Thursday, August 26, 2010

Implikasi Fatwa Mufti Perak:Isu khutbah, Apakah ‘Salam 1 Malaysia’ juga haram, Dr Asri


KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Di sebalik kontroversi doa dan isu khutbah, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan mengapa salam baru — “Salam 1 Malaysia” yang turut didakwa mendoakan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat berbilang kaum tidak diharamkan jika ia bertentangan dengan hukum Islam.
Sehubungan itu, kata Asri (gambar), ahli-ahli politik tidak kira fahaman politik seharusnya mengelakkan fatwa-fatwa yang tidak konsisten yang beliau sifatkan sebagai “fatwa ala Taliban.”
Beliau percaya bahawa ekoran isu khutbah sekarang kemungkinan ada fatwa-fatwa baru akan dikeluarkan dan ia seharusnya tidak mencetuskan suasana “porak-peranda dan prejudis.”

“Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim.

“Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa,” katanya.

“Salam 1 Malaysia” menjadi ucapan yang diamalkan sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.
“Semua parti politik utama bagi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu Umno dan PAS hendaklah mengelakkan fatwa yang tidak serasi dengan keharmonian dan kehidupan negra ini, dalam konteks Malaysia... kerana Islam itu mengutamakan keamanan dan kedamaian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Asri menjelaskan, di Malaysia secara praktiknya, orang ramai sudah biasa dengan amalan memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”.

“Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja.
“Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’,” katanya.

Justeru soal Asri, tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka.
“Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?” kata tokoh agama ini yang lazimnya melontarkan pandangan-pandangan dilihat ‘progresif’.

Dalam tulisannya itu di bawah tajuk “Doa untuk bukan bukan Muslim: Bicara harmoni buat Mufti Perak”, tambah Asri, para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup.

“Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan,” katanya lagi.

Asri menambah, pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara ini khususnya dalam dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

“Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya.

“Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu,” katanya.
Asri berkata beliau akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian.
Katanya, doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik dan juga mungkin tujuan kempen politik.

“Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana,” katanya lagi.
Sehubungan itu Asri menjelaskan, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredahan sesuatu pihak semata.

Jelas beliau, hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian.

“Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda.

“Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

“Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?” ujar beliau lagi.

Asri juga berkata, “perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini.”
“Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.TMI

Wednesday, August 25, 2010

Ketua Tentera Israel yg Baru - Si Gila Darah

Yoav GalantYoav Galant Si Pengganas Gila

Banyak warga Arab mengecam dan menyatakan kekesalan atas terpilihnya pimpinan militer Israel yang baru, Yoav Galant, yang dikenal sebagai 'tukang jagal Gaza' kerana Galant telah memimpin perang maut di Jalur Gaza dalam operasi Castlead.

Menunggu persetujuan oleh Tel Aviv, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak telah menunjuk Mejar Jenderal Yoav Galant untuk menduduki ketua staf umum militer Israel, yang posisinya saat ini diduduki oleh Gabi Ashkenazi. Langkah itu juga disambut baik oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Galant mengawasi serangan Israel di Jalur Gaza pada Januari 2008-Disember 2009, yang mengorbankan lebih dari 1.400 warga Palestin, menimbulkan kerosakan di atas 1.6 billion dolar terhadap perekonomian di daerah kantong miskin itu.

Pada hari Isnin (23/8), media-media di dunia Arab menyatakan penolakan mereka atas nominasi Yoav Galant sebagai pimpinan militer Israel, pejabat berita Ma'an Palestin melaporkan.

Pejabat berita Lebanon mengatakan bahawa penyiar TV al-Manar menyebut Galant sebagai "penjenayah perang."

Pendaftaran pemimpin militer dengan Angkatan Perang Pertahanan Israel di mulai pada tahun 1977, kata laman Israel Ynetnews.

Galant, pernah meninggalkan Israel untuk pergi ke Alaska untuk bekerja sebagai pemotong kayu, kata media. Beberapa website menyebut Galant sebagai seorang "penebang kayu." (fq/prtv)

sumber

Saturday, August 21, 2010

Membalas Tindakan Gereja Mahu Bakar Al-Quran

Seorang muslim Kanada bekerjasama dengan Islamic Society of North America (ISNA) akan mengadakan bakti sosial membahagi-bahagikan Al-Quran secara percuma di Kanada dan AS. Aksi ini dilakukan setelah sebuah gereja di Gainesville, Florida mengumumkan akan menyelenggarakan "Hari Membakar Al-Quran Internasional" untuk memperingati 9 tahun serangan 11 September di AS.

Suhail Kapoor akan membagikan Al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris sebagai usaha untuk menyebarkan pesan-pesan dalam ajaran Islam di kalangan masyarakat Kanada dan AS. Ia mendapatkan dukungan dana dari para dermawan muslim untuk mencetak Al-Quran yang akan dibahagikan. "Kalau mencetaknya banyak, harganya cetaknya jadi lebih murah, hanya 1.25 dollar per Al-Quran," tuturnya.

Menurut Kapoor, banyak orang yang menentang Islam kerana mereka tidak tahu tentang ajaran Islam. "Kalau mereka punya kesempatan membaca Al-Quran, yang merupakan mukjizat dari Tuhan, kitab suci ini akan mengubah pandangan mereka," kata Kapoor optimis.

Kapoor giat berdakwah di Kanada setelah masuk Islam pada tahun 1990 saat bekerja di Arab Saudi. Ia sudah membahagikan ribuan Al-Quran selama 10 tahun terakhir. "Anda tahu, Al-Quranlah yang mengubah niat Umar bin Khattab yang sebelum masuk Islam ingin membunuh Rasulullah Saw. Saya tahu, ada ribuan orang yang akhirnya menerima Islam setelah membaca isi Al-Quran," ujar lelaki yang sebelumnya beragama Hindu itu.

