yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, February 4, 2011

Polis Memukul & Meludah Ke Arah Peserta Perhimpunan Anti Mubarak Atas Arahan Siapa???

http://4.bp.blogspot.com/_XtONO9yL9ec/TUv6IbaBfDI/AAAAAAAAIJg/TkMKUX2BPhA/s1600/diantara-rakyat-yg-ditangkap-semasa-demo-diadakan-2-412x270.jpg
KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.

"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.

"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.

"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.

Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.

Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.

"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.

Sumber:TVS NEWS

Krisis Mesir:Antara Dua Darjat

http://www.islamictruth.org/wp-content/uploads/2010/12/Sheik-Yusuf-Qaradawi.jpg

Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

http://hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2009/10/mufti-mesir-ali-jamah.jpg

'Rakyat Mesir sila hentikan Demonstrasi!!!'
- Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Krisis Mesir: Mufti Mesir Sangat Mengecewakan..............

http://hizbut-tahrir.or.id/wp-content/uploads/2009/10/mufti-mesir-ali-jamah.jpg

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.


Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)