Nuffnang

Innity

Innity

Tuesday, November 30, 2010

Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta???

Dari email : Bukti Dato' Zakiah Ibrahim, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

berikut ialah email yang diperolehi dan disiar semula tanpa suntingan.

Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.

Deep Throat JPM
terima kasih.

Kalau bukan rasuah ini apa?

Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.

2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya dihttp://www.davinciasia.com/home.html
7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

Friday, November 26, 2010

DAP Ancaman Ummat Islam?, Minah2 Ni Bukan Ancaman Untuk Ummat Islam Ker???

http://2.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/TO17I7bLtRI/AAAAAAAANA4/nNZ8PNVhpRw/s320/PC%2B22%2BNOV%2B2010%2B001.jpg


Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir(Gambar) mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP Ancaman Ummat Islam’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat.Ustaz Bakar ( Ust Abu Bakar Hussain – PJ Perak) sendiri menafikan penglibatan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah dengan kerja-kerja hina sebegitu,” tambahnya lagi


http://2.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/THfaUHyM_AI/AAAAAAAAIbI/wk2ViWI3_gM/s1600/45400_122592077789461_100001160081955_107125_4514789_n.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_7K52o37vjRU/SqmPwC0cOrI/AAAAAAAAAUk/qVnO3mvnUlo/s400/rosmah+hina+islam.jpg

Adakah budaya ini tidak mengancam Ummat Islam??? Sebelum cakap DAP ancaman kepada Ummat Islam, baik orang UMNO cermin diri sendiri dahulu...........


Wednesday, November 17, 2010

Pendidikan Seks:Tahniah UMNO, Pelajar Akan Diajar Akan Diajar Tentang Kegunaan KONDOM Seawal Tahun Satu……

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs990.snc4/76311_177109625636394_152030824810941_669083_2279593_n.jpg
foto ini agak sensitif tapi jangan terkejut sekiranya perkara sebegini terjadi di Malaysia.........

UBN seolah-olah merestui seks bebas dikalangan pelajar sekolah, pendidikan seks akan diajar di semua sekolah di Malaysia mulai tahun depan (2011) bermula dari pelajar sekolah rendah Tahun 1 lagi.

Kita sedia maklum di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan diri daripada berZINA.

Kesimpulannya UBN memang tidak langsung mahu mengambil pendekatan untuk mengharamkan ZINA seperti yang telah disarankan oleh Agama Islam walhal mereka mengatakan bahawasanya Malaysia ini adalah sebuah Negara Islam…..Tidak cukupkah bukti ini untuk menyatakan bahawa UMNO sememangnya tidak mahu menjalankan Syariat Islam dari segi apa pun……..

Sunday, November 14, 2010

Kes Dagang Organ Manusia, 2 Warga Israel Diburu Polis Antarabangsa..........


Interpol telah mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk dua orang warga Israel yang terlibat dalam perdagangan organ manusia melalui Poliklinik Medicus di ibukota Kosovo, Pristina.

Dakwaan itu adalah hasil penyidikan dari tingkat kejahatan terancang di negara itu sejak negara itu menyatakan kemerdekaan pada tahun 2008.

Jaksa Uni Eropa juga menuduh setidaknya tujuh orang melakukan perdagangan ginjal pmelalui sebuah klinik di Kosovo.

Seorang mantan pegawai senior Kementerian Kesehatan Kosovo dan sejumlah doktor dilaporkan terlibat dalam aksi perdagangan organ manusia tersebut. Jaksa mengatakan jaringan ini menjanjikan pembayaran bagi warga miskin yang mahu menjual ginjal mereka.

Para korban dijanjikan sampai dengan € 14.500 (sekitar $ 20.000), sedangkan pedagang kemudian menjual organ seharga 100.000 euro ($ 137.000) masing-masing, menurut sebuah surat dakwaan yang diperoleh Associated Press pada hari Khamis lalu.

Kelompok penjenayah terancang telah memperdagangkan orang dari Moldova, Kazakhstan, Rusia, dan Turki ke Kosovo untuk tujuan menghilangkan organ tubuh mereka untuk ditransplantasi.