Kapoor mengecam kempen yang dilakukan Gereja di Gainsville, tapi ia yakin kempen hitam terhadap Al-Quran akan mendorong lebih banyak orang untuk membaca Al-Quran. Ia menceritakan pengalamannya sendiri ketika mempelajari Al-Quran dari seorang sahabatnya saat masih bekerja di Arab Saudi, hingga ia memutuskan masuk Islam.

sumber

Saturday, August 14, 2010

Surat Yang Membuktikan UMNO Itu Sangat Adil & Tidak Pernah Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Orang.........

Surat ini membuktikan betapa amalan demokrasi begitu subur didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Hinggakan sesiapa sahaja kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat, Johor yang disyaki bersimpati dengan Pakatan Rakyat perlu disenarai hitamkan.

Kenapa perlu mereka menekan sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat?

Adakah ini satu amalan demokrasi yang sihat?

Surat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO la..) kepada Jurutera Daerah, JKR Batu Pahat yang mengarahkan agar nama-nama kontraktor yang menyokong atau bersimpati dengan Pakatan Rakyat disenaraihitamkan..




Click image to enlarge view

Friday, August 13, 2010

Korang Nak Tak Imbuhan RM1,000 Warga Emas, Wi-fi Percuma Seluruh Negara Dan Mansuhkan Saman Ekor ,Semuanya Jika Pakatan Berjaya Menang PRU-13 Nanti

Biar pun pilihanraya umum ke-13 masih tidak dapat dipastikan lagi dan hanya PM Najib Razak sahaja yang tahu tarikhnya. Namun, Pakatan Rakyat membuat satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia hari ini. Semua ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat buat UMNO Barisan Nasional yang kononnya melaungkan motto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" itu.

Kini hanya rakyat yang berhak menilak keikhlasan Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah pada masa akan datang. Sudah lebih 50 tahun mereka mengharapkan simpati UMNO BN untuk membela, namun ternyata indah khabar dari rupa. Mereka hanya berminat membela beberapa kelompok golongan tertentu dan kroni-korni mereka sahaja. Sebaliknya, rakyat marhaen dipaksa dan dikerah untuk membanting tulang saban hari untuk membayar cukai yang akan diagih-agihkan sesama mereka.

Inilah masalah sebenar yang berlaku di negara kita sejak merdeka lagi. Lantaran itulah, rakyat tidak perlu "dimanjakan" sangat dalam apa jua bentuk sekalipun. Hasilnya, mereka mahu rakyat terus takut untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka. Berbagai akta dan undang-undang dibuat untuk mengekang kemarahan rakyat. Pilihanraya hanya diadakan sebagai syarat kononnya Malaysia adalah sebuah negara "demokrasi". Walhal, jiwa-jiwa mereka telah dikongkong dan dikawal oleh beberapa orang tokoh korporat yang menjadi penguasa di negara ini.

Akhirnya rakyat jelata yang menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa dalam memastikan mereka terus diterima oleh rakyat. Maka itulah, kita amat yakin dengan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti, pasti akan membuatkan mereka "kecut perut" dan bagai "cacing kepanasan". Berbagai tawaran kini telah dikemukakan biarpun pilihanraya masih tidak ditentukan lagi. Semua itu adalah sebagai penghargaan kepada rakyat agar membuat perubahan bagi memastikan masa depan mereka lebih terbela.

Tawaran DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU

Terbaru hari ini, Parti Demokratik Rakyat (DAP) mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng (foto) berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”. Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.

“Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP hari ini.

[Maka, apa lagi yang mahu diharapkan kepada kerajaan UMNO BN sekarang. Rakyat perlu bijak menilai apa yang telah dilakukan kepada mereka. Janji hanya tinggal janji, apa yang ada semua naik atas nama subsidi. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara, sebaliknya mereka merompak sesuka hati khazanah rakyat untuk mengenyangkan perut puak-puak mereka. Oleh itu, marilah sama-sama beri kesederan kepada seluruh rakyat agar perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinkan rakyat bahawa siapakah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib mereka. Namun, biarkan mereka jika ada yang berkata mereka redha dengan apa yang dilakukan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang penting, pastikan ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat seperjuangan melakukan perubahan agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram hendaknya].

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com/2010/08/tawaran-dap-imbuhan-rm1000-warga-emas.html

Ariel Sharon Sudah Mampus?


Jejaring sosial Twitter sekali lagi menjadi sumber desa-desas dalam mengumumkan kematian seseorang yang sangat dibenci dan dihujat orang di mata umum.

Ini memang tentang mantan perdana menteri Israel Ariel Sharon. Sharon seperti diketahui telah berada dalam keadaan koma sejak Januari 2006, akibat strok. Khabar angin seputar kematiannya mulai beredar di Twitter sepanjang hari pada hari Rabu (4/8).

Sheba Medical Center, Tel Hashomer, hospital dimana Sharon saat ini dirawat, mengeluarkan penyangkalan khabar angin itu, melaporkan bahawa mantan perdana menteri Israel itu dalam kondisi yang stabil.

Sebahagian besar yang mengumumkan kematian "sebelum waktunya" Sharon adalah pengguna Twitter dari Iran, Palestin, atau dari negara Arab lainnya. Ini kerana ternyata laporan tersebut berasal dari pejabat berita Iran.

Tampaknya kematian Sharon menjadi hal yang ditunggu-tunggu oleh bangsa Arab. Ini kerana berbagai perbuatannya terhadap Palestin di masa lalu. (sa/hrtz)

sumber

Thursday, August 12, 2010

SIAPA YANG MULAKAN RAMADHAN DENGAN FITNAH?



