Monday, February 28, 2011

Gambar Bogel Palsu Jadi Modal UMNO Berkempen Di Merlimau.........

Nampaknya penyokong-penyokong gerombolan songkok tinggi sudah menggunakan taktik biasanya untuk meraih undi, iaitu dengan menggunakan gambar palsu "superimpose" bagi menggerakkan taktik serangan "hit and run".

Semua orang akan tahu bahawa gambar yang disebarkan ini adalah gambar palsu. Malah seekor kambing yang cacat otak sedang meragut rumput di Politeknik Merlimau juga akan menggeleng kepala melihat gambar ini.





Namun begitu, taktik seperti inilah yang digunakan untuk mendapatkan undi di setiap kali PRK diadakan. Walaupun fitnah ini akan terdedah, namun PRK sudah berlalu dan calon BN sudah menang dengan majoriti yang besar. BN boleh terus menipu dan merompak harta rakyat. Rakyat yang sudah diperbodohkan, walaupun sedar diperbodohkan terpaksa menunggu Pilihanraya Umum untuk menukar undi.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Tuan Guru Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kemaluan perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Sumber:http://milosuam.blogspot.com/2011/02/gambar-bogel-palsu-jadi-bahan-kempen-di.html

Sunday, February 27, 2011

Cara Bangsat Parti Politik Melayu UMNO Berpolitik........

http://1.bp.blogspot.com/-xVXFdovT12s/TWik5a5Z6pI/AAAAAAAADMM/ijVrLMWFL48/s1600/bnbebal.jpg

Gambar ini dibawa oleh penyokong UMNO semasa penaman calon di Merlimau, disini kita boleh melihat betapa keji & kotornya cara UMNO berpolitik....

http://4.bp.blogspot.com/_fJdRDJUugn0/Sx2cubnPyCI/AAAAAAAAAMs/07c1QiTPLG0/s320/ajiskenemain.jpg

Gambar yang memburukkan TGNA & DSAI ini langsung tak boleh diterima akal yang bersih kecuali manusia-manusia yang berakal seperti haiwan dan berfikiran bangsat sahaja yang boleh menerima apabila seorang Ulama' dihina sedemikian rupa..........

Dulu Beliau Digelar Ulama', Pemikir, Sarjana &Merupakan Golongan Intelek Kontemporari Pada Abad Ini,Kini Najib Gelarkan Beliau "Pengganas"...

[yusuf+al-qaradawi+menerima+anugerah+daripada+sultan+kedah.jpg]

Bagaimana seorang tokoh Ulama' yang diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah tiba2 digelar pengganas oleh seorang Pemimpin sebuah negara yang pernah memberi beliau pengiktirafan itu???

Pelik tapi benar tapi itu lumrahnya di Malaysia ini. Seketika dulu DSAI juga pernah disanjung golongan UMNO sebagai tokoh Pemimpin tersohor namun kerana ingin menegakkan kebenaran beliau dihina sehingga dilabelkan sebagai peliwat,ajen negara barat, pengganas dan yang terbaru sebagai pengembang fahaman Pluralisme....

Dan itulah juga yang berlaku kepada Alim Ulama' seperti TGNA yang difitnah sebagai seorang yang sesat....

Fikirkanlah sendiri kerana anda telah diberikan akal dan fikiran oleh ALLAH S.W.T. Tapi jangan tersilap menilai..............

Saturday, February 26, 2011

Adakah Mereka Ini Bangga Mempersendakan Islam???




Ini pula yang komen mereka yang rasa diri mereka arif dalam Islam:

Komen1:

Ustazah.., Kaji sejarah dulu yee Ustazah.. well said boys.. big ups to ya'll... dont allow these fanatics to use religion as a tool to segregate our beloved malaysia.

Expose their stupidity and show them that we all can live together in harmony.

Politics is the the fight for money and power. Hence religion used in politics manipulates the masses into taking sites and creates stereotypes out of them causing hate and conflict among our beloved brothers and sisters.

Komen 2:


Ustazah bagi hujah temberang & logik x masuk akal, itu tidak menghina Islam?

Kalau orang dedahkan kesilapan hujah ustazah, oh itu menghina Islam?

Islam mazhab apa nih?

Begitu manthop hujah belia2 harapan negara kita, tolong bagi hujah tentang ini pula wahai belia2 harapan negara............

http://www.danialrazali.com/wp-content/uploads/2011/01/buang-bayi2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_QW2MfgMzri8/S8ZR3Rj-G1I/AAAAAAAAAHQ/ugsNNklzN7Q/s1600/bayi2.jpg

Atau mungkin lepas ni korang nak buat Video pasal "Pakailah kondom sebelum BERZINA"

Friday, February 25, 2011

Gaddafi Batalkan Hasrat Untuk Mati Syahid???

http://cdn-english.alshahid.net/wp-content/uploads/2010/03/gaddafi.jpg

Sebelum ini Gaddafi dengan lantangnya membuat kenyataan yang beliau lebih rela Mati Syahid daripada berundur dari tampuk pemerintahan kuku besinya.....Namun kini terdapat ura-ura yang mengatakan Gaddafi telah menjadi pelarian ke Zimbabwe....Mungkinkah dia kesana untuk melawat sahabatnya Mugabe???