Kristiina Herodes, juru bicara Keadilan bagi Peraturan Hukum Misi Uni Eropah, mengatakan bahawa terdakwa telah didakwa dengan tuduhan melakukan "perdagangan organ, kejahatan terancang dan menyalahgunakan jawatan."

"Saat ini kita boleh mengatakan bahwa ada penderma organ yang disebut dalam kes itu, dan juga orang yang menerima organ dari kebangsaan yang berbeza," tambahnya.

Sekitar 20 warga asing tertarik dengan janji-janji palsu akan pembayaran yang besar dalam bisnis perdagangan organ manusia ini pada tahun 2008, ia menjelaskan.

Namun tak satu pun dari tersangka berada dalam tahanan.

Nama dan rincian lain dari kes ini akan dipublikasikan ke masyarakat pada akhir bulan ini. (fq/prtv)

sumber

Wednesday, November 10, 2010

From Housewife to Big Mama......................

http://2.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TNoBaV3sCgI/AAAAAAAAMbI/ZFDM3PPaMIU/s1600/RosmahMasaMuda.png


Dulu:Kelihatan Rosmah seperti isteri2 yang biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Isteri dan Ibu.......Kelihatan ayu dan anggun bersama keluarga.........


http://2.bp.blogspot.com/_F5WGf-xr04g/SyetIJjc2fI/AAAAAAAAA3E/jGpq10Ca1l4/s320/bigmamaC4.jpg

Kini:Dialah

http://4.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/S4-JWLq-vKI/AAAAAAAADKU/n9X3F7wl27o/s200/rosmah-mansor.jpg

ROSMAH MANSUR: WANITA NO 1
THE BIG MAMA......

Betulker Najib Ada Telur??? Jadi mana pergi telur Najib bila berhadapan dengan Rosmah???



N'N:Cuba cakap kat aku kalau betul Najib ada telur, kenapa aku rasa Jawatan Perdana Menteri Malaysia ni macam milik Rosmah...."Kenapa Yang istimewa sangat kerajaan beri kepada Rosmah RM 111juta untuk budget kali ini dan RM 100juta pada budget tahun lepas sedangkan kita ada kementerian yang berfungsi untuk menangani isu yang pertubuhannya dinaungi Rosmah itu. Sebab itu banyak timbul persoalan dikalangan rakyat tentang bagaimana cara pengagihan peruntukan dilakukan kerana ia jumlah yang sangat besar,"
Jadi mana pergi telur Najib bila berhadapan dengan Rosmah???????

Saturday, November 6, 2010

Video penuh 'ustaz' Umno menfitnah, memakihamun, menyesat dan mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz

Kerana tindakan seorang pemimpin UMNO (digelar 'ustaz' oleh penyokong Umno) yg tidak tahu adab sebagai tetamu, serta memaki hamun Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini, salah seorang blogger pro-Umno telah segera mencari dan menemubual 'ustaz' Umno ini bagi mendapatkan penjelasan beliau mengenai apa yang terjadi...

Mungkin niat blogger Umno dan 'ustaz' Umno ini adalah untuk men'cover' balik tindakan beliau menyergah dan memakihamun Tok Guru, seterusnya dapat membersihkan balik nama Umno yg turut dikaitkan dengan kebiadapan ini, disamping mempunyai niat memalukan dan mengaibkan Tok Guru dengan menghasilkan video2 ini..

Namun, dengan video ini juga mendedahkan kepada kita siapakah pemimpin/'ustaz' Umno ini..ternyata beliau adalah seorang pemimpin fanatik Umno..tujuan akhir beliau adalah supaya PAS dibubarkan, dan perlu sama2 menyokong Umno dan kepimpinan BN yg ada pada hari ini, tidak lebih dari itu..

4 video di bawah akan mendedahkan siapa pemimpin tegar Umno ini, yang bukan sahaja menyesatkan seluruh penyokong PAS dan mereka yg menadah kitab dengan Tok Guru, malah mendoakan supaya 'bala' menimpa ke atas Tok Guru..

Sebelum itu, untuk makluman, penulis ada mengulas isu ini, boleh baca pada link di sebelah, "Kafirkan Tok Guru Nik Aziz: Penulis jawab Mohd Nor Deris"..penulis masih menunggu jawapan balas Nor Deris dan penyokongnya...wallahua'lam....

