yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, July 12, 2010

Askar AS Lebih Banyak Bunuh Diri daripada Terbunuh! Begitu Juga Dengan Sekutunya ISRAEL....

Laporan media AS mengungkapkan bahawa jumlah askar AS yang melakukan aksi bunuh diri lebih banyak daripada jumlah askar AS yang terbunuh dalam pertempuran di Iraq dan Afghanistan.

Majalah Time menyebutkan bahawa jumlah tentera Amerika yang melepaskan kehidupan mereka dengan melakukan aksi bunuh diri sebanyak 817 tentera, sementara jumlah tentera yang maut dalam pertempuran hanya 761 orang, menurut statistik rasmi militer.

Time menambahkan bahawa hal ini menunjukkan kegagalan militer AS dalam menghadapi isu bunuh diri, meskipun militer AS telah menghabiskan jutaan dolar untuk mengobati perilaku menyimpang ini.

Time mengungkapkan bahawa militer AS memulai serangkaian penyelidikan untuk mencari alasan bagi para perajurit untuk melakukan bunuh diri, khususnya terkait kerana adanya "depresi" dan "isolasi" serta lainnya, yang tidak biasa ada di militer AS, penyelidikan yang dilakukan menyebutkan bahawa perubahan penelitian tentang metode bunuh diri, bertujuan untuk memprediksi penyebab bunuh diri, serta mencari penyelesaiani untuk mencegahnya di masa mendatang.

Majalah Time mengutip pernyataan dari pakar dalam bidang pelatihan tentera Amerika mengatakan, "Kami melatih tentera pada penggunaan kekerasan yang terorganisasi, dan bertujuan untuk mematikan dan melakukan aksi kekerasan terhadap reaksi emosional serta untuk mengatasi rasa sakit fizik mental dan mengatasi rasa takut cedera bahkan kematian, namun semua ini tidak mampu menekan meningkatnya laju keinginan bunuh diri para tentera.

Sebuah kajian baru-baru ini memperlihatkan banyaknya penempatan pasukan AS di berbagai tempat, mengarah ke tingkat peningkatan jumlah yang bunuh diri, menambahkan bahawa satu-satunya solusi untuk menghindari insiden meningkatnya bunuh diri adalah dengan mengurangi jumlah tentera yang dikerahkan di lapangan, serta mengurangi jumlah waktu yang dihabiskan para perajurit di garis depan.


Tentera Israel Juga Ramai Bunuh Diri

Sama seperti sekutunya AS, Angkatan Bersenjata Israel kini sedang dihadapkan pada makin meningkatnya jumlah tentera mereka yang bunuh diri. Sejak bulan Januari 2010, tercatat 19 tentera Israel mengakhiri hidupnya.

Padahal, militer Israel mengklaim berhasil menekan angka kes bunuh diri di kalangan perajuritnya dalam beberapa tahun belakangan ini, melalui pelbagai program yang ditujukan untuk mencegah para tenteranya melakukan bunuh diri.

Kasus bunuh diri yang terjadi di sampai pertengahan tahun 2010 yang mencapai 19 kes tergolong tinggi, dibandingkan tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2009, tercatat 21 kes bunuh diri yang dilakukan perajurit Israel, 30 kes pada tahun 2000 dan 35 kes pada tahun 2005.

Untuk mengantisipasi makin bertambahnya jumlah perajurit yang bunuh diri, militer Israel memberikan program pelatihan bagi para komandan pasukan agar dapat mendiagnosis gejala gangguan jiwa yang berbahaya di kalangan perajuritnya dan memberikan pertolongan yang dianggap penting sebelum gangguan jiwa yang dialami prajurit bersangkutan makin parah. Program lainnya yang lakukan adalah tidak memperkenankan perajurit, terutama yang bertugas di bahagian administrasi, membawa pistol peribadinya ke rumah.

Pada tahun 2008, dua perajurit Israel didakwa melakukan tindak kriminal kerana gagal mencegah seorang perajurit lainnya yang mengalami tekanan mental, melakukan bunuh diri. Seorang perajurit yang bertugas di bidang kesihatan mental, juga terpaksa menjalani sidang dengan dakwaan melanggar disiplin kerana dianggap gagal menolong seorang perajurit lainnya yang terdeteksi mengalami gangguan psikologis. (lnprtv)

sumber

Najib Mengaku Pemimpin UMNO 'Syok Sendiri'...........

Pemimpin jangan 'syok sendiri'

JOHOR BAHRU 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO supaya tidak bersikap 'syok sendiri' sebaliknya menyelami cita rasa dan kehendak rakyat jika ingin terus berkuasa.

Presiden UMNO itu berkata, sebagai pemimpin parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO tidak harus hanya menjaga kepentingan dan memenuhi kehendak ahlinya sahaja sebaliknya menjaga aspirasi semua kaum.

"UMNO jangan syok sendiri. Misalnya kita sebagai ketua cawangan bukan saja jaga orang kita tetapi juga kena jaga orang luar, rakyat jelata. Kita kena tunaikan janji kita kepada rakyat.

"Saya ingatkan diri saya dan tuan-tuan, kita mesti selami dan rasa denyut nadi rakyat," katanya semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pulai dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, UMNO juga mesti berani melakukan perubahan supaya dapat memenuhi cita rasa dan kehendak rakyat agar terus kekal mendapat sokongan rakyat.

"UMNO jangan jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri," katanya sambil menyifatkan parti itu ditolak rakyat kerana gagal menyelami cita rasa dan kehendak rakyat.

Dalam pada itu, Najib turut menasihati pemimpin UMNO supaya sentiasa bersatu padu dan tidak bergaduh sesama sendiri.

"Saya berharap pemimpin UMNO tidak berlaga kepala sesama sendiri. Kalau kita berlaga dan tidak bersatu padu, orang lain akan ambil kesempatan ke atas kita.

"Saya harap tidak ada lagi kisah-kisah yang sumbang. Macam sekarang, orang tengah demam bola sepak dan kalau hendak menang perlu bermain sebagai satu pasukan.

"Saya ingat Brazil boleh menang, tetapi pemain pertahanan dan penjaga gol berlaga sesama sendiri dan pasukan lain dapat skor gol. Begitu juga dalam politik, kalau kita tak bersatu padu, orang lain boleh skor gol dan ambil kesempatan," katanya.

Menurutnya, jika semua ahli UMNO menghayati moto perjuangan parti iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat beliau yakin UMNO akan terus mendapat sokongan rakyat dan kekal menerajui tampuk pemerintahan negara.

Najib berkata, UMNO bukan sahaja parti tunjang dalam BN, malah parti yang dapat memastikan kelangsungan bangsa Melayu.

"UMNO tak ada gantinya. Tidak ada parti alternatif kepada UMNO. Kita tidak boleh harap kepada parti lain. UMNO akan sentiasa bekerjasama dalam parti komponen BN," katanya.

Perdana Menteri berkata, seiring dengan perubahan global, UMNO dan BN juga harus berubah dan perlu memenuhi cita rasa dan kehendak serta aspirasi rakyat.

"Kita mesti berubah. Saya yakin parti kita masih dapat sokongan rakyat. Kita masih boleh menang lagi seperti juga di Johor," katanya.

Beliau turut menegaskan supaya ahli dan pemimpin UMNO dan BN Johor terus mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh parti pembangkang.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)