yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, August 2, 2010

Mat Said dan Datuk Peter Gilmour pakat kencing rakyat Terengganu?

Kejohanan tahunan Piala Monsun di Terengganu, dikatakan bersedia mencatat peningkatan 30 peratus pulangan daripada pelaburan di segi acara, media dan penjenamaan tahun ini berbanding pencapaian RM539 juta pada tahun lepas

Penasihat Kejohanan dan tiga kali juara dunia Match Race Sailing berkata kos penganjuran Piala Monsun itu menelan kira-kira RM30 juta, di mana 60 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibiayai sektor swasta. Beliau berkata acara dunia yang amat mengujakan itu telah menjana pulangan 26 kali pelaburan berbanding tahun lepas, menjadikan acara reben biru kejohanan pelayaran itu satu penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Acara itu juga telah menjana kesan limpahan bagi Terengganu seperti pekerjaan di musim tengkujuh yang menyulitkan. "Pada asasnya, kesemua kos digunakan untuk mengendali dan menganjur kejohanan itu, dan kami mendapat manfaat luar biasa yang hebat seperti pengiklanan tambahan. "Tiga puluh peratus merupakan sasaran purata yang telah ditetapkan berasaskan tahun ke tahun. Sasaran itu meningkat tahun ke tahun melebihi RM100 juta," katanya.

Piala Monsun 2009 telah menarik 101,794 penonton, mewujudkan 1,722 pekerjaan dan menjana nilai media cetak RM24 juta. "Terdapat banyak limpahan ekomomi di negeri itu. Ketibaan penumpang di lapangan terbang meningkat daripada 300,000 setahun kepada empat juta, manakala stadium sukan dan dua hotel baharu dibina di negeri itu. "Semua ini berlaku ketika musim Piala Monsun itu.

Itulah kata-kata Datuk Peter Gilmour. Orang luar bolehlah ditemberang dengan angka-angka tersebut tetapi realitinya Mat Salleh ini dok kencing rakyat Terengganu. Yang herannya apa pemimpin UMNO buat? Takkan Mat said yang bijak bestari itu dengan berjalan bersama e-book hari-hari pun diperbodohkan oleh mat salleh ini? Atau memang mereka sama-sama pakat kencing rakyat Terengganu? Sampai bila? Sampai 2012. Atau akan disambung lagi?

Penganjuran sukan perahu layar piala Monsun Cup bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit. Kerajaan pada hakikatnya membazir dibawah pimpinan UMNO Terengganu sebanyak 300j setahun dan perjanjian sehingga 2012 akan menghabiskan RM2.4 bilion wang rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat. Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.

Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit. Pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd. Apa cerita sebenarnya disebalik itu? laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelengkapan yang entah apa-apa. Berapa banyak lagi duit rakyat nak dikebas? dak rakyat terlopong dan ternganga. Mat said jugak yang tersengih-sengih.

Sumber

Lagi kes pemandu van cabul budak,HUDUD Penyelamat.........

KUALA LUMPUR: Belum pun reda kes cabul dan rogol membabitkan murid oleh pemandu bas dan van sekolah di Petaling Jaya minggu lalu, seorang kanak-kanak Taska pula menjadi mangsa terbaru apabila dicabul seorang lelaki pemandu van sekolah di Ampang, dekat sini.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dipercayai menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah berusia 20-an itu hujung Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah Taska di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata ibu kanak-kanak itu mengesyaki sesuatu apabila kanak-kanak terbabit sentiasa dalam keadaan muram dan enggan ke Taska.

Katanya, selepas dipujuk beberapa kali oleh ibunya, kanak-kanak itu akhirnya menceritakan perkara sebenar berhubung kejadian terbabit menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Katanya susulan laporan dibuat ibu mangsa itu, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah itu bagi membantu siasatan.Sumber

N'N:Al-Quran diturunkan untuk menyelesaikan segala masalah didunia ini........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)