Apabila kain rentang ini heboh diperkatakan, saya kata kepada seorang rakan mustahil ini dilakukan oleh PKR. Kata saya lagi kain rentang seperti ini sama seperti provokasi yang dilakukan oleh Umno dalam pilihanraya kecil atau umum untuk menunding bahawa kononnya ini kerja-kerja gila Pakatan Rakyat.


Tujuannya mudah supaya rakyat marah. Kali ini bukan sahaja nak suruh rakyat tetapi DYMM Sultan Johor juga murka. Manakan baginda tidak murka kain rentang itu sengaja dinaikkan di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor.


Bagi saya Dr. Chua Jui Meng bodoh kalau dia mengarahkan kain rentang bersama dengan sultan Johor yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar Johor. Maka rakyat Johor yang kuat dengan semangat Umno dan Melayu akan marah apabila seorang cina disebut sebagai Menteri Besar. Lebih-lebih lagi melibatkan sultan Johor dalam hal ini.


Hari ini semua tembelang dan taktik kotor itu terdedah apabila Dr Chua Jui Meng mendedahkan bahawa bekas Menteri Besar Johor merupakan dalang di sebalik kain rentang yang menimbulkan kontroversi itu.


Menurut beliau, Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.'."Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.


Nampak sangat Umno semakin terdesak dan tersepit untuk memulihkan sokongan rakyat yang semakin menolak dan meluat kepada Umno. Saya yakin selepas ini banyak lagi provokasi dan taktik kotor akan digunakan untuk memburuk-burukkkan Pakatan Rakyat dan pimpinannya. Walau bagaimanapun saya yakin rakyat hari ini semakin matang untuk menilai senario politik yang berlaku dalam negara.


Kepada mereka yang melakukannya insaf-insaflah, bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat. Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini banyakkanlah buat amalan dan bertaubat kepada Allah SWT. Tak guna berpuasa kalau perbuatan bergelumang dengan noda dan dosa. Wallahualam.

Bujang Susah

Orang UMNO Pun Sepatutnya Berterima Kasih Kepada Pakatan Rakyat!!!!!

Terpaksa Tarik Balik Saman Ekor, Terbukti Kerajaan UMNO BN Bertindak Gelojoh Dan Tidak Mahu Mendahulukan Rakyat Sebenarnya !!!

Kerajaan UMNO BN akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat agar "saman ekor" dikaji semula. Terbukti kini laungan keramat "rakyat didahulukan" gagal diterjemahkan oleh kerajaan, malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri dilihat tidak langsung memikirkan nasib rakyat ketika mengulas isu saman ekor itu sebelum ini.

Antara lain beliau menegaskan bahawa pengguna jalanraya membuat kesalahan dan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengeluarkan saman. Tanpa mengambilkira risiko atas kenyataan tersebut, nyata Najib dilihat terlalu "taksub" mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya mahu mendahulukan rakyat beliau wajar mengambil jalan tengah seperti memberi tempoh tertentu kepada pengguna jalanraya ataupun mengkaji dulu perlaksanaan tersebut. Ini tidak, dengan nada sombong menyalahkan rakyat.

Seolah-olah kerajaan begitu kemaruk untuk mengutip wang sesuka hati mereka melalui saman ekor. Apa tidaknya, mereka boleh mendapat sehingga RM300 bagi setiap saman dengan hanya mengarahkan anggota polis trafik untuk "bersembunyi" didalam hutan dan "menembak" setiap kenderaan yang melalui sesuatu jalan tersebut.

Anehnya bila terkena kepada rakyat biasa mereka kerah dan paksa supaya membayar saman. Namun, umum mengetahu bahawa jika terkena kepada mereka yang berkedudukan sama ada wakil rakyat atau pemimpin UMNO BN yang lain maka sudah pasti dengan satu "panggilan" sahaja sama itu dapat dibatalkan.

Menteri mungkin tidak menanggung beban atas isu ini. Tetapi bagaimana dengan nasib rakyat jelata yang lain. Gara-gara mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing, mereka terpaksa membayar ribuan ringgit semata-mata bagi menjelaskan dulu tunggakan saman yang entah dari mana datangnya. Mujurlah ada pemimpin rakyat daripada parti pembangkang yang bangkit mendesak. Malah, terdapat juga beberapa kerat pemimpin UMNO mahu langkah itu dikaji semula kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Maka setelah didesak, akhirnya semalam kerajaan UMNO BN terpaksa umumkan mereka bersedia menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kononnya langkah itu diambil berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Ia bermakna, kerajaan akhirnya boleh menerima pandangan rakyat. Soalnya sekarang, kenapa sejak dari awal lagi mereka tidak mahu mendengar pendapat rakyat sama seperti isu lesen judi bola dulu?.

Jika tidak bukankah ia tidak menyakitkan hati rakyat. Langkah yang diambil ini juga sebenarnya sudah agak terlewat kerana ramai yang sudah membayar saman ekor tersebut kerana takut kenderaa mereka disenarai hitamkan sebelum ini. Malah, mereka terpaksa beratur panjang dan datang berbondong-bondong ke mana-mana pejabat polis cawangan trafik untuk urusan berkenaan. Marah bukan kepalang dek tindakan kerajaan tersebut. Dengan pembatalan sementara tindakan kerajaan itu, apakah ia berbaloi untuk mereka yang sudah membuat bayaran sebelum ini. Bukan sedikit, malah ada yang sudah menjelaskan sehingga ribuan ringgit sebenarnya.

Apakah mereka boleh "claim" semula duit yang telah dikeluarkan itu?. Menunggu sehingga 28 Februari tahun depan bukanlah waktu yang singkat sebenarnya. Apa akan terjadi jika akhirnya kerajaan membatalkan terus rancangan "saman ekor" tersebut?. Bukankah ini menyebabkan mereka akhirnya tidak berpuas hati dan mengamuk dengan tindakan itu. Ternyata mereka kecewa akibat tidak mendahulukan rakyat maka mereka yang susah akhirnya.

