yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, July 8, 2010

Mana Yang Lebih Memburukkan&Mencemarkan Imej Negara: Wawancara DSAI Bersama CNN @ Skandal Najib & Altantuya Yang Dilaporkan Akhbar Perancis????

Anwar burukkan imej negara dalam wawancara bersama CNN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dalam usaha menjejaskan imej negara di mata dunia.

Terbaru, ketika beliau diwawancara dalam rancangan Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu.Selanjutnya

Najib jumpa Altantuya di kelab

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud DubusArnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu – berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan – dalam projek bukunya akan datang. -Malaysiakini

Jutawan Israel Biayai Masjid di PERANCHIS!!???

Robert Harush usahawan Yahudi yang dibesarkan di Ashkelon menghabiskan banyak wang untuk mengubahsuai masjid besar umat Islam di Montereau, dalam usaha dirinya untuk mempromosikan toleransi beragama.

Dia seorang penduduk Ashkelon yang menghasilkan banyak wang dalam bisnes real estet di Eropah, memutuskan untuk membiayai secara penuh pembangunan sebuah masjid di Peranchis untuk kepentingan komuniti Muslim setempat.

Robert Harush (58 tahun), ayah dari empat anak ini membesar di Ashkelon dan telah menyelesaikan dinas militer mencuba keberuntungannya dalam bisnes real estate di Eropah. Keberhasilannya telah memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang diperkirakan bernilai ratusan juta dolar.

Meskipun sukses, Harush tidak lupa terhadap kampung halamannya dan telah kembali ke Ashkelon dan berinvestasi dalam usaha bisnes real estate tempatan. Selama 10 tahun terakhir ia telah membahagi waktunya antara Israel dan Perancis.

Usahawan kaya ini bahkan memilih untuk tinggal di kota selatan selama Operasi Cast Lead . Dia tetap di Israel walaupun setelah roket Grad mendarat berhampiran rumahnya.

Dia baru-baru ini didekati oleh walikota Montereau, sebuah kota dekat Paris Peranchis, yang memberitahukan adanya kesulitan dalam pembiayaan renovasi sebuah masjid besar di kota.

"Saya berkata pada diri saya sendiri di sini lah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk menyumbangkan wang untuk pembangunan masjid tersebut," kata Harush.

"Orang-orang tercengang. Apa yang dilakukan orang Yahudi-Israel dengan membantu menyumbang untuk membangun masjid? Jawabannya sederhana: Saya sudah muak dan lelah. Suara dari orang-orang yang waras mesti muncul."

Harush menjelaskan bahawa dia membangun masjid dalam rangka untuk mempromosikan toleransi. "Ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan sepenuh hati."

Para pemimpin komuniti Muslim Montereau telah mengucapkan terima kasih kepada Harush atas bantuannya merenovasi masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang hangat dengan dia.

Pengusaha itu, tidak tertarik hanya cuman mendukung komunitas Muslim dan ia telah membiaya pembangunan salah satu sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon tahun lalu, yang bernama mendiang ayahnya.

"Saya sendiri bukan orang yang agamawan tapi saya merasa bahawa mesti ada langkah politis yang dilakukan pengusaha untuk membawa bersama-sama saling toleransi antara orang-orang Yahudi dan Arab, sekular mahupun agamawan."

Belum ada tanggapan dari ulama-ulama Islam terkait pembangunan masjid yang dibiayai sepenuhnya oleh pengusaha Yahudi Israel ini. Apakah sah solat di dalam masjid tersebut atau tidak, mungkin akan jadi perdebatan panjang terkait hal ini.(fq/ynet)

sumber

Dasar UMNO Pengecut:Ahmad Maslan enggan sahut cabaran debat!



KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan,

"Saya mahu rakyat menjadi hakim.Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah.Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog.Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak,

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.

Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)