiada.


Sumber

Monday, April 11, 2011

PRU DUN SARAWAK: BN Sogok Penduduk Belaga Dengan TILAM......

Tilam 1 Azam “Akhiri Zaman Miskin”- mudahnya cogankata BN, dengan memberi tilam saja akan berakhir zaman miskin. Apapun perbuatan BN ini adalah bertentangan dengan etika pilihanraya.


Penduduk Belaga menerima tilam percuma daripada BN ...Betapa BN menyangka begitu mudah untuk memperbodohkan penduduk Belaga...Saat masyarakat Belaga tidur beralaskan daun dimana BN??? Adakah hanya dengan tilam BN meyangka mereka dapat meraih undi2 penduduk Belaga???

Sumber

Gambar Ini Bikin Najib & Taib Tak Boleh Tidur Malam.........

http://2.bp.blogspot.com/-PBdVpjCm0EY/TaKWWJkVvvI/AAAAAAAAjH4/aEDiXMi6_m4/s1600/batukawa.jpg

(Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi)

Sunday, April 10, 2011

PRU DUN SARAWAK: Takti Kotor BN - Mengumpul Kad Pengenalan Di daerah Kuching Stutong........

https://lh5.googleusercontent.com/-QONDbija7vE/TXq5JU_N6mI/AAAAAAAAKmc/twLOpxQUqa4/REALPOLITIKER_Hornbill_MyKad.jpg

Dua orang lelaki dan seorang perempuan telah mengunjungi setiap kawasan perumahan di Stutong / daerah Tabuan meminta Kad Pengenalan Rakyat dan bertindak berusaha kononnya untuk membantu anda mendaftar. Harap jangan tertipu kerana mereka dipercayai dari BN! Jangan berikan nombor Kad Pengenalan atau anda akan kehilangan suara anda untuk mengundi! Anda tidak boleh memilih dalam pilihan raya akan datang sekalipun anda mendaftar sekarang! SR, sila menyebarkan berita ini secepat mungkin!

Sumber

Friday, April 8, 2011

PRU DUN SARAWAK: Luahan Hati Kakitangan Awam Yang Dipaksa Menghadiri Program BN..

http://www.bharian.com.my/articles/BNSarawaksokongkeahlianterus/pix_gal0
Gambar Hiasan

Selalunya bila time pilihanraya..kami kakitangan kerajaan perskutuan mahupun negeri akan menjadi mangsa keadaan, daripada menjalankan tugas dipejabat, kami dipaksa untuk menghadiri program tertentu sempena menyambut para menteri tempatan ataupun menteri dari semenanjung...nanti di akhbar mahupun di TV seolah-olah kami rakyat tempatan memberi sokongan kepada mereka kerana rata-rata kamilah majoriti yang hadir kesitu...ini satu penipuan kepada rakyat...Setiausaha kerajaan negeri sepatutnya mengetahui perkara ini dan kalau kami lawan dimahkamah sure kami akan menang..kalau atas arahan menteri, lagilah satu penipuan..bukankah ADUN telah diBUBAR dan mereka tiada kuasa sekarang ini untuk memberi arahan t**k p*l*t b*b* ya.....................Sumber

Berapa Banyak Kematian Seperti Ini Lagi Yang BN Perlukan Sebelum Mahu Merombak SPRM???

http://3.bp.blogspot.com/-JOi1dRKPg1M/TZydbP8kXhI/AAAAAAAACjM/rUBwQxfiw3Y/s1600/sprmbunuh.jpg


http://4.bp.blogspot.com/-B9Q00I6meYI/TZ3EeUJvceI/AAAAAAAAel8/N0MI3WET2-w/s320/3f237c4f16df7e4968a524f039dc1de9.jpg

http://deadalienx.files.wordpress.com/2009/12/teoh-beng-hock.jpg

http://www.kongsiblog.com/wp-content/uploads/2009/08/teoh-beng-hock-dead.jpg



Mereka bukan pelarian,mereka bukan penjenayah, mereka punyai keluarga yang sayang pada mereka, mereka Rakyat malaysia...SPRM perlu bertanggungjawab...Sekarang jawab pertanyaan aku, Berapa Banyak Kematian Seperti Ini Lagi Yang BN Perlukan Sebelum Mahu Merombak SPRM???

Thursday, April 7, 2011

PRU DUN SARAWAK: Double Standard,Adakah Ceramah Politik Di Masjid Hanya Diharamkan Kepada Pakatan Rakyat???