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/08/kontroversi-terpaksa-tarik-balik-saman.html

Wednesday, August 11, 2010

Jangan Tak Percaya Pejabat MB Selangor Dipasang Kamera RAHSIA.......

Siapa Pasang Kamera RAHSIA Jenama Fuji di Pejabat MB Selangor, Pakar Telah Dibawa Untuk Siasatan

SHAH ALAM, 11 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera ‘rahsia’ yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya.

“Saya menemui kamera ini kira-kira 6 petang semalam dan saya tidak tahu berapa lama kamera ini diletakkan di pejabat saya,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Khalid berkata, beliau mengesan kamera jenama Fuji itu di belakang tirai di pejabatnya selepas ia mengeluarkan bunyi kerana lemah bateri.

Pakar telah dibawa untuk memeriksa kamera manakala rakaman CCTV sedang diteliti.

“Polis dialu-alukan untuk membuat siasatan tetapi saya akan membuat laporan polis hanya selepas kami menjalankan siasatan kami sendiri,” katanya.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK.

Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.


Laporan MalaysiaKini


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Sumber

Awas Bufet Ramadhan di Hotel2

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/09/16buffet.jpg
(Gambar sekadar hiasan)

PUTRAJAYA 10 Ogos – Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

‘‘Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan diberikan pensijilan halal oleh Jakim.

“Dari Mei hingga Julai lalu pula, Jakim telah menerima permohonan daripada sembilan hotel. Empat telah diluluskan manakala lima lagi dalam proses,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, kesedaran pengusaha hotel mengenai kepentingan sijil halal semakin meningkat kebelakangan ini.

“Pada 9 Ogos sahaja, Jakim menerima permohonan daripada 10 buah hotel dengan dua daripadanya telah selesai bagi proses dokumentasi manakala lapan lagi dalam proses semakan dokumen.

“Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6 hingga 8 Ogos di Johor Bahru menerima kunjungan wakil dari 50 hotel yang menghadiri taklimat mengenai pensijilan halal.

“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pengusaha hotel,” katanya.

sumber

Tuesday, August 10, 2010

Felda Menikus Apabila 766 Peneroka Pula Failkan Saman RM200 Juta Terhadap Agensi Kerajaan Itu

Dalam sibuk-sibuk mereka beriya-iya benar mewar-warkan ingin menyaman akhbar arus perjuangan milik Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan, tiba-tiba kini mereka pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Umum masih ingat Menteri Felda, Si Ahmad Maslan yang kononnya ingin menjadi jagoan bagi menyakinkan rakyat Felda tidak menganiaya mereka, malah Felda sedikit pun tidak "bankrap" biarpun rizab tunai agensi itu menyusut hampir RM3 bilion mulai tahun 2004 hingga 2009 lalu. Beliau yang kononnya ingin menyatakan kebenaran dengan lagaknya mengeluarkan kenyataan bahawa Felda akan menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta termasuk juga beberapa orang individu yang dipercayai menjadi dalang untung memalukan agensi itu.

Namun anehnya, selepas beberapa ketika tiba-tiba Ahmad Maslan menyepi tanpa berita. Tindakan saman yang diwar-warkan itu langsung tidak kedengaran. Hanya "suara-suara sumbang" mereka sahaja yang masih berbunyi. Malah, ada sebilangan peneroka Felda yang tertanya-tanya mana perginya saman yang diperkatakan itu. Ahmad Maslan "menikus" dan "tidak berani" untuk membuat tindakan. Malah, Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman awal-awal lagi mencabar Ahmad Maslan berdebat tentang isu "Felda Bankrap".

Namun ditolak oleh Menteri UMNO itu, mungkin takut dengan risiko yang bakal berlaku seperti kes Shabery Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim dulu. Maka ditukarkan kepada "berdialog", itu pun tidak mahu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung oleh TV. Kononnya isu tersebut bukanlah isu yang penting buat rakyat. Semua ini adalah petanda awal yang Felda sebenarnya sudah "menyerah kalah" dek desakan suara rakyat.

Mereka boleh mendabik dada kononnya Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat membuat fitnah tentang isu tersebut. Namun, dari sebalik tabir hanya orang-orang tertentu yang mengetahui rahsia sebenar Felda ini. Malah, ramai yang tahu siapakah individu yang telah menghuru-harakan serta "mentekedarah @ merompak" hasil mahsul dan khazanah Felda selama ini.

Mereka kenal siapa itu Yusof Noor dan siapa itu si Md Bakke yang bertanggungjawab "melingkupkan" agensi tersebut. Malah, mereka juga tahu siapa dibelakang individu terbabit kalau bukan Najib Razak anak kepada bekas PM Tun Razak yang mengilhamkan kewujudan Felda itu sendiri. Soalnya sekarang, kenapa Ahmad Maslan gagal menfailkan tindakan saman RM200 juta seperti yang dihebohkan itu?.

Apakah beliau takut berhadapan dengan hujjah-hujjah panas dan bukti-bukti kukuh tentang betapa tenatnya agensi itu sekarang ini. Mungkin juga beliau tidak berani lagi untuk "menegakkan benang yang basah". Bahkan beliau juga tahu status Felda itu sebenarnya, namun dek kerana "mengampu" dan mahu menjaga "maruah bossnya" maka beliau terpaksa mempertahankan agensi yang kian nazak itu.

