Friday, October 29, 2010

PRK Galas:Seperti PRK Yang Dulu2 UMNO Berceramah Dihadapan Berpuluh Ribu 'KERUSI'

Begitu kusyuk dan tawaduknya kerusi2 itu mendengar Ceramah UMNO........

Thursday, October 28, 2010

Gempar:UMNO Mengaku Tidak Perlu Undi Orang Cina Dan India Untuk Menang Pilihanraya............



Rasanya Elok Sahaja MIC,MCA dan GERAKAN keluarjer BN. Korang langsung tidak dihargai oleh UMNO.....

Cuba Buka Mata Mu Yang Buta Itu UMNO, ALLAH Itu Maha Berkuasa.......





Lihatlah disekelilingmu
Tidak nampakkah keajaiban ini
Tersebar luas dihadapanmu
Awan berarak
Langit terbentang luas
Planet-planet mengelilingi orbit
Bulan dan matahari
Seperti harmoni yang sempurna

Mari kita tanya pada diri kita
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita
Atau kita begitu buta
Untuk menafikan semua itu..
Tidak!

Kita hanya perlu
Membuka mata kita, hati kita, dan fikiran
Melihat tanda-tanda kebesaranNYA
Kita tidak boleh terus bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan ia membawa kejutan kepada kita
Ambillah kami dengan cara yang terbaik
(Ya ALLAH..)
Berilah kami panduan setiap hari ..
(Ya ALLAH..)
Dekatkanlah kami denganMU
Hingga ke akhir waktu ..

Lihat sajalah pada dirimu
Semuanya amat sempurna
Bersembunyi di dalam dirimu
Berjalan di dalam nadimu
Bagaimana pula tentang perasaan cinta kemarahan dan rasa sakit
Dan semua hal yang kamu rasai
Bolehkah kau menyentuh rasa itu dengan tanganmu?
Jadi, apakah rasa itu benar-benar ada?

Mari kita mulakan pertanyaan dalam diri kita
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita?
Atau kita begitu buta
Untuk menafikan semuanya..?
Tidak!

Kita hanya perlu
Membuka mata kita, hati kita, dan fikiran
Melihat tanda-tanda kebesaranNYA
Kita tidak boleh terus bersembunyi dari kebenaran
Biarkan ia membawa kejutan kepada kita
Ambillah kami dengan cara yang terbaik
(Ya ALLAH..)
Berilah kami panduan setiap hari ..
(Ya ALLAH..)
Dekatkanlah kami denganMU
Hingga ke akhir waktu ..

Lihatlah ketika bayi lahir
Dia tidak berdaya dan lemah
Dan kau melihat mereka membesar ..
Jadi mengapakah kamu menafikannya?
Apa yang berada di depan matamu
Keajaiban yang paling besar dalam hidupmu ..

Kita hanya perlu
Membuka mata kita, hati kita, dan fikiran
Melihat tanda-tanda kebesaranNYA
Kita tidak boleh terus bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan ia membawa kejutan kepada kita
Ambillah kami dengan cara yang terbaik
(Ya ALLAH..)
Berilah kami panduan setiap hari ..
(Ya ALLAH..)
Dekatkanlah kami denganMU
Hingga ke akhir waktu ..

Buka mata kita, hati kita, dan fikiran
Melihat tanda-tanda kebesaranNYA
Kita tidak boleh terus bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan ia membawa kejutan kepada kita
Ambillah kami dengan cara yang terbaik
(Ya ALLAH..)
Berilah kami panduan setiap hari ..
(Ya ALLAH..)
Dekatkanlah kami denganMU
Hingga ke akhir waktu ..

Ya ALLAH ..
Engkau mencipta segalanya
Kami milikMU
Ya Robb kami mengangkat tangan kami
Selamanya kami bersyukur ..
Alhamdulillah ..

Busuk2 Pun Bini Aku...............



Mungkin itulah yang Najib katakan didalam Hati......

Wednesday, October 27, 2010

UMNO Tak Suka Pendaftaran Pemilih Secara Automatik, Kerana Nanti UMNO Automatik akan Kalah PRU13...........



Tiada pendaftaran pemilih secara automatik

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan tidak bercadang mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat pada kad pengenalan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, jika dilaksanakan juga, sistem berkenaan akan memberi implikasi besar kepada mereka yang terlibat memandangkan mobiliti penduduk yang sangat tinggi berikutan perpindahan alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya.

Katanya, memandangkan terdapat golongan yang tidak membuat pertukaran alamat pada kad pengenalan, ia menyebabkan bilangan pemilih yang akan didaftarkan di luar kawasan tempat mereka bermastautin adalah tinggi.

"Bahkan mungkin ada antara mereka yang tidak lagi menetap di alamat tersebut serta tidak mempunyai ahli keluarga di alamat yang didaftarkan.

