yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Friday, February 25, 2011

Gaddafi Batalkan Hasrat Untuk Mati Syahid???

http://cdn-english.alshahid.net/wp-content/uploads/2010/03/gaddafi.jpg

Sebelum ini Gaddafi dengan lantangnya membuat kenyataan yang beliau lebih rela Mati Syahid daripada berundur dari tampuk pemerintahan kuku besinya.....Namun kini terdapat ura-ura yang mengatakan Gaddafi telah menjadi pelarian ke Zimbabwe....Mungkinkah dia kesana untuk melawat sahabatnya Mugabe???

Kira-kira sejam tadi Gaddafi bercakap melalui telepon kepada penduduk al-Zawiyah.
Khabarnya, itu adalah rakaman. Suaranya tak sama dengan suara yang selalu didengar. Ini menguatkan berita yang tersebar bahawa Gaddafi sedang dalam pelarian ke Zimbabwe.

Tambahan Terkini:
Sebentar tadi lebih ramai pegawai tentera, para diplomat dan penguasa tempatan mengumumkan yang mereka bersama penunjuk perasaan ....!!!

Sumber:http://siyasahsyariyah.blogspot.com

[+/-] Read More...

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau

http://2.bp.blogspot.com/-DQNn-Mq7ASY/TVZpY1hgjDI/AAAAAAAACns/ngcpzwr4nDc/s1600/IMG-20110211-00197.jpg
Kebangkitan Anak Muda Tak dapat Dinafikan Lagi...............

TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.

Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.

Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.

Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sumber:Harakahdaily

[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)