Kira-kira sejam tadi Gaddafi bercakap melalui telepon kepada penduduk al-Zawiyah.
Khabarnya, itu adalah rakaman. Suaranya tak sama dengan suara yang selalu didengar. Ini menguatkan berita yang tersebar bahawa Gaddafi sedang dalam pelarian ke Zimbabwe.

Tambahan Terkini:
Sebentar tadi lebih ramai pegawai tentera, para diplomat dan penguasa tempatan mengumumkan yang mereka bersama penunjuk perasaan ....!!!

Sumber:http://siyasahsyariyah.blogspot.com

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau

http://2.bp.blogspot.com/-DQNn-Mq7ASY/TVZpY1hgjDI/AAAAAAAACns/ngcpzwr4nDc/s1600/IMG-20110211-00197.jpg
Kebangkitan Anak Muda Tak dapat Dinafikan Lagi...............

TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.

Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.

Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.

Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sumber:Harakahdaily

Wednesday, February 23, 2011

REVOLUSI DUNIA ARAB 2011 : PLAN ISRAEL UNTUK "MEMPERTAHANKAN" DIRINYA



Israel Zionis Laknatullah seperti takut pada bayang-bayang kezaliman mereka sendiri. Orang Islam yang dizalimi diberi gelaran 'Pengganas' apabila mereka cuba mempertahankan diri daripada kezaliman Israel...Hamba kepada dajjal ini tidak akan pernah berhenti untuk mengubah apa yang telah ditakdirkan untuk mereka....

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah,
di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Saturday, February 5, 2011

Beza Layanan Istimewa Polis Malaysia Untuk Para Peserta Demo Penyokong PR, Perkasa&UMNO.....

Ini adalah layanan istimewa Polis kepada para peserta Demo yang terdiri daripada penyokong2 PR........

http://2.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/TPzchRE96PI/AAAAAAAAZMg/QPMUbgl6SL8/s1600/ganas4.jpghttp://3.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/TPzcd6U8W7I/AAAAAAAAZMY/aQ4aj6JAhvs/s1600/ganas1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_sT7XmAksPaM/SX3xSKz6ScI/AAAAAAAAAFQ/-IiTSh44U7g/s200/polis.jpg
http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/kena%20tendang.jpg001.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SYvlNyO7itI/AAAAAAAAA4o/8xsQs-1aTg8/s1600/fru.bmp



Di bawah ini pula ialah layanan polis kepada Para Peserta Demo yang terdiri daripada penyokong UMNO& Perkasa

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_bc20404a-7f000010-1d956ad0-5fe5e020/1/arm2x.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SsvPifvrR3I/AAAAAAAAKcs/WMof4M78PlQ/s400/samseng-umno.jpg

Tun Mahathir: UMNO Tak Betul Tapi Sokonglah UMNO???

http://1.bp.blogspot.com/_48l9Yz23bac/TUwOi5mfkhI/AAAAAAAABUs/2ogQLvj6E44/s1600/Tun%2BMahathir.png

"UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan"- Tun Mahathir

Begitu kenyataan yang dipetik di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider .

Friday, February 4, 2011

Polis Memukul & Meludah Ke Arah Peserta Perhimpunan Anti Mubarak Atas Arahan Siapa???

http://4.bp.blogspot.com/_XtONO9yL9ec/TUv6IbaBfDI/AAAAAAAAIJg/TkMKUX2BPhA/s1600/diantara-rakyat-yg-ditangkap-semasa-demo-diadakan-2-412x270.jpg
KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.

"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.

"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.

"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.

Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.

Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.

"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.

Sumber:TVS NEWS

Krisis Mesir:Antara Dua Darjat

http://www.islamictruth.org/wp-content/uploads/2010/12/Sheik-Yusuf-Qaradawi.jpg

Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

http://hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2009/10/mufti-mesir-ali-jamah.jpg

'Rakyat Mesir sila hentikan Demonstrasi!!!'
- Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Krisis Mesir: Mufti Mesir Sangat Mengecewakan..............

http://hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2009/10/mufti-mesir-ali-jamah.jpg

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.


Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Thursday, February 3, 2011

Nak Tahu Prinsip Ulama' UMNO..........

http://3.bp.blogspot.com/_gbO5IRcHUGg/TCkvFL1D3nI/AAAAAAAAAmE/YiLcwI4hUaY/s400/Kartun+Harakah+Ulama+muda+warna.jpg


Kami dengar dan kami taat.............