Tambah "menyedihkan", gara-gara cakap besar mahu menyaman semua pihak yang mengatakan "Felda Bankrap" termasuk Suara Keadilan akhirnya semalam agensi itu pula disaman RM200 juta oleh 766 orang peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

[Nampaknya, inilah yang dikatakan "sudah jatuh ditimpa tangga". Sudahlah sebelum ini mereka dikatakan "bankrap", sekarang mereka pula disaman oleh peneroka gara-gara menipu dan menyeleweng. Itu belum termasuk lagi semakin ramai peneroka yang "merompak" hasil ladang mereka sendiri termasuk penyokong UMNO BN. Mereka mula muak dengan kerenah Felda yang "mencekik darah" mereka. Bayangkan, hasil yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama setiap bulan, namun Felda hanya memberi wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan kepada setiap peneroka. Sedangkan bakinya yang terkadang mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 disapu bulat-bulat oleh Felda. Alasan mudah yang diberikan ialah bagi menanggung kos-kos berkaitan termasuk kerja yang diusahakan oleh Felda Technoplants. Bila peneroka mendesak agar wang tersebut dinaikkan ke angka yang agak "relevan", maka mereka akan menuduh peneroka terbabit termakan hasutan pembangkang dan sebagainya. Tambah menyedihkan wang tabungan baru sebanyak RM120 sebulan pula dipotong sesuka hati mereka, sedangkan masih ramai yang gagal mendapatkan balik wang tabungan RM17,000 yang sudah dicarum sejak sekian lama dulu. Inilah dia "bom jangka" yang akan memastikan sokongan peneroka di kawasan Felda "merudum" dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Justeru itu teruskan kerja untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka harus "merdeka" dan tidak wajar terus ditipu oleh Felda "dulu, kini dan buat selama-lamanya". Ingatlah, Felda bukannya Estet yang boleh memaksa peneroka sesuka].

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/08/panas-gara-gara-cakap-besar-untuk-saman.html

Monday, August 9, 2010

Mahkamah: Kes Liwat II Di Tangguhkan Jam 2.15 Petang Untuk Putuskan Saiful Serta Farah Azlina Di Panggil Sebagai Saksi Kerana "Cinta Romantis"

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pukul 2.15 petang ini bagi memutuskan sama ada akan memanggil saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif untuk menjawab dakwaan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan romantik Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh dalam hujahnya pagi ini memohon agar mahkamah memanggil Mohd. Saiful dan Farah Azlina untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mereka sedang menjalinkan hubungan romantik. Peguam berkenaan berkata demikian ketika berhujah pada permohonan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Nampaknya, gara-gara hubungan romantis ini maka Saiful akan hilang kreadibiliti sebagai saksi utama kes ini sebenarnya. Namun, yang amat menghairankan kita kenapalah pihak Pendakwaraya masih mahu meneruskan kes ini yang sedangkan ia terbukti mencemarkan imej badan kehakiman negara, malah belum pernah terjadi kejadian seperti ini dalam mana-mana negara komenwel di dunia. Bukankah ini amat merungsingkan kita. Mereka pasti akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Anwar terpenjara biar pun kes itu didapati semakin cacat dan amat longgar. Keadilan harus ditegakkan bukannya dicemari dengan unsur-unsur campur tangan oleh pihak atasan yang berkepentingan politik samata-mata.

http://pahangdaily.blogspot.com

Saturday, August 7, 2010

Khalid Samad lawat kilang Carlsberg

SHAH ALAM, 6 Ogos: Anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad bersama beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengunjungi kilang arak, Carlsberg jam 3 petang, semalam.

Khalid sendiri menyifatkan ianya satu kunjungan yang luar biasa begitu juga pihak pengurusan kilang arak itu.

Melalui blognya, Khalid menjelaskan, lawatan itu dibuat ekoran pencarian tapak baru terminal Bas Shah Alam dimana beliau telah menerima satu cadangan agar kilang Carlsberg itu dijadikan tapaknya.

Selepas pilihan raya umum lalu, Khalid juga mengejutkan pelbagai pihak apabila mengunjungi sebuah gereja di Shah Alah dan berucap kepada penganut Kristian di gereja itu.

Berikut adalah tulisan Khalid dalam blognya.


Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut. Saya menjelaskan kepada Dato’ bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam. Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan ‘extension’ atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas. Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.

Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan. Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka.

Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah.

Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali. Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri. Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam. Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti.

Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.

Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu. Saya meminta Dato’ memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya.

Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Dato’ meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah kata Dato’, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati “rombongan yang seperti kami”! Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalah gunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan. Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ. Kerana, sekali lagi, seperti biasa, PR perlu berusaha keras bagi merongkaikan ikatan dan simpulan akibat bercelaru hasil peninggalan UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sumber:Harakahdaily

Thursday, August 5, 2010

Binatang Ini Lebih Mulia Daripada Remaja Melayu Yang Membuang Bayi Dan Yahudi Yang Membunuh Kanak2 Palestin....

Inilah Rahmat ALLAH S.W.T yang di limpahkan pada mahluk-Nya agar saling mengasihi. seekor harimau, memangsa kera betina yang sedang hamil, setelah membunuh dan menyeretnya tiba-tiba terkeluarlah janin (anak) dari perut kera tersebut, lantas apa yg di lakukan oleh harimau tersebut.....? Subhaanallah.. seakan ia menyesal telah membunuh ibu kera, lantas ia mengasihi, merawat dan melindungi anak kera tersebut.. saksikanlah..!!


Puteri UMNO: Baik pelajar BERZINA dari ikut cadangan Ali Rustam supaya kawin!

Artikel ini membongkarkan bantahan kuat daripada Puteri-puteri UMNO muda dan tua yang memilih zina dari kawin , dan benci dengan cadangan Ali Rustam agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada keluarga budak sekolah untuk berkahwin dari terus membiar mereka berzina dan mengandung, khususnya yang miskin. Umur 16, 17 dan 18 dah boleh kahwin..

