yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, April 18, 2011

Datuk Eskay Nafikan Pembabitan Dua Lagi Datuk Dan Sanggup Menanggung Kesalahan Menayangkan Video Lucah Seorang Diri....

Image



Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam kenyataan beliau mengatakan bahawa hanya beliau yang terbabit dalam penayangan video lucah Carcosa dan Tan Sri Rahim bersama Datuk Shuib tidak terbabit dalam isu ini. Sumber

Taib Mahmud ada masa 40 tahun lagikah?

http://1.bp.blogspot.com/-ib_2nWh43E8/Tat-jGyTXlI/AAAAAAAACls/IqE26yCpgw8/s1600/taib1.png

Tak perlu menghambat waktu seolah tiada esok bagi mu. Peristiwa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas 30 minit mengumumkan kemenangan BN di Sarawak bahkan ia dianggap apa yang berlaku semalam adalah satu rekod dunia apabila belum pun keputusan penuh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak diumumkan, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun ‘berlari-lari anak’ mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching.

Dilihat beberapa kes yang melibatkan pembangkang kekadang mengambil masa yang lama barulah dapat keizinan untuk mengangkat sumpah. Tetapi tidak di Sarawak. Taib Mahmud ingin mencatatkan 2 sejarah dalam rekod Malaysia sebagai Ketua Menteri yang paling lama berkuasa dan Ketua Menteri yang paling cepat mengangkat sumpah.

Takkan lari Ragad di kejar. Beliau sudah berada di Astana. Umur Taib Mahmud masih lagi muda. Ada 40 tahun lagi untuk mencecah usia Walter Breuning.

Lelaki tertua dunia meninggal dalam usia 114

Lelaki yang tercatat sebagai orang paling tua dunia meninggal dunia dalam usia 114 tahun di Amerika Syarikat. Walter Breuning masih ingat penglibatan abangnya dalam perang saudara Amerika pada tahun 1860an ketika beliau berusia 3 tahun. Ia mempertahankan kesihatannya dengan mengamalkan diet dengan hanya makan dua kali sehari.

Bekas pekerja pengurusan kereta api ini meninggal secara biasa di Hospital Great Falls. Ia tinggal di rumah keseorangan sejak tahun 1980. Istrinya, Agnes Twokey, meninggal dunia tahun 1957 setelah mereka menikah selama 35 tahun. Tentang kematian ia mengatakan kepada wartawan : "Kita semua akan meninggal. Setengah orang takut mati. Jangan takut dengan kematian kerana anda lahir untuk meninggal."

http://3.bp.blogspot.com/--PFHESlFLGk/Tat-ixhW2aI/AAAAAAAAClk/bxu8pfC_oDM/s1600/taib.png

Habis apalah nak dibimbangkan? Adakah beliau bimbang kalau-kalau Najib sebagai PM melantik orang lain sebagai Ketua Menteri. Beliau percaya bahawa orang sudah tidak percaya kepada janji-janji beliau. Taib pernah berjanji bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada tahun 2000. Tetapi hari ini beliau berlari mengangkat sumpah. Nampaknya Najib dah kena kencing dek Taib Mahmud. Tahniah Taib. Beliau berjaya memegang pepatah “ siapa cepat dia dapat” . Beliau cepat.. lalu dapat Ragad Waled yang berusia 28 tahun sebagai isteri. Beliau cepat… lalu beliau rembat Ketua Menteri Sarawak.

http://4.bp.blogspot.com/-IoZ-hpN1aLE/Tat-jbnBpjI/AAAAAAAACl0/_bJL57vI5Wk/s1600/taib2.png

Hasrat kepimpinan BN adalah untuk merehatkan Taib Mahmud. Tetapi tindakan tergesa-gesa beliau itu mengejutkan ramai orang. Mungkin beliau tak nak jadi seperti Presiden SUPP yang terpaksa melepaskan jawatan beliau akibat kekalahan partinya dalam pilihanraya Sarawak. Terpaksa juga SNAP yang kebanyakan calonnya hilang wang deposit.

Nampaknya kali ini Pakatan Berjaya memberi pukulan terhadap BN Sarawak. Keupayaan merain 44% undi merupakan angka yang besar bahkan Berjaya mengurangkan sokongan rakyat daripada 62.93% undi popular BN pada tahun 2006 menjadikan 55.24% sahaja pada pilihanraya kini. Kehilangan 15 kerusi merupakan angka besar bagi BN dan bakal mencorakkan signal kearah PRU-13. Apatah lagi majoriti undi cina gagal berpihak kepada BN. Hanya 2 kerusi yang dimenangi Cina BN itu pun termasuk dun Senadin yang kemenangan hanya 58 undi yang dipertikaikan. Ini menggambarkan bahawa 7 atau 8 kerusi parlimen bakal tumbang ketangan pembangkan di kawasan Bandar. Itu belum mengambil kira undi kaum lain yang mungkin rasa tertipu dengan sikap Taib Mahmud yang kini dianggap sebagai liabaliti terhadap BN kini.

“Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN,” kata penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia. “Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain,” kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan “selesa” apabila memperoleh kemenangan. Tidak dapat dinafikan pengaruh Najib yang berkampung di Sarawak berperanan. Kalau tanpa Najib kemungkinan kekalahan Taib Mahmud makin parah.

Berdasarkan perkembangan ini, adakah Najib berani mengumumkan pilihanraya umum dalam masa yang terdekat ini?

Sumber

Tindakan Bacul Facebook Sekat Laman Ikhwanul Muslimin...

http://1.bp.blogspot.com/-buTE5olhk5U/TY7hV7AZ4qI/AAAAAAAAAIs/_56gMae7GoY/s1600/ikhwanul%2Bmuslimin.jpg

Laman jejaring sosial Facebook memblok halaman group Ikhwanul Muslimin Mesir, tanpa memberikan alasan yang jelas.

Abdul Jalil Syarnoubi, editor untuk laman Ikhwan Online mengatakan: "Halaman Ikhwanul di Facebook adalah perluasan dari laman internet jemaah Ikhwan, dan halaman itu disekat menyusul setelah adanya komentar yang diungkapkan oleh anggota parlimen AS di Kongres yang menyatakan keprihatinan mereka tentang kekuatan dan massa Ikhwanul Muslimin."

Syarnoubi dalam sebuah pernyataan kepada akhbar Asyuruq Alawsath menyatakan bahawa keputusan untuk menyekat halaman Facebook Ikhwan, membuktikan Amerika tidak menghargai kebebasan seperti yang mereka dengungkan, menambahkan bahawa Amerika dan Barat ingin selalu membatasi Islam dalam gambaran seperti yang mereka inginkan.

"Ada konspirasi terhadap pendirian masyarakat dunia terhadap Ikhwan khususnya, dan Islam dan umat Islam pada umumnya, sedangkan halaman Facebook Ikhwan, justru mewakili Islam moderat dan terbuka untuk dunia, jika dibandingkan dengan propaganda Al-Qaidah di internet," tegas Syarnoubi.

Syarnoubi menganggap bahawa usaha menyekat halaman Facebook Ikhwan adalah langkah yang salah, sebagaimana Amerika telah mengulangi kesalahan mendukung para pemimpin Arab otoriter.

Halaman Facebook Ikhwan telah ditutup sehari sebelumnya kemarin, dan menerima surat misterius yang memberitahukan bahawa Facebook memblok semua halaman grup Ikhwan. (fq/islamtoday)

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)