"Jika alamat yang tertera pada kad pengenalan atau di pangkalan data alamat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seseorang pemilih itu menetap di alamat tertentu sedangkan beliau telah berpindah ke tempat baru namun tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka dia akan didaftar berdasarkan alamat bermastautin yang lama," katanya sewaktu menjawab soalan Ab. Aziz Ab. Kadir (PKR-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu kata Mohamed Nazri, pendaftaran pemilih secara automatik juga amat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana dia sudah berpindah ke tempat lain.

Katanya, jika ramai pemilih berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, dikhuatiri ramai pemilih tidak akan balik mengundi sekiranya pusat pengundian terletak jauh dari kediaman mereka.

"Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Berasaskan hakikat itu maka kerajaan belum lagi bercadang untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ab. Aziz mengenai penjimatan kos yang boleh dilakukan kerajaan kerana tidak perlu membayar imbuhan kepada penolong pendaftar pemilih jika pendaftaran automatik dilaksanakan, Mohamed Nazri menegaskan, pendaftaran pemilih adalah satu hak individu dan selaras dengan amalan demokrasi, ia tidak boleh dipaksa.

"Kita kena ingat, untuk tidak mendaftar sebagai pengundi adalah pilihan individu itu sendiri kerana dia tidak mahu mengundi, jangan paksa orang macam pakatan pembangkang paksa orang," katanya.

Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mengenai keperluan mempunyai badan pemantau pilihan raya yang sebenarnya didapati memihak kepada pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan khidmat mereka.

Secara sinis beliau berkata, yang perlu dipantau ialah pemimpin pembangkang kerana mereka tidak akan berpuas hati selagi tidak menawan Malaysia.

"Mereka ini tidak akan berpuas hati melainkan pada pilihan raya dia menang semua negeri dan dia juga pergi ke Putrajaya, barulah dia kata SPR bagus dan ini perangai sebelah sana (pembangkang).

"Saya nak beritahu bahawa SPR amat berjaya, kalau tidak macam mana (pembangkang) boleh menang di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor. Macam mana kita (BN) hilang majoriti dua per tiga, kalau SPR tidak buat kerja langsung?" tegasnya.

Sumber:UM

Tidak boleh paksa daftar pemilih - Nazri


KUALA LUMPUR, 26 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mendaftar sebagai pemilih itu merupakan hak individu dan tidak boleh dipaksa.

"Mendaftar untuk mengundi itu merupakan satu hak kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi mana boleh paksa mereka. Kita bukan macam Pakatan Rakyat suka memaksa orang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh), hari ini.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.

Dalam soalan asal, Ab Aziz meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.

Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.

"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya.

Ab Aziz dalam soalan tambahannya bagaimanapun menegaskan, kaedah berkenaan dapat menjimatkan kos kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kerajaan memberikan RM3 kepada pembantu pendaftar pilihan raya.

"Kalau buat pendaftaran secara automatik kita boleh menyelamatkan banyak benda misalnya wang rakyat.

"Mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar. Kalau kita ikut apa yang SPR cadangkan bagi RM3 kepada pembantu pendaftar, itu sudah melibatkan kos melebihi RM12 juta," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut mengemukakan soalan tambahan menyifatkan jawapan yang diberikan Nazri itu sebagai tidak masuk akal.

"Kalau empat juta tak daftar (sebagai pemilih), adalah kes untuk dipertimbangkan. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tak daftar, sebab salah alamat. Ini alasan karut.

"Sepatutnya menteri kalau bertanggungjawb akan cakap, kita akan cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mempersoal tugas Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (Mafrel) yang didakwa meihak kepada pembangkang.

"Apakah SPR perlu ada pemantau untuk memantau pilihan raya? Yang kita rasa ragu pihak pemantau ni kalau kita minta laporan hanya yang negatif. Bagi imej yang buruk kepada SPR dan negara.

"Pihak yang memantau bukan sahaja memberi imej yang buruk tetapi memihak kepada pembangkang. Ini Permatang Pauh tak boleh nafikan," katanya.

Nazri sekali lagi menuduh Pakatan Rakyat sebagai 'pengacau' dan sengaja mengganggu tugas SPR.

Sumber:Harakahdaily

Tuesday, October 26, 2010

UMNO Luluskan Industri Maksiat..........

http://2.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/S00j88DoK4I/AAAAAAAARi4/a17Vr7PFEDo/s800/umno-pertahan-kelab-malam.jpg

Kerajaan UMNGOK membenarkan 10 kelab malam pada 2014 untuk mendapatkan pendapatan negara sebanyak RM0.7 bilion dan hendak mewujudkan 5614 peluang pekerjaan. Pusat ini pula diberi kelonggaran daripada peraturan hiburan. Boleh dibuka sampai lewat pagi. Siapa yang menyokong UMNO jangan fikir anda tidak akan dipertanggungjawabkan, ketahuilah anda juga akan mendapat balasan ALLAH kerana menyokong kemungkaran...........


Komen Ustaz Zaharuddin

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Sampai bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan pusat-pusat dosa ini.


Zaharuddin Abd Rahman

Sumber:www.zaharuddin.blogspot.com

Pesta Gelek Puteri UMNO Di hari Penamaan Calon DUN Galas......