Mesej kuat yang sedang diseru oleh Puteri UMNO ialah lebih baik sekiranya muda-mudi Islam berzina dan mengandung luar nikah daripada berkahwin di usia muda kerana kadar penceraian tinggi. Apa la agaknya yang ustaz firdaus dan ustazah mashitah ajar dekat puteri-puteri UMNO nih!

Shahrizat hopes judges exercise discretion Wednesday,

04 August 2010 11:12am

The New Straits Times

KUALA LUMPUR: Women leaders from both the government and non-governmental organisations have slammed the move by the Malacca government to allow underage Muslims to marry. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, while acknowledging that marriages involving Muslim minors would still require the approval of the Syariah Court, hoped the judges would continue to exercise their discretion.

She reiterated that the ministry's stand on underage marriage was "morally and socially unacceptable". "It should not be encouraged as it is detrimental to the development and well being of the child. "Placing the heavy burden and responsibilities of parenthood on children can deprive them of their rights to a full and harmonious development," she said, adding it would affect the child's psychological, emotional and physical development.

Puteri Umno chief Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, in a text message, said the ruling would not prevent unwanted pregnancies as the individuals involved were not serious about setting up a family. "They are more interested in having fun without thinking about the consequences.

"Marrying them off at an early age could also lead to a broken marriage and an increase in divorces. "These young couples would not be prepared to deal with certain responsibilities, including financial ones," she said, stressing that such social ills should be nipped at the bud by parents who were responsible for their children's morals and religious education.

Rosnah, who is also the deputy health minister, said parents should always know the whereabouts of their children and the latter's friends.

Women's Aid Organisation executive director Ivy Josiah said women's groups believed that individuals should marry at the age of 18 or older regardless if they were Muslim or non-Muslim.

Malaysia was a signatory to two United Nation conventions, the convention of the Rights of the Child and The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women, and the conventions, along with the country's Child Act, stipulated that women below 18 were children, she said. "It doesn't matter if the family agrees.

We need to adopt universal standards. It is not just an issue of age. There are repercussions on the child's health, mentally and physically. We must also look at the maturity of the individuals."

Untuk klarifikasi, penulis tidak kata mana-mana perempuan dalam UMNO sebagai kafir atau rosak akidah. Apa yang penulis kata ialah mereka khsusnya Puteri UMNO yang memilih zina dari kahwin tidak bercakap seperti orang Muslim yang waras.

Kita perlu galakkan rakyat malaysia kawin pada usia yang sesuai dan kita maklum masalah timbul apabila berkahwin di usia muda.

Tetapi, sebagai orang Islam yang beriman dengan ajaran Islam, dan sesudah ditarbiyah oleh Ustazah seperti Lo' Lo' dan ustaz seperti Ustaz Hadi, kita yakin berkahwin LEBIH BAIK DARI ZINA.

Untuk golongan yang ditarbiyah oleh Ustazah Mashitah dan 40 Imam Muda UMNO tu, saya tak tahulah.. Serius takde idea..

kepada golongan UMNO yang menegaskan bahawa kita harus mengikut Universal Standard yang diasaskan oleh UN dan Yahudi, saya tegaskan bahawa Allah lebih layak untuk menetapkan Universal Standard untuk kita..

Saya doakan rakan-rakan TKO tidak beriman dengan UN tetapi beriman dengan Allah.

Seperkara lagi, kalau negeri UMNO macam melaka pun boleh serius dengan isu membantu pelajar kahwin untuk mengelak zina, mengapa negeri pakatan kelihatannya menyepi?? Patutnya, di Selangor dan KL perlu ada lebih banyak usaha memudahkan golongan muda berkahwin. Anak haram dah berdozen-dozen! Sebenarnya, anak tu tak berdosa. Yang haram ialah mak bapak diaorang.

Patutnya, kerajaan negeri buat atau sewa dewan untuk buat kenduri kawin kecil-kecilan secara serentak untuk golongan remaja yang nak kawin. Tambahan lagi golongan siswazah yang berusia dalam 19 ke 25. Kalau buat serentak, dan hadkan jumlah tetamu setiap pasangan kepada sekitar 200 orang, kosnya tidak sebesar mana..



Eloklah kita mudahkan perkahwinan dan sukarkan zina.

KATAKAN TIDAK KEPADA ZINA DAN KEPADA PUTERI UMNO. Dosa besar tau zina-zina nih.. Apa la nak jadi dengan 380,000 puteri UMNO yang lebih wajar dipanggil Pom-Pom Girl UMNO nih..

dalam kepala Syahrizat, tentu Syahrizat tertanya: 'Kenapa Puteri UMNO ramai-ramai anti Ali Rustam dan memilih zina ni?'

Sumber

Wednesday, August 4, 2010

PM Palestin Haniyah Namakan Cucunya Erdogan

IlustrasiIlustrasi

Sumber dari media Turki menyebutkan bahawa perdana menteri Palestin dari gerakan perlawanan Islam Hamas, telah memutuskan untuk memberi nama cucunya - yang lahir pada malam sebelumnya - dengan nama Erdogan, merujuk kepada nama perdana menteri Turki Recep Tayyib Erdogan.

Sumber dari pihak keluarga menyampaikan kepada akhbar Turkey News, mengatakan bahawa Ismail Haniyah memutuskan untuk memberi nama cucunya dengan orang yang sangat peduli dengan masalah Palestin iaitu Erdogan perdana menteri Turki.