Krisis Mesir:"Usir mereka dari Tahrir ... Bunuh mereka ..."

http://1.bp.blogspot.com/_ghNs9FhNcY4/TUfzQJBqH9I/AAAAAAAAMpQ/9nRuaxLsDdY/s400/kereta+kebal+solat.jpg

"Penunjuk perasaan itu bukan orang Mesir ..."
"Mereka adalah orang Arab luar ... Arab asing ..."
"Mereka adalah orang Syria ... Rakyat Libya ..."
"Mereka datang dari Saudi ... dari Sudan ..."
"Usir mereka dari Tahrir ... Bunuh mereka ..."
"Sekarang anda terima 600 paun, kemudian 1,000 paun ..."

Begitu taklimat pemimpin parti pemerintah kepada pembunuh upahan ... Begitu pengakuan beberapa pembunuh upahan yang ditahan oleh para penunjuk perasaan dan diserahkan kepada tentera.

Wednesday, February 2, 2011

Revolusi Mesir:Penyokong Mubarak Buat Demo Kecil, Mereka Ini Kalau Di Malaysia Mungkin Dipanggil Demo UMNO@Perkasa.....



Ribuan orang berkumpul dalam mendukung Presiden Hosni Mubarak Rabu pagi ini (2/2), beberapa jam setelah Mubarak berpidato menjanjikan untuk melayani pemerintahannya dalam bulan-bulan terakhir masa jawatannya dan menyatakan ia menginginkan dirinya mati di tanah Mesir.

Demo kecil tampaknya menjadi awal dari usaha yang dilakukan oleh 3 juta-anggota Parti Nasional Demokrat Mubarak untuk merebut kembali momentum dari para penunjuk perasaan yang menuntut langkah penguasa yang memerintah 30 tahun Mesir tersebut diturunkan.

Tentera berada di sekitar 20 pendukung Mubarak menjauh dari sekitar 1.000 penunjuk perasaan pro-demokrasi di Tahrir Square, namun kota Mediteranian Alexandria telah menjadi saksi pertempuran yang meletus antara ratusan demonstran anti Mubarak dan pendukung pemerintah Rabu pagi, Al-Jazeera memperlihatkan cuplikan rakaman video mereka.

Ribuan orang di luar Masjid Mustafa Mahmud di lingkungan kelas atas Mohandiseen melambaikan bendera Mesir dan membawa sepanduk yang dicetak besar dengan wajah Mubarak. Banyak kereta yang melintas membunyikan klakson untuk mendukung Mubarak.

Polisi mengepung area itu dan lalu lintas dipindahkan ke jalur lain.(fq/ap)

sumber

Gambar Bukti 1 Malaysia Kalah Pada Islam For ALL 'Islam Untuk Semua'



Seorang kaum india bersalam sambil mencium tangan TGNA semasa lawatan kaum India / Hindu dari Hulu Selangor 29/01/2011




TGNA Disambut mesra sewaktu kempen PRK Di Tenang, lebih dikejutkan lagi ada kaum cina yang menangis dan sebak kerana gembira dapat bertemu TGNA.

Tuesday, February 1, 2011

Kenyataan Tun Mahathir Mengatakan TGNA Lebih Teruk Daripada Islam Nasionalis Umpama Meludah kemuka Sendiri......

http://1.bp.blogspot.com/_gZUSjziO1F4/S7bsJN8Y-ZI/AAAAAAAABko/PrEPVJzU5HI/s400/tun+dr+mahathir.jpg


Berikut adalah kenyataan Tun Mahathir yang membidas TGNA dan menyifatkan bahawa Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.(MK)

Bagi sesiapa yang belum mengenali Tun Mahathir mungkin ini boleh membantu anda:

Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan dan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat (BN) akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Siapa yang lebih teruk disini?Adakah seorang Non-Muslim yang minta Muslim supaya jangan terlalu kuat berpegang kepada ajaran islam(LKY) atau orang Muslim yang menghina hukum Allah dan tidak mahu melaksanakan hukum Allah(Tun Mahathir)???

Dr. Mahathir Dan Lee Kuan Yew Siapa Yang Lebih Teruk????

http://3.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/TQZCYGrOCsI/AAAAAAAALIk/lIXz3wrArdQ/s400/mahathir%2Bvs%2Blee%2Bkuan%2Byew.jpg

Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan dan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat (BN) akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Siapa LKY? Adakah dia Muslim? Adakah dia mengucap 2 kalimah syahadah seperti Dr.M & Orang UMNO? Siapa yang lebih teruk disini adakah seorang Non-Muslim yang minta Muslim supaya jangan terlalu kuat berpegang kepada ajaran islam atau orang Muslim yang menghina hukum Allah dan tidak mahu melaksanakan hukum Allah...Aku cabar orang UMNO jawab!!!


Post diatas ditulis kerana terlalu menyampah dengan kenyataan Dr.M ini:

Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.(MK)