Imej apakah yang ingin ditonjolkan oleh Puteri2 UMNO dan Penyokong2 UMNO ini????

Kerana Beranggapan Calon Berkelulusan SPM Tidak Layak Bertanding Dengan Doktor,UMNO Kelantan mahu boikot PRK DUN Galas?

http://3.bp.blogspot.com/_6d7Ig9gJXgs/TMWO3O7f9KI/AAAAAAAABfw/RQaGYYUQ7ws/s1600/dun+galas.BMP

Nampaknya di awal bahang PRK Galas, sudah ada segelintir penyokong UMNO Kelantan yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon lepasan SPM yang diumumkan baru-baru ini untuk mewakili Be End berentap di DUN Galas.

Kalau diikutkan logik akal sememangnya calon yang dipilih oleh Be End untuk berdepan menentang Calon PAS lepasan Ijazah Sarjana Kedoktoran ibarat seperti bumi dengan langit. Walaupun tidak diketahui apakah sebenarnya strategi Ku Li memilih calon ini, namun dari pandangan kasar, keputusan ini ibarat membunuh diri bagi BN.

Jelas sekali BN sudah ketandusan calon untuk merebut DUN Galas, harapkan Ku Li menjadi calon, tentu sahaja anak raja itu tidak semudah itu untuk dipergunakan. Ataukah mungkin Ku Li sengaja meletakkan calon yang tidak berwibawa agar Be End kalah? Atau Ku Li ingin membuktikan kepada Najib bahawa dengan adanya beliau menjadi pengarah jentera pilihanraya Galas, beruk sekalipun menjadi calon, BN pasti memperoleh kemenangan?


Sumber:http://milosuam.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

Adik ipar Tony Blair peluk Islam.



LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Saturday, October 23, 2010

Akhirnya Muncul Ulama' Muda Mempertahankan Rosmah.......

http://4.bp.blogspot.com/_XtONO9yL9ec/TMJshPYfGiI/AAAAAAAAGTM/oRnNlMuAABE/s1600/images.jpg

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.

Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang. Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam. "Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.

M'kini

N'N: Berbeza dengan pendapat Ulama' seperti Dr.Asri , Ust Zaharuddin dan pemimpin2 PAS yang mengganggap perbuatan bersekongkol untuk menghina Rasulullah S.A.W adalah amat serius sekali....


Mungkinkah Ada PRK Lagi Selepas Galas Dan Batu Sapi???

http://4.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/TMG8EBKM2hI/AAAAAAAAJOI/ZktxKrXmijs/s1600/sulaiman.jpg

'Kehilangan' Anak KM Sarawak Buka Laluan Satu Lagi Pilihan Raya Kecil?


KUALA LUMPUR 21 Okt - Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadhan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulailan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.

Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.

Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oelh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.

Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.

"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.

Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.

"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli.

Sumber:SK
http://biaqpila.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

Satu Dunia Ditipu Teori EVOLUSI Kecuali Orang Muslim.....



Dunia Akhir Zaman (Konspirasi Penyembah Syaitan)

Selanjutnya disini

Inilah rupa manusia yang bertanggungjawab menipu dunia dengan Teori Evolusinya


Beliau mengakui bahawa binatang dibawah adalah nenek moyangnya


Tetapi muncul seorang manusia yang menyangkal Teori Evolusi itu berdasarkan kajian daripada segi sainstifik dan Nas-nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau pernah dipenjara dan dituduh sebagai gila kerana menyangkal Teori Revolusi. Beliau dikenali sebagai Dr. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar seorang Muslim yang berasal dari Turki.



Selanjutnya tentang beliau disini

Penglibatan ISTERI pemimpin utama negara Islam Di Festival Busana Muslim di Monte Carlo Adalah BAHAYA: Dr Asri



Menurut Dr Asri,

"adalah bahaya untuk ISTERI pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia"

Artikel penuh dibawah

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

NONEMeskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

NONEMenurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

Sumber

Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli Calon Pas Di DUN Galas

http://3.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TMFKdIcLrII/AAAAAAAAS_s/P82cbs23mAY/s1600/8cc57dd2cc61a84695c6ddb8e9534b4b.gif


Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Sumber

Biar Betul RM236,000 Wang Rakyat Digunakan Untuk Melancong????

Menteri Pelancongan Didakwa 'Melancong' Sesuka Hati Dengan Wang Rakyat sebanyak RM236,000


KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen digelar sebagai "Menteri Melancong" apabila membelanjakan sebanyak RM245,000 semasa menjalankan tugas selama 10 hari bersama pasangannya.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam kenyataan kepada media semalam berkata apa yang merunsingkan selepas Dr Ng memegang jawatan tersebut, beliau telah mengadakan lawatan ke Chelsea Flower Show selama 13 hari di Amsterdam, London dan Paris bersama 4 wakil dari kementerian dan wakil Perbadanan Putrajaya serta Jabatan Landskap Negara pada Mei 2009.

Lawatan itu telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM236,000.