Ceramah Politik di Masjid

Dua minggu yang lepas keluar arahan dari Jabatan Agama Islam Sarawak melalui surat kepada semua masjid dan surau seluruh Sarawak yang mengandungi arahan LARANGAN berceramah tanpa tauliah(anda faham maksud inikan bila menjelang pilihanraya)......

Tapi bermula semalam terdapat banyak surat jemputan kepada semua orang kampung melalui masjid atas jemputan untuk menghadiri program/ceramah/aktiviti yang berbaur/berunsur politik parti B end....mengapa???

Mengapa Jabatan Agama Islam Sarawak turut dipengaruhi parti politik ini sedangkan mereka sendiri(BN) dahulu yang mengusulkan Larangan Menggunakan Masjid atau rumah ibadat sebagai tempat berpolitik???Sumber

INI KAMPUNG BN, PEMBANGKANG TAK BOLEH MASUK,Cara Bangang BN Sarawak Berkempen.........................



Wednesday, April 6, 2011

Apa Cerita Ni Lepas TBH,Pegawai Kastam Pulak Mati Jatuh Bangunan SPRM

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM
April 6, 2011

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah pada jam 10.15 pagi.

Sumber: Malaysikini

Projek Last Minute Taib Mahmud Di Sarawak....

http://election.sarawakreport.org/sites/default/files/Stadium.jpg


Foto ini diambil pada April 5 2010 iaitu 9 hari sebelum Pilihan Raya Umum Sarawak (April 16, 2011). Anda dapat melihat bahawa ada dua buah kanopi dipasang di tengah tanah kosong, dan menurut Abdul Taib Mahmud(ATM), dia akan membina sebuah 'stadium' untuk SMK Kai Chung di sana.Untuk pengetahuan anda, SMK Kai Chung adalah sekolah menengah di kawasan bandar Bintangor (saya mahasiswa di sana, tahun yang lepas), dan akan ada upacara pembukaan oleh ATM esok semperna pembinaan Stadium itu (8 hari sebelum Pilihanraya DUN Sarawak ). Menurut teman saya di Bintangor, mereka mula mengosongkan tanah,kemudian menuangkan pasir di tanah lapang itu beberapa hari yang lalu, dan memasang kanopi hari ini. Sumber

SENARAI PENUH CALON PAKATAN RAKYAT PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011

http://mynewshub.my/bm/files/2011/04/pakatan-rakyat.gif

SENARAI PENUH CALON PAKATAN RAKYAT
PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011

N 01 OPIR - BONIFACE WILLY ANAK TUMEK (PKR)
N 02 TASIK BIRU - JOHN TENEWI NUEK @ JOHN TENEWI (PKR)
N 03 TANJONG DATU - HANI BINTI SHAFI (PAS)
N 04 PANTAI DAMAI - WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN SENUSI (PKR)
N 05 DEMAK LAUT - ALI HOSSEN BIN ABANG (PKR)

N 06 TUPONG - BAHARUDDIN @ DIN SHAH BIN MOKHSEN (PKR)
N 07 SAMARIANG - ZULRUSDI BIN MOHAMAD HOL (PKR)
N 08 SATOK - AHMAD NAZIB BIN JOHARI (PKR)
N 09 PADUNGAN - WONG KING WEI (DAP)
N 10 PENDING - VIOLET YONG (DAP)

N 11 BATU LINTANG - SEE CHEE HOW (PKR)
N 12 KOTA SENTOSA - CHONG CHIEN JEN (DAP)
N 13 BATU KAWA - CHRISTINA CHIEW WANG SEE (DAP)
N 14 ASAJAYA - ARIP BIN AMERAN (PKR)
N 15 MUARA TUANG - NORAINI BINTI HAMZAH (PAS)

N 16 BENGOH - WILLIE ANAK MONGIN (PKR)
N 17 TARAT - PETER ATO ANAK MAYAU (PKR)
N 18 TEBEDU - CHRISTOPHER ANAK KIYUI (PKR)
N 19 KEDUP - LAINUS ANAK ANDREW LUWAK (PKR)
N 20 SADONG JAYA - ABANG EDDY ALLYANNI (PAS)

N 21 SIMUNJAN - MASHOR BIN HOSSEN (PKR)
N 22 SEBUYAU - ADAM AHID (PAS)
N 23 LINGGA - ABG AHMAD ARABI BIN ABG BOLHASSAN (PKR)
N 24 BETING MARO - ABANG AHMAD KARDEE (PAS)
N 25 BALAI RINGIN - IBI ANAK UDING (PKR)