Banyak warga Palestin memberikan nama bayi mereka yang baru lahir dengan nama Erdogan, setelah Erdogan dan Turki berposisi sangat luar biasa dan berani dalam membela Palestin dan jalur Gaza.(fq/islamtoday)

sumber

Rakyat merana di ROGOL Pengusaha Pasir

Cerita ni bukan di Selangor, tapi di Negeri Sembilan. Utusan, TV3, SPRM ada minat untuk siasat dakwaan yang di buat oleh Blog yang membuat dakwaan ini ? Blog tersebut kata TERLALU BANYAK kes permit diluluskan atas kehendak political leaders walaupun pegawai-pegawai di Pejabat Tanah dan pegawai-pegawai JPS tidak menyokong permohonan permohonan itu atas sebab-sebab teknikal.

Blog tersebut juga mendakwa amalan biasa RASUAH dimana ianya membabitkan KETIRISAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI kerana SATU DOKET boleh diguna untuk 5-10 trip sesebuah lori pengangkut pasir itu . Satu lori mengikut saiz boleh membawa 8 meter padu pasir. Cubalah kira berapa banyak RM tidak masuk kedalam kantong kerajaan !!!!

Blog tersebut juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan deposit yang dipungut bagi satu satu permit pasir sungai hanya sebanyak RM 6,000.00 . Jumlah sebanyak itu tidak munasabah kerana kos kerja pemantapan semula tebing tebing yang runtuh jika menggunakan piling kayu bakau sahaja berlipat kali ganda dari jumlah yang dipungut itu.

Blog tadi juga mendakwa difahamkan dalam kes JPS Negeri Sembilan, pihak jabatan telah berkali-kali mengsyorkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar deposit dinaikkan kejumlah yang munasabah khabarnya sebanyak RM 45,000.00. Cadangan pihak JPS ini ditolak setiap kali dikemukakan atas alasan yang tidak dijelaskan.

Blog tadi mendakwa HAMPIR TIDAK ADA PENYELIAAN & KAWALAN oleh kedua-dua agensi yang dipertanggungjawabkan baik Pejabat Tanah mahupun Jabatan Parit & Saliran. Pegawai teknikal dari JPS ada yang tidak tahu dimanakah kegiatan perlombongan sah dilakukan. Apatah lagi perlombongan haram. Kerana apa? Kerana seperti yang disebutkan diatas......FED UP.

Malas nak cakap lagi. Bacalah sendiri dakwaan tersebut di Blog berikut http://gemasindah.blogspot.com/2010/08/pengusaha-pasir-yang-berkaitan.html


UTUSAN , TV3, TV1 , SPRM JANGAN BUAT BUTA, TULI DAN PEKAK DALAM KES PERLOMBONGAN PASIR DI NEGERI SEMBILAN. SILA SIASAT DAKWAAN BLOG TERSEBUT !!!!

Sumber

Tuesday, August 3, 2010

Albert Einstien Tolak Negara Israel.



Pada edisi 4 Disember 1948, akhbar Amerika terkemuka "New York Times" memuatkan sepucuk surat yang dilayangkan khusus untuk rakyat Amerika. Surat tersebut tertandatangan atas nama ilmuwan tersohor pada waktu itu, Albert Einstein.

Surat tersebut secara terbuka menyerukan masyarakat Amerika untuk menolak kunjungan Presiden Israel Manahim Pygen ke Amerika. Eisntein juga memuat seruan kepada rakyat Amerika untuk tidak memberikan dukungan kepada negara yang baru berdiri itu.

Einstein juga membicarakan karakter fasis dan nazis Israel, dengan mengisahkan tragedi pembantaian Deir Yasin di mana hampir 240 orang Palestin terbunuh, termasuk anak-anak dan laki-laki. Tak hanya itu saja, ahli fizik legenda itu juga mengajak para wartawan untuk mengunjungi wilayah tersebut, serta menyaksikan bekas-bekas pembantaian.

Einstein adalah seorang Yahudi, namun dia menolak unsur Zionisme dan pendudukan Israel. (ca/al)

sumber

Sidang DUN Perak : Kecoh !! Ganesan murka, Nizar digantung !

DI HALAU ! Nizar diarah keluar dari dewan. Pasir Pinji meminta Ganesan menarik balik pengantungan kepada Nizar dan mengatakan dia tidak ada hak, walaupun ada usul dan mestilah diputuskan dalam JK Dewan. menurutnya Ganesan cuma berhak menghalau keluar.

Ganesan mengumumkan amaran terakhir kepada Pasir Pinji , dan bagi saya dia tidak mahu mendengar hujah dari Pasir Pinji yang merayau supaya keputusan digantung ditarik. Ganesan tidak menerima bantahan dari Pasir Pinji. Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja.

Posted by radens albanjari

Episod Azizan diulangi oleh Saiful.......

"Assalamulaikum,,..
Tersingkirnya Farah Azlina dari pasukan pendakwaan membuktikan dakwaan RPK yang berada nung jauh di perantauan benar.Sah ada hubungan seperti didedahkan oleh RPK dan perlakuan mangsa liwat DSAI kali ini menyerupai perlakuan mangsa liwat pertama dulu, Azizan Abu Bakar,

cuma skripnya sedikit berbeza.Kalau Azizan ditangkap khalwat, Saiful pula terkulai dengan tulisan RPK, tetapi kedua duanya mendekatkan kita kepada satu kesimpulan, mangsa liwat yang tidak pernah diliwat dan tuduhan DSAI sebagai pengamal homosek adalah satu pembohongan besar yang mesti ditolak oleh rakyat yang cintakan kebenaran.

Saiful yang pernah bersumpah laknat nampaknya mempunyai nafsu yang rakus seperti kebanyakan pemimpin UMNO yang menyokongnya dan seperti Azizan Abu Bakar ketika perbicaraan kes liwat pertama dulu.UMNO nampaknya sudah hilang deria rasa kerana tidak lagi merasai apa apa atas apa yang berlaku walaupun pihak pendakwaan yang berpihak kepada mereka sudah menggugurkan Farah dari pasukan pendakwaannya.