Oleh: Pria Malaya

Saksikan Ulasan Bangang Ustaz UMNGOK ini..................

Video 1



Video 2



Video 3



Video 4

Friday, November 5, 2010

Galas:Berjuanglah Kerana ALLAH

(1) Mengapa PAS tewas di Galas ? Wajib baca !

"..Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran.."

Terima kasih untuk blogger FZT yang pantas menulis. Pantas menangkis dolah dalih kekalahan PAS untuk Galas. 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul perjuangan di GALAS'. Artikel WAJIB baca untuk tahu butir perkara mengapa PAS tumbang kepada BN di padang tempur yang jelas langsung tidak 'rata'. (radens albanjari)

Hujan lebat dengan petir menyambut kepulangan seorang pertugas yang sudah lama berkampung di penjuru Gua Musang.Hhujan amat lebat menyukarkan perjalanan pulang ke Terengganu.Kkembali dengan semangat yang luntur akibat kekalahan yang sudah diduga sejak awal lagi. Hanya maruah perlu dipertahankan. Islam tak pernah mengajar kita undur walaupun selangkah kebelakang. Biar beribu musuh menyerang. Apakah kita mencari kemuliaan selain kemuliaan islam?

Sebelum berundur dari Galas, Pas sudah tahu ia akan menggalas satu bebanan baru dan akan menerima cemuhan dari ahli pas yang membayar yuran dan tidak membayar yuran. Hujan rahmat Allah terus mencurah ke bumi Terengganu bersama airmata yang juga laju menuruni mata. Menahan sebak dimalam pulang bertugas bukan kerana tak biasa dengan kekalahan tapi kita kalah hanya disaat akhir garisan. Hanya beberapa meter Pas tumbang dengan majoriti 1190. Cukup sebak, sedih dan pilu hanya selawat penyejuk hati

Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran. Pakar pakar strategi akan menulis dan mengaris strategi baru iaitu membuang benda benda lama dalam Pas, menukar dan membuang mana mana pemimpin yang sudah lama berbulu dimata mereka.

Pas kalah bermakna peluang mereka menulis untuk menjatuhkan mana mana pemimpin lebih cerah dan mereka inilah yang berdoa siang malam untuk Pas kalah di Galas. Hebatnya penulis tak turun ke Galas tapi tahu dan sumber maklumat hanya diperolehi dengan menalifon kawan, apa yg diceritakan oleh kawan di Kelantan akan ditulis dan akan ada tulisan dibelakang, saya berharap apa maklumat yang ditulis disini tidak benar. Berharap tidak benar tapi dah tulis, apakah ikhlas dalam dada mereka menyokong islam?

Biarlah orang Pas nak tuduh saya yahudi ke israel ke fasiq ke saya terima, saya menulis untuk memperbetulkan pas, membiarkan orang menuduh kita yahudi fasiq itulah adalah dikira doa, kalau ahli Pas ada sejuta dan hanya separuh menuduh penulis ini yahudi fasiq apakah lama kelamaan penulis tak akan bertukar menjadi betul betul yahudi dan fasiq.?

Kekuatan UMNO
Sejak awal lagi Pas menyedari ada satu kekuatan umno jika bertanding kawasan jajahan Gua Musang, jangan jadi bodoh le greenboc yang memang diketahui bodoh bebal sampai hari ini, hanya perlu duduk depan komputer dan menulis dengan hanya mengutip berita dari lidah umno dan membaca beberapa blog yang menulis benda benda khayal di Galas. Ku li telah beraja di Gua Musang sejak berzaman lagi. Kawasan parlimen Gua Musang menjadi satu kubu kuat umno yang amat kuat hatta jika diletakkan calon itu hanya songkok kuli pun umno boleh menang.

Siapa yang berani menidakkan faktor ku li disini. Arahan ku li ibarat arahan dewa. Umno boleh bersenang lenang disini kerana tidak perlu bersusah payah berkempen. Nama ku li dijual dengan mudah. Pas menyedari hakikat ini dan segala usaha telah digembelingkan dan kawasan hitam umno dapat dikelabukanbiarpun sedikit.

