yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Sunday, April 24, 2011

Dasar Politik Sempit Universiti, 40 Mahasiswa Pro-M Di Singkir Dari Kolej Kediaman

http://2.bp.blogspot.com/-1nuYrXGC88k/TWOWkHhUSEI/AAAAAAAACNo/HfS3at7ymSg/s320/mahasisi.jpg

KUALA LUMPUR - Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi. Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Norhidayah Abdul Rahman 100 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum.

“Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui mendakwa pengetua kolej, Rosna Abdul Raman merupakan dalang tindakan tidak berperundangan itu.

“Rosna sejak seminggu lalu menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa dari menghuni di kolej tersebut,” katanya dalam kenyataan media.Zuhairah adalah bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Norhidayah ialah Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM.

Siti Zulaikha menyelar tindakan berat sebelah Rosna yang membenarkan pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol menetap di kolej itu walaupun hanya mendapat 52 merit.

Pro-M dlihat memiliki pandangan yang agak kritikal terhadap kerajaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi dilihat cenderung dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rosna adalah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan boleh dihubungi melalui 03-894 673 57 begin_of_the_skype_highlighting 03-894 673 57 end_of_the_skype_highlighting.

“Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan,” kata Siti Zulaikha lagi./KD

Sumber

[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)