yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, December 22, 2010

Dakwah Wanita UMNO Akhirnya Berkesan Mendidik Remaja......

http://3.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/THnV9kU9fLI/AAAAAAAALZM/escJlBJoZgY/s1600/44279_424330467311_303331692311_5553671_4305144_n.jpg

Buktinya seperti dibawah:


LGE:Tempoh 14 Hari Untuk Penyebar Fitnah Minta Maaf, Jika Tidak Kita Jumpa Di Mahkamah

GEORGE TOWN, 22 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf sebelum membawa akhbar itu ke mahkamah.

Peguam Lim, Jagdeep Singh Deo memberitahu pemberita di sini bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada akhbar berkenaan agar menarik balik beberapa perkataan yang dianggap bersifat fitnah dalam artikel bertajuk “Kebiadaban Guan Eng”, yang disiarkan kelmarin.

Utusan didakwa melabelkan Lim sebagai rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua, yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mahu akhbar harian itu menyiarkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi kerana memfinah beliau.Jagdeep berkata Lim, menafikan kesemua dakwaan dalam surat tuntutan yang dihantar itu.

Lim juga mahu mengambil tindakan perundangan peribadi terhadap Utusan, yang dimiliki Umno, kerana mendakwanya sebagai ejen asing dan mahu DAP dibubarkan.Jagdeep berkata, sejak 2008 Lim telah menghantar lima surat tuntutan kepada Utusan.Satu kes fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, kata beliau.

Video Yang Akan Membuatkan Orang UMNO Tak Tidur Malam.............

Karpal:DAP Akan Mempertahankan Islam!!!

Bogelkan Dan Mencemuh Suspek Rutin Biasa SPRM Menyiasat?????

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TRE3WVz5-SI/AAAAAAAAXNs/mefm7weMhrY/s1600/pix_gal0.jpg

Tertuduh dakwa didera SPRM

MAZHAZMI keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Beliau mendakwa dipaksa berbogel, berdiri sebelah kaki dan dicemuh ketika siasatan

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, yang mendakwa didera dan dibogelkan oleh pasukan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000, dua tahun lalu.

Mazhazmi, 36, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan di depan Hakim Rozilah Salleh dan memohon untuk dibicarakan.
Dalam prosiding semalam, Shamsul memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya didera ketika disoal oleh anggota SPRM.

“Anak guam saya yang pada awalnya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi dibogelkan dan dipaksa berdiri dengan sebelah kaki saja ketika di soal.

“Mazhazmi juga turut dilontar dengan kata-kata kesat sehingga beliau tertekan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Anthony Kevin Morais memberitahu mahkamah jika penderaan itu benar berlaku, tertuduh sepatutnya melaporkan kejadian kepada pihak polis sebelum prosiding semalam kerana penyiasatan terhadapnya selesai pada Jun lalu.

“Tertuduh dilepaskan di bawah jaminan oleh SPRM pada Jun lalu. Dia ada enam bulan jika ingin buat laporan. Kenapa ketika dia dituduh (hari ini) baru isu ini dibangkitkan. Ini perkara mustahil,” katanya.

Mazhazmi dituduh melakukan kesalahan itu sebagai upah untuk mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd mendapat kontrak ‘Construction and Sale of one Derrick Lay Barge (Hull No MLC 12888), Constructution and Sale one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75083 dan Construction and Sale of one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75084’' yang bernilai AS$134.2 juta RM422.75 juta).

Dia dituduh menerima wang itu bagi mengesahkan bayaran tertentu pembinaan satu unit Derrick Lay Barge Hull No MLC 12888 dan dua unit Anchor Handling Tug/Supply Vessels Hull No 75083 dan 75084.

Mazhazmi didakwa menerima wang itu daripada pemilik syarikat MLC Shipbuilding, Redzuan Goh Mohammed Karian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rozilah Salleh membenarkan Mazhazmi dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari ini sebutan kes.

Sementara itu, SPRM menafikan dakwaan, kononnya tertuduh didera oleh pegawai penyiasat SPRM ketika dalam tahanan reman.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata ketika permohonan menyambung reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 20 Jun lalu, tiada sebarang aduan dibuat oleh, Mazhazmi, berhubung deraan mahupun kecederaan dimaklumkan di hadapan Majistret Mahkamah Kajang.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)