Kos menampung lawatan rombongan 7 hari menjelajah ke tiga buah negara tersebut mencecah RM35,000 setiap seorang sehari.

yenyenPada Mei 2010 pula, beliau bersama seorang wakil Perbadanan Putrajaya sekali lagi melawat ke Chelsea Flower Show tetapi kali ini kos pembiayaan rombongan meningkat kepada RM491,000.

Tian Chua juga turut mendedahkan lawatan kerja Dr Ng ke Singapura selama tiga hari dari 14 hingga 16 Disember 2009 pula membabitkan kos sebanyak RM90,000.

"Jumlah ini tidak masuk akal, jika Menteri menaiki kapal terbang MAS yang bertaraf kelas bisnes pun tidak sampai RM2,000 (perjalanan ulang-alik) dan jika menginap Hotel Mandarin Oriental yang bertaraf 'Suite President' yang bernilai hampir RM13,000. Ini bermakna, kos untuk dua orang hanya bernilai RM30,000.

"Keadaan itu juga berlaku pada 1 hingga 2 Oktober 2010 di mana Menteri membelanjakan sebanyak RM78,000," kata beliau.

Disebalik kos perjalanan ke luar negara yang dianggap boros, Kementerian Pelancongan mengurangkan kos promosikan pelancongan secara mendadak kepada RM100 juta pada tahun ini berbanding RM320 juta pada tahun 2008.

"Berbanding dengan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman yang menjalankan tugas rasmi sebanyak enam kali setahun, Dr Ng pula telah ke luar negara sebanyak 15 kali dalam tahun ini sahaja.

"Apa yang membimbangkan kos rombongan Menteri tidak diberi butiran yang jelas dan ini mendatangkan syak wasangka berlakunya penyelewengan wang peruntukan tersebut," jelas Tian lagi.

Sebelum itu, Tian Chua dalam soalan lisan meminta Kementerian Pelancongan memberikan penjelasan secara terperinci berhubung rombongan rasmi Menteri dalam dan luar negeri termasuk bilangan pegawai dan kos sejak 2008 sehingga kini.

Beliau juga meminta Menteri menyatakan kos mempromosi pelancongan Malaysia di dalam dan luar negeri mengikut kategori dalam tempoh tersebut.

Sumber

Tuesday, October 19, 2010

‘Rock-rock juga, solat jangan dilupa’Solat berjemaah semasa konsert rock...



Mana satukah imamnya?


Kejadian ini berlaku di Indonesia semasa konsert/gig dari tiga kumpulan heavy metal yang bergabung. Ini bermakna dalam konsert tersebut, penonton yang hadir mesti menutup aurat, tak boleh pakai seluar jeans koyak lutut dan londeh. Mungkin juga tiada percampuran bebas lelaki dan wanita dalam konsert tersebut.

Ini baru dikatakan ‘Rock-rock juga, solat jangan dilupa’. Orang kita kalau tengok konsert,tengok bola ramai yang tinggal sembahyang maghrib kerana nak mengejarkan tempat duduk yang cantek.






Terkesima kejap aku melihat gambar ni, penonton dan kumpulan heavy Metal berhenti solat berjemaah setelah masuk waktu Isyak semasa konsert. Peh, konsert Ramli Sarip dan kumpulan nasyid pun tak buat begini.

Sumber:Isuhangat.net
http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/2010/10/solat-berjemaah-semasa-konsert-rock.html

BN umum calon Batu Sapi Ahad ini - Musa Aman

KOTA KINABALU 18 Okt. - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Ahad ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pengumuman calon daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) itu akan dibuat oleh beliau bersama Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

"Para pemimpin komponen BN telah mencapai kata sepakat dan menyerahkan kepada kepimpinan PBS untuk mengemukakan calon bagi mewakili BN pada pilihan raya kecil itu.

"Kita bercadang mengumumkannya pada 24 Oktober ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bagi pilihan raya itu bersama pemimpin komponen BN di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Gaya di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 12 Oktober lalu.

Edmund yang juga Bendahari Agung PBS terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Coastel Tanjung Aru-Kota Kinabalu di sini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Edmund yang juga Ketua PBS Elopura, menang kerusi Parlimen tersebut setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi manakala Kwong Wing mendapat 5,771 undi.

Setakat ini Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengumumkan akan meletakkan calon bagi pilihan raya berkenaan manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat keputusan.

Menurut Musa yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Parlimen Batu Sapi, jentera pilihan raya BN telah digerakkan di Sandakan melibatkan semua parti komponen BN.

Dalam pada itu Musa berkata, berdasarkan khidmat yang diberi BN di kawasan itu, pihaknya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN.

"Walaupun kita yakin dapat mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi, ia bukan alasan untuk BN berasa selesa dan mengambil mudah," ujarnya.

Sumber:UM

Monday, October 18, 2010

Mahathir Risau Anak Didiknya (Najib) Hadapi Laluan Sukar PRU 13...


(Kemesraan diantara mereka seperti anak dan bapak)


Sambil menyalahkan Pak Lah(Abdullah Badawi) kerana mewariskan Kerajaan yang buruk kepada Najib(klik), Dr.M lupa bahawa beliaulah yang telah mewariskan Kerajaan yang amat buruk kepada pewaris-pewarisnya.