Pemimpin Pas berkampung disini dan penulis blog berkampung di dalam alam maya untuk mengutuk apa saja tindakan pemimpin Pas. Pelbagai gelaran diberikan. sms bertebaran setiap hari mengutuk pemimpin Pas pusat dan kelantan. Pas berhadapan dengan dua situasi dulu hanya perlu berhadapan dengan umno yang telah diketahui licik jahat dan kejam. Tapi semenjak muktahir ini pas berhadapan pula dengan satu puak baru yang ada dalam diri pas sendiri. Membocorkan maklumat kepada musuh pas yang mana nampak seperti menyokong pas.Malu menulis sendiri dan diberi kepada musuh Pas.

Punching bag untuk PAS
Umno berjaya membina satu target baru, batang tubuh tok guru nik aziz dijadikan punching bag, gambar tok guru nik aziz memberi wang kepada saudara baru islam berjaya digunakan sepenuhnya oleh umno dalam usaha menjahanamkan imej tok guru dan Pas. Pas lembap dalam isu disini. Umno amat kedepan dalam isu ini dan berjaya merobohkan satu fahaman dan membina fahaman baru bahawa tok guru juga mengamalkan rasuah dalam pilihanraya. Idea jahat dicetuskan oleh deris jusoh sebagai makhluk yang amat benci kepada ulamak, deris jusoh bijak memanupulasikan isu ini dengan baik dan pihak Pas gagal membalas balik. Inilah yang dinamakan kalah diatas garisan akhir, bukan kalah kerana ustaz abdul halim tak bijak merencanakan strategi disaat permulaan. Betapa bangangnya penulis menulis benda khayal di Galas.

Khidmat agensi menjawab isu untuk Umno
Kali ini SPR berjaya menghalang apa saja tekanan kepada umno, isu rasuah wang berjaya ditangani dengan baik oleh SPR. SPR menyerap tekanan kepada Umno lebih dari separuh. Ini memudahkan umno menjalankan propaganda dan isu rasuah, Umno tak akan menjawab isu rasuah dan SPR yang akan menjawab. Umno dah boleh cuci tangan dalam isu rasuah. SPR dan Sprm berjaya membersihkan umno kali ini. Isu rasuah pilihanraya dapat didiamkan dari terus digunakan untuk menyerang Umno. Semua agensi kerajaan bertugas dengan baik dalam menanangani apa saja isu yang dibuat oleh Pas. Umno hanya perlu nampak baik dan alim. Dan semua isu agensi kerajaan akan menjawab bagi pihak Umno.

Jika minyak petrol dikatakan mahal mail sabri akan memberikan subsidi secepat kilat diwaktu hari berkempen. Orang asli berjaya membeli minyak dengan harga pasaran bukan harga biasa. Jadi soal dan isu yang ditimbulkan akan diselesaikan dihari yang sama. Jadi umno nampak boleh menyelesaikan apa saja masalah rakyat dalam sekelip mata.

Ada nampak kelemahan Umno? Sebut aje apa masalah akan diselesaikan segera. Dan Pas tak ada semua ini kenapa ? Kerana Pas bermain secara adil, Pas bukan menggunakan harta kerajaan menentang Umno di Galas. Pas gunakan harta sendiri. Walaupun kalah Pas masih mempunyai maruah, yang tidak bermaruh hanya penulis blog yang hanya tahu mengutuk dan menulis benda khayal.

artikel dipetik dari tulisan blogger Freezone Terangganu For Rakyat
&http://albanjarionline.blogspot.com

Ketua Penerangan UMNO meninggal semasa kempen di Galas

Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian Kuala Lipis, diberitakan meninggal dunia semasa kempen di PRK DUN Galas. Apapun mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Beliau sudah melihat sendiri segala janji-janji Allah, sedangkan kita masih tertanya-tanya. Semoga akhir kalam hidup kita adalah sebaik-baik kematian.

KUALA LIPIS 5 Nov. – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.

Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Norsyamsul Azman dari Kampung Chegar Perah di sini ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

"Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.

"Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn,” katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.

Beliau berkata, jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini. – Bernama


Sumber

Innity