yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, July 5, 2010

Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita-SYARAHAN ISTERI DR ABD AZIZ AR RANTISI





Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci.

Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.




Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.



Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka

3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka..

Kartunis Hina Rasulullah Mahu Bersara,Hidup Dlm Ketakukan Menguncikan Diri Didalam Bilik Air Yang Dipasang Pintu Kebal Kerana Takut Dibunuh....


Gambar merakamkan Kurt Westergaard dari akhbar Jyllands-Posten membuat lakaran karikatur terakhirnya untuk akhbar itu di Viby, kelmarin. - AFP


COPENHAGEN 8 Jun - Kartunis Denmark yang mencetuskan bantahan umat Islam kerana melukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad mengumumkan dia akan bersara dengan harapan untuk mengurangkan bahaya ke atas dirinya dan wartawan lain.

Kurt Westergaard semalam berkata, sudah tiba masanya untuk dia menamatkan kerjayanya selama 25 tahun dengan akhbar Jyllands-Posten yang mula menyiarkan karikatur tersebut pada September 2005.

Penyiaran karikatur itu yang mencetuskan protes di seluruh dunia terhadap Denmark dan akhbar tersebut serta ugutan bunuh terhadap Westergaard.

"Saya tidak mahu lagi membahayakan keselamatan akhbar ini serta kakitangannya, dan saya hanya mahu melakukan kerja lain," kata kartunis itu.

Januari lalu, dia menjadi sasaran percubaan bunuh oleh seorang lelaki Somalia di rumahnya dekat pekan Arhus, tengah Denmark.

Westergaard, 75, terselamat dengan menguncikan diri di dalam bilik air yang dipasang pintu kebal, dan mendapat perlindungan polis selepas kejadian itu.

"Saya berharap pemergian saya akan membantu mengurangkan ancaman terhadap Jyllands-Posten," kata Westergaard.

Karikatur Nabi Muhammad itu mencetuskan protes pada Januari dan Februari 2006 dan memuncak dengan insiden pembakaran pejabat diplomatik Denmark di Damsyik dan Beirut dan kematian berpuluh-puluh orang di Nigeria.

Pada 2008, 20 akhbar Denmark menyiarkan semula lukisan kartun itu, mencetuskan protes lanjut di negara Islam seperti Sudan, Mesir, Pakistan dan Indonesia.

Westergaard diberi cuti oleh Jyllands-Posten atas sebab-sebab keselamatan sejak November lalu selepas dua lelaki ditangkap di Chicago atas tuduhan merancang untuk menyerang akhbar itu. - AFP

sumber

‘Kalau begitu, siapa harus kita percaya’, Raja Petra tanya Najib

LONDON, 5 Julai — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini.

Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

“Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?” kata beliau ketik ditemui di sini, semalam.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing.

“Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia),” katanya lagi.

Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, “saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka.”

Kata Raja Petra, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam, Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang kini berada di London.

Malah menurut Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Pekan, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan.

“Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya,” kata Najib lagi.

Sehari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat.

“Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” kata Nazri.

Oleh Shannon Teoh

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)