yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Wednesday, July 28, 2010

Standard Kebodohan Ustaz UMNO.............



Adakah Islam itu diukur daripada jumlah Masjid yang dibina? Ini contoh kebangangan seorang yang mengaku dirinya Ulama' didalam UMNO...Dalam mentafsir Asobiyah pun dia sebenarnya sudah memberitahu siapa sebenarnya UMNO yang redha dengan pemimpinnya yang zalim...Lebih memalukan apabila Ustaz ini ditegur Dr.Maza kerana tersalah tafsir Ayat Al-Quran...

[+/-] Read More...

Komponen BN ada strategi tarik pengundi muda atau pengundi hantu..................

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin dengan strategi masing-masing untuk menarik sokongan golongan muda yang disebut-sebut sebagai penentu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sekalipun DAP dikatakan begitu agresif menjalankan pendaftaran pengundi muda, namun kalangan pemimpin terbabit tidak mudah berputus asa.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya tidak pernah berhenti berusaha menarik pengundi dan buktinya sebanyak 70 peratus atau lebih 370,000 ahlinya telah mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara.

Beliau berkata, Puteri UMNO sentiasa melaksanakan pelbagai usaha serta program untuk menarik minat golongan muda menyertai politik.

''Memang benar pengundi muda merupakan penentu kemenangan sesebuah parti di dalam pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Puteri sebagai sayap mewakili orang muda untuk melaksanakan program mendekati mereka secara bersungguh-sungguh terutama bagi membetulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai 62 peratus daripada pengundi muda yang dikatakan masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.

Rosnah berkata, usaha mendekati golongan muda yang belum berdaftar sebagai pemilih sedang giat dijalankan.

''Paling penting menangani masalah pengundi atas pagar adalah melalui gerak saraf pada musim pilihan raya,'' katanya.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata, pihaknya terus menjalankan pelbagai cara untuk menarik kira-kira 50,000 belia India bagi menyokong BN menjelang akhir tahun ini.

Berikutan itu, beliau berkata, MIC bukan sahaja akan bekerja keras mendaftar pengundi baru malah menyedarkan golongan belia India supaya jangan sesekali terpesona dengan dakyah pembangkang.

''MIC tidak bimbang dengan usaha DAP yang dikatakan telah berjaya mendaftar golongan belia sebagai pengundi kerana itu bukan bermakna mereka akan menyokong parti pembangkang itu,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, Pemuda MIC juga mempunyai cara tersendiri supaya PRU-13 akan berpihak kepada BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menganggap kebanyakan pengundi muda yang dikatakan berada 'di atas pagar' merupakan peluang bagi parti itu untuk mendapatkan sokongan golongan tersebut.

Jelas beliau, MCA sendiri sebenarnya mengenal pasti beberapa punca mengapa golongan muda bersikap sedemikian.

''Kebanyakan golongan muda lebih mengutamakan keperluan hidup semasa seperti mementingkan kerjaya dan mencari keselesaan hidup. Mereka kurang menitikberatkan soal politik.

''Ia merupakan 'pasaran' yang belum diterokai lagi. Maka, pada 15 Ogos nanti, kita akan mengadakan taklimat khas bagi merancang satu gerak kerja khas untuk mendekati golongan muda,'' katanya.

Sumber:Utusan Meloya

[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)