yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, January 6, 2011

Jangan Terkejut Masjid UMNO Guna TV Untuk 'Azan'...

http://1.bp.blogspot.com/_XtONO9yL9ec/TSSAfdN5jxI/AAAAAAAAHeo/qarq0uqy3t0/s1600/163754_175739792466509_100000914693051_385731_3791581_n.jpg




ISLAM HADHARI TERENGGANU BISTARI: Akibat Tiada Bilal Masjid Guna Televisyen Laungkan Azan.

Gara-gara bilal yang bersara tidak diganti sejak hampir tiga tahun lalu, Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai terpaksa menggunakan televisyen untuk memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat Fardu.

Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari berkata, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal yang ada terpaksa bekerja 24 jam setiap hari.

Menurutnya, keadaan itu juga memaksa mereka meletakkan mikrofon pada televisyen ketika masuk waktu solat Fardu sekiranya bilal terbabit sakit atau berada di luar kawasan.

“Bagi mengatasi masalah ini jawatankuasa masjid terpaksa melantik dua bilal yang kita bayar gaji sendiri dengan wang hasil kutipan derma masjid.

“Keadaan ini agak membebankan dan apa yang kita kesalkan masalah ini berlarutan sehingga ke hari ini sedangkan pada 12 Januari 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah mengeluarkan arahan agar jawatan bilal yang kosong itu dipenuhkan segera selepas kita membuat permohonan demi permohonan,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan.

Menurutnya, masalah itu berterusan sehinggalah pada 29 Oktober 2009 apabila Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan tidak dapat menyediakan calon dan meminta jawatankuasa masjid menyediakan calon bilal.

“Akur dengan permintaan itu kita memilih dan menghantar calon pada 20 Disember tahun sama dan pada September tahun lalu JHEAT hantar maklumat calon ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi tujuan lantikan secara kontrak.

"Namun, sehingga sekarang perkara ini rupanya masih tiada penghujung kerana walaupun masuk tahun baru kita masih belum menerima bilal baru,” katanya.

Abdul Hamid berkata, lebih menyedihkan dalam tempoh mereka memohon bilal baru, dua masjid lain yang baru sahaja membuat permohonan dibekalkan dengan imam dan bilal sedangkan masalah mereka seolah-olah tidak diberi perhatian sewajarnya.
Imbang Penuh
“Kami mengharapkan masalah ini tidak hanya dipandang sepi dan diharap proses kemasukan bilal baru dapat dipercepatkan kerana kami sudah terlalu lama menunggu,” katanya.SH

Sumber

N'N:Bolehkah alasan sedemikian diterima,adakah melaungkan 'Azan' hanya menjadi tanggungjawab Muazim. Tidak adakah jemaah2 lain yang tahu melaungkan Azan, adakah kejahilan ini dapat diterima selepas 50tahun UMNO berkuasa......

Belum Jumpa Kambing Hitam,Adakah Itu Punca Kes Kematian Teoh Beng Hock Masih Tiada Keputusan???

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/07/20/TeohBengHock-sketch500.jpg


Kes Teoh: Inkues putuskan 'open verdict'

SHAH ALAM, 5 Jan: Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman terbuka tersebut berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan TBH.

Sebelum itu, suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock.

Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad.

Para petugas media dan orang ramai mula memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 1.45 petang tadi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)