Kita sedia maklum bahawa tanpa DSAI dan Pak Lah, UMNO sudah lama ditalkinkan kerana rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui siapa sebenarnya Mahathir...Populariti Mahathir hanya melonjak setelah DSAI masuk kedalam UMNO dan menyuntik nilai Islamik didalam UMNO serta kebijaksanaan DSAI mentadbir Kementerian Pelajaran dan Ekonomi Malaysia.

Diatas segala jasa DSAI orang yang mendapat kredit adalah Mahathir kerana langkahnya yang bijak mencatur agenda politik kerana beliau tahu tanpa DSAI didalam UMNO sudah tentu PAS akan mendapat sokongan rakyat yang mula beralih arah kepada PAS yang ketika itu mendapat sokongan kuat ABIM pimpinan DSAI.

Namun DR.M bertindak lebih pantas dengan memujuk DSAI untuk masuk kedalam UMNO dan menabur janji bahawa DSAI boleh melakukan apa sahaja untuk mengIslamikkan UMNO yang dilihat amat sekular pada ketika itu.

Namun apabila DSAI dilihat telah menggugat popularitinya dan ditambah dengan kedegilan DSAI yang enggan berkerjasam dalam usaha korupsinya, DSAI ditendang keluar daripada UMNO dengan cara yang amat menghinakan yang kemudiannya DSAI didiamkan terus didalam ISA......

Dr.M menghadapi saat2 yang amat sukar apabila rakyat mula bangkit memberi sokongan yang amat padu kepada DSAI dengan laungan yang mengerikan yakni 'REFORMASI'. Sokongan rakyat terhadapnya menurun dengan hebat sekali...

Siapa lagi yang boleh menyelamatkannya??? Disinilah muncul wira baru UMNO yakni Pak Lah yang digembar-gemburkan sebagai 'Mr.Clean Of UMNO' siapa sangka Pak Lah berjaya meraih sokongan Rakyat kerana keperibadiannya yang lembut ditambah dengan susur galur keturunan Ulama'nya apalagi apabila beliau pernah berjanji akan memberi pengadilan yang sebaiknya kepada DSAI. faktor itu cukup untuk melonjakkan UMNO kembali kemedan politik Malaysia....

Namun rakyat sedar bahawa Iman itu tidak dapat diwarisi apabila Pak Lah mula menampakkan sifat2 keUMNOannya......Maka sokongan terhadap UMNO merundumlah sekali lagi dan terjadilah Tsunami politik terbesar abad ini....Terus-terang saya katakan bahawa Dr.M lah penyebab keruntuhan UMNO dan bukan beliau yang melonjakkan UMNO tetapi beliau diselamatkan oleh pemuda yang bernama Anwar Ibrahim dan kemudian veteran yang bernama Abdullah Badawi kini legasi UMNO baru ciptaan DR.M diterajui oleh anak didiknya Najib yang boleh saya katakan satu2nya Perdana Menteri yang persis DR.M kerana seburuk2 Pak Lah sebagai PM beliau tidak pernah menzalimi DSAI dan keluarganya..................

Cuti Bersalin 90 hari, Najib Penuh Muslihat..................

Macam biasalah Najib Razak ni memang kaki kencing, konon kerajaan baik hati bagi cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tapi kaum wanita kena tipu rupanya! Berikut kenyataan penjelasan budget 2011 yang lalu diumumkan oleh Najib tentang cuti bersalin.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

“Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka,” katanya. -Malaysianinsider

Apa yang jelas sekali di sini kalau dahulu cuti bersalin hanya 60 hari namun penjawat awam dibenarkan cuti sebanyak 5 kali kelahiran, bermakna 60 hari x 5 kelahiran = 300 hari cuti bergaji penuh.

Kali ini Najib spin sikit supaya kaum wanita rasa gembira, lihat baik-baik,

Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari - Najib

Kaum wanita dibenarkan cuti bersalin 90 hari tetapi dalam had 300 hari sahaja, maka sama sahaja dengan yang lama 300 hari juga sepanjang tugas penjawat awam! Najib memang kaki klentong!


Sumber:http://milosuam.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

Biadap Sungguh Ahli PERKASA Ini Menghina Sultan Kelantan































Inikah buktinya memperjuangkan hak2 istimewa orang Melayu,bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu....Perangai sebegini sudah dikira Penderhaka!!!!! Sumber

Antara Intipati Dalam Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Sumber:KedahLanie

Batu Sapi serentak dengan Galas?????

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs409.ash2/68765_158311724200760_100000658000784_360906_7230528_n.jpg


7 Zulkaidah 1431H.

Berita yang mengejutkan dan menimbulkan banyak tandatanya apabila tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.

Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Thursday, October 14, 2010

Adakah Aksi Ini Direstui UMNO Dan Ulama'nya??????

http://2.bp.blogspot.com/_96YMtWrjwXs/TLX9xVm5ywI/AAAAAAAABzk/VFOfI328X1k/s1600/adam+lembek.jpg

Salah satu aksi kebiasaan dikonsert Adam Lambert yang bakal menggegarkan Malaysia Hari Ini



Konsert Adam Lambert akan di adakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 14 Oktober hari ini. Konsert The Glamnation Tour Live In Malaysia 2010 itu akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema glamrock.

Adam Lambert telah menjadi kegilaan ramai peminatnya dari US apabila beliau muncul dalam American Idol 8 dan mendapat tempat ke-2. Adam Lambert memang terkenal dengan imej gothic.

Sebelum Malaysia, Adam Lambert telah mengadakan konsert di Tokyo, Jepun. Selepas Malaysia, Adam Lambert akan meneruskan konsert jelajah nya ke Hong Kong, Manila, New Zealand, Australia, Hawaii.

RM500,000 setahun untuk menyara 10 orang pelajar Di Sekolah Harapan..........



Melenting Ali Rustam sehinggakan mencabar PAS berdebat mengenai isu sekolah mengandung. Apakah yang menyebabkan Ali marah sehinggakan tidak tahan dengan kritikan dari PAS?


Mudah sahaja, cegah segala kemungkaran yang berleluasa di Negeri yang diperintah oleh Ali dan BN maka sekolah harapan ini tidak akan wujud. Berapa lamakah pelajar akan menetap di sekolah tersebut? Sedangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri Melaka setahun adalah RM500,000 setahun?


Cuba bayangkan kos RM500,000 setahun adalah untuk menyara 10 orang pelajar sahaja. Lebih baik duit sebanyak itu diberikan kepada sekolah agama yang mana ada sekolah yang terpaksa menjalani proses pembelajaran di tempat letak kenderaan (garaj).


Mengikut Jabatan Perangkaan seramai 214,033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan pada tahun 2005 hingga 2009. Paling dibimbangi adalah yang melibatkan melayu yang konon-kononnya adalah Islam (seperti dilaungkan oleh UMNO) adalah 74,723 kes berbangsa melayu.


Sekarang kita tanya UMNO yang konon-kononnya membela melayu dan apakah yang terjadi kepada anak muda melayu sehinggakan menjadikan melayu majoriti dalam kes anak tidak sah taraf. Menteri UMNO kena jawab permasalahan ini.


Apabila ada mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?


PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.


Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Sumber

Wednesday, October 13, 2010

"Sejarah yang tidak akan mungkin berulang sampai bila-bila pun"



Sedang asyik melayari internet dan membaca blog ke blog tiba2 terjumpa dengan gambar yang bersejarah ini lantas hati ini berbicara :

"Sejarah yang tidak akan mungkin berulang sampai bila-bila pun"



Inilah balasan UMNO kepada DSAI, niat beliau hanya mahu menyuntik Islam di dalam UMNO dan menghapuskan Korupsi dan sesekali tidak mahu bersekongkol mengaut wang dan harta rakyat....Sebagai balasan beliau ditendang daripada UMNO seperti manusia yang hina...Namun walaupun UMNO memandangnya sebagai insan yang hina, namun rakyat yang lebih mengetahui siapakah yang lebih hina yang tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO berserta pemimpin2nya yang busuk lagi menjijikkan yang menjadikan kuasa sebagai alat pemuas nafsu............. lalu bangkitlah para rakyat yang sudah muak dan jijik dengan UMNO..









Semoga ALLAH S.W.T memakbulkan doa Almarhum Ust Fadhil Nor yang pernah menyatakan dalam ceramah beliau agar Allah memanjangkan umur Tun Dr Mahathir agar dia(Mahathir) dapat melihat kehancuran UMNO .

Mari kita talkinkan UMNO pada PRU 13 nanti!!!!!!!

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Buktikan ' TANDAS LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH RUMAH PPRT'


Gambar di atas adalah rumah PPRT

Inilah tandas bertaraf 5 bintang


Tandas awam ini merupakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di negara ini. mula dibina pada 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu melalui peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM115,000.

Cuba bandingankan dengan harga kos sebuah rumah PPRT yg cuma hanya berjumlah RM27000 sebuah. Maknanya 3 buah rumah PPRT dapat dibina berbanding hanya untuk sebuah tandas yg bukan untuk manusia berehat untuk sesebuah keluarga.

Sumber

Tuesday, October 12, 2010

KDN Langsung Tak Berminat Siasat Dakwaan Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan Tentang Campur Tangan Dalam Urusan PDRM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan. - BERNAMA

Monday, October 11, 2010

Fitnah Terhadap DSAI tersebar dalam SMS!!!!


Inilah SMS fitnah yang sedang tersebar luas menerusi khidmat pesanan ringkas@SMS.
SMS ini telah dihantar kepada sahabat saya pada hari jumaat yang lepas(Mungkin dihantar secara rawak). Teks yang ditaip dalam Bahasa Inggeris ini berbunyi:

"Don't let Anwar manipulate us like fools. He wants Azmin to win so that only his group can continue to make money and be powerful. Azmin is using Shamsidar to control Anwar. Pls don't support Azmin n Anwar Pls spread this SMS to PKR members TQ....."