N 26 BUKIT BEGUNAN - JIMMY LIM @ JIMMY DONALD (PKR)
N 27 SIMANGGANG - LEON JIMAT DONALD (DAP)
N 28 ENGKILILI - MARUDI @ BARUDI ANAK MAWONG (PKR)
N 29 BATANG AI - NICHOLAS BAWIN ANAK ANGGAT (PKR)
N 30 SARIBAS - ABANG ZULKIFLI BIN ABANG ENGKEH (PKR)

N 31 LAYAR - STANNY EMBAT PHAROH ANAK LAJA (PKR)
N 32 BUKIT SABAN - JERAH ANAK ENGKIONG @ EDWARD JERAH (PKR)
N 33 KALAKA - MOHD YAHYA BIN ABDULLAH (PKR)
N 34 KRIAN - ALI ANAK BIJU (PKR)
N 35 BELAWAI - ABDUL WAHAB BIN ABDULLAH (PKR)

N 36 SEMOP - ONG CHUNG SIEW (PKR)
N 37 MATU DARO - JAMALUDIN BIN IBRAHIM (PKR)
N 38 JEMORENG - DIKOSONGKAN
N 39 REPOK - DR WONG HUA SEH (DAP)
N 40 MERADONG - TING TZE FUI (DAP)

N 41 PAKAN - TIADA CALON
N 42 MELUAN - JOHN BRIAN ANTHONY ANAK JEREMY GUANG (PKR)
N 43 NGEMAH - ARIS ANAK ALAP (PKR)
N 44 MACHAN - CHEN NGUK FA (PKR)
N 45 BUKIT ASSEK - WONG HO LENG (DAP)

N 46 DUDONG - YAP HOI LIONG (DAP)
N 47 BAWANG ASSAN - ALICE LAU KIONG YIENG (DAP)
N 48 PELAWAN - DAVID WONG KEE WOAN (DAP)
N 49 NANGKA - NORISHAM MOHAMED ALI (PKR)
N 50 DALAT - SYLVESTER AJAH SUBAH @ AJAH BIN SUBAH (PKR)

N 51 BALINGIAN - SURIATI BINTI ABDULLAH (PKR)
N 52 TAMIN - MENGGA ANAK MIKUI (PKR)
N 53 KAKUS - PAUL ANYIE RAJA (PKR)
N 54 PELAGUS - EDWARD SUMBANG ANAK ASUN (PKR)
N 55 KATIBAS - MUNAN ANAK LAJA (PKR)

N 56 BALEH - BENDINDANG ANAK MANJAH (PKR)
N 57 BELAGA - BASAH KESING @ ALI BASAH KESING (PKR)
N 58 JEPAK - ABDUL JALIL BIN BUJANG (PKR)
N 59 KIDURONG - CHIEW CHIU SING (DAP)
N 60 KEMENA - BERNARD BINAR BAYANG ANAK RADING (PKR)

N 61 BEKENU - ISHAK BIN MAHWI (PKR)
N 62 LAMBIR - ZULHAIDAH BINTI SUBOH (PKR)
N 63 PIASAU - LING SIE KIONG (DAP)
N 64 PUJUT - FONG PAU TECK (DAP)
N 65 SENADIN - MICHAEL TEO YU KENG (PKR)

N 66 MARUDI - TIADA CALON
N 67 TELANG USAN - HARRISON NGAU LAING (PKR)
N 68 BUKIT KOTA - LEONG KWANG YEW (DAP)
N 69 BATU DANAU - LAU LIAK KOI (PKR)
N 70 BA'KELALAN - BARU BIAN (PKR)
N 71 BUKIT SARI - JAPAR BIN SUYUT (PKR)

Nota:

SNAP meletakkan calonnya berasingan di 27 kerusi.
SNAP kini bukan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat

Tuesday, April 5, 2011

Taib Mahmud Pemimpin Paling Berjaya Dalam Sejarah Korupsi BN...


ATM(Abdul Taib Mahmud) telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak, dan hasil daripada itu, Sarawak menjadi negeri yang paling miskin sedangkan dia sendiri telah menjadi orang yang paling kaya di Malaysia. Video ini akan membongkarkan muslihat Taib, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.

Adakah Surat Misteri Kakitangan SPRM Mengenai Kes Kematian Teoh Beng Hock Ini Di ambil Kira Suruhanjaya Inkues???




Sila Klik pada imej untuk besarkan imej.

Innity