Kalau tuduhan RPK itu palsu, kenapa mesti Farah digugurkan?Kenapa tiada penafian yang dibuat oleh pihak pendakwa, oleh Saiful atau oleh Farah sendiri?Kalau Azizan tidak mempunyai peluang untuk menafikan perlakuan jenayahnya kerana ditangkap dan dihukum di mahkamah syariat, Saiful pula mempunyai banyak ruang untuk membuat penafian kerana ianya hanyalah didedahkan oleh seorang blogger yang didakwa UMNO sebagai penyebar fitnah.Tetapi pihak pendakwa, Saiful atau Farah memilih untuk berdiam diri sambil pasukan pendakwa mengambil keputusan menggugurkan Farah dari pasukannya.

Hebat sangat ker RPK kerana tulisannya cukup untuk menzalimi seorang DPP yang berpendidikan dan Saiful seorang mangsa liwat?Soalan ini perlu dijawab oleh UMNO sekiranya mereka di pihak yang benar.RPK bukan pemitnah, PRK bukan penjenayah tetapi seorang blogger yang berani melawan arus secara solo seperti lone ranger dengan menampilkan bukti bukti yang disampaikan kepadanya.Ini bermakna kesemua dakwaan RPK sebelum ini adalah benar.UMNO akhirnya mengakuinya walaupun sebelum ini mengatakan RPK seorang pemitnah apabila menerima bukti RPK yang membabitkan hubungan sulit Saiful dan Farah.Ini bermakna dakwaan RPK mengenai pembunuhan Altantuya juga benar dan beberapa pendedahan beliau mengenai penyelewengan yang dibuat oleh pemimpin UMNO juga benar.

Apapun, pendedahan hubungan Saiful dan Farah dilihat sebagai pengulangan episod Azizan dan Norhayati dalam drama liwat pertama dulu walaupun plotnya sedikit berbeza.

Sumber

Monday, August 2, 2010

Mat Said dan Datuk Peter Gilmour pakat kencing rakyat Terengganu?

Kejohanan tahunan Piala Monsun di Terengganu, dikatakan bersedia mencatat peningkatan 30 peratus pulangan daripada pelaburan di segi acara, media dan penjenamaan tahun ini berbanding pencapaian RM539 juta pada tahun lepas

Penasihat Kejohanan dan tiga kali juara dunia Match Race Sailing berkata kos penganjuran Piala Monsun itu menelan kira-kira RM30 juta, di mana 60 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibiayai sektor swasta. Beliau berkata acara dunia yang amat mengujakan itu telah menjana pulangan 26 kali pelaburan berbanding tahun lepas, menjadikan acara reben biru kejohanan pelayaran itu satu penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Acara itu juga telah menjana kesan limpahan bagi Terengganu seperti pekerjaan di musim tengkujuh yang menyulitkan. "Pada asasnya, kesemua kos digunakan untuk mengendali dan menganjur kejohanan itu, dan kami mendapat manfaat luar biasa yang hebat seperti pengiklanan tambahan. "Tiga puluh peratus merupakan sasaran purata yang telah ditetapkan berasaskan tahun ke tahun. Sasaran itu meningkat tahun ke tahun melebihi RM100 juta," katanya.

Piala Monsun 2009 telah menarik 101,794 penonton, mewujudkan 1,722 pekerjaan dan menjana nilai media cetak RM24 juta. "Terdapat banyak limpahan ekomomi di negeri itu. Ketibaan penumpang di lapangan terbang meningkat daripada 300,000 setahun kepada empat juta, manakala stadium sukan dan dua hotel baharu dibina di negeri itu. "Semua ini berlaku ketika musim Piala Monsun itu.

Itulah kata-kata Datuk Peter Gilmour. Orang luar bolehlah ditemberang dengan angka-angka tersebut tetapi realitinya Mat Salleh ini dok kencing rakyat Terengganu. Yang herannya apa pemimpin UMNO buat? Takkan Mat said yang bijak bestari itu dengan berjalan bersama e-book hari-hari pun diperbodohkan oleh mat salleh ini? Atau memang mereka sama-sama pakat kencing rakyat Terengganu? Sampai bila? Sampai 2012. Atau akan disambung lagi?

Penganjuran sukan perahu layar piala Monsun Cup bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit. Kerajaan pada hakikatnya membazir dibawah pimpinan UMNO Terengganu sebanyak 300j setahun dan perjanjian sehingga 2012 akan menghabiskan RM2.4 bilion wang rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat. Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.

Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit. Pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd. Apa cerita sebenarnya disebalik itu? laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelengkapan yang entah apa-apa. Berapa banyak lagi duit rakyat nak dikebas? dak rakyat terlopong dan ternganga. Mat said jugak yang tersengih-sengih.

Sumber

Lagi kes pemandu van cabul budak,HUDUD Penyelamat.........

KUALA LUMPUR: Belum pun reda kes cabul dan rogol membabitkan murid oleh pemandu bas dan van sekolah di Petaling Jaya minggu lalu, seorang kanak-kanak Taska pula menjadi mangsa terbaru apabila dicabul seorang lelaki pemandu van sekolah di Ampang, dekat sini.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dipercayai menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah berusia 20-an itu hujung Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah Taska di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata ibu kanak-kanak itu mengesyaki sesuatu apabila kanak-kanak terbabit sentiasa dalam keadaan muram dan enggan ke Taska.

Katanya, selepas dipujuk beberapa kali oleh ibunya, kanak-kanak itu akhirnya menceritakan perkara sebenar berhubung kejadian terbabit menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Katanya susulan laporan dibuat ibu mangsa itu, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah itu bagi membantu siasatan.Sumber

N'N:Al-Quran diturunkan untuk menyelesaikan segala masalah didunia ini........