Itulah teks yang tertulis dalam SMS itu dan jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia berbunyi:

"Jangan biarkan Anwar terus memanipulasi kita seperti orang bodoh. Dia inginkan Azmin menang supaya kelompoknya sahaja yang boleh terus mengaut wang dan berkuasa . Azmin pula menggunakan Shamsidar untuk menguasai Anwar. Tolong jangan sokong Azmin dan Anwar sila sebarkan SMS ini kepada ahli2 PKR Terima Kasih ....."

Selepas saya membaca SMS itu spontan mulut saya berkata:

"Confirm ini kerja U*NG*K"

SMS ini kononnya memberi gambaran bahawa ia dihantar oleh ahli PKR sendiri, namun kita sedia maklum bahawa hanya U*NG*K sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini...SMS ini bertujuan untuk memecah-belah PKR namun saya cukup yakin bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli mahupun penyokong PKR,DAP dan PAS sama sekali tidak akan termakan dengan fitnah yang murahan dan tidak beretika ini....

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Friday, October 8, 2010

Betapa Hinanya Melayu Apabila Menolak Islam..............

http://4.bp.blogspot.com/_kCtGe_VggEc/TK0KiAmA5LI/AAAAAAAAANA/22wyfSfnBiQ/s1600/Budak+sekolah+terlampau.png


Inilah bala yang kita undang apabila kita redha dengan pemerintahan negara yang tidak berlandaskan syariat Islam. Inilah hakikatnya 50 tahun lebih pemerintahan UMNO yang memisahkan Islam dalam kehidupan.....Apakah yang bermain diminda kedua-dua remaja ini ??

Mungkin sahaja remaja lelaki itu berfikir sebegini:
"Susah apa kalau mengandung boleh dibuang anak haram itu nanti kelongkang-longkang'



Dan remaja perempuan itu pula mungkin berfikir sebegini:
"Kalau mengandung pun masih ada sekolah mengandung yang boleh menerima aku seadanya"



Sumber Gambar:http://pejuang-rakyat.blogspot.com/2010/10/budak-sekolah-buat-seks-terbuka.html

Thursday, October 7, 2010

Bekas KPN 'Tan Sri Musa Hassan'& Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman' Mohd Bakri' diperintah hadir ke mahkamah 28 Oktober

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan , Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguam bela, Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.
"Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian," kata Sivananthan.
Mohd Sofian berkata, beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.

"Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini jam 8.30 pagi pada 28 Oktober," katanya.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Makkah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya," kata Najib.
R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.

Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di sini pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik saja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.

Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditahan semula hari berikutnya.

Pada 30 September, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mereka.

Ketika prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.

"Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yang dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran)."

"Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah," kata Sivananthan.

Beliau berkata, jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.

Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata, permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.
"Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh iaitu seperti menghina mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil," katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap supaya mahkamah menolak permohonan itu. - BERNAMA

Wednesday, October 6, 2010

Kemunculan Pelakon Baru Untuk Drama "Liwat 2".........

http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/TKxMs_LumXI/AAAAAAAAMpg/fKL1ISGtaAI/s1600/rahimiosman2.png
(Inilah wajah pelakon baru yang digembar-gemburkan akan menerajui Drama "Liwat 2")

KLANG, 6 Okt [5.30 pm] - Satu sidang akhbar yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman (foto), dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di Restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut. Rahimi memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat. Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan. Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Zionis Halalkan "Seks terlarang untuk Keselamatan Negara"......

"Undang-undang Yahudi membenarkan wanita-wanita mereka meniduri musuh bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang boleh membawa kepada keselamatan Israel, kata seorang rabbi seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Isnin lalu.

Akhbar Yediot Aharonot melaporkan tentang satu artikel oleh Ari Shvat, seorang pakar undang-undang Yahudi, di mana beliau menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang dibolehkan untuk mengadakan hubungan seks dengan “teroris” bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan mereka.

Kajiannya, yang hanya merujuk kepada agen-agen wanita, tersiar di bawah tajuk "Seks terlarang untuk Keselamatan Negara" dalam jurnal yang diterbitkan oleh sebuah institut kajian agama dalam blok penempatan Gush Etzion berhampiran Jerusalem.

Ia mengaitkan cerita-cerita dalam Bible tentang wanita-wanita yang menggoda tentera musuh bagi mendapatkan maklumat berharga, sambil menambah bahawa “tugas seumpama itu paling sesuai diberikan kepada wanita-wanita yang tidak bermoral."

Dalam kes di mana seorang wanita itu terpaksa mengahwini tentera musuh bagi mendapatkan kepercayaannya, Shvat mencadangkan supaya wanita tersebut menceraikan suami sebenarnya terlebih dahulu.

Syor tersebut ditujukan kepada agensi perisikan Israel, Mossad, dan dianggap satu pengecualiaan kepada larangan penipuan dan seks di luar perkahwinan dalam agama.

Antara Wajah-wajah Wanita Ajen Mossad Klik disini

Sumber

Misti Baca:Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al-Quran dan Sains

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran"

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin


Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan
Sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Tuesday, October 5, 2010

Muhyiddin Pesan KRONI Supaya Agihkan Susu Berkualiti..........................

Pastikan susu 1Malaysia berkualiti: TPM

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam Program Susu 1Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara, memastikan tiada murid mengalami keracunan akibat meminum susu tidak berkualiti.

Selain pembekal susu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, sekali gus menjamin kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Kualiti susu dibekalkan kepada murid perlu diberi perhatian serius. Kita tidak berkompromi dari aspek kualiti dan sentiasa memastikan susu dibekalkan memenuhi piawaian ditetapkan.
"Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan menyediakan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah bagi memastikan keselamatan, pengendalian dan kualitinya. Ia mencakupi aspek kualiti produk, pengangkutan, penyimpanan di gudang dan sekolah serta pengagihan," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika melancarkan Kempen Minum Susu 1Malaysia peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Mutiara di sini, semalam.

Program itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 16 September lalu, bertujuan memastikan murid mendapat sumber protein mencukupi untuk menjalani pembelajaran, selain memiliki tubuh sihat dan cergas.

Muhyiddin berkata, program membabitkan peruntukan RM375 juta setahun berasaskan pembekalan dua kotak susu seminggu setiap murid atau 270 juta kotak setahun.
“Sabah sebagai pengeluar terbesar susu negara berupaya membekalkan 80 juta kotak susu setahun, manakala bakinya dari Semenanjung dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, program itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat, terutama di luar bandar dan pedalaman, selain memberi kesan limpahan ekonomi meluas dalam jangka panjang.

Sumber:BH

Monday, October 4, 2010

Gambar Penyokong UMNGOK Yang Warak Tahap Gaban ....................







Kecoh pasal duit wang ehsan seratus ringgit untuk warga tua di Penang , LGE jadi mangsa politikus umno yang haprak...


Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya

KEPALA BATAS, 3 Okt: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.

Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.

Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.

Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.

“Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga,” katanya.

Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.

"Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya.

Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.

Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.



















Duit ini halal ke?








Ini bukan seratus ringgit, sejuta beb ! tak haram sebab kami Umno ha ha ha ....

Sumber













Saturday, October 2, 2010

Sebenarnya Lim Guan Eng lebih tahu tentang halal dan haram berbanding UMNGOK dan MUFTA2nya

http://3.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/SozT_dvrtqI/AAAAAAAACAg/BAE25WdVyoM/s400/Lim+Guan+Eng.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.





Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

N'N: Sebenarnya Lim Guan Eng lebih tahu tentang halal dan haram berbanding UMNGOK dan MUFTA2nya

RIBUAN UMAT ISLAM ZIARAHI AL MARHUM TUAN GURU PAK TEH



Pagi tadi saya dan Ust Abu Bakar Husein(PJ Perak) bersama ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat. Demikian menurut salah seorang anak muridnya yang sempat saya temui.

Pak Teh adalah Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak sehingga sekarang. Almarhum juga seorang pengasas dan pendiri Madrasah Addiniah Al Latiffiah (Pondok Pak Teh) yang masih mengekalkan tradisi pengajian secara pondok sejak tahun 1967 lagi. Pondok Pak Tehlah satu-satu pusat pengajian ilmu di Perak yang masih mengekalkan tradsisi membaca Kitab Kuning dan diajar secara tradisional. Sehingga sekarang 400 murid-muridnya masih mengaji secara tetap di pondok Pak Teh.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1953 dengan tamat darjah 5. Disebabkan kemiskinan keluarganya tidak mampu menyara pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MCKK. Walaubagaimanapun beliau berpeluang meneruskan pengajian agama secara pondok di Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959, Pondok Pasir Tumboh ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau berguru dengan beberapa Tuan Guru yang terkenal antaranya Tuan Guru Hj Mohamad Saman Kati, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama tersohor di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar Pasir Tumboh.




Di Pondok Pak Teh, murid-muridnya dari yang seusia paling muda belasan tahun sehinggalah warga tua dan pesara kerajaan yang tinggal di pondok untuk menghabiskan sisa hidup dengan beribadah dan mengaji. Dipondok itulah mereka mengaji secara berkitab dari satu kitab ke satu kitab dan dari satu bab ke satu bab. Pondok yang didirikan oleh Pak Teh semuanya hasil usaha Pak Teh sendiri di samping derma orang ramai, tidak mengharapkan sedikitpun bantuan kerajaan. Untuk menjana pendapatan Pak Teh dan murid-murid menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Yuran yang dikenakan pula terlalu murah, tidak sampai RM 50 setahun seorang pelajar untuk duit api dan air.Mengohormati kedudukannya sebagai ulama yang disegani dan dihormati, beliau telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76 pada tahun 2004. Tetapi kezuhudan dan rasa rendah diri, beliau lebih mesra dipanggil Pak Teh atau Tok Guru Pak Teh.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.

PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.

Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.

Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.

Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.


Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.

Sumber:http://misabah.blogspot.com