yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, September 22, 2010

Kenyataan Tidak Masuk Akal Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora 'Pemilih Baru Tak Layak Mengundi'

PETALING JAYA, 22 Sept: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, semalam tidak masuk akal.

Anggapan itu berhubung ketetapan terbaru SPR, iaitu pengundi yang baru mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) diadakan pada tahun depan.

"Kenyataan itu adalah tidak masuk akal memandangkan proses pendaftaran pemilih baru oleh SPR itu memerlukan empat fasa dalam setahun," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut bekas Ketua Strategik PKR itu; suku pertama adalah dari bulan Januari hingga Mac; suku kedua (April hingga Jun); suku ketiga (Julai hingga September); dan suku tahun keempat (Oktober hingga Disember).

"Ertinya, yang mendaftar pada bulan Januari hingga Mac tahun ini, nama mereka itu telah dipamerkan pada suku kedua tahun ini.

"Apabila dipamerkan, diteliti serta melalui proses bantahan dan sebagainya, maka sepatutnya pada suku ketiga patut nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih induk, maknanya mereka boleh ambil bahagian sebagai pengundi baru," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau menyuarakan rasa curiga dengan ketetapan terbaru yang dibuat Morat itu kononnya proses pengesahan satu-satu daftar pemilih memakan masa lebih empat hingga lima bulan.

Katanya lagi, masalah mengemaskini daftar pemilih adalah masalah pengurusan SPR disebabkan tidak mengikut jadual memproses daftar pemilih baru seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Maka, masalah SPR itu, menurut beliau tidak wajar sehingga menghalang hak pengundi baru, khususnya di kalangan pengundi muda untuk menentukan kepemimpinan negara terbaik pada tahun depan.

"Kenyataan terbaru ini sudah tentu tidak mampu memadam persepsi rakyat, pertama SPR dilihat sebagai sebuah badan yang berpihak pada Umno BN.

"Kedua, SPR nampaknya mengukuhkan apa yang kita percaya selama ini bahawa pengundi baru, khususnya pengundi muda nampak seakan tidak berpihak kepada parti-parti pemerintah pada pilihan raya nanti."

Lanjutan itu, beliau menggesa SPR supaya tidak mengulangi kesilapan sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU10.

"Pada pilihan raya Umum (tahun) 1999 dulu, perkara ini pernah berlaku di mana lebih 700 ribu pengundi baru tidak dapat mengambil bahagian pada zaman reformasi ketika itu akibat kelembaban pengurusan SPR dalam menguruskan pendaftaran pemilih baru," beliau menambah.

Tegasnya lagi, jangan disebabkan mahu memuaskan kepentingan politik parti-parti pemerintah, SPR sanggup bersikap tidak adil dan demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mencadangkan kepada ahli parlimen pembangkang dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera mengatur pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung ketetapan terbaru itu.

sumber

Rakyat Malaysia Sudah Menyampah:Jualan Surat Akhbar Utusan Dan Berita Harian Jatuh Mendadak Sejak Tahun 2004


Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo...

Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo.

Metro adalah surat akhbra yang dilancarkan pada bulan March 1991. Pada tahun 2004, jualan Metro telah melebihi jumlah gabungan jualan surat akhbar Utusan dan Berita Harian dan terus menambah.

Manakala Kosmo yang dilancarkan pada tahun 2004 juga mengambil alih tempat Utusan dan Berita Harian pada tahun 2009.



Maklumat ini diperolehi dari http://uppercaise.wordpress.com/2010/09/20/tabloids-overtake-bm-papers/

Projek RM2.4 Billion untuk Kroni Taib Mahmud ditentang MP BN Sabah....

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Projek mega RM2.4 bilion untuk membina terminal minyak di Kimanis telah mencetuskan rasa tidak senang mendalam di Kota Kinabalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri itu dijangka secara terbuka membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat bulan depan.

Mereka dijangka membangkitkan keputusan memberi kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Pada 1 September lalu, Naim Holdings Bhd mengumumkan bahawa Samsung-Naim JV, syarikat usaha sama antara subsidiarinya NCSB

Engineering Sdn Bhd dan Samsung Engineering Co Ltd, telah mempeorleh kontrak bernilai AS$766.39 juta (RM2.4 bilion) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan projek Sabah Oil and Gas Terminal, salah satu projek infrastruktur terbesar negara ini.


“Tiada sebab mengapa bidaan dari Sabah tidak diberi peluang kerja ini. Mengapa sebuah syarikat dari Sarawak diberikan projek di Sabah?



Abdullah dikatakan pernah menjamin bahawa sumber gas Sabah
tidak akan disalurkan ke Sarawak. — Foto Reuters

“Ini bermakna lebih banyak hasil kekayaan akan beralih keluar dari Sabah,” kata seorang MP Umno dari Sabah.

Wakil rakyat itu menegaskan, beliau dan rakan-rakannya bercadang untuk membawa isu berkenaan ke Parlimen apabila ia mula bersidang bulan depan.

Beberapa wakil rakyat juga mengesahkan bahawa mereka tidak gembira dengan perkembangan itu selain mendapati sukar untuk mempertahankan BN daripada serangan dan kritikan Pakatan Rakyat.

Pentadbiran Najib mahu mengelakkan suasana tidak senang seperti itu daripada negeri tersebut yang dianggap sebagai “simpanan tetap” BN dalam usaha perikatan tersebut kekal di Putrajaya.

Dalam pilihan raya 2008 BN menang kurang undi berbanding parti-parti PR BN di Semenanjung tetapi mengekalkan penguasaan di Parlimen ekoran sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Aspek simpanan tetap itu juga ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika berada di Sabah sempena sambutan Hari Malaysia Khamis lalu.

Perdana Menteri diipercayai sedang mempertimbangkan kemungkinan memanggil pilihan raya awal tahun depan.

Difahamkan firma usaha sama Sabah telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari China untuk membida projek berkenaan.

Sumber-sumber memberitahu harga bidaan syarikat Sabah-China itu kurang AS$50 juta berbanding dengan syor Naim Cendera.

Rasa tidak puas hati di Sabah juga muncul di sebalik spekulasi bahawa kos akhir kemungkinan RM4 bilion.

Syarikat minyak negara mengeluarkan bidaan awal tahun ini selepas terhenti tiga tahun bagi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penugasian.

Undangan bidaan pada 2007 ditarik balik ekoran “sebab-sebab teknikal.”

Difahamkan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman, yang juga Menteri Luar dan seoranga anggota utama dalam Kabinet Najib berhadapan dengan tekanan politik ekoran pemberian projek berkenaan kepada Naim.

Anifah merupakan antara wakil rakyat yang menjadi tumpuan dalam kontroversi membangkitkan sikap tidak ambil berat kerajaan pusat terhadap Sabah — isu yang timbul selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata terpeluang kepada kerajaan negeri Sabah untuk memastikan sumber gas kekal di negeri itu dan tidak disalurkan ke Sarawak menerusi projek pembinaan saluran gas dari Kimanis-Bintulu.

Beliau mengulangi bahawa di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan pusat bersetuju supaya projek itu diteruskan dengan Sabah diberi keutamaan jika negeri itu memerlukan bekalan gas.

“Ada jaminan bahawa bekalan gas tidak disalurkan ke Bintulu di Sarawak menerusi saluran gas itu jika terdapat keperluan bekalan itu di Sabah. Abdullah cakap jaminan ini dari Petronas sendiri.

“Jadi ini bukanlah sama ada Petronas enggan menjalankan apa yang diwajibkan kerajaan, tetapi kerajaan negeri sendiri perlu pastikan bekalan gas ini dapat digunakan di Sabah,” katanya.

Pandangan itu diberikan ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Melaine Chia berkata kerajaan negeri tidak harus bersetuju atau membenarkan Petronas menyalurkan gas asli dar luar persisiran Sabah ke Bintulu jika ia benar-benar serius untuk membangunkan industri gas dan minyak tempatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah pernah berkata Petronas akan hanya setuju untuk membenarkan Sabah menyimpan sebahagian daripada gas yang dilsaurkan ke Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, jika ia mampu membina infrastruktur dan tenaga kerja bagi menyokong industri minyak dan gas di Sabah.

Chia mendesak Tan, yang juga Naib Presiden Gerakan, untuk memujuk presiden partinya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Petronas menghentikan projek pembinaan saluran gas Kimanis-Bintulu.

Malah, pada akhir bulan lalu beberapa ahli politik dan industri dari Sabah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega SOGT di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.

